Tuesday, October 21, 2008

AUCTION TANAH KUALA PILAH

Hari ni.. seawal subuh lagi aku dah gerak gi Mahkamah Tinggi Seremban. Ni kali pertama aku masuk auction kat mahkamah.. Bukan apa.. aku tak berapa mahir jalan kat area Seremban.. Takut sesat lak.. Tak dapat pulak aku nak masuk auction. heheh.. Mesti Si Keown and Pie nak dengar berita baik dari aku.. Sebab kami cadang nak syer bertiga beli tanah nii.. (Keown, Pie & Juruukur)


Tanah tu area Kuala Pilah.. Luas tanah 6 ekar... atas tanah penuh dengan pokok getah muda.. memang berbaloi kalau dapat.. hujung minggu, boleh lah kami motong.. bolehh dapat pasif income.. heheh.. Harga rezab pulak RM45k. Murahkan.. heheh


Aku dapat info pasal tanah nii kat NST. Apa lagi aku terus call Auctioneer tuu.. Bila aku call, dia kata tanah ni tak baik la.. tanah rezab melayu laa.. harga mahal laa.. mintak POS tak dapat dapat.. macam macam halangan pasal tanah nii pada peringkat awal. Aku tak puas hati.. aku call lawyer, syukur sangat.. lawyer bagi kerjasama yang amat baik.. Semua info dia bagi, termasuk salinan geran.

Bila dah ada salinan geran, jadi ada info no lot, ada info no geran,, jadi mudah untuk aku semak kat JABATAN UKUR. Aku mintak Nur tolong semakan. Nak check area mana, betul tak luas dia 6 ekar, mukim mana, daerah mana, aku semak pakai google earth lagi, nak semak jarak berapa jauh dari pekan kuala pilah dengan tanah nii.. apa ada kat tanah nii.. Bila semua info dah ada,, aku mintak tolong Limtat pulak (juruukur gak) buat site visit, tengok macam mana tanah tu, keadaan tanah tuu & carik batu sempadan. Aku suruh dia guna GPS jee.. hehehehe.. canggih kan ukur nii.

Keesokan nya.. aku lak turun buat site visit.. ajak budak aku sorang. Mudah nak tunjukkan site kat mana. Sambil tuu boleh gak aku test kreta baru.. nak tengok kuat tak kreta tu panjat bukit putus kat Kuala Pilah tuu.. heeheh.. (alamak) sampai jee site, terus aku jatuh hati dengan site tu.. depan tanah tu ada masjid,, ada rumah,, ada projek Jab Pertanian.. Ada library desa lg.. Aku dah start happy dah.. aku gi jumpa orang kampung,, tanya-tanya kalau-kalau ada tanah nak jual area sini,, aku tanya sekali harga tanah seekar kat kampung nii.. mereka kata sekitar 15k-20k.. Kalau banding dgn harga lelong, memang murah sangat lah.. mana tau boleh dapat rezab prize nanti.. berbaloi sangat

Lepas tuu aku gerak gi Pejabat Tanah Kuala Pilah. Aku buat carian resmi. Bukan apa, nak pastikan info-info yang aku terima dari peguam tu,, semuanya betul.. buat carian kat N.9 ni murah.. cuma RM40.00 satu lot jee. Sambil tuu aku sempat gak jumpa pegawai-pegawai kat sana.. boleh gak aku tabur-tabur kad bisnes. harap-harap nanti boleh aku dapat job ukur kat sini.. hehehhe

Bila semua info dah dapat, aku call Si Keown and Pie.. maklumkan pasal tanah nii.. mereka setuju bid.. pie cadangkan maximum harga bid boleh gii 55k jee.. Aku on jee.. Sebab ikut perancangan kami, tanah nii boleh :

1. Beli, ukur, bersihkan, jual balik
2. Beli, ukur, bersihkan, jual 3ekar, simpan 3 ekar
3. Beli, ukur, bersihkan, jual kayu getah, jual tanah kosong
4. Beli, ukur, bersihkan, hujung minggu boleh motong, boleh dapat pasif income.. heheh

Hari Isnin, sebelum buat bank draf, aku call lawyer, confirm balik, mana tau dah call off.. siap jee bank draf.. terus aku sms Keown & Pie,, bagi tau,, semua OK, bank draf dah ready, banyak berdoa,, harap harap boleh lah dapat tanah nii

Beza,, memang berbeza auction kat mahkamah seremban nii.. sebab aku sampai je tempat auction.. aku tengok 98%, semuanya bangsa asing, aii tak kan aku sorang je Melayu.. mana geng-geng PMC yang lain.. aku pun lepak-lepak kat situ dulu.. tepat jam 9 pagi,, pintu bilik lelong tuu bukak, aku pun isi borang, kena lekatkan sekali dengan IC, borang, bank draf. Letak borang tu dalam kotak.. Punya lah huru hara dalam bilik tuu, bising, pegawai marah marah, siap ada pengawal lagi, tak pernah aku tengok keadaan macam tuu sebelum nii.. Lebih teruk dari lelong kat dalam cerita P Ramlee tuu..

Sampai giliran tanah Kuala Pilah, kami si pembida nii, semuanya ada 6 orang kena panggil masuk ke bilik lelong.. kami berbaris lahh.. macam budak sekolah tuu.. sorang sorang nama dia orang panggil, kami pun start lah bid.. rancak sungguh... sempat gak aku angkat tangan.. bayangkan dari harga rezab 45k boleh naik sampai 90.5k.. mahal betull beb

Lepas kalah tuu.. aku pun tipon Keown,, sms pie,, maklumkan yang kita orang nii kalah bid... Pie and Keown kata.. jangan bimbang,, insyallah ada rezeki lain.. cuba lagi.. apa pun kami dah ada pengalaman bid pasal tanah, dah tau carik info, dah tau tengok potensi tanah dan macam macam lagi lah pasal tanah. heheh

Biar pun kalah masa bid hari nii.. tapi aku jumpa ramai kawan baru.. Abg Zamry, Abg wahab, Hj saleh, Hj Ridwan, Alhamdulillah..borak borak dengan dia orang nii.. Hj Ridwan suruh aku ukur pulak tanah dia kat Ampang.. apa orang kata.. tak dapat rotan, akar pun jadilah.. hehehhe. Tak lah rugi sangat.. Ukur jangan tak ukur..

INGAT TANAH.. INGAT JURUUKUR..

6 comments:

Diver said...

Alhamdulillah...
Rezeki 'berjalan-jalan' ke tempat baru...tak dapat tanah,..tapi dapat job..kira ok ler tu,..juga tambah network n kawan baru..

Kawan ni,..gitu ler dulunya 2004-2006...
pernah berkejar ke Serdang..(bukan Serdang, Selangor, tapi di Kedah nuuun..)
Lelong 8.5 ekar sawit, tanah Kedah, tapi bersempadan dgn Seberang Perai (Nibong Tebal), Penang...80% bukan orang kita..

Itu pun, kawan lawan dari 75K, naik hingga 138K. Panic juga competitor! Kawan quit..then dapat kat sorang 'Melayu' yang ambil bagi pihak Developer fm Penang. Yang geramnya, tanah Malay Reserve. Kalah juga sorang Datin tu kat 'Melayu wakil'..Harga last..152K..
Pengalaman diBaling/Ulu Langat/Semenyih pun gitu jugaa lebih kurang. Mungkin ada hakikat lain yang tersedia untuk kawan dan juga Juruukur& Geng. InsyaAllah.

Gitu la..kalau nak lawan,..elok juga kita JV reramai..kalau tempat cantik, value bagus,..apa salahnya..

** Share risk, share profit. Jika prospek bagus,..Modal kurang.. potensi pula tinggi...Then cargas ambil tanah merata tempat.. InsyaAllah.

abdul malek said...

yup aku se2ju dgn diver. nape tdk kita combine & jv same2. buat kontrak/agreemnt whatsoever antara kita sama2 utk jv. tk rugi sebenarnya beli land yg blh bagi hasil lepas kita beli. for eg tanah getah ataupun tanah sawit.

juruukur said...

Aku setuju sangat cadangan diver dan malik tuu.. dah sampai masanya.. kita orang melayu sama-sama bersatu. Rebut peluang kat luar sana..

raybakh said...

takper, yg penting, pengalaman bid kat court tu yg penting.
bunga bukan sekuntum, tanah bukan satu, mungkin rezeki dpt tanah lelong kt tempat lain

juruukur said...

Insyallah Raybakh... KIta sama sama doa.. Niat aku.. aku nak buat ladang PMC.. heheh..

abdul malek said...

buat PMC & UGSB JV ler jurukur....baru nmpk cantek sket (itupun kalau sifu pie berkenan) he..he..

  © Blogger template 'Fly Away' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP