Monday, June 16, 2008

TINDAKAN : ASB BUKU KEPADA SIJIL, MOHON OD RHB

Syukur sangat, hari ni aku dah pun mohon OD RHB. Senang je kesannya. Mula-mula aku bawak buku ASB pergi pejabat PNB yang berdekatan. Aku dok kajang, jadi samada kat Shah Alam atau kat Bangunan PNB Jalan Tun Razak. Aku gi PNB Tun Razak. Sampai je kat sana, aku bagi tau yang aku nak tukar simpanan ASB aku dari bentuk buku ke bentuk sijil. Nanti dia orang bagi borang. Isilah borang tu, senang je isi. Lepas tu ambik nombor giliran. Sampai giliran aku, aku pergi kat kaunter, orang kaunter tu mintak bayaran RM2.00 untuk 1 sijil. Tak sampai 2 minit sijil aku pun siap. Dalam sijil tu ada nama aku, alamat, no rujukan, jumlah duit. Nanti korang buat korang tau lahhh.. Senang jee

Lepas tu aku terus shoot gi RHB Kajang. Jumpa dengan Julia. Aku pun mintak lah penerangan pasal OD ni dari dia. Maklumlah aku budak baru belajar.. heheh. Lama gak dia terangkan kat aku. Lepas tu dia bagi borang untuk aku isi. Siap isi je dia suruh bayar RM50.00 bayaran pemprosesan dan bukak akaun semasa. Simple jee kesan nya. Jadi dia suruh aku tunggu dalam masa 2 minggu nanti, RHB akan call aku, aku kena datang semula untuk sign dokumen

Target aku, dalam tempoh menunggu ni, aku nak habis kan baca buku Permata Hartanah tulisan Renesial Leong dan Juara Lelongan Hartanah tulisan Azizi Ali. Sebab aku nak masuk auction, nak beli rumah lelong untuk investment.

Tapi kali ni, sambil aku baca, sambil tu aku buat nota. Lepas tu aku post kat blog ni. Senang sikit aku nak buat rujukan. Selain tu gak aku boleh syer apa yang aku baca dengan korang semua.

7 comments:

noksokmo said...

Salam Tuan,

Memang cun2 dua minggu confirm boleh pakai itu OD account/ issue cheque ker?

juruukur said...

hehe... OD dah abis punn

noksokmo said...

Sayer nak tanya, process RHB tu mamang 2 minggu ker, atau cepat or lambat.

juruukur said...

Aku tak pasti, tapi bagi kes aku, kejap jee, 4 minggu selesai, maksud aku, RHB dah bank in duit kat dalam current akaun. Tapi ada kawan lain buat, lambat pulak.. Bagus ko kejar officer bank tuu.

noksokmo said...

arigatou :-)

Anonymous said...

Celebrities nudes [url=http://nakedcelebs.tumblr.com/] naked photos[/url] celebritynaked

Anonymous said...

salam..sy ni baru je dgr2 psl OD ni..cume nk tanye OD RHB ni masih ade ke & berapa minimum duit yg kena ade dlm Acc utk apply OD..Tlg bg jwpn ye..sy budak baru blaja..

  © Blogger template 'Fly Away' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP