Tuesday, June 3, 2008

GADUH SEMPADAN TANAH

Hari ni aku jumpa dengan klien yang ada masalah sempadan tanah. En Din nama dia. Al kisah ceritanya, Si Din ni dapat tanah pusaka dari arwah bapak dia. Orang-orang dulu beli tanah, mereka beli syer dengan kawan-kawan. Luas tanah cuma 3 ekar, bila beli syer ni, mereka letak 3 nama. Masa tu dia orang tak fikir nak pecah geran. Bila tuan-tuan tanah tu meninggal, pewaris kenalah ambik pusaka. Bayangkan sekarang ni tanah yang 3 ekar tu tadi, dah ada 12 penama. Masing-masing dah buat rumah atas tanah tu. Biasalah bila ramai-ramai macam ni, timbul masalah sempadan tanah. Tapi syukur gak mereka tu boleh ajak berbincang. Sebelum keadaan bertambah teruk, tu yang En Din carik aku, nak mintak nasihat macam mana nak selesaikan tanah dia.

Apa langkah awal perlu buat? Aku cadangkan En Din suruh buat ukur butiran. Tujuan ukur ni kita nak sediakan pelan. Nak tengok kedudukan semua rumah-rumah yang ada atas tanah tu. Manalah tau ada yang buat rumah diluar lot

Lepas tu nak buat macam mana? Dari maklumat ukur butiran ni, kita lantik jururancang bandar berlesen untuk sediakan layout plan. Bagi tujuan tukarkan syarat tanah dari kategori pertanian kepada bangunan kediaman

Kenapa lak kena tukar syarat? Sebabnya bagi tanah pertanian yang kurang 1 ekar, tak boleh dapat geran berasingan. Korang boleh rujuk kat Kanun Tanah Negara. (hehehe) Syarat tanah pertanian mesti 1ekar dan lebih baru boleh dapat geran asing-asing

Apa bayaran kena bayar? Kena bayar premium tambahan, cukai tanah baru, cukai parit. Jangan takut sebab tanah rezab melayu murah jee bayaran premium dia. [ 1/8 x 15/100 x (nilai tanah semasa) = bayaran premium ], cukai baru ni pejabat tanah yang tentukan, bayaran cukai parit lak RM3500.00 seekar, murah je beb

Lepas tu proses dia macam mana? Juruukur akan hantar permohonan tukar syarat tanah tu kat pejabat tanah. Selalunya dalam tempoh 3-6 bulan lulus lah. Lepas lulus bayar lah semua yang ada kat atas tu

Lepas tu lagi? Geran original and semua resit bayaran. Kita hantar ke pejabat tanah. Nanti pejabat tanah akan daftarkan geran baru yang ada kategori tanah bangunan kediaman. Proses daftar geran ni selalunya ambik masa 3 bulan untuk siap

Bila geran dan siap nak buat apa pulak? Juruukur akan buat pelan baru. Untuk pecah bahagian tanah. Setiap tuan tanah dalam geran tadi kena sign pelan dan semua borang. Juruukur akan hantar permohonan kepada pejabat tanah. Dalam 3 bulan lulus. Buat bayaran kepada LEMBAGA JURUUKUR TANAH, BENDAHARI NEGERI, AKUANTAN NEGARA. Lepas tu juruukur mohon hakmilik sementara. Akhirnya setiap tuan tanah akan dapat geran masing-masing

Apa faedah ada geran asing-asing ni? Bila ada geran asing ni, kita boleh cagar tanah kita tu, boleh buat OD, boleh refinance, kalau nak bagi anak-anak pun senang. Kalau kita mati, urusan pusaka pun mudah gak. Tapi yang best bila ada geran asing ni, sempadan tanah kita orang lain tak boleh pertikai

Cuba korang tanya dengan family korang. Mungkin family korang ada tanah yang 1 geran dalam dia ada 10 nama. Korang uruskan tanah tu. Aku sedia membantu (heheheh)








7 comments:

Unknown said...

salam.

saya memerlukan bantuan en. hafizal utk settlekan prob tanah ayah saya. tanah di padang rengas, perak. 1 geran 2 nama keluasan 5 ekar bahagi 2. nak pecah geran sebab pemilik bkn saudara & dah langgar sempadan. sila hubungi sy di 017-3219775 (fiza). t.kasih

juruukur said...

ok.. boleh fiza fax @ email salinan geran kat kami.. nanti kami semak kan..

unisee said...

Salam tuan,

Saya ada tanah keluasan 1E.02R.24P
Emak saya pesan suruh letak nama adik saya kat geran tu tapi keluasan tak cukup. Geran pulak ada kat SPNB (buat rumah mesra rakyat)

Untuk makluman tuan, kami dah bersetuju menetapkan sempadannya tapi hanya janji lisan (tanpa surat perjanjian)dan belum letak batu sempadan (bhg saya depan dan bhg adik sebelah belakang.

Apakah cara terbaik untuk menyelesaikan masalah nie.

Sekian, terima kasih.

juruukur said...

unisee.. yang nii.. ko kena semak ngan SPNB.. kasi semak.. samada spnb benarkan.. tanah yang dia orang kaveat

bole tak nak tukar syarat tanah.. dari pertanian kpd bangunan kediaman?
pastu nak pecah kan kepada 2 geran?

semak ngan spnb dulu.. benda nii.. kalo ok.. baru kita bole uruskan tanah nii

kalo tak.. kita kena bayar habis dulu.. baru bole urus beb

Anonymous said...

saya nk tanya...macam mana nk tau kita dapat kawasan yng mana sebelum pecah geran? tanda sempadan tu ditentukan oleh pej tanah atau jurukur berlesen?

schaleydez said...

Hi, sya pun ada masalah sempadan tanah. Rumah dibuat atas sempadan tanah kampung dan tanah pusaka ( 6 ekar, 4 pewaris tetapi masih diatas nama datuk saya). Rumah dibuat atas sempadan ni apa statusnya?.

Mazrunur Enterprise said...

Saya nak tanya....
geran tulis tanah bapa ada 59/172 dengan keluasan lot 2.1732 hektar.
Bapa nak bahagikan pada 2 orang anak macam mana ye?
tanya pejabat tanah dia kata boleh letak 1 nama shj...
apakah ada cara lain utk pertukaran ke 2 nama ni?

  © Blogger template 'Fly Away' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP