Monday, June 2, 2008

PROJEK RICH DAD POOR DAD (RDPD)

Hari ni, sepanjang hari aku baca buku RDPD. Sebenarnya dah banyak kali aku baca buku ni. Aku rasa dah lebih 10 kali khatam. Kali ni aku baca RDPD sambil buat nota. Yang seronoknya bila baca buku RDPD ni, aku boleh dapat banyak idea pasal pendapatan pasif

Mungkin korang dah tahu atau mungkin belum, tapi aku nak syer sikit pasal pendapatan pasif ni. Pasif income ni adalah usaha yang kita buat sekali tapi setiap bulan kita boleh dapat income. Contoh aktiviti pasif income ni misalnya rumah sewa (+ cashflow), dividen asb, jual buku, jual ebook, blog, jual insuran, direct selling, cpo, syer, sewakan tanah, ladang kelapa sawit. Ringkasnya apa-apa je aktiviti yang kita buat sekali, cuma susah sekali tapi kita boleh dapat income berterusan selepas tu.

Untuk nak faham lebih mendalam pasal buku ni, kita kenalah main game CASHFLOW101 dan CASHFLOW202. Aku dah 4 kali main game ni. Dari game ni aku boleh belajar macam mana nak uruskan duit, nak melabur kat mana, macam mana nak buat pasif income, macam mana nak rebut peluang, faedah bagi derma dan macam-macam lagi lah. Tapi yang paling penting aku belajar macam mana duit bekerja untuk aku, dan bukan aku bekerja untuk duit. Matlamat game ni macam mana nak pastikan pasif income kita lebih tinggi dari perbelanjaan kita.

Aku ambik contoh katakan gaji aku sebulan RM2000. Tapi aku ada simpanan ASB RM200,000, katakan PNB bagi dividen 9% setahun, aku dah ada RM18,000. Kalau kita bahagikan RM18,000 kepada 12 bulan, aku ada pasif income hasil dari dividen ASB aku, ada RM1,500. Aku up lagi, katakan aku ada 5 bijik rumah sewa, setiap 1 bijik, aku boleh dapat +cashflow RM100.00, kalau kita darabkan RM100 x 5 bijik, aku boleh dapat RM500. Jadi total semua pasif income aku sekarang dah ada RM2000. Jumlah ni dah sama dengan gaji aku setiap bulan. Kalau lah aku kena buang keja atau aku sakit, aku and family masih boleh hidup. Dengan gunakan pasif income tadi

Aku cadang nak buat group, nak implement, nak laksanakan idea game CASHFLOW101 dan CASHFLOW202 dalam kehidupan.

Sebab apa mesti ada group? Sebabnya dengan bergroup ni kita akan ada banyak idea, boleh tolong menolong dan macam-macam lagi lah. Siapa yang pernah main game ni je, akan faham kenapa group ni penting untuk berjaya. Maksud aku nak pastikan pasif income kita lebih tinggi dari perbelanjaan kita.

Siapa nak joint group ni? Untuk sesiapa yang nak berjaya, pasif income lebih tinggi dari perbelanjaan

Macam mana nak start? Sapa-sapa berminat nak joint group ni, sila bagi nama.
Lepas tu nak buat apa? Aku cadangkan sapa-sapa berminat nak joint group ni, kena baca buku RDPD dulu. Baca sampai faham, ulang-ulang banyak kali pun tak pe, lepas tu kita adakan TT. Masa TT kita bincang, kita brainstorming pasal buku RDPD

Lepas tu nak buat macam mana? Lepas tu mintak kerjasama BICARA JUTAWAN (Pak Di) kita main game CASHFLOW101 dan CASHFLOW202. Kita main sampai kita betul-betul faham. Masa kita main game ni, masa ni kita bincang lagi. Selalunya waktu ni baru kita akan kenal siapa kawan-kawan kita

Langkah selanjutnya macam mana? Hasil main game ni, kita pilih ahli group kita.

Macam mana nak satukan ahli group? Kita adakan sembahyang hajat. Kita berdoa kepada Allah, “ya allah sesungguhnya kita nak tubuhkan group di mana setiap ahli kita nak capai pendapatan pasif income lebih tinggi dari perbelanjaan. Jika benar, kumpulan ini mampu bersatu hati, bekerjasama maka engkau mudahkan urusan penubuhan group ni, jika sebaliknya, maka engkau tunjukkan tanda-tanda kebesaran engkau agar kami dapat menilai group kami”

Perlu ke tubuhkan company? Bagus tubuhkan company misalnya group 1. PIE2020 PROPERTIES, 2. PIE2020 HARTA, 3. PIE2020 ESSETS 4. PIE2020 EQUITY 5. PIE2020 CAPITAL dan lain-lain la. Untuk mula ni, tak yah ada sdn bhd. Lepas dah setup company. Kita buka akaun bank. Bila ada akaun, mudah nak letak modal, mudah nak invest sikit. Masa ni barulah kita ada identity. Setiap company ada 4 orang pengurus. Setiap pengurus ada syer 25% dalam company. Matlamat kita adalah macam mana nak buat, nak berjaya supaya 4 pengurus ni, pasif income lebih tinggi dari perbelanjaan

Macam mana nak berhubung antara ahli group? Gunakan blog Pie2020.com secara optimum. Tak yah ada office pun. Bincanglah apa-apa je aktiviti dalam blog Pie2020.com

Apa aktiviti-aktiviti yang boleh dapat pasif income? Kita explore internet, dapatkan info dari internet

Penting ke pasif income, aktiviti macam ni? Aku rasa amat penting. Sebab kita perlu jadi bangsa yang kuat. Bila pasif income kita lebih tinggi dari perbelanjaan, waktu tu kita boleh pencen. Boleh jadi usahawan tulin. Tapi yang penting jadi bangsa merdeka di tanah air sendiri. Cuba renungkan kata Tun Mahathir ni…

“Bagaimanakah boleh seorang pemandu Melayu yang memandu kereta kepunyaan orang lain menganggap dirinya “Tuan” dan pemilik kereta itu berkedudukan lebih rendah daripada dirinya? “Tuan” yang sebenarnya adalah pemilik kereta dan orang yang membayar gajinya

1 comment:

Admin said...

Salam hafizal, ada main lagi x game cashflow101 & 202? Kalau ada main lagi inform yek, nak main & nak faham sama. Maaflah aku terlambat join korang...tp xpe biar terlambat asalkan bermula drp lansung xmula...

  © Blogger template 'Fly Away' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP