Monday, June 23, 2008

UKUR TANAH DI BERANANG

Hari ni aku awal-awal lagi dah SMS En Zamri. Nak confirm samada pagi ni jadi jumpa dia atau tak. Sebab dah janji sebelum ni, pukul 10 nak jumpa dia kat Kg Sesapan Batu Rembau. Sebab nak bincang pasal ukur tanah, tanah kat Beranang, tanah kat Putrajaya dan tanah yang dia baru nak beli kat (Kg Sesapan Batu Rembau)

Sampai-sampai je sana, mereka semua dah tunggu, ramai gak, aku dijemput makan nasi goreng dengan air tea, sodap gak, lepas tu borak-borak, aku terangkan lah macam mana nak buat pecah bahagian tanah, nak tukar syarat tanah, proses pindah milik dan lain-lain

Tengah borak-borak tu, Zaiton Sameon datang, aduh best nya. Syok gak kak Eton nyanyi. Sempat lah aku dengar 3 – 4 lagu kak Eton. Lepas tu kami gerak tengok site. Jalan kaki je, boleh la aku exercise sikit, aku ingat site tu rata je, tapi bukit punya lah tinggi. Nasib baik lah aku larat panjat bukit tu. Kalau tak malu lah surveyor tak larat panjat bukit. Heheh

Sampai site je kami jumpa dengan En Halim. Dia tengah tebas kebun dengan wife dia. Bersih nya kebun dia. Empress aku tengok. Sebab kebun aku tak terurus. Kami pun salam-salam. Bincang-bincang nak buat kerja ukur. Alhamdulilalh semua setuju, bila semua dah setuju, aku, En Zamri and bini En Zamri pun beransur balik. Dalam perjalanan tu, En Zamri bagi tau suruh aku carikan lawyer, juruukur, jurunilai and akitek. Untuk uruskan tanah dia tu. Terus aku teringat nama Nan, Shahrizal, Miss Lim. Aku janji nak hantar quotation hari Selasa. Kena siap kan Hafizal, jangan malas. hehehe

Lepas tu aku gerak gi balik kampung. Jumpa mak. Sampai je aku terus je tengok kebun yang along buat dengan Mur, Banyak jugak cili yang dah tanam. Ada 500 pokok lebih dah. Aku jugak bincang pasal pokok limau kasturi yang kena pindahkan, sebab pokok limau ni tak boleh tanam kat tempat naung. Pokok bantut. Sambil tu aku tengok sempadan tanah aku. Sebab Limtat dah tanam sempadan baru antara Along dengan tanah aku. Nanti mesti kena bayar kat LJT riban-riban tu

Dah selesai tu, aku and Hamzi gi tengok projek Abang Din dengan Abg Suhaimi, tengah buat kolam ikan. Aku pun round pusing rumah Ngadinam, rumah Haron pusing surau, pusing rumah Wak Mar, pusing rumah YB Rahmat, pusing balik rumah Haron. Nak balik je aku jumpa Pak cik Rauf, syukur sangat, sebab boleh bincang sekali antara Haron, Pakcik Rauf dengan aku sekali gus. Maklum lah nak terangkan pasal ukur dengan orang kampung ni kena baik-baik. Dah selesai aku gerak balik rumah mak. Lepas tu aku balik Kajang.

Sebelah petang, aku gi jogging dengan Naufal. Jogging ni bagus untuk kesihatan. Maklumlah aku ni jarang bersukan, jadi aktiviti berjalan dan jogging ni memang sesuai sangat dengan aku. Mengah-mengah aku tengok Naufal panjat bukit, kesian-kesian, hehehe

Jadi pengajaran sepanjang hari ni, aku dapat nilai diri aku sendiri, tak ada alasan untuk aku gagal dalam hidup. Ambik contoh macam Along, katakan waktu pagi dia pergi menorah, petang kutip buah limau kasturi dan cili api. Berapa income dia sehari, mau cecah RM300.00 sehari. Kenapa begitu tinggi? Sebab sepanjang hari dia terlibat dengan aktiviti yang boleh mendatangkan income. Aku macam mana? aku kena bincang dengan Along supaya tanah-tanah aku yang terbiar boleh aku usahakan, yang paling important ialah boleh datangkan pasif income kepada aku. Sebab aku perlukan RM4000.00 untuk capai impian aku, yang mana pasif income aku lebih tinggi dari perbelanjaan. Kena usaha kuat nii




2 comments:

Anonymous said...

terima kasih juru ukur psl info pokok limau kasturi tu. aku pun kena pindahkan pokok tu sebab duduk bawah naungan jugak. aku pun nak usahakan pokok cili kat tepi rumah kat kampung mak ayah aku.

juruukur said...

heheh.. baru aku tau.. tanam pokok juga termasuk dalam asset.. sebab duit masuk dalam poket.. apa-apa usaha kita, yang duit masuk dalam poket.. tu asset... kalu duit keluar dari poket kita.. tu liabiliti.. heheh. heheh.. juruukur dah jadi akuantan lakk...

  © Blogger template 'Fly Away' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP