Friday, November 14, 2008

MUSLIM MERDEKA

Sempena hari Jumaat nii. Jom kita borak-borak pasal rohani sikit. Biasalah.. asyik bincang pasal investment jee.. pasal duit tak habis habis. Hari ni tukar sikit la.. Boleh?

Bila sebut jee MUSLIM MERDEKA, Apa yang korang fikirkan? Maksud aku.. MUSLIM MERDEKA dalam Islam. Jom kita teroka sikit.

Selama ni.. kita sebagai muslim asyik dipandang rendah je, tak ada maruah, orang anggap kita selekeh, tak maju, kolot, miskin, lemah, bodoh malah ada yang anggap muslim nii adalah pengganas. Pihak barat pulak lebelkan semua muslim nii sama. Asalkan muslim tu pakai serban, ada janggut sikit.. terus mereka label kita ni sebagai pengganas

Mana dia Robert Kiyosaki versi Islam?, mana dia Donald Trump versi Islam?, mana dia Bill Gates versi Islam?

Jadi dah sampai masa nya untuk kita bersatu. Kita perlu bersatu dalam Islam. Kita perlu tolong menolong dan terus maju. Bagi rakan-rakan yang dah berjaya, kita bertanggungjawab untuk berkongsi teknik kejayaan kita dengan teman muslim yang lain. Alangkah bagusnya kalau semua muslim ni adalah MUSLIM MERDEKA. Yang mana pendapatan pasif income melebihi perbelanjaan. Pada waktu tu, kita tak perlu lagi kerja makan gaji. Kita bebas, kita boleh buat apa yang kita suka.

MUSLIM MERDEKA perlu menjadi pelabur yang beriman, sebagai investor beriman. Muslim yang mewah dengan wang dan banyak bersedekah.

Heii.. teman-teman, jom kita bangkit, kita bergerak bersama untuk kita angkat martabat diri kita untuk menjadi MUSLIM MERDEKA.

Fikir-fikirkan...

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR

3 comments:

Anonymous said...

salam penghulu hari...

ramai islam yg telah berjaya cuma cara mereka berkongsi kejayaan tu x sama mcm bangsa asing...

mereka terlalu berhati-hati... almaklumlah ade antara kita ni ada pangkat 'PHD'

klo bangsa asing tu mereka suka tgk bangsa mereka maju tp bangsa kta or sedara se muslim ni laen... dia xleh tgk org laen maju.. mesti mau cantas...

huhu

Anonymous said...

bling2.. aku setuju sangat tu... hehehhe

Fariz Pandi said...

yg bagus aku tgk yg bukan muslim nie, cth bill gates ke warren buffet...kalau die org mati..die org mau infakkan (hahaha..bleh guna ke ayat infak) harta dier org kepada badan2 amal, 60-80% dari total kekayaan dier org..gillos kan??

-tuah-

  © Blogger template 'Fly Away' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP