Lepas berdiskusi dengan klien nii. Alhamdulillah dapat lah aku 2 job ukur baru. Aku pun mintak lah diri.. On the way balik. Dok tengah memandu, teringat aku kata-kata klien tadi.. baru aku perasan, sebenarnya kita nii dikelilingi oleh 2 jenis kumpulan orang.
Kumpulan orang kaya, banyak duit, tapi tak tau duit nak buat apa. Mereka ni dok rumah bungalow, kereta mewah, beriman, pakaian berjenama, pasif income hebat, positif, sentiasa mencari peluang, ingin kan maklumat tepat dan cepat. Dan satu lagi kumpulan orang miskin, tak de duit, duit tak cukup. heh ehhe hehe. Diri aku nii kat kumpulan mana ekk? Yang pasti setakad nii bukan golongan kaya.. tapi mungkin golongan miskin atau pun papa.. hehe heheh
Hari niii.. aku nak luahkan rasa hati nii. Sebab dah tak tahan dah.. dah nak meletup dah
Penat lah kerja. Terkejar-kejar. Semua nak cepat. Semua urgent. Balik lewat malam. Lelah aku dibuatnya. Kencing pun berdiri, nak terkentut pun tak sempat. heheh hehe... Dok geram-geram layan perasaan. Tu lah aku terfikir, macam mana lah aku boleh bekerjasama dengan orang kaya? Maksud aku..yang kaya tambah kaya.. yang aku miskin nii berubah jadi sederhana.. win win lah
Aku cadang nak buat kerja part time.. tapi nak buat apa ekk?? Nak niaga pasar malam.. nak niaga apa lak? Nak buat ebook.. ada orang beli kee? Tapi apa yang aku tau cuma tanah jee. Sikit-sikit pasal rumah lelong. Sikit-sikit pasal financial. Korang rasa kalau lah aku bagi info rumah lelong ke? tanah nak jual ke? kat orang kaya nii, dia orang minat kee?. Bukan apa.. kalau boleh dapat 1-2K extra money sebulan syok gak kan. Boleh gak invest kat ASB. Harapan tuu melampau.. tinggi menggunung. heh hehe. Usaha tak tak dee pun
Tapi aku ada perasan.. baru baru nii.. Pie ada jual rumah kat Teratak Muhibbah & DTR. Orang lain jual rumah berbulan-bulan.. tapi Pie boleh jual tak sampai sehari.. sold out. Apa ilmu ko pakai Pie?.. Ko pakai pelaris apa ekk? Boleh syer ngan aku sikit.. Nak tanya malu.. cuma aku luahkan dalam blog nii jee
Alangkah bagusnya.. kalau lah aku tau rahsia Pie nii.. pasni boleh aku jadi agent hartanah lak.. Masuukkk tu bebb.. Sebijik rumah boleh dapat 1K tak? Boleh kott
Kawan-kawan kat luar sana tengah tunggu rahsia ilmu macam mana nak jadi investor ala ayam kampung nii.. Macam mana lah aku nak jawab. Sebab aku pun investor ala ayam daging.. Nahas.. nahas aku.. Mampus .. hhe hehe hehe
Renungan hari nii.. Kejap lagi aku nak carik info dalam blog pie2020.com, "rahsia pie jual rumah"
Ehh macam best jee tajuk nii. "rahsia pie jual rumah" Boleh buat ebook nii
20 comments:
dimana ada kemahuan, disitu ada jalan.. fikir2 kan..
kayzen
bro, sebijik rmh jual kurang2 mesti aim 5K+ bersih, bru berbaloi.. hehe
emmm .. takde ilmuu punn.. ko juall jee murahh. mestii ada orang nak beli .. heheheheh
bun.. ingat tadik nak buat ternakan ayam kampung.... hehehehhe
ayam kampung makan banyak tapi badan tak gemuk2 hehehhe
aku dah slalu sgt makan ayam kg ni.. kt umah byk ayam kg la katakan..hehehe
ayam kampung VS ayam daging..
rasa2 pie blh tolong jawab kot.. sbb dia ni cam tergolong dlm investor ala ayam kampung je...cuba tgk, apa yg dia tak cuba, tak buat, sumer benda dia ada cuba.. byk pengalaman tu,tak cam kita ni yg dok copy paste...hehehe
han..'usaha Tangga Kejayaan'dan kejayaan perlukan perngorbana..
diringkas citer..org2 berjaya & kaya tu..den gerenti..dia berusaha 300% dan 300% yg dikorbanka..renungkan lah..
em.ramai org yang kaya kat luar tu.macam2 peluang dan cabang2 perniagaan.cume kita je kekadang sempitkan pikiran..kekadang malas nak pikir dan ambik tahu..apetah lagi buat.hu
bg la satu cth kecik.aritu makan pisang.gila panjang beratur.3 trip goreng gak la baru sampai turn den.padahal pisang je.tp ade 3 cawangan setakat ni..masyuk.em.org yg tanam pisang?masyuk gak..org yg jual baja masyuk gak..org yg jual racun pun masyuk gak..so anda pilih je nak jd yg mana satu.peniagaan ape tu tak penting.kalau kene dengan caranya boleh jd org senang jugak beb...hee.
kalau anda dulu buka surat kabar.masyuk gak.harga 1.20xbrape org yg baca?hu.untung juga kalau anda yg supply ink tersebut..untung jugak anda yg buat kitar semula sampah..ke tokey balak.kui2..
dan banyak lagi yg kalau anda rajin tgok pecahan2 dia anda nampak gak la peluang tu.tgl cari yg sesuai..tak salah pun mula kecik.tp aim besar la..
oh sekarang pun banyak yg kita leh duplicate je..
p/s:lepas ni jgn makan or guna je.kita renung2kan bersama.kekdg tu asyik tgok yg besar2 glamor tp yg kecik simple modal kecik leh start bila2 selalu terlepas pandang.otak kalau tak di asah leh tumpul gak.peace.nasihat untuk met..
saya kalau boleh nak merase semua jenis ayam..hee.boleh ka lagu tu..
Kayzen.. aku setuju..dimana ada kemahuan disitu ada jalan
Al-Husni.. tadi aku ada gi Pej Tanah Bangi.. ko punya permohonan dalam proses.. hehe. Pastu betul kee.. tolong jualkan rumah.. boleh dapat komisen 5K.. Banyak tuu..
Pie2020.. smlam aku explore blog ko.. macam aku dah jumpa teknik ko jual rumah.. Emm nanti aku kupas sikit
Keown & Azman.. ayam hutan lah sodap. heh heh he
Kakct.. betul tuu.. pie lah orang yang paling sesuai untk jawab pasal teknik carik modal nii..
Orang kaya cuma bayar orang bijak untuk tambah kaya. Yang susah orang yang suam-suam nii. Tak mampu nak upah orang bijak
Met.. aku amat setuju cadangan koo tuu
aku rasa ko kaya gan ilmu ttg tanah, compare gan ilmu rumah , ilmu tanah lagi susah nak paham, selok belok ttg tanah,
kalau ko buat ebook ttg perihal tanah sure aku beli beb..
zero knowledge la ttg hal tanah ni..
Nahar.. terharu aku baca tulisan ko.. heh hehe.. ko nak tahu pasal tanah? berkaitan apa? Nak tau macam mana buat lot bungalow? nak tahu proses jual beli tanah? atau?
Tul cakap ko.. kat luar tu mmg banyak org kaya.. yg selalu tunggu peluang utk direbut
minggu lepas aku pegi kebun pakcik sebelah wife aku kat hulu langat, ayoyo ( pinjam ayat pie..)ini org bapak kayo ni, kebun tu cam dah jadi taman rekreasi, siap gan kolam mandi, kolam ikan punya la banyak. kanyer kolam tanah tapi kolam yg dibina gan batu sungai, siap kandang kambing yg penuh gan baka boar,
ikan dia ternak sumer spesis mahal,
pekerja indon ader dlm 5 org.
ader gazebo utk rehatkan diri
lum tengok keta dia lai, toureg ada, mez ada,
wah terasa keciknya diri ni
mana dia org amik duit aaa...
Nahar.. dia orang tuu kaya tahap gaban. Buat projek bukan sebab untung.. tapi lebih kepada kepuasan. Best kan kalau kita cam tuu gak. Mesti pasif income orang macam nii.. banyak gila
Ko rasa.. pakcik nii minat apa?
xsabo2 mau bace topik ayam kampung..hehe
mana satu ayam kampung.. mana satu ayam hutan.. poning2.. aku ni ayam ape erk.. rase cam ayam kacukan jerk.. ayam bandar kacuk ayam kampung kot..jadik ayam banpung??hehe
peruzz.. ko refer kat blog faris.. dia ada cerita macam mana carik modal. heh hehe
Aku tak mampu nak cerita.. sebab bila aku cermin diri aku nii.. aku pun ayam daging gak.. heh hehe
Ni baru dalam proses.. nak jadi ayam kampung.. setakad nii leh dapat extra money antara 3k - 8k sebulan.. syok gak... nanti dah stabil sikit.. baru aku leh syer..
wahh 3-8k sebulan?? masyukkk tu.. diorg dah proses ke? alhamdulillah.. bro, maksud aku yg 5k+ tu ialah hasil bersih bila jual rumah lepas amik kira semua kos..(kes rmh kos rendah la nie.. heheh)
al husni.. jom buat iklan menarik.. pemenang akan dapat 50.00dari juruukur.. heh hehe
aku sekor je ke ayam katik kat cini? huhu
kerdil sungguh diriku ini...
Asking questionѕ are in fact fаstidious thing if you arе
not understanԁing anything comрletely, but thіs paragraрh presentѕ fastidiοus understanding yet.
Ηere is my ѕite; 2applyforcash.com
Also visit my weblog :: Payday Loans Online
Post a Comment