Friday, November 21, 2008

MACAM MANA NAK CARIK MODAL?

Ramai dari kita nii... tak sabar nak kumpul modal. Kalu boleh terus je hari ni nak ada 1 juta dalam akaun. Tak leh lah macam tuu. Dalam proses kumpul modal nii.. kita kena sabar. Usaha dari satu peringkat ke satu peringkat. Hari ni lebih baik dari semalam, esok pulak lebih baik dari hari nii. Orang Cina kata man man aaa..

Kumpul modal nii ala macam kita belajar kat U laa. Yang seronoknya belajar nii.. proses belajar tuu.. dari tahun satu ada orentasi, pastu masuk tahun dua, ada awek.. belajar sama-sama, pastu cuti sem, masuk tahun 3 dan seterusnya. Tiru buat assignment, tak tido malam, exam lak bawak toyol. Proses nii lah yang best.
Bila konvo pakai baju konvo, ambik degree, lambung topi, ambik gambar dengan awek, kenalkan ngan mak bapak.. semua tuu cuma best sekejap jee. hehe hehe. Betul ke ni?

Samalah jugak dalam proses kumpul modal. Maksudnya aktiviti yang kita buat. Macam mana kita olah financial kita. Ada yang ada modal terus melabur kat swichcash pastu telingkup, kumpul modal balik konon pertanian adalah perniagaan, tanam lah cili, cili lak daun kerinting. Terlingkup. Orang sibuk buat direct selling, kita pun joint, invest lah sampai puluh ribu.. pastu tertipu.

Gagal pastu gagal lagi. Dari sini baru kita belajar. Kita bina network, kenal ramai kawan, belajar teknik invest, konsep invest, sampai lah kita jumpa 1 teknik yang betul untuk invest. Proses nii yang paling mahal. Proses nii yang menguji sama kita ni investor ala ayam daging atau investor ala ayam kampung

Investor ala ayam daging nii.. lebih kepada investor pakej. Semua orang siapkan. Ala macam ayam daging dok dalam reban tuu.. semua tuan siapkan, tuan bagi makan.. dia makan.. tuan bagi makan ubat. dia makan.. tido ada aircond, berak tuan cuci, sampai masa, kena sembelih. Investor macam nii tak syok lah. Tak mencabar langsung

Investor jenis nii langsung tak kreatif. Apa mereka buat untuk dapat modal. Ikut cara orang lain jee. Nak dapat modal, simpan lah duit gaji ciput-ciput dalam ASB, hujung tahun tunggu dividen, pastu keluarkan duit KWSP baru lah boleh invest, insuran matang jee nak keluarkan.. konon nak invest lah, sapa yang kerja kerajaan lak, sibuk lah nak buat loan kerajaan konon nak invest rumah, yang kerja privet lak, ambik loan majikan. Mak bapak bagi tanah.. dia pun cagarkan kat bank.. dapat duit tuu baru boleh invesst. Lebih teruk lagi.. pinjam duit mak bapak.. konon nak invest. Paling ketawa.. ambik personal loan pulak, baru belajar nak invest

Bukan lah idea tu tak bagus. Bagus juga sebenarnya. Sebab terbukti ramai orang yang dah berjaya jadi pelabur guna cara nii. (ayoo aku kutuk diri aku sendiri lah) heh hehe hehe. Padan muka aku.. heh hehe

Untuk lebih cepat berjaya.. aku nampak kita mesti jadi pelabur ala ayam kampung. Kreatif and smart.

Jadi.. esok kita bincang lak "macam mana investor ala ayam kampung carik modal" heh hehe.
Jumpa lagi

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR

14 comments:

Anonymous said...

tak sempat nak tengok tajuk sebelum ni... ada bincang pelaburan tak perlu guna cash.. tapi guna epf?...

Anonymous said...

ayam kampung goreng sodap... hehehe


kayzen

Anonymous said...

mane tokey ayam ni...
bukan bapak ayam kan? huhu

xsabar nk baca sambungan ni. haha

Azman Ali said...

aduhh pedass nyeee..hahaha... x sabar nak tau ape cara2 nk jadi pelabur ala ayam kampong ni

Anonymous said...

bgs la blog ni.. tak sabar nak tengok esok haha..tahniah satu blog yang bagus
I follow...

Anonymous said...

Tahniah Fizal...
kawan nak belek cx list semula..
kawan tergolong group mana..

yang pasti..
sikit2 gene ayam hutan..
dan ayam sabung ada kat darah kawan niih..
he..he..

Azman Ali said...

aku rase mcm tegolong kat ayam bandar jer..

nak tau gak la cne nk jd pelabur ayam kg ni..harap dpt tunjuk ajar...

Anonymous said...

ayam kpg...ayam kpg..kurr...kurr....eh mana nie tak kuar lg ayam kpg nie??....kurrr...kurrr...ha..ha..ha

Anonymous said...

nanti jap.. aku sibuk yang amat sangat nii.. nak tekentut pun tak sempat nii.. heh hehe

MET said...

sekali tgok dah tahu dah man ni ayam bandar..kui2..

macam yg den cakap la man.juruukur pun tak setuju cara ayam bandar ni..hee.

sila sambung...

MET said...

eh.marah pulak kang org bandar.hu.ayam daging la man...

Anonymous said...

aku suka ayam kampungg.. lebihh sodappp .. hehehehe ..
kentall . kenyall ..

Abbas said...

aku dulu, mula2 kejer, ader member ajak join satu mlm nih, aku pun ok la, why not kan? kalau dah diorang kate untung riban2 setiap bulan... alih2 aku lg susah, sampai RM45K dia wat loan, pastu bawak lari duit aku, sampai skang aku x jumpa2 dia lagi... so, kepada sesiap yang nak kumpul duit tuh, hati2 lah ngan janji manis mlm nih... buat ape kita tipu org utk dapat duit, baik wat biz halal... dah tetu berkat...

Abbas said...

aku dulu, mula2 kejer, ader member ajak join satu mlm nih, aku pun ok la, why not kan? kalau dah diorang kate untung riban2 setiap bulan... alih2 aku lg susah, sampai RM45K dia wat loan, pastu bawak lari duit aku, sampai skang aku x jumpa2 dia lagi... so, kepada sesiap yang nak kumpul duit tuh, hati2 lah ngan janji manis mlm nih... buat ape kita tipu org utk dapat duit, baik wat biz halal... dah tetu berkat...

  © Blogger template 'Fly Away' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP