Friday, January 30, 2009

ANNUAL DINNER USAHA GEOMATICS SDN BHD

Pada 23hb January 2009 yang lepas, warga USAHA GEOMATIC SDN BHD ada makan-makan.. kali nii kita orang lepak kat SUNWAY HOTEL. Sambil makan.. sambil borak-borak.. boleh gak eratkan silaturahim


Nii.. gambar orang kuat UGSB.. Pn Nur bersama anak

Nii pulak.. gambar juruukur bersama family.. kat belakang tuu.. Rabiah and Nur




Nii pulak, saudara Limtat bersama family

aii.. juruukur melopong lahh.. bukak mulut.. pedas sangat kuut

Yang tegak berdiri tuu.. partner bisnes aku.. saudara Lim



Ni lah juruukur n keluarga..


INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012 3193576

TT BERSAMA PIE2020.COM

Suka aku bagi tahu.. malam nii.. 30hb January 2009, Jumaat malam, jam 9 dan ke atas, kita ada TT kat Ramal Junction, Kajang

Korang semua dijemput datang.. jom kita bincang-bincang, pasal financial, koperasi, hartanah.. dan apa-apa jee

Jumpa di sana.. bye bye


INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012 3193576

Wednesday, January 28, 2009

ORANG ISLAM MESTI KAYA

Hari ni aku sempat berdiskusi dengan Ustaz Amri. Ustaz Amri ni classmate aku, masa sekolah rendah dulu. Lama betul kami tak jumpa. Dulu kecik jee.. tapi laa nii.. masing-masing dah lebar, ha ha ha

Apa yang istimewa tentang Ustaz Amri nii.. dari dulu sampai sekarang. Kalau jumpa jee dia.. pasti dia bagi nasihat. Macam-macam kami bincang. Tapi topic yang paling aku suka, pasal “orang Islam mesti kaya”

Kata Ustaz Amri.. orang Islam tak dee alasan, kenapa mesti miskin.. kenapa mesti gagal. Sebab Islam tuu berjemaah, bersatu, bantu membantu. Selain tuu, muslim ada Al-Quran sebagai panduan hidup. Dalam Quran semuanya lengkap. Samada kaya atau miskin umat Islam tuu.. bukan salah Islam.. tapi salah SIKAP penganut Islam tuu sendiri

Aku setuju dengan Ustaz Amri nii.. misalnya dalam kes kita. Kita bertuah sangat, walaupun kita muda.. tapi kita sedar awal pasal financial. Semua nii.. hasil usaha sifu Pie, dia sanggup syer pengalaman financial yang dia tahu, dengan orang lain

Bermula dengan blog Pie2020.com.. pastu kita berTT, makan-makan, main-main. Dan alhamdulilah, sekarang nii kita bersatu di bawah Pie2020.com. Hebatnya group kita, kebanyakkannya, adalah mereka yang pendidikan tinggi, ada yang degree holder, master, doctor. Semuanya berjawatan tinggi, bergaji besar dan banyak pengalaman

Pendidikan semata-mata, tak jamin kita untuk mewah. Tapi hasil pendedahan Pie pasal ASB, OD, PRO ASB, hartanah, saham. Jadikan kita semua, bukak mata. Baru kita nampak, peluang tuu ada kat mana-mana. Baru kita paham, apa hak istimewa sebagai bumiputra. Sebelum nii.. kita tak peduli pun

Kat luar sana, susah kita nak jumpa.. orang muda ada 3-4 bijik rumah. Tapi dalam blog nii.. kita boleh jumpa ramai. Yang lagi best, sebab semuanya muslim
Bukan tuu jee.. hasil kerjasama nii gak.. sebenarnya kita lahirkan ramai usahawan. Semua nii lahir tanpa kita sedar. Misalnya Faris, Tuan Bri, Farah, Pie, Azman, juruukur sendiri dan ramai lagi. Sekarang nii.. kita tak nampak siapa mereka nii. Tapi aku percaya.. kesannya kita akan nampak, bila 5-10 tahun akan datang

Berjaya atau gagal mereka nii.. adalah bergantung kepada kita semua. Kalau mereka efisyen, service superb, consultation hebat, harga berpatutan. Kita mesti sokong mereka. Kalau sebaliknya.. kita bagi nasihat dan cadangan membina. Matlamat kita, supaya lahir kumpulan usahawan berjaya dari pie2020.com

Kita jugak kena ingat, mereka yang sokong kita selama nii, yang support, yang buat marketing dari mulut ke mulut. Mereka tak harapkan kita, untuk pakai kereta bmw, pakaian berjenama, handphone power. Tapi mereka nak tengok, apa sumbangan kita pada agama, bangsa

Aku tahu.. ada pihak yang setuju, ada yang tak, dengan apa yang tulis nii. macam mana pun.. untuk Islam tuu berjaya, mewah, kaya. Kita semua mesti bersatu, tolong menolong

Aku akui.. sebelum nii.. memang susah nak paham pasal financial, lebih-lebih lagi, apa yang Pie maksudkan, pasal pasif income.. OD ASB, tapi sekarang nii.. kita dah ada CASHFLOW101.. game yang boleh membantu kumpulan kita, berbincang pasal financial., sambil main.. sambil belajar

Aku doa sangat, mudah-mudahan, 5-10 tahun akan datang, akan lahir kumpulan usahawan muslim berjaya dari Pie2020.com. Akan wujud jemaah dari Pie2020.com, yang punyai pendapatan pasif lebih hebat dari perbelanjaan

Pada waktu tu, bangsa asing akan hormat kita, akan puji agama kita. Insyallah..

Ish.. ish.. juruukur dah jadi pakar motivasi lah pulak.. hah haha hah

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012 3193576

Tuesday, January 27, 2009

TERIMA KASIH KERANA REKMEN JURUUKUR

Semenjak kebelakangan nii.. aku syukur sangat dengan rezeki yang Allah bagi.. Alhamdulilah.. setiap hari ada jee orang call. Mintak tolong uruskan tanah mereka. Ada yang nak carik tanda sempadan, pecah lot, buat bungalow dan macam-macam lagi.. kadang-kadang macam aku tak percaya, ada sahabat kita rekman kerja kat Sabah, Johor. Tima kasih semua, atas sokongan yang tak berbelah bagi..

Apa yang berlaku.. sebelum nii.. aku jenis orang yang tak pandai buat marketing. Service aku lebih tertumpu kepada regular klien jee. Samada pemaju perumahan, jabatan kerajaan, syarikat dan individu.. tapi sejak korang rekmen, berlaku marketing dari mulut ke mulut, sekarang nii, klien aku dah pelbagai. Sebab tuu aku percaya sangat, rezeki nii datang hasil rekmen dari korang semua. Tima kasih banyak-banyak. Jasa korang sentiasa aku kenang

Tima kasih tak terhingga kepada :

1. Saudara Keown kita.. sebab rekman aku dengan job universiti. Untuk makluman korang... aku dah pun terima surat tawaran dari pihak universiti. Job nii kami nak siapkan cepat.. sebab lagi cepat siap.. lagi cepat dapat payment. Baru ada untung sikit

2. Saudara Saiful jururancang.. sebab rekman aku ngan pihak anak syarikat PNB. Tanpa sokongan kuat dari ko.. dah tentu job ukur tuu, terlepas kepada pihak lain. Jasa mu sentiasa ku kenang
3. Saudari Murni.. sebab rekman kami untuk ukur 18km sungai kat Johor. Untuk makluman.. 2 minggu lepas.. kami dah pun hantar quotation kepada syarikat yang Murni rekman. Hasil follow up kami.. Mereka dah pun setuju lantik kami. Sekarang nii tinggal nak finalize harga jee lagi.
4. Saudari Nur, sebab rekman kami ukur ladang kat Sabah. Kami dah pun hantar quotation minggu lepas. Insyallah kami akan follow up job nii
5. Saudara Hashim.. sebab mintak kami ukur tanah kat Kajang. Untuk projek pembangunan luar Bandar. Cadangnya nak buat bangunan pusat komuniti
6. Saudara Jalil, sebab terus lantik kami untuk ukur tanah kat Bangi. Tanah nii dulunya disewa untuk nursery bunga. Sekarang nii penyewa nak upgrade.. nak buat pagar baik-baik.. jadi saudara Jalil lantik aku untuk ukur sempadan. Untuk mudahkan kerja pasang pagar, dapat elak dari ceroboh tanah jiran sebelah
7. Saudara Hanif.. sebab suruh aku ukur tanah seluas 25 ekar kat KL. Nak tentukan sempadan dan topografi tanah tuu. Kami dah pun dapatkan info semua tanah tuu. Insyallah minggu depan kami start kerja
8. Saudara Rizal, kenalkan aku ngan Puan Sri Sabrina. Ukur tanah kat Hulu Langat. Istimewa kes Rizal nii… aku dapat kenal dengan ahli politik antaranya Dato Azalina, Dato Mukriz.. tima kasih Zal. Kerja Pn Sri sekarang nii dalam proses, insyallah dalam minggu depan boleh siap
9. Saudara Zam.. sebab ajak aku joint kumpulan ko. Lepas ni kita boleh ajak orang kampung, untuk JV ngan ko.. kita buat lot bungalow

Aku rasakan satu keajaiban yang amat luar biasa. Walaupun kita nii muda, berbanding dengan orang lain. Tapi berkat sokongan, kerjasama, Insyaallah kita boleh buktikan, kita jugak boleh berjaya

Aku doa sangat, mohon semua projek yang korang rekmen nii berjalan lancar. Boleh siap sebelum tempoh yang ditetapkan. Sebab bila kerja siap awal, client akan happy, efisyen akan meningkat, kos buruh kurang, modal pakai sikit. Baru lah ada untung

Korang jangan bimbang, aku tahu apa yang perlu aku buat. Aku seronok sangat, bila kita ada untung, kita syer sama-sama. Apa yang paling mustahak.. aku mahu semua orang happy

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012 3193576

Sunday, January 25, 2009

PASIF INCOME AKHIRAT

Hari ni, apa kata, kita bincang sikit pasal pasif income akhirat. Sebab selalu sangat kita cakap pasal duit, pasal saham, pasal ekonomi. Jadi hari nii.. kita tukar angin sikit lah.. borak-borak, macam mana nak tukar harta kepada pahala..

Kita nii adalah khalifah Allah. Sebagai khalifah, kita ada tanggungjawab. Sebab setiap kesenangan dan kemewahan yang Allah bagi.. ada gak hak orang lain, yang perlu kita tunaikan

Sebagai hamba.. kita mesti sentiasa bersyukur. Kalau kita bersyukur dengan rezeki Allah, tunaikan semua kewajipan, insyallah kita akan jadi hamba yang untung, baik di dunia dan di akhirat. Sebaliknya kalau kita kudukut, tangkai jering, tamak, dengki.. kita sendiri yang akan rugi

Sebab tu.. bagus kita tanam dalam diri kita.. harta yang kita ada, bukan hak mutlak kita selama-lamanya. Sampai masa, kita akan mati. Untuk pastikan, kita mendapat manfaat dari setiap harta kita, baik jugak kalau kita buat pelaburan akhirat. Misalnya bersedekah, bayar zakat, wakaf, syer ilmu dan lain-lain

Bagi kes kita.. kita banyak terlibat dalam inbesment hartanah. Jadi bagus duit sewa rumah, dividen asb yang kita dapat, duit refinance, untung jual rumah, sebahagian nya kita sedekahkan untuk tujuan agama. Yang paling penting, niatkan semua usaha kita, hanya kerana Allah. Mudah-mudahan kita mendapat berkat

Kita jugak perlu yakin, keluarkan zakat tak akan kurangkan harta. Sebaliknya akan menambahkan lagi harta. Selain tuu, kita akan rasa mewah, kaya, bahagia, tenteram

Jadi.. jom kita sematkan dalam diri, untuk merebut gelaran jutawan akhirat. Gunakan kemewahan, kesenangan yang kita ada, sebagai bekalan di akhirat kelak

Ish.. ish.. ish.. macam ustaz lah pulak juruukur nii.. hah haha haha

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012 3193576

Thursday, January 22, 2009

KITA BERJAYA SEBAB SOKONGAN KAWAN

Semalam aku ada meeting kat Semenyih. Sebab klien aku nii (Hj Mokhtar) dia nak buat pecah bahagian tanah. Asalnya, dia beli tanah kongsi ngan kawan. Tapi bila masing-masing dah tua. Mereka nak dapatkan geran individu. Sebab senang katanya, nak pindah milik dari nama dia kepada nama anak-anak. Pastu nanti.. kalau dia mati.. semua urusan tanah, yang dia ada, dah pun selesai. Tak menyusahkan anak-anak

Apa yang bestnya.. dia dapat info pasal service ukur aku nii, dari internet. Cucu dia yang bagi tahu. Aku bertuah sangat.. sebab baru aku tahu, yang cucu dia jugak, kenalkan aku ngan klien lain. Tima kasih banyak-banyak Shahidi. Sebab ko rekman aku ngan projek polis, projek air, koperasi hartanah.. Tima kasih banyak-banyak. Jasa mu sentiasa ku kenang.

Aku janji.. aku akan usaha yang terbaik. Untuk pastikan semua projek tuu berjaya. Alhamdulilah.. setakad nii.. projek tuu sedang berjalan. Nanti.. bila semua dah siap. Aku akan carik ko. Sebab konsep aku bisnes. Aku bukan nak kaya.. nak mewah-mewah. Sebaliknya aku lebih suka syer ngan kawan-kawan

Bila berlaku kejadian macam nii kat aku.. baru aku nampak.. betapa besarnya pengaruh blog dalam bisnes. Kita syer info.. pada waktu yang sama.. kawan-kawan sokong kita. Kenalkan kita dengan rakan-rakan lain. Jadi secara beransur-ansur bisnes kita berkembang. Mungkin kita tak nampak kesannya sekarang.. tapi mungkin ambik masa sikit.. 6 bulan hingga 5 tahun akan datang, baru nampak hasil

Bagi aku, tak ada alasan, orang muslim mesti lemah, tak berjaya, mundur. Sebab kalau kita bekerjasama, sokong menyokong, jangan kan ekonomi jee kita boleh kuasai. Malah lebih dari tuu

Tima semua.. sebab sokong aku.. sampai menyampai pada kawan-kawan lain, service ukur tanah yang aku buat nii

Apa pun.. kalau korang ada masalah tanah..jom kita syer.. insyallah.. aku sedia membantu

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012 3193576

Tuesday, January 20, 2009

KORANG SUKA JAWATAN YANG SELAMAT ATAU FINANCIAL YANG CEMERLANG?

Sekarang nii.. bahang zaman kemelesetan ekonomi semakin terasa. Lepas Tahun Baru China nii.. akan ramai pekerja kilang akan diberhentikan kerja. Banyak syarikat akan kecikkan operasi mereka. Dianggarkan lebih 45,000 orang pekerja akan kehilangan kerja secara berperingkat-peringkat.

Tapi sebelum ni.. kononnya mereka nii adalah tulang belakang syarikat. Berkhidmat bermati-matian untuk syarikat. Tapi bila ekonomi merundum.. kenapa mereka nii dibuang kerja? Kesian-kesian..

Kumpulan nii.. puratanya dah ada family.. ada isteri.. ada anak-anak, ada rumah, kereta dan banyak komitmen lain. Adakah jasa mereka tak ambik peduli oleh syarikat?

Aku teringat pada awal tahun 1997.. masa tuu ekonomi Malaysia tengah boom.. ada banyak projek mega macam Putrajaya, Cyberjaya, KLIA, Menara Petronas dan lain-lain. Waktu tuu.. budak fresh ambik civil engineer.. senang-senang dapat gaji RM5k sebulan. Aku terasa gak nikmat tuu sekejap..

Kontraktor banyak job.. ramai yang tukar kreta. Harga hartanah masa tuu memang hebat.. tapi tak sampai 6 bulan.. bila mata wang kita diserang.. kononya oleh Jose Soros.. semua usaha kita, hancur lebur. Bos suruh aku buat pilihan.. samada aku berhenti.. atau aku sedia terima gaji RM1200 sebulan.. sedih sedih.. bayangkan dari RM5000 jadi RM1200.. ijazah tak dee nilai beb.. rasa diri nii dah macam Bangla lah pulak

Ni mungkin kali kedua.. aku terasa kejatuhan ekonomi.. mungkin kali nii lebih dahsyat dari 1997 kot.. tapi yang pasti.. Tun Mahathir dah bagi ingatan.. kemelesetan ekonomi 2009 nii lebih teruk. Jadi kita berhati-hati lah

Bagi mereka yang kerja gomen @ kerajaan.. mungkin korang tak terasa sangat kot. Hujung bulan korang boleh dapat gaji. Sapa yang kerja GLC macam TM, TNB, PKNS, anak syarikat kerajaan negeri memang selamat lah. sekurang-kurangnya korang dah buat pilihan tepat.. korang dah pilih jawatan selamat..

Tu lah.. Kenapa korang gatal-gatal nak kerja private.. konon kerja private lebih mencabar..? gaji banyak..? banyak benda belajar..? tapi bila gawat macam nii.. semua pening.. huru hara dibuatnya

Bagi mereka yang ada pasif income.. tak kisah lah mereka nii.. kerja gomen kee.. kerja private kee.. korang dah buat keputusan lagi bijak.. sebab ni lah peluang korang menambah kekayaan. Mana tak nya.. bila gawat nii.. banyak benda kena lelong.. rumah lelong, kereta lelong, perabot lelong, isteri lelong, saham lelong, semua murah-murah.. kasi borong semua.. masalah orang lain.. peluang untuk kita

Emmm.. ada kee kawan-kawan blog.. yang dah kena berhenti kerja? atau yang kerja 2 hari seminggu? Atau yang dah dapat surat berhenti?

Jom kongsikan kebimbangan korang kat sini..

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012 3193576

Monday, January 19, 2009

APA YANG KORANG BELAJAR DARI MAIN GAME CASHFLOW101?

Pertamanya aku nak ucapkan tahniah kepada semua kawan-kawan. Yang datang memeriahkan PMC gathering kat Melaka. Aku mintak maaf banyak-banyak.. sebab tak dapat join korang.. aku demam lah.. sorry ekk.. apa yang berlaku kat aku sekarang nii.. sekejap baik.. sekejap demam.. tak tau lah kenapa.. tapi mungkin cuaca sekarang nii kot… panas banget..

Berbalik kepada cerita kita.. apa yang korang belajar dari main game nii?

Bagi kes aku.. mungkin aku lebih selesa belajar dengan cara bermain kot. Kalau sebelum nii.. bila Pie2020 terangkan pasal ASB, OD ASB, pasif income, refinance, OPM, aku susah sangat nak paham.. tak tahu nak link macam mana.. jangan lah cakap pasal akaun.. lagi lah aku buta.. tapi bila main game nii.. alhamdulilah.. aku dah mula nampak jalan.. aku pun dah start susun semua properties yang aku ada.. ikut macam dalam form game nii.. biar senang sikit.. nak semak pasif income

Aku dah mula nampak peluang.. dah mula tahu teknik macam mana nak create peluang.. misalnya dalam saham, rumah sewa, tanah, emas, part time business, kedai dan lain-lain.. selain tuu.. aku dah tahu.. apa dia bisnes untuk orang kaya

Aku rasa.. game nii gak sesuai untuk main ngan family.. terutama anak-anak.. sambil main.. sambil belajar.. mungkin medium terbaik untuk anak-anak paham pasal financial kot

Kat sekolah.. aku tak belajar pun pasal wang.. tapi dengan main game nii.. senang sangat nak paham pasal kemewahan.. kekayaan..

Kalau nak kenal kawan-kawan kita.. ajak mereka nii main game cashflow.. kat sini kita boleh nampak sikap sahabat-sahabat kita.. jujur kee.. tamak kee.. tolong menolong kee.. semua boleh nampak lah

Yang paling jelas.. kalau kita nak cepat keluar dari rat race.. kita perlu kerjasama.. bantu membantu antara ahli kumpulan.. pasti.. tak sampai 1 jam.. mesti ada kawan kita yang keluar dari rat race

Lagi bagus.. lepas main game nii.. kita bentuk group kecil.. 1 kumpulan terdiri dari 5 ahli.. matlamat kumpulan nii supaya.. setiap ahli punyai pasif income lebih tinggi daripada perbelanjaan.. best kan

Apa kata kita syahadahkan game nii.. masukkan unsur-unsur Islam dan bumiputra.. supaya ianya sesuai dengan suasana negara kita

Oklah.. untuk sapa-sapa nak dapatkan game nii.. bole hello aku.. Hafizal 012 3193576.. harga seunit RM350.00.. Maybank 1625-2606-1909 .. aku sedia membantu.. pas bank in.. sila call aku..

Dah ramai yang order.. Sifu Pie2020, Sifu Faris, Sifu Matt, Treec001, Wakata..

Korang bila lagi..?

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012 3193576

Wednesday, January 14, 2009

MACAM MANA NAK BUAT LOT BUNGALOW CARA KAMPUNG?

Hari nii… aku ada banyak meeting pasal projek bungalow.. ada kat Bangi.. Hulu Langat, Ampang.. kira hari nii, aku round the world lah.. pusing keliling.. ha hah hah

Apa yang aku nak syer hari nii.. pasal cadangan seorang tuan tanah nii.. tanah dia kat Hulu Langat.. dia cadang nak buat lot bungalow ala kampung…

Kenapa dia tak nak ikut cara biasa?
Kalau kita ikut cara biasa.. nak buat pecah-pecah lot.. untuk tujuan lot bungalow.. sekurang-kurangnya kita perlu lantik 3 consultant.. antaranya juruukur, jururancang bandar dan engineer. Team nii perlu bekerjasama.. sampai lah projek lot bungalow nii siap.

Bila dah ramai consultant.. kos untuk consultant jee pun.. boleh cecah berpuluh ribu. Tu tak termasuk bayaran premum tambahan.. cukai baru.. caruman parit.. caruman kubur.. dan lain-lain lagi

Pastu pulak.. jabatan teknikal yang terlibat untuk kelulusan permohonan ni.. lebih dari 8 jabatan.. kalau upah follow up 1 jabatan RM1000.. kalau dah 8 jabatan.. senang-senang jee RM8000 burn macam tuu jee. Rugikan..

Tempoh kelulusan pulak ambik masa antara 1½ tahun hingga 2 tahun.. lama tuu.. .. mana ada untung.. tak yah kita baincang pasal birokrasi.. lagi panjang cerita..

Apa alternative yang ada?
Jadi.. tuan tanah nii.. nak aku convert kan jee tanah tuu dulu.. dari kategori pertanian kepada bangunan kediaman.. maksudnya dia nak aku convertkan kesemua sekali tanah dia.. jadi lot bungalow

Buat macam nii.. consultant yang terlibat cuma jururancang bandar dengan juruukur jee.. upah consultant buat macam nii tak mahal pun..

Jabatan teknikal yang terlibat cuma 3 jabatan jee.. tak lah susah sangat nak kejar.. tak yah nak upah orang buat follow up..

Tempoh kelulusan antara 3 bulan hingga 6 bulan jee.. pastu kena bayar premium tambahan.. cukai baru.. cukai parit.. semua tu tak mahal pun

Tanah rezab Melayu.. kalu kat Selangor.. bayaran premium tambahan cuma 2% jee.. dari harga pasaran semasa tanah tuu.. murah banget kan..

Pastu bila tanah tadi dah siap tukar syarat.. geran baru dah didaftarkan.. tuan tanah tadi boleh buat pindah milik.. pada anak-anak dia ke.. nak jual pun boleh gak.. terpulang lah.. berapa orang dia nak sumbat dalam tanah tuu.... selalunya tanah 2 ekar nii.. tuan tanah akan masukkan antara 10-12 nama jee..

Pastu bila proses pindah milik nii dah siap.. bila semua nama dah masuk dalam geran..


Proses berikutnya.. juruukur akan buat permohonan pecah bahagian tanah. Proses ni mudah jee.. selalunya 3 bulan boleh siap.. Nanti.. akhirnya setiap tuan tanah boleh dapat geran masing-masing..

Jadi.. jom lah buat bungalow lot.. apa tunggu lagi… hah haha

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012 3193576

TANAH TOL LAGI?

Sejak kebelakangan nii.. agak ramai gak yang bertanyakan pasal tanah TOL, ada yang email, ada gak call aku.. jadi aku rasa, bagus kalau boleh, kita syer ngan kawan-kawan semua ekk.

1. Macammana nak semak status tanah?
Kita boleh semak status tanah yang kita nak mohon, kat pejabat tanah.. bahagian pelan.... apa yang penting.. semak tanah tu samada tanah rezab kee.. tanah kerajaan kee atau lain-lain. cuma tanah kerajaan and tanah rezab jee.. kita boleh mohon tol..


2. Bagaimana prosedur permohonan tanah TOL?
Kalau tanah tuu.. dah sah, tanah kerajaan atau tanah rezab.. apa perlu kita buat?.. kita lantik juruukur.. buat ukur butiran.. ambik maklumat jalan, longkang, topografi tapak dan lain-lain. pastu juruukur akan buat pelan.. pelan tuu nanti berserta borang permohonan.. juruukur akan bagi pada pemohon untuk ditandatangan.. pastu juruukur buat submisssionn pada pej tanah. Aku cadangkan.. bagus kalau boleh, pemohon sendiri buat follow up setiap 2 minggu, ngan pejabat tanah.. mohon percepatkan permohonan korang

3. Brapa sewa kene bayar utuk pajak tanah tersebut?
Sewa nii.. bergantung kepada pejabat tanah.. mereka akan nilai.. tapi pengalaman aku sebelum nii.. area hulu langat.. tanah tol, pertanian 3 ekar.. 150.00 jee setahun

4. Brapa lama pajakan blh dibuat?
Tol akan expired setiap hujung tahun.. pastu kita kena renew balik.. kena bayar RM150 balik.. lepas 3 tahun.. kita kena mohon balik semula.. ikut prosidur no.2

5. Bolehkah tanah TOL di buat bangunan atasnya?
Bergantung kepada syarat tanah yang kita dapat.. kalau tanah pertanian.. kita boleh buat pondok jee.. mcm stor tempat letak baja, cangkul dll. kalau syarat bangunan.. boleh buat bangunan.. tapi kena dapat persetujuan pejabat tanah

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012 3193576

Monday, January 12, 2009

INFO TANAH LELONG?

Aku nak syer ngan kawan-kawan semua, sebab hari Khamis lepas, bertempat kat Pejabat Tanah Sepang, aku bersama saudara Jamal Hartawan, buat kali pertamanya, telah berjaya membida 5 bijik lot bungalow sekaligus.

Tanah tuu kat Teras Jernang, berhampiran dengan Bandar Baru Bangi. 2km dari UKM, 500m dari Desa Sentosa, 1km dari kolej MARA, lengkap dengan semua kemudahan. Jamal dapat dengan harga RM11.60 sekaki. Market prize sekarang nii, RM22.00 sekaki. Untuk hari tuu jee.. saudara Jamal untung lebih RM200K.. hebat.. hebat.. tahniah Jamal. Katanya Jamal and the gang, nak bayar cash lagi.. ayooo.. banyak kaya ini orang ooo..

Aku tahu.. sebenarnya ramai dari kawan-kawan kita nii..berminat sangat nak beli tanah lelong. Tak kisah samada tanah pertanian, atau lot bungalow, tapi mungkin korang tak tahu teknik.. macam mana nak daptkan info tanah nii.. terutama lokasi tanah, pelan, info jabatan ukur, satellite imej dan lain-lain

Untuk kes saudara Jamal, aku selaku consultant yang bertanggungjawab, membantu dari peringkat awal, untuk dapatkan semua info tanah berkenaan. tunjukkan site, sama-sama gi auction.. dan sekarang nii, insyaallah dalam proses untuk jalankan kerja ukur dilapangan. Nanti kami akan ukur, tandakan semula sempadan, bagi tanda sempadan yang hilang.. kami ganti dengan paip besi..


Pasni.. Jamal dah boleh bersihkan lot tuu..boleh kasi rata.. buat cun-cun, nak jual pun dah bole.. masyuk masyuk..

Oklah.. untuk sapa-sapa yang berminat, nak beli tanah lelong.. nak dapatkan info pasal tanah tuu.. korang bole hello aku.. charge aku tak mahal pun.. berbaloi ooo.. kalau main tanah nii.. untung kasar beb..

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012 3193576

Sunday, January 11, 2009

JOM KITA BEKERJASAMA

Apa tugas juruukur?

Kerja juruukur ni.. macam yang korang selalu tengok kat tepi-tepi jalan tu.. dok bawah matahari, pakai comot-comot, ukur tepi parit, tepi sungai, teropong sini, teropong sana, tu lah kerja juruukur. HODOH kan kerja juruukur nii. Ha hah ahha..

Katakan tanah korang, atau mungkin kawan, family, syarikat korang, ada beli tanah, tapi tanda sempadan tanah tu hilang. Untuk carik batu sempadan dan tandakan semula on the ground, kat site, tu kerja kami

Katakan pulak, lokasi tanah tadi cantik, berada kat jalan besar, boleh dibangunkan untuk buat lot bungalow, jadi peranan jurukur kat sini, kami membantu korang untuk buat kerja ukur butiran, pastu buat permohonan kat pejabat tanah, follow up pejabatt tanah, uruskan hal-hal tanah, sampai lah tanah korang tadi, boleh dapat geran individu

Pastu.. katakan korang ada tanah 1 geran, tapi dalam geran tuu ada 3 nama. Korang nak pecahkan geran supaya masing-masing boleh dapat geran individu. Ni gak tugas juruukur.. Bantu korang untuk uruskan dari penyediaan pelan, buat submission kat pejabat tanah, ukur kat site, tanam tanda sempadan, sampailah korang dapat geran individu

Let say, korang beli 2 lot bungalow bersebelahan, atau tanah pertanian bersebelahan, pastu korang nak cantumkan lot tu, supaya korang simpan 1 geran jee.. untuk proses permohonan cantuman ni gak tugas juruukur

Apa lagi ekk.. katakan lak.. korang beli tanah pertanian 5 ekar, pastu korang cadang nak pecahkan tanah tuu kepada 5 plot, setiap plot 1 ekar, kategori tanah pertanian, nak jual sekar-sekar, ni gak kerja juruukur

Korang yang rapat dengan ahli politik, atau orang kampung, bercadang nak mohon tanah kerajaan, atau nak mohon tanah TOL, kerja-kerja buat plan tu.. kerja sapa lagi.. kalau tak kerja juruukur. hah haha

Kalau tanah korang.. nak upgrade.. nak tukarkan syarat dari pertanian kepada kedai (komersial), atau industri.. lantiklah juruukur.. aku sedia membantu

Selain tuu.. kalau lah kita nak lebarkan jalan, nak besarkan sungai, nak buat pengambilan tanah, untuk ambil maklumat sungai, jalan, bangunan kat site.. tu tugas juruukur gak tuu

Pendek kata.. sebut jee tanah, ingat jee tanah.. ingat lah juruukur.. haha haha

Siapa klien juruukur?

Klien jurukur nii terdiri daripada orang individu, bagi kes orang perseorangan ni, aku banyak uruskan kes pecah geran, supaya boleh dapat geran individu, nak mohon tanah kerajaan, nak buat lot bungalow, nak carik batu sempadan hilang, selesaikan pertikaian sempadan, cantuman lot, selesaikan masalah laluan keluar masuk dan lain-lain lah

Bagi syarikat pulak, kebanyakkan mereka nii, terlibat dengan projek perumahan. Jadi kami nii, jadi perunding untuk uruskan tanah land developer tu lah. Sampai lah projek perumahan tadi dapat geran asing-asing. Ada jugak klien kami terlibat dengan kerja-kerja buat hiway, sungai, buat bangunan. Mereka lantik kami untuk buat kerja ukur, ambik semua data on the groud.. macam kedudukan longkang, kedudukan bangunan, tiang elektrik dan lain-lain.. pastu kami buat plan, supply maklumat tadi pada syarikat terbabit

Job kerajaan nii.. samalah gak macam syarikat. Jabatan yang ada job ukur macam .. JPS, JKR, Majlis Perbandaran, Jab PERTANIAN, JAB HAIWAN, JABATAN PEMBANGUNAN, UNIVERSITI, PENJARA dan lain-lain lagi

Macam mana juruukur dapat kerja?

Kebanyakkan nya.. kami nii dapat job dari rokmen kawan-kawan. Klien yang pernah berurusan ngan kami.. mereka berpuas hati.. pastu mereka sampai menyampai, dengan kawan-kawan lain. Dari situ kami dapat klien. Selain tuu, kami buat marketing.. hantar profile company, kepada jabatan kerajaan atau syarikat.. pastu kami follow up.. jadi ambik masa gak, untuk dapat klien ni. Banyak gak cabaran, yang juruukur kena tempoh

Matlamat juruukur?

Aku sebenarnya.. berusaha sangat, minat sangat nak kembangkan service ukur tanah nii. Tapi kekangan aku.. cabaran aku.. aku tak kenal ramai kawan.. tak ramai kenal, bos-bos besar nii.. jadi.. ada tak sapa-sapa kawan korang.. yang korang rasa.. bagus untuk aku jumpa?

Sebab prinsip aku buat bisnes.. aku bukan nak kaya-kaya.. nak mewah-mewah. Tu bukan matlamat aku… sebaliknya aku lebih suka, kalau korang rekman, aku uruskan kerja tuu sampai siap.. dari A to Z, aku buat kerja baik-baik. Bagi klien happy.. pastu bila dapat payment, ada untung sikit, kita syer sama-sama. Semua orang rasa. Ni matlamat aku.. ni impian aku

Ok… lah .. bye-bye

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR

Thursday, January 8, 2009

GAME CASHFLOW 101

Siapa pengasas game nii?
Game nii di asaskan oleh Robert Kyosaki. Dia nii adalah pengasas buku RICH DAD POOR DAD.. selain tuu dia ada banyak buku lain macam ESBI, How to Invest?, Rich Kid Smart Kid, juruukur tak tau macam mana nak terangkan kat korang.. korang explore lah sendiri kat
http://www.richdad.com, selain tuu korang leh explore kat sini lak.. http://www.bicarajutawan.com/forum/showthread.php?t=239

Kenapa juruukur suka main game nii?
Best main game nii, sebab bagi juruukur, game nii mampu latih tubi juruukur belajar macam mana nak melabur.. mungkin juruukur nii lebih sesuai belajar dengan cara bermain kot.. selain tuu, sekarang nii, lagi banyak juruukur main game nii.. juruukur lebih faham pasal duit, pasal bisnes and pasal account..

Berapa harga game nii?
Kat website richdad, mereka jual dengan harga USD195.00

Berapa harga juruukur?
Juruukur bukan jual game nii tau.. juruukur bukan agent produk ni.. Cuma juruukur nak syer ngan kawan-kawan, sapa-sapa nak game nii leh bagi tau juruukur, nanti juruukur tolong korang dapatkan. Harga RM350.00. Juruukur tak ambik untung pun…

Macam mana nak dapatkan game nii?
Kalau korang nak order, bank in duit dalam akaun Maybank juruukur : HAFIZAL BIN AHLAN account no : MAYBANK 1625–2606–1909. Dah bank in, sila sms juruukur.. 012 -3193576, maklumlah juruukur nii tak selalu ada kat office, jadi kena sms juruukur ekk

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR

Monday, January 5, 2009

CARA BETULKAN EJAAN NAMA / NOMBOR IC DALAM GERAN?

Aku nak syer sikit.. pasal masalah klien aku sorang nii.. nama klien aku nii Mr Tan. Dia and kawan-kawan ada 10 ekar tanah.. dalam satu geran.. sebab dulu mereka beli syer-syer. Pastu dia lantik aku.. untuk bantu mohon pecah bahagian.. supaya masing-masing boleh dapat geran individu

Aku pun uruskan lah tanah dia tuu.. dari buat plan, hantar permohonan kat pejabat tanah.. buat lawatan tapak ngan SO.. sampai lah geran siap. Dan sekarang nii.. masing-masing dah boleh collect geran kat pejabat tanah

Selalunya.. proses ambik geran kat pejabat tanah nii.. aku lebih suka.. klien sendiri pergi ambik.. bukan apa.. masa ambik geran tuu.. klien boleh terus semak samada ejaan nama, no ic, alamat yang ada pada geran tuu.. betul atau sebaliknya..

Berbalik kes tanah Mr Tan nii.. dari 8 pemilik tanah yang dah ambik geran.. ada 3 tuan tanah nak kena buat pindaan ejaan nama dan IC. Sebab ejaan nama dan ic tu salah. Kesian kan.. Sorry lah Mr Tan.. bab nii bukan salah juruukur.. kami dah bagi maklumat betul.. tapi ni typing error kat pejabat tanah.. human error

Bagi kes macam nii.. nak selesaikan senang jee.. tuan tanah sendiri, mesti datang ke pejabat tanah.. bawak semua dokumen yang perlu.. macam geran original, resit cukai tahun terkini, salinan ic, nombor fail pecah bahagian sebelum nii.. pastu jumpa ngan pegawai yang terbabit. Mintak kat dorang.. borang pindaan ejaan nama atau ic.. sorry lah.. aku tak ingat apa nama borang tuu.. tapi kasi isi borang tu baik-baik.. pastu bawak gii pesuruhjaya sumpah.. mintak dia perakukan borang kita tadi.. dah dapat tuu.. hantar balik borang ngan dokumen yang perlu.. pada pejabat tanah.. pastu korang boleh balik.

Dalam tempoh 2 minggu sekali.. korang kasi follow up ekk.. kasi refresh orang-orang pejabat tanah tuu.. mintak tolong segerakan geran korang.. kalo tak.. lambat beb..

Cuma mereka yang pernah berurusan ngan pejabat tanah jee.. yang faham masalah lambat-lambat nii.. ok lah bye-bye

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR

Sunday, January 4, 2009

AKTIVITI HARI AHAD

Hari nii jadual aku agak padat. Seawal pagi aku dah pergi site visit kat Teras Jernang. Nak jumpa saudagar Jamal Hartawan.. heh ehhe.. aku panggil dia saudagar sebab banyak tanah kat Bangi nii dia beli.. pastu dia covert buat lot bungalow.. hebat kan.. tahniah Jamal

Balik pada cerita tadi.. aku pun bertolak dari rumah pukul 8.00am sampai Teras Jernang pukul 830am. Aku bawak lah semua plan yang dia nak. Sampai jee site.. dia dah tunggu aku.. mesti dia dah tak sabar nak tau, tanah mana yang nak jual tuu. Aku pun explain satu persatu.. tanah yang aku maksudkan nii sebenarnya nak jual murah jee.. lot bungalow, siap dah tukar syarat, ada gran individu, ada tiang elektrik, ada air, lot sebelah dah ada rumah.. harga 1kp tak sampai RM11.00.. kira murah sangat lah tuu kalau kat area tempat nii.. selalu nya orang lain jual pun dalam RM22 kp.. sapa beli memang bagus untuk investment. Aku memang berhajat nak beli.. tapi modal nak pakai untuk benda lain lah pulak.. So aku terpaksa lah offer ngan orang lain

Selain tuu.. kita orang bincang gak pasal tanah kat Sungai Buah, Dengkil yang bakal Jamal beli. Aku pun present lah pelan lay out tanah tuu.. Siap bagi tau lagi kalau pecahkan 54kaki x 116kaki dapat 20 lot, kalau pecah 50 kaki x 116 kaki dapat 22 lot.. kalau juruukur lain selalunya mana nak bagi service macam nii.. kalau dah lantik, dah bayar deposit, baru lah mereka buat kerja.. heh hehe.. aku bagi extra service pada klien.. sebab bukan susah pun buat plan tuu.. semua pakai computer.. tak sampai 10 minit boleh siap.. jadi klien pun happy.. cara macam nii, klien boleh rancang.. mereka boleh kira.. samada untung atau rugi beli tanah tu tadi. Selalunya klien akan lantik aku terus untuk buat projek dia.. tapi.. kalau klien tak jadi beli tanah tuu.. klien mesti rekomen ngan member dia yang lain..

Dah penat borak panjang kat site.. kami pun lepak kedai mamak kat sebelah masjid Teras Jernang. Bincang pasal investment lain pulak. Ada gak kami sentuh pasal homestay, pasal tanah pertanian, kedai tomyam, sumber income lain.. heh hehe.. pastu aku ajak dia layari blog pie2020.com.. jangan lupa masuk blog aku gak.. mintak di abagi komen.. sebab Jamal nii ada ada banyak pengalaman buat lot bungalow.. jadi boleh kongsi pengalaman ngan kawan-kawan lain..

Tengah-tengah borak tuu.. Keown call aku… nak comfirm pukul berapa Lokman (orang buat grill) nak datang rumah Bangi kami. So aku bagi tau lah, suruh Keown tunggu kat rumah Bangi tuu jam 1130am. Aku pun sambung borak ngan Jamal sampai pukul 1030am.. pastu kami gerak.. Si Jamal bawak aku.. kenalkan ngan kawan dia, kontraktor buat grill jugak..

Sebenarnya rumah Bangi nii, aku syer ngan Keown.. senang kalau beli syer nii.. sebab apa-apa keputusan yang kita buat, kita sama-sama bincang dulu.. jadi tak lah salah invest.

Jadi pagi nii.. ada 2 kontraktor buat grill akan bagi quotation kat kami.. tak pee lah, lagi ramai kontraktor bagi quotation, lagi bagus.. kita boleh bandingkan harga mereka..

Hazril (kontraktor kawan Jamal) datang dulu.. pastu dia bagi quotation.. harga dia RM750.00.. pastu dalam pukul 1130am Si Lokman pulak sampai.. ukur punya ukur.. Harga Si Lokman lepas nego pulak RM1,050.00. Bezanya mereka nii.. Si Lokman banyak bagi nasihat..dan nasihat tuu kami rasa berbaloi dengan harga dia.. walau pun harga Lokman mahal sikit tapi kami banyak belajar.. Jadi kami pun lantik Lokman.. mintak dia siapkan grill tuu cepat

Sebenarnya kami dah pun sewa rumah nii.. deposit dah ambik.. tapi grill tak siap lagii.. instalment kat bank tak bayar lagi pun.. heh hehe.. biasalah rezeki rumah lelong.. hehheh

Pastu jee.. kami gerak balik ofis aku.. sebab tengahhari nii ada sesi pertama main game Cashflow101. Antara yang hadir.. KEOWN, SAIFUL, SALMI AND JURUUKUR..

Ngam-ngam pukul 1.00pm kami pun start main.. mula-mula tuu sesi suai kenal lah.. kena lah aku bagi penerangan sikit.... sebab maklumlah dia orang nii baru first time main.. tak dee pengalaman.. heh hehe.. biasa lah malu-malu

Pastu dah masuk round yang kelima dan seterusnya.. mereka dah terror.. baru lah syok main.. Baling dadu, bukak kad, ada bukak small deal, ada bukak big deal, ada dapat doodad.. macam-macam lah.. Panas kepala beb.. asyik pikir macam mana nak dapat pasif income lebih tinggi dari expenses jeee. Macam-macam idea keluar.. masa nii lah kita kenal antara kawan-kawan, siapa yang hebat berfikir, yang jujur, yang setia kawan and macam-macam lah

Orang pertama keluar dari RAT RACE adalah SAIFUL.. tahniah Pul.. hebat koo.. tak sampai 1 jam dah boleh keluar RAT RACE.. tapi sebenarnya SAIFUL boleh keluar pun sebab dapat nasihat dari kami nii.. itu lah kalau kita sepakat, kalau kita kerjasama, benda susah macam nii pun kita boleh gak berjaya

Keown pulak keluar RAT RACE dalam pukul 510pm.. lama gak lah.. tapi aku and SALMI tak keluar-keluar.. he hehe.. luck tak berapa baik lah.. disebabkan kami nii kesuntukan masa.. kami pun tangguhkan main game nii pada jam 515pm.. pastu bincang-bincang sikit.. pastu masing-masing bersurai

Insyallah.. kami dah rancang.. dalam tempoh terdekat nii.. kami akan main game ni lagi.. bagi kami expert sikit.. pastu kami akan beli .. kasi tambah game ni lagi..

Untuk kawan-kawan kat luar sana.. jangan lah kecik hati.. jangan lah bimbang.. nanti kami jemput korang semua main game nii.. nii janji kami semua


Doakan kami ekk.. mudah-mudahan usaha kami.. nak buat kumpulan pasif income nii akan termakbul dengan kadar segera.. Tercapai gak azam 2009 aku yang pertama.. Insyaallah.. Amin

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR

Friday, January 2, 2009

TT BERSAMA PIE2020.COM

Untuk makluman semua.. malam nii jam 930 ke atas ada TT bersama Pie2020.com kat Ramal Junction..

Kawan-kawan semua dijemput datang..

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR

Thursday, January 1, 2009

AZAM 2009

Sekejap jee masa berlalu. Sedar tak sedar, sekarang nii kita dah masuk tahun 2009. Dah bertambah umur aku, dari 32 kepada 33 tahun. Dah tua aku sekarang nii. Heh hehe. Tapi apa ada pada umur.. yang penting kita mesti rancang tahun 2009 dengan baik

Perancangan aku untuk tahun nii lebih tertumpu untuk menaikkan lagi pasif income yang sedia ada

1. TUBUH GROUP PASIF INCOME.. sekarang nii, aku dah ada game Cashflow101, jadi dah senang nak bina kumpulan ni. Teknik dan cara macam mana nak tubuh kumpulan nii boleh rujuk kat awal-awal blog aku dulu

2. TUBUHKAN COMPANY.. Company nii lebih kepada menguruskan rumah-rumah sewa yang aku ada. Biar nampak kemas sikit. Pastu nanti aku akan kuatkan company nii.. biar sampai bank boleh bagi loan kat aku.. heh heh

3. TAMBAH TANAH.. aku cadang nak beli lagi 2 bidang tanah tapi kawasan pedalaman sikit. Mungkin area Negeri 9 kot.. Target harga dibawah 10K sekar. Tujuan aku beli kali nii, aku akan usahakan tanah tuu.. samada tanam pokok getah, kelapa sawit, limau kasturi atau lain-lain, kita buat cantik-cantik.. pastu jual balik dengan harga mampu milik. Aku pastikan sapa yang beli tanah aku tuu mesti dapat +cashflow

4. TAMBAH RUMAH.. insyalah aku cadang nak tambah 8 buah rumah untuk tahun nii. Beli rumah lelong, kasi repair cun-cun, pastu sewa kan..

5. TUKAR SYARAT TANAH BANGI.. aku akan tukarkan syarat kesemua tanah nii dari kategori pertanian kepada bangunan kediaman. Pastu kasi pindah milik atas nama wife, mak, along.. Pastu kasi pecah bahagian..aku target supaya tanah tuu ada 4 geran asing-asing berstatus lot bungalow

6. PECAH BAHAGIAN TANAH BERANANG.. Aku akan kejar final title untuk tanah nii.. Pastu aku boleh buat pecah bahagian. Supaya aku dan partner boleh dapat geran masing-masing. Dah ada geran asing-asing senang sikit.. mudah nak jual, nak cagar

7. REFINANCE CONDO DAN KERETA. Aku akan refinance dua benda nii. Hasil refinance tuu nantii.. boleh jugak aku dapat cash dalam 60K. Duit tuu kasi park kat ASB abang aku dulu.. kasi OD pastu kasi invest kat rumah atau tanah. Installment bulan-bulan aku tak risau sangat.. sebab PNB yang bayarkan.. heh heh

8. AGENT JUAL HARTANAH. Aku akan aktif bantu kawan-kawan jualkan rumah. Gunakan teknik Pie2020. Setakad nii alhamdulliah.. untuk tahun 2008 jee aku dah dapat untung 11K

9. MESTI BUAT 3 EBOOK.. Ebook yang aku nak buat nii berkisar pada bidang hartanah. Aku bukan nak jual ebook.. tapi lebih kepada syer pengalaman jee. Bila dah siap nanti.. sapa-sapa yang nak.. aku boleh email. Tujuan aku supaya kita sama-sama boleh melonjak maju

10. BELI SAHAM MURAH.. Jangkaan aku dalam bulan March atau bulan Jun 2009 keadaan BSKL akan teruk. Mungkin indeks BSKL lebih teruk dari tahun 1997. kalau lah keadaan nii berlaku.. Aku berhajat nak beli saham-saham GLC. Simpan mungkin 3-4 tahun.. pastu bila ekonomi baik kasi jual

11. TARGET SALE RM600K.. Aku target supaya sale kerja-kerja ukur aku, untuk tahun 2009 nii boleh dapat RM600K. Target nii ok sebab kalau dibahagikan ngan 12 bulan.. 1 bulan baru RM50K jee. Aku tak mampu capai sorang-sorang.. Tapi Insyallah hasil kerjasama korang.. sokongan korang.. aku yakin boleh termakbul impian nii

12. TAMBAH SAVING RM300K.. Untuk tahun nii.. azam aku nak tambah saving sebanyak RM300K. Aku cadang nak park duit tuu nanti, kat ASB abang aku. Pastu kasi OD and invest kat benda lain. Insyaallah boleh capai

13. PASIF INCOME.. ni lah benda yang paling sukar untuk aku capai. Mungkin sebab aku tak tahu teknik kot.. apa pun alhamdulilah setakad nii aku dah ada RM3851 pasif income setiap bulan. Target aku supaya pasif income 2009 ni akan bertambah RM1149.. menjadi lebih RM5K sebulan.. Insyaallah

14. MUSLIM BERIMAN.. Bab nii biarlah menjadi rahsia aku sendiri. Aku dah pun buat perancangan. Apa pun, matlamat kita sebagai muslim, kita mahu berjaya di dunia dan akhirat..

Selamat bercuti..


INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR

  © Blogger template 'Fly Away' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP