Thursday, December 31, 2009

PENIPU TAK KE MANA

Hari ni.. aku nak syer ngan korang.. cerita pasal orang menipu nii.. benda nii berlaku semalam.. partner aku kena tipu..

Sekarang nii.. macam-macam cara.. dia orang nii menipu. Langsung tak ingat dosa pahala.. mereka belasah jee.. yang penting duit.. duit.. duit..

Al kisah ceritanya cam nii.. semalam aku terima panggilan dari sorang pompuan Cina.. kononya dia dari Singapore.. Pastu dia bagi tau.. dia nak ukur tanah kat Johor.. ada yang 300 ekar, 1800 ekar dan macam-macam lagi laa

Jadi disebabkan dia nii orang Cina.. aku mintak partner aku kasi urus.. So mereka nii pun.. berjumpa laa kat IOI Mall Puchong jam 5 petang

Bila jumpa tuu.. Si Minah Singapore nii.. tak nak bincang kat kedai.. kat Mc D pun tak nak.. kononya bising.. tak selesa.. dia nak bincang kat dalam kereta..

Partner aku pun.. bawak laa dia masuk dalam kereta.. mula-mula tuu borak pasal projek.. last-last mintak duit RM200. Hampeh betoi.. mau tak mau.. kena laa bagi.. kalo tak bagi nanti.. takut minah nii menjerit.. kata dia kena rogol kee.. kena samun kee.. lagi laa susah

Lepas bagi RM200 tuu.. terus dia blahhhh.. buat muka tak bersalah jee.. hampehhh betoi

Bagi korang yang terima panggilan cam nii.. hati-hati yeekk.. jangan jadi mangsa minah nii..

Ok laa.. hati hati yeekk

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL AHLAN

JOM MAIN FACEBOOK

Hari nii.. baru aku perasan.. yang sebenarnya.. aku nii dah ketinggalan.. maksud aku tertinggal IT..

Yelaa semua orang dah ada facebook.. kawan lak dah ramai.. ada tuu yang dah beribu-ribu.. tapi aku.. ayooo tak canggih langsung.. he he he

Seronok gak.. bila aku explore facebook nii.. nak pakai senang, mudah, simple…

Pastu lak.. kat facebook nii, senang sikit aku nak kenal korang.. aku klik–klik sikit.. dah nampak gambar korang.. hu hu hu.. baru syokk.. bole aku tengok gambar tokeh tanah.. he he he

Bagi korang yang lom ada akaun facebook.. bagus korang cepat daftar..

Pastu jangan lupa add aku jadi friend korang ekk.. HAFIZAL AHLAN.. huak huak huak

Jadi.. jom kita mengFACEBOOK .. bye bye

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL AHLAN

Wednesday, December 30, 2009

TAK JUMPA ILMU CAM NII KAT UNIVERSITI

Hari nii.. aku ada meeting ngan Hj Sulaiman kat Cheras.. bersama ngan kita orang tadi Dato’ M. Jadi focus perbincangan kami.. lebih banyak berkisar pasal tanah

Seronok laa boleh borak ngan Dato’ M nii.. sebab dia nii dah umur 80 tahun.. jadi banyak laa pengalaman bisnes.. yang boleh dia kongsikan ngan aku.. best best

Apa pun.. satu benda baru.. yang aku belajar dari Dato’ M tadi.. mengenai kejayaan mak bapak.. menurut Dato M.. mak bapak boleh didik anak-anak mereka.. untuk jadi lawyer, doctor, engineer..

Tapi nak didik anak.. supaya anak-anak sentiasa ingat kita.. boleh doakan kita.. bila kita dah tak dee nanti.. satu benda yang tak pasti.. jadi sebagai mak bapak.. ambik benda nii sebagai cabaran.. Tima kasih Dato M.. atas nasihat yang Dato bagi..

Selain tuu.. aku cukup-cukup teruja laa.. sebab pembantu peribadi Dato M adalah sorang imam & al-hafiz.. dan seumur hidup aku.. ni laa kes pertama aku jumpa.. al-hafiz jadi PA.. wowowo.. satu ilmu baru untuk aku

Bestkan jadi orang kaya cam nii.. dah laa kaya.. pastu lak.. PA orang yang bebaik.. seronokkan

Lepas tuu.. aku ngan Izwan ada meeting kat Putrajaya.. kita orang jumpa Dato S.. kami borak-borak dan kenal-kenal jee.. he he he.. Adat orang niaga.. cam tuu laa.. mula-mula kenal-kenal.. pastu projek-projek.. he he he

Belah malam lak.. aku lepak kat Bangsar ngan Hj T.. bincang pasal tanah.. discuss pasal bisnes..

Aku syukur sangat.. Alhamdulilah sangat.. sebab terlalu banyak benda baru.. aku belajar hari nii.. Ilmu cenggini tak jumpa kat Universiti

Ok laa semua.. bye bye

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL AHLAN

Monday, December 28, 2009

BANYAKNYA PELUANG BISNES

Hari ni aku agak lapang.. sebelah pagi cuma ada 3 meeting jee.. pastu belah petang.. aku lepak kat opis.. siapkan kerja-kerja yang tertunggak

Seronok aku hari nii.. boleh jumpa Shaiful dan Izwan.. sebab mereka nii ziarah opis aku.. wowowo hebat-hebat laa dia orang nii.. masing-masing dah ada bisnes.. tahniah untuk korang

Untuk makluman kekawan semua.. sekarang nii saudara Shaiful ada anjurkan kursus pra-perkahwinan.. setiap hari Sabtu dan Ahad.. Lokasi kursus lak kat Masjid Negara Kuala Lumpur.. pastu sijil kursus dikeluarkan oleh pihak JAWI..

Yang istimewanya sijil nii.. sah seumur hidup.. Jadi untuk korang yang nak kawin.. yang nak kan keterangan lanjut. Korang boleh hubungi saudara Shaiful ditalian HP : 013-3866086

Pastu.. aku ngan Shaiful tengok presentation Saudara Izwan lak.. ini mamat banyak bagus IT laa.. wowowow.. kali pertama kita orang tengok.. dia punya grafik.. terus teruja.. he he he

Yelaa.. kami nii orang tanah.. bab tanah tanih nii.. kita orang expert laa.. tapi bab-bab grafik nii.. kami buta.. pada aku laa.. ko punya bisnes.. memang best.. memang mantop Wan.. So esok.. jangan lupa.. kita ada lunch kat Putrajaya.. jumpa pegawai kat sana.. jumpa disana.. disana

Selain kita orang bincang pasal bisnes.. apa yang paling aku seronok.. kami boleh solat Magrib jemaah sesame.. pastu kita orang doa sesame.. rasa hebat sangat.. tuu yang paling syokk tuu

Apa laa aku merapu nii.. Jadi.. bagi mereka yang ada bisnes.. yang nak syer cerita bisnes masing-masing kat sini.. jom kita cerita-cerita.. jangan malu jangan segan.. jom jom.. sila sila..

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL AHLAN

Sunday, December 27, 2009

BERAPA NILAI DIRI KORANG?

Hari nii aku kat Melaka.. pusing-pusing Melaka.. pastu kita orang balik kampung.. kat Alor Gajah

Bestnya balik Melaka nii.. banyak tempat boleh ronda.. negerinya bersih.. ramai pelancong… tempat makan banyak.. memang syookkkk laa

Apa laa aku meraban nii.. Berbalik kepada cerita kita hari nii.. pasal nilai diri.. rasa-rasanya berapa laa nilai diri kita ni yekk?

Jom kita main-main.. seronot-seronot sikit.. kira nilai diri.. jom jom

Katakan laa pendapatan kita RM2,000.00 sebulan
Sebenarnya kalo kita bahagi 30 hari, pendapatan kita RM66.67 sehari
Kalo lak dibahagikan 24 jam : RM2.78 sejam

Katakan lak pendapatan kita RM5,000 sebulan
Kita bahagi ngan 30 hari.. income kita sehari RM166.67
Sejam lak RM6.94

Korang rasa.. jumlah tuu macam mana? Sikit ke banyak? Layak tak ngan tahap pendidikan kita? Berapa yang sepatutnya pendapatan kita sebulan? Jadi apa usaha yang boleh kita buat.. untuk tingkatkan pendapatan kita?

Jom kita kira-kira sikit.. bincang-bincang… he he he

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL AHLAN

Saturday, December 26, 2009

TANAH PEMAJU ATAU TANAH KERAJAAN

Hari nii.. aku rasa… bagus aku syer ngan korang pasal tanah.. kes nii berlaku kat kampong aku sendiri

Baru-baru nii.. pihak pemaju NM kat kampong aku.. ada tulis surat kat pihak sekolah... mintak pihak sekolah keluar dari tapak sekolah tuu… Kononya tanah tuu milik mereka. Ni kira kes sekolah setinggan la

Bila dapat surat cam ni.. pihak sekolah pun panic gak. Kecoh gak masa tuu

Jadi untuk meredakan keadaan.. kami adakan mesyuarat antara pihak pemaju, sekolah agama dan penduduk kampong. Jadi perbincangan tuu lebih menjurus.. mencarik jalan penyelesaian

Semakan yang aku buat kat pejabat tanah.. aku dapati.. tanah tuu dah pun terlibat ngan pengambilan.. bayaran pampasan dah pun, kerajaan bayar pada pihak pemaju sebelum nii
Semua rekod tuu ada

Tapi bila aku buat carian.. rekod pengambilan tuu.. tak didaftarkan oleh pejabat tanah.. seolah-olah macam tanah tuu tak dee pengambilan

Sebab tuu jadi isu.. satu pihak dakwa tanah tuu tanah kerajaan.. satu pihak lagi kata tanah tuu milik mereka.. pihak pemaju asal NM lak.. dah jual tanah tuu kepada pemaju lain.. kepada syarikat ABC lak

Peningkan.. pusing-pusing

Sebab tuu.. aku syorkan laa.. kaloo tanah korang terlibat ngan pengambilan oleh kerajaan.. pastikan korang simpan semua rekod tuu baik-baik.. pastu semak carian tanah korang.. rekod pengambilan mesti didaftarkan.. jangan jadi macam kes kat atas tuu.. susah generasi akan datang

Tuu jee untuk hari nii.. bye bye

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL AHLAN

Friday, December 25, 2009

PENCEN MUDA, PENCEN KAYA

Aku nak syer gembira ngan kekawan semua.. hari nii.. 24hb December 2009.. hari paling bersejarah dalam hidup aku.. sebab hari nii.. aku dah boleh pencen.. aku dah keluar dari RAT RACE hidup sebenar

Syukur sangat ngan rezeki yang Allah bagi.. aku tak sangka.. 2010 menjelang tiba.. menjelang umur 34 tahun.. aku dah boleh pencen..

Alhamdulilah sangat.. sebab pasif income aku sudah ok.. lebih banyak dari perbelanjaan aku setiap bulan

Apa pun.. aku nak ucapkan terima kasih kat kekawan semua.. yang selama nii banyak menyokong kerjaya aku

Aku nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kat Saudara Keown, Lim, Abang Enal, wife aku (ira), mak, abah, mak loha, along, kak long, staff aku dan semua sekali.. dan tak lupa juga kat kekawan blog..

Selain tuu.. aku nak ucapkan tima kasih kat saudara Pie.. sebab tunjuk ajar OD ASB.. tima kasih Pie

Lepas nii.. aku akan lebih focus kepada kerja aku.. sebagai juruukur, investor dan consultant. Insyaallah

Tugas berat menanti aku lepas nii.. aku nak dapatkan pasif income lebih RM50K setiap bulan.. pastu nak dapatkan pasif income untuk opis aku lak.. terima kasih semua

Assalamualaikum

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL AHLAN

Thursday, December 24, 2009

JANGAN IKUT ORANG

Dunia dah berubah sekarang, kalo dulu.. sapa-sapa yang ada tanah besar, luas, merekalah orang kaya. Sebab ramai orang kampung boleh bekerja ngan mereka

Pastu dunia berubah kepada zaman industri.. sapa-sapa ada kilang.. ada banyak kilang.. mereka lak orang kaya.. sebab mereka boleh keluarkan produk.. boleh eksport.. boleh jual satu dunia

Sekarang nii.. zaman IT.. mereka yang bijak IT.. boleh kuasai IT.. boleh gabungkan IT ngan bsnes mereka.. mereka laa orang kaya baru. Selain tuu kita kena glamour.. lagi kita glamour.. lagi laa cepat buat duit

Mana satu pilihan korang?

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL AHLAN

Wednesday, December 23, 2009

JALAN-JALAN CARIK PELUANG

Hari ni aku ada meeting kat Kajang.. pastu gerak ke Seremban (Jab Ukur).. pastu gi Port Dickson meeting ngan klien.. waaaa sekarang nii.. hari-hari kena gi Port Dickson la

Best gak lepak kat PD nii.. dok tepi pantai.. pantai agak bersih.. pastu berangin jee.. sambil lepak.. sambil baca buku.. syokkkkk

Habis meeting kat PD.. aku gerak balik ke Seremban.. sebab ada meeting ngan lawyer lak. Hebat laa lawyer nii.. Dah 40 tahun lebih buat bisnes.. semua pekerja dah tua-tua. Ada sorang pekerja tuu.. ikut lawyer nii lebih 35 tahun.. hebatkan

Pengalaman aku laa.. bagi kita yang buat bisnes.. kalo kita ada pekerja.. yang boleh ikut kita, lama-lama cam nii.. tu maksudnya.. kita bos yang bagus.. sebab staffff kita yakin ngan bisnes kita

Kalo banding ngan aku.. alahai macam langit ngan bumi.. bisnes aku, baru nak masuk tahun ke 7.. tapi alhamdulilah sangat.. setakad hari nii.. dah ada 2 staff.. ikut kami.. lebih 5 tahun.. bagus-bagus..

Lepas meeting ngan Mr. SCC nii.. aku gerak lak gi site visit kat Beranang. Gi tengok tanah. Pada peringkat awal.. klien aku nii.. suruh aku ukur tanah dia jee.. sebab katanya dia nak buat pagar.. tapi last-last.. suruh aku beli lak tanah dia. Sebab dia terdesak nak pakai duit

Best gak tanah dia nii.. pokok buah memang banyak.. dusun laa katakan.. macam-macam pokok ada.. pokok durian, ciku, langsat, mangga, dukung, cempedak dan lelain.. pokok-pokok nii semuanya dah keluarkan hasil

Dalam tanah lak.. ada parit kecik.. sebelah-sebelah lot ada rumah.. lengkap ngan semua kemudaan.. ada letrik, air, jalan tar.. kalo buat dusun memang cun.. harga lak memang murah banget.. ayooo mau angkat ke tak? Mau ke? Tak mau? Susah nak dapat peluang cam nii. Konfius konfius aku.. he he he..

Pastu lak.. aku gerak ke Cyberjaya.. jumpa Hj N.. dia suruh develop tanah dia.. kat Kg Meranti.. tanah 1.5 ekar.. dia suruh tukar syarat tanah.. dari pertanian kepada lot bungalow.. pastu buat pindah milik kepada 8 nama.. 6 untuk family dia.. 2 untuk aku..

Tapi semua kos.. aku kena tanggung.. semua urusan aku kena buat.. dia tahu.. dapat 6 geran jee.. ni peluang baik nii.. tapi untung kee? Tak untung?.. ayoo konfius konfius lagi. He he he

Sebelah malam lak.. aku lepak ngan Hj S.. kat Bangi Kopitiam.. bincang nak uruskan tanah dia kat Bangi.. pastu discuss projek dia kat Kedah.. Wowowo.. ni Hj S banyak kaya laa.. tanah banyak.. kedai banyak.. kat merata tempat

Tuu laa aktiviti aku untuk hari nii.. bye bye

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL AHLAN

Tuesday, December 22, 2009

KEMBALI KEPADA AL QURAN

Semalam aku main area Seremban. Ada meeting kat Seremban2, pastu meeting kat opis lawyer area Mantin.. pastu jumpa klien kat PD.. wowowow.. ni kira masuk jajahan Pokli nii.. (tokeh emas kita) he.. he.. he..

Apa pun.. aku syukur sangat ngan job ukur sekarang nii.. alhamdulilah sangat.. aku percaya semua tuu rezeki.. berkat doa kekawan..

Yelaa.. ada job yang kecik.. ada yang besar.. tapi kecik-kecik pun.. kalo dikumpul-kumpul.. bole tahan gak kan.. sebab istimewanya kita nii.. kita tau macam mana nak laverage.. maksud aku.. dari modal kecik.. supaya boleh untung besar.. yelaaa… sebab kita ada financial IQ.. hu hu hu..(angkat bakul)

Untuk hari nii.. aku nak kongsikan ngan korang.. pasal tekanan kerja.. tak kisah laa.. samada kita niaga kee.. makan gaji kee.. tekanan kerja tuu.. mesti ada..

Soalnya sekarang nii.. cam mana nak atasi cabaran nii.. ? buat apa kita hidup nak tertekan.. Kalo boleh.. biarlah kita hidup happy.. tenteram.. beriman.. baru best
Tekanan kerja nii.. boleh berlaku dalam banyak keadaan.. kadang-kadang tuu.. bos tak suka kita.. kita hangin.. kita muram jee.. pastu kadang-kadang tuu beban kerja banyak sangat.. semua nak cepat.. kita tension.. pastu klien nak cepat .. kita pun hangin.. gaji naik sikit laa.. tak dee bonus laa.. banyak laa sebab musabab lain.. yang kita boleh tertekan nii

Bila kita tertekan.. selalunya jantung kita berdegup kencang.. pastu kita nak kencing-kencing.. bila kita sembahyang pun, kita masih ingat kerja.. fikiran kita celaru.. kalo boleh nak semua orang kerja 24 jam.. kita selalu marah-marah.. muka kita masam dan lelain laa..

Jadi.. sapa-sapa yang ada siptom-siptom cenggini.. bagus kita kembali kepada Al-Quran. Bagus kita ambik ikhtibar hidup Rasullulah..

Sebab sesibuk mana kita.. sibuk lagi Rasullullah.. sesusah mana kita niaga.. susah lagi Rasulullah sebarkan Islam.. kalo nak niaga, tak yah berperang.. tapi nak sebar agama.. kena berperang beb.. bunuh-bunuh lak tuu.. pastu baginda kena baling batu.. nak kena bunuh.. macam-macam cabaran yang Rasullulah terima

Tapi baginda relax jee.. siap sebelah malam.. qiamulail lagi.. hebatkan..

Jadi aku cadangkan laa.. sapa-sapa nak buang perasaan tertekan korang.. bagus kita mulakan ngan buat senaman sikit, jogging kee, main bola kee, buat laa aktiviti berpeluh.. pastu balik kampong.. jumpa atok.. jumpa nenek.. pergi laa bercuti… gi jalan-jalan

Bukan tuu jee.. bagus kita solat jemaah, bangun malam, solat hajat, solat taubat, solat tahajut, puasa Isnin Khamis, malam Jumaat lak.. kita jemaah baca Yasin kat masjid..

Selain tuu.. cuba kita sistemkan kerja kita balik.. kalo bole automationkan kerja kita.. atau kita carik pembantu.. Insyallah.. pasni korang dah tak tertekan lagi dah

Ehhh.. macam pakar motivasi lak juruukur nii.. he he he

Apa pun..

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL AHLAN

Sunday, December 20, 2009

JOM NIAGA

Best nya cuti kali nii.. sebab aku boleh lepak ngan famili kat rumah.. sebelah pagi aku gi jogging.. pastu lepak-lepak sambil membaca.. boleh gak aku segarkan minda sikit.. pastu surfing internet.. he he he.. sebelah malam lak.. aku bawak anak-anak gi pusing-pusing kat KL

Syok gak tengok KL malam-malam minggu nii.. banyak lampu.. banyak jambu.. he he he..

Ok laa.. berbalik cerita kita untuk hari nii.. pasal potensi diri. Korang yakin laa.. korang percayalah.. setiap kita nii.. hamba yang dijadikan oleh Allah.. kita ada potensi diri yang hebat. Pastu kita gak ada bakat yang istimewa

Potensi dan bakat tadi hanya ada dalam diri kita jee.. tak dee pada orang lain.. dan ada pada orang lain.. tak dee pada kita.. semua tuu kira kelebihan masing-masing laa

Cuma aku perhatikan.. masalah yang jadi batu penghalang.. untuk kita berjaya bukan kita kurang maklumat teknikal.. tapi sebabkan “perasaan takut”. Takut nii macam-macam. Takut rugi, takut jatuh, takut mencuba, takut nak niaga.. dan lelain

Aku ingat lagi.. masa aku mula-mula niaga dulu.. takut beb… takut tak dee job laa.. takut nak jumpa orang.. takut tak mampu bayar sub-con, takut tak boleh bayar kereta, takut tak leh bayar sewa opis, takut tak leh bayar pekerja.. macam-macam

Tapi aku gagahkan jugak.. aku mesti try.. aku mesti cuba.. orang kuat yang sokong aku masa tuu.. saudara Keown, abang Enal ngan famili aku. Mereka nii laa tempat aku luahkan perasaan.. he he he.. dan Alhamdulilah.. sekarang nii.. dah nak masuk tahun ke-7 dah.. aku niaga sendiri

Macam-macam pengalaman aku lalui.. ada yang manis.. ada yang pahittttt.. tapi kan.. apa yang aku nampak.. kalo kita setakad bijak financial, pandai teknikal.. tapi kalo kita terlalu takut.. tak leh jalan beb. Lambat laun pandai kita tuu akan tenggelam

Jadi aku cadangkan.. sapa-sapa yang nak niaga.. minat nak niaga.. tapi korang masih lagi makan gaji.. korang mulakan ngan main game CASHFLOW101 dulu..main game nii banyak kali.. pastu baca banyak-banyak buku bisnes

Pastu lak.. korang start carik pasif income.. buat internet bisnes kee.. buat direct selling kee.. rumah sewa.. homestay.. apa-apa jee la yang leh dapat pasif income

Bila pasif income korang dah stabil.. lebih banyak dari perbelanjaan korang.. baru korang letak surat resign.. berhenti kerja..

Masa tuu.. baru korang bisnes ngan tenang.. tak dee takut-takut lagi.. korang boleh focus 100% pada bisnes korang. Best buat bisnes nii.. kita laa bos.. kita la kuli.. maksud aku.. kita free nak buat apa jee..

Sapa lagi.. nak angkat martabat agama kita.. kalo tak diri kita sendiri.. sebab tuu.. aku cadangkan.. kita mesti bersatu.. kita kongsi maklumat.. kita sokong menyokong.. Insyallah baru kita boleh jadi bangsa yang berjaya. Amin

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL AHLAN

Saturday, December 19, 2009

PERMOHONAN PECAH BAHAGIAN KURANG SEKAR DAH KENA TANGGUH

Aku nak update kat kekawan semua.. sekarang nii.. semua permohonan aku untuk pecah bahagian tanah yang kurang sekar.. kena ditangguhkan oleh pihak pejabat tanah laa

Jadi aku mintak maaf banyak-banyak kat kekawan semua.. korang yang nak pecah geran.. tapi permohonan korang dah ditangguhkan

Sebelum nii.. aku dah pun semak ngan banyak pejabat tanah kat Selangor.. sampaikan kat PTG Selangor.. mereka benarkan permohonan tuu dibuat.. tapi last-last kena tangguhkan lak

Tapi aku dah forward masalah nii.. kat PTG SELANGOR.. harap-harap mereka boleh ambik tindakan segera

Nanti kalo ada perkembangan terkini.. aku akan update balik

Untuk Pak Syed, Wak Man, Dato R, Tan Sri M, Hj M dan lelain.. saya janji.. saya akan uruskan tanah kalian sampai selesai

Oklaa. Bye bye

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL AHLAN

Tuesday, December 8, 2009

DUIT HANTARAN.. OH DUIT HANTARAN

Sekarang nii banyak betoi jemputan kawin.. hari Sabtu ngan Ahad.. aku asyik layan gi kenduri jee.. apa orang kata.. makan free.. he he he

Yelaa.. sekarang tengah cuti sekolah.. jadi ramai laa kekawan kita kawin.. bagi yang pakcik makcik.. ni laa masanya nak terima menantu.. abis bila lagi ye tak? tapi bukan menantu hantu ekk.. he he he

Yang paling best. bila gi kenduri kawin nii.. aku boleh jumpa ngan ramai kekawan lama, kira boleh eratkan ikatan silaturahim laa.. macam-macam cerita keluar.. kira banyak gossip laa.. hu hu hu

Bila jumpa-jumpa cam nii.. Baru aku tau.. kesanya ramai lagi.. kekawan aku masih single mingle. Solo lagi.. bujang trang tang tang.. tapi bujang kaya beb.. duit berkepok kapok lu orang..

Tak pee laa.. kawin nii bukan benda yang boleh dipaksa-paksa.. tul tak.. kalo dah sampai jodoh korang.. insyaallah.. kawin jugak nanti.. yang mustahak.. duit untuk kawin tuu.. korang dah ready.. bila jumpa je pasangan yang sesuai.. korang boleh terus on.. no hal bab duit

Ehh.. sekarang nii.. nak kawin mahal ooo.. hantaran je mau-mau 10K.. ada yang sampai 15K.. tu lom masuk kenduri kendara lagi.. barang hantaran lagi.. honeymoon.. mau mau.. 30K ranap.. banyakkan..

Nak dapat 30K tuu.. bukan senang.. macam-macam benda yang ter paksa kita buat.. ada yang simpan RM500 sebulan.. ada yang buat parttime.. ada yang kerja siang malam.. demi orang tersayang.. he he he.. tapi bab nak ngabiskan.. sekejap jee.. tul tak?

Jadi untuk hari nii.. apa kata.... korang kongsikan.. pengalaman korang carik duit hantaran dulu-dulu tuu… usaha korang.. benda-benda yang korang buat.. jom kongsikan.. he he he

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012 3193576

Thursday, December 3, 2009

LU MAU DUIT? LU MAU BERCUTI?




Semalam aku ada meeting Melaka.. Sebabkan sekarang nii cuti sekolah.. jadi aku pun bawak laa family sekali

Kononya.. lepas meeting tuu.. bole laa aku lepak bermalam kat Melaka.. pastu boleh pergi ronda-ronda.. gi makan-makan.. dan aku plan esok nak balik KL

Tapi apa yang berlaku.. tiba-tiba Hj S call aku. Bagi tau malam tadi ada meeting segera kat Bangi.. aku nak kena ada.. nak bincang isu tanah bersama ngan lawyer dia... sebab nak atur strategi urusan jual beli tanah

Ni laa dinamakan rezeki.. tengah nak bercuti pun.. orang bagi kita duit.. alhamdulilah.. best.. best... klien diutamakan..

Layan gambar kat atas tuu.. wajah juruukur yang terpaksa balik KL.. he he he.. bye bye

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012-3193576

Tuesday, December 1, 2009

KREATIF MOHON TANAH

Untuk pagi nii.. aku ada meeting kat Bangi.. ngan abang B

Kita orang bincang pasal kerja ukur.. dia suruh ukur.. dalam laut (hidrografi).. projek tuu kat Penang.. wowowo syok syokkkkk.. massukkkk

Biasalahh.. kalo bincang bab projek nii.. biasanya 10 minit jee.. selebih tuu merapu benda lain.. borak pasal bisnes, ibadah, projek pertanian, mohon tanah dan lelain

Al kisah ceritanya.. selain abang B jadi kontraktor.. dia jugak terlibat ngan projek pertanian.. dia tanam cili, tanam tembikai, supply anak benih.. Dan alhamdulilah.. sekarang nii.. projek dia.. dah semakin berkembang

Pada waktu yang sama.. dia cuba mohon tanah kerajaan.. kononya nak besarkan projek.. jadi dia pergi laa jumpa ngan orang politik.. jumpa ngan orang pejabat tanah.. tapi semuanya hampa

Istimewanya abang B nii.. dia tak cepat mengalah.. sebaliknya dia pegi buat research.. kaji jabatan dan agensi kerajaan.. yang terlibat ngan kerja social.. yang agensi tuu.. ada tanah

Bila dia dah kenal pasti.. dia pun buat proposal.. dia cuma hantar 2 keping A4 ngan bukti gambar projek sebelum nii. Dan alhamdulilah.. kali nii permohonan dia berjaya… wowowo.. dia berjaya sewa tanah 8 ekar.. kat Dengkil.. ngan kadar sewa RM1600 setahun broo.. murah gila kan..

Bukan tuu jee.. agensi tuu siap kasi pekerja lagi.. gaji budak-budak tuu.. cuma RM10.00 jee sehari.. syokk kan..

Abang B latih budak-budak agensi nii.. kasi mereka pendedahan.. ajar mereka niaga.. sebagai balasan pihak agensi kasi sewa tanah.. jadi win win la.. abang B untung.. agensi pun untung

Aku syorkan laa.. sapa-sapa nak sewa tanah.. korang bole tiru cara abang B nii.. sewa tanah ngan agensi kerajaan.. amacam ok tak?

Bye bye..

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012-3193576

Monday, November 30, 2009

SITE VISIT TENGOK TANAH

Hari Ahad baru nii.. aku and Uncle Dodi ada site visit.. tengok tanah kat area Sepang.. syok gak area nii.. damai je.. banyak pokok.. ada bunyi unggas.. tanah lak tepi jalan besar.. lengkap ngan semua kemudahan.. lot sebelah.. dah pun ada rumah

Cuma masalah tanah nii.. dia agak curam sikit.. kos nak tambak ngan nak buat retaining wall tuu.. agak mahal oo.. tapi dari segi harga tanah lak.. tak dee mahal sangat.. kira ok laa..

Lepas habis site visit tuu.. kita orang pun gi minum kat area MPI.. sambil minum tuu.. aku terus kira budget... kos-kos yang terlibat.. nak buat projek lot bungalow.. nahhh ambik ko Uncle Dodi.. aku kasi detail.. satu per satu lagi

MODAL
Kos Tanah : RM350,000
Juruukur : RM3,500
Town planner : RM5,000
Premium tambahan : RM15,000
Cukai Parit : RM3,500
Cukai baru : RM350
Proses pindah milik : RM10,500
juruukur : RM1150
LJT : RM6,000
BNS : RM700
AN : RM70
Retaining wall : RM225,000
Timbus tanah : RM100,000
engineer : RM30,000
TOTAL :RM750,770

JUAL
Tanah tuu boleh pecah 7 plot
1 plot bungalow : 5770kp
Sekaki area tuu dalam RM25
Jadi 5770 x 7 x RM25 : RM1,009,750

UNTUNG
Jual - modal
RM1,009,750 - RM750,770 : RM258,980

Margin untung kecik sangat laa.. 2 tahun layan benda nii.. cuma untung RM258,980.. sikit sangat.. kos mahal kat retaining wall ngan tambak tanah

Ok laa.. apa pun.. layan gambar kat bawah nii

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012-3193576









BERCUTI SAMBIL MEMBACA

Untuk cuti raya Aidiladha kali nii.. aku balik Beranang. Kampung mak aku. Best sangat sambutan raya kali nii.. sebab kami penduduk kampung.. pakat ramai-ramai buat ibadah korban.. 3 ekor lembu tumbang.. tapi yang paling syok.. sekampung turun padang

Selain tuu.. aku tengok.. anak-anak aku.. Si Naufal dan Si Aisy.. seronok gila.. tengok lembu kena sembelih.. ye laa budak-budak.. macam-macam dia orang nii nak tahu.. penat gak aku nak menjawab.. he he he

Bila raya.. waktu nii laa aku boleh jumpa kekawan lama.. boleh laa kita orang borak panjang.. bincang pasal projek.. discuss pasal bisnes dan lelain

Bukan tuu jee.. cuti kali nii gak.. aku berjaya habiskan baca.. 4 bijik buku..

1. Buat duit dengan YouTube tulisan Zamri Mohamad
2. Sleep & Get Rich tulisan Pearlin Siow
3. Get Rich Faster tulisan Azizi Ali
4. Rich dad poor dad (versi Melayu) tulisan Robert Kiyosaki

Bestttt… ada banyak benda-benda baru.. aku belajar dari penulis nii.. bak kata Azizi Ali.. sekarang nii semua orang ada masalah.. macam masalah kewangan.. masalah berat badan.. masalah rumah tangga.. masalah bisnes dan lelain.

Dan kumpulan nii.. mereka nak segera selesaikan masalah tadi.. tak dee masa lagi nak try and error. Jadi untuk penuhi impian dia orang nii..

Mengapa tak.. pengalaman yang kita ada.. dalam financial, hartanah lelong, masalah tanah.. kita kumpulkan bebaik.. paketkan dia cantik-cantik.. dalam macam-macam format.. pastu kita jual

Bagi aku laa.. kalo kita bekerjasama.. dibantu dengan network yang kita ada.. aku percaya.. kita boleh buat benda nii.. korang rasa macam mana?

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUIR, HAFIZAL 012-3193576

Saturday, November 28, 2009

SALAM AIDILADHA

Dikesempatan nii.. aku nak ucapkan salam Aidiladha.. kat semua kawan-kawan blog.. tak kira kat mana korang duduk.. samada kat Malaysia atau pun kat obersi

Bagi mereka yang terpaksa pindah sebab banjir.. aku doakan moga-moga banjir kali nii.. cepat-cepat surut.. yelah sebab berlaku dalam waktu aidiladha.. pasni di harapkan supaya korang boleh laa balik ke rumah masing-masing.

Bagi gang-gang yang balik kampong.. bawak kreta bebaik.. ingat orang tersayang.. moga korang selamat balik dan selamat kembali

Bagi kekawam kita yang pergi tunaikan haji kali nii.. atau ada sanak saudara yang gi haji… aku doakan moga kalian dapat haji yang mabrur.. dan selamat pulang ke tanah air

Akhir sekali.. salam aidilahda dari aku sekeluarga

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012-3193576

Tuesday, November 24, 2009

KORANG ADA LAND BANK TAK?

Hari nii.. sebelah pagi aku ada 1 meeting kat KL.. pastu 1 meeting Bangi.. pastu 2 meeting kat Seremban.. pastu 2 meeting kat Sepang.. last sekali 1 meeting kat Nilai.. tapi apa pun.. alhamdulillah sangat… semua meeting aku.. berjalan lancar.. syukur sangat

Ok laa.. apa yang best hari nii.. aku berpeluang borak panjang ngan Mr. Z. Dia nii ada banyak tanah.. kat area Sepang… huyooo kayo kayo laa kekawan kita..

Ada banyak benda baru.. aku blaja ngan Mr Z hari nii.. Salah satu bab.. yang kita orang bincangkan.. pasal land bank..

Kalo mengikut pendapat Mr Z.. land banking nii.. tanah yang kita beli.. tapi bukan untuk kita gunakan.. tapi kita pegang dia.. ngan harapan suatu hari nanti.. nilai tanah tuu akan naik.. pastu kita kasi jual

Bak kata Mr Z tadi “Land is the basic of all wealth” pastu “The best investment on earth, is earth” huyooo bermadah madah lah pulak Mr Z kita.. he he he

Bagi aku laa.. best invest kat tanah nii.. sebab tanah tak dee harga syiling.. nilai dia sentiasa naik.. lagi lama kita pegang.. lagi laa mahal harga dia

Cuma main tanah nii.. modal nak kena banyak sikit.. tak boleh harap loan kat bank jee.. interest mahal bro..

Selain tuu.. tanah nii benda asas.. kita boleh upgradekan dia.. bole jadikan macam-macam.. bergantung pada zooning tanah tuu.. boleh bikin lot rumah.. lot kedai.. lot industri.. buat kebun.. buat resort.. memacam laa.. terpulang laa kat korang

Tapi invest tanah pun ada saat kecewa gak.. bila tanah yang kita ada.. kita kasi jual.. pastu pembeli baru tuu.. upgrade tanah tadi jadi cun gila.. sampai nilai tanah tuu naik gila-gila.. waktu tuu menyesal bro.. menyesal.. he he he..

Pesan aku.. kalo korang ada tanah.. pastu korang rasa nak jual.. bagus korang kasi upgrade tanah tuu dulu.. kasi buat cun-cun.. dapatkan nilai harga yang paling maksima.. pastu baru jual.. kalo tak.. korang menyesal tak sudah.. hu hu hu

Ok laa.. bye bye

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012-3193576

Tuesday, November 3, 2009

KE MANA ARAH KITA SELEPAS NI?

Aku perhatikan sekarang nii.. acara lelong rumah semakin sengit.. kalo ada jee rumah menarik.. berduyun-duyun geng kita masuk.. he he he

Baru korang tau.. betapa hebatnya group kita.. ramai yang kaya-kaya. Kita ada.. doctor.. lecturer.. engineer.. investor.. taukeh minyak.. tuan haji.. dato.. tan sri.. semua ada

Kalo masa awal-awal dulu.. kat dewan lelong tuu.. kita boleh la kira ngan jari.. berapa ramai orang Melayu masuk auction

Kalo dulu.. kita senang-senang jee beli rumah rezab bumiputra.. ngan harga RP. Tapi sekarang nii.. tak lagi.. kadang-kadang tuu.. kita terpaksa bersaing sesame sendiri

Ini tunjukkan.. kumpulan kita dah boleh.. berdiri sama tinggi.. duduk sama rendah.. ngan bangsa lain. Tahniah untuk kita semua.. tahniah.. tahniah

Jadi aku percaya.. selepas nii.. investment kita tak terhad kepada rumah lelong jee.. mungkin ada yang akan upgrade kepada benda-benda baru..

Sekarang nii pun.. ada kekawan kita dah main francais.. mereka bukak Ani Sup Utara.. 1901.. Kumon.. dan lelain

Ada gak yang dah start beli tanah.. nak buat lot-lot bungalow.. sebahagian mereka jual.. sebahagian lagi mereka simpan.. dan nilai pelaburan mereka.. mencecah jutaan ringgit.. wowowowo.. tahniah untuk korang

Tapi apa yang aku lebih bangga.. ramai kekawan kita.. dah pun berhenti kerja.. mereka berusaha untuk majukan bisnes masing-masing.. tahniah kepada Sifu Pie.. Sifu Faris.. Sifu Bri.. Sifu El..

Kalo laa mereka semua tuu… dah ada arah masing-masing.. ke mana arah kita selepas nii ekk?

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012-3193576

Monday, November 2, 2009

RAHSIA “TANAH” ORANG CINA TERBONGKAR

Sejak dua menjak nii.. aku selalu meeting kat Balakong, meeting ngan taukeh kilang. Hebat-hebat mereka ni. Kaya raya.. tanah berpuluh ekar..

Istimewanya kumpulan nii.. mereka langsung tak kisah bab bayaran.. asalkan apa yang mereka rancang.. dia orang boleh dapat.. mereka sanggup bayar

Bukan senang beb.. nak jaga hati mereka. Service aku kena tip top.. mereka call jee untuk meeting.. dalam tempoh 2 jam.. aku mesti sampai..

Bila borak ngan taukeh-taukeh nii.. macam-macam benda baru.. aku boleh belajar. Terutama teknik dia orang buat bisnes, teknik mereka gandakan duit dan teknik beli hati klien

Macam salah sorang klien aku nii.. nama dia Mr L. Dulu dia nii kerja balak kat Pahang. Pastu jadi driver lori balak. Pastu ambik sub tebang balak. Last-last jadi taukeh balak

Untung dari niaga balak tadi.. dia banyak beli tanah.. kat kawasan Balakong. Masa tuu area nii banyak kilang haram. Tapi dia belasah jee beliii. Selamba badak jee

Bila dah beli.. tanah tadi dia ratakan ngan jentolak.. pastu kasi pagar zink dan letak 2-3 bijik kaben buruk. Pastu dia sewakan tanah tuu kat kilang lain.. untuk jadikan stor.. dia buat konsep yang sama gak.. ngan tanah-tanah dia yang lain

Bila dah ada penyewa.. dia kasi upgrade tanah tuu.. dari kategori pertanian kepada industri. Kononya nak elak kena saman.. ngan majlis perbandaran.. pastu kononya nak tolong kerajaan negeri.. sebab mereka bayar premium.. poooodahhh.. he he he

Sebaliknya mereka nak kan nilai tanah tadi naik .. berganda-ganda.. mungkin dari RM350K sekar sebelum nii.. kepada RM1.2 juta sekar selepas ditukar syarat.. banyakkan.. tu baru sekar.. kalo ada 3 ekar.. sudah jadi RM3.6 juta.. wowowow.. hebatkannn..

Bila nilai tanah dah naik.. mereka pun cepat-cepat.. chargeee tanah tadi kat bank.. untuk dapatkan overdraf..

Jadi mereka masih ada lagi tanah.. setiap bulan masih lagi makan sewa.. pastu ada cash lagi.. seronokkannn

Korang tak tercabar kee?

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012-3193576

KURSUS PERTANIAN

Kepada kekawan semua.. korang dijemput datang ke seminar pelaburan pertanian untuk usahawan dan syarikat swasta

Pada 3 & 4 November 2009 dari jam 8 pagi sampai 5 petang
bertempat kat PNB Ilham Resort. Port Dickson. Negeri Sembilan

Anjuran Jabatana Pertanian Putrajaya

Penyertaan adalah adalah percuma

Untuk keteranagn lanjut.. sila berhubung terus dengan En Daud : 013-3987248, Pn Noridah 012-2256595, Pn Salina 012-3710860, En Zul 013-6406992

Bye bye

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012-3193576

Tuesday, October 27, 2009

PENGALAMAN JUMPA PELABUR MUSLIM

Alhamdulilah.. pada Sabtu Ahad baru nii.. aku berpeluang berjumpa ngan bebrapa otai-otai tanah .. Antaranya Wak S, Haji S, Datin L, Dr K dan Tan Sri M..

Apa orang kata.. borak-borak sambil bertukar pandangan.. terlalu banyak benda baru yang aku belaja dari mereka.. hebat betoi laa otai-otai nii.. mewah tahap cicakman ooo

Mereka nii punyai hobi yang sama cam kita gak.. suka invest kat hartanah.. beli tanah.. beli kedai.. beli rumah corner lot.. buat projek lot bungalow.. beli tanah buat kilang.. ladang sawit dan bisnes-bisnes lain..

Hebatkan pelaburan mereka.. semuanya tahap juta-juta.. Tapi dulu pun.. mereka cam kita gak.. bermula ngan pelaburan yang kecik-kecik gak.. beli tanah 3 - 4 ekar.. pakai loan bank @ koperasi.. pastu mereka tanam sawit.. pastu bila dapat hasil sawit.. mereka invest kat tanah lain lak.. dan seterusnya

Tanah-tanah yang lokasi baik.. mereka upgrade buat lot bungalow.. dan ada yang buat kilang.. sebahagian mereka jual.. dan sebahagian mereka sewa..

Cuma bezanya dia orang nii start awal.. 40 tahun dulu.. dan sekarang nii kutip hasil jee

Bila dah tua-tua.. Laa nii mereka lepak jee.. setiap bulan makan sewa.. pastu setiap hari carik info.. tanah lelong.. tanah murah-murah yang nak jual.. kedai baru yang nak buat.. syok kan kerja cam nii.. mereka ada cash.. boleh invest yang besar-besar, nilai yang juta-juta

Tahniah otai-otai semua.. Tima kasih. Korang pembakar semangat kami..

Bye

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012 3193576

Monday, October 26, 2009

DUIT DAN HARTA PUSAKA

Sekarang nii.. aku perhatikan.. tahap kesedaran orang-orang kita.. dah banyak berubah.. lebih-lebih lagi pasal menguruskan harta pusaka.. bagus laa.. macam tuu

Kalo dulu.. banyak harta pusaka nii terbiar macam tuu jee.. tapi laa ni, tak lagi.. sekarang nii.. anak-anak berlumba-lumba.. nak uruskan harta pusaka mak bapak.. he he he

Aku percaya.. nak uruskan saham.. nak uruskan duit cash.. barang kemas.. kereta.. ASB.. Tabung Haji.. semua tuu senang jee.. tapi sampai tang bab tanah.. ramai yang pening kepala..

Apa pun.. jangan laa korang susah hati.. pasal tanah nii.. tak susah laa.

Katakan laa.. family korang ada tanah kat kampong.. tapi tanah tuu.. geran kongsi-kongsi.. pastu family korang cadang.. nak bagi tanah tuu kat korang.. apa perlu korang buat.. korang lantik jee mana-mana juruukur berlesen.. kasi pecahkan geran tanah tadi..

Tak mahal laa.. jangan laa risau.. Bila dah ada geran individu.. tanah korang tadi akan bertukar menjadi duit..

Pastu korang ada bebrapa pilihan :

Korang boleh jual tanah tadi.. pastu korang boleh dapat cash.. duit tuu boleh park kat ASB kee.. beli rumah lain kee.. beli tanah lain kee.. invest kat tempat lain.. tapi jangan kaweennn lain.. sudah laa… he he he

Korang boleh berlakon ngan pihak bank.. kononya korang nak beli tanah mak korang.. ngan harga tertentu.. jadi korang buat loan.. tapi sebenarnya duit tadi bukan bagi mak korang.. korang yang ambik.. park dalam ASB.. jadi korang ada cash.. ada tanah.. pastu dividen ASB lak yang bayar hutang bank..

Selain tuu.. korang boleh upgrade tanah tadi.. buat lot bungalow kee.. buat lot industri kee.. bikin rumah kee.. pastu baru korang chargeee tanah tuu kat bank.. selalunya hartanah yang ada bangunan.. pihak bank senang nak bagi loan

Bukan tuu jee.. tanah tadi korang boleh upgrade.. tanam sawit kee.. tanam getah kee.. boleh dapat pasif income

Apa lagii? Lu orang pikir laa sendiri.. he he he

Bye bye..

INGAT TANAH, INGAT JURUUUKUR, HAFIZAL 012-3193576

Friday, October 23, 2009

GOSIP HARTANAH

Pagi tadi.. seawal pagi.. aku ada meeting kat Sg Long.. pastu meeting kat Bangi.. he he he.. tuu laa rutin juruukur.. meeting meeting meeting.. tak sudah sudah.. apa pun aku seronok sangat profesion juruukur nii.. sebab aku boleh jumpa ngan ramai klien

Setakad hari nii.. aku syukur sangat.. sebab banyak benda baru.. aku boleh belajar dari klien aku nii.. baik dari segi strategi pelaburan.. upgrade pelaburan.. dan macam-macam laa

Apa daa.. aku melalut nii.. he he he.. sebelah tengah hari lak.. aku lunch ngan saudara KN kat Bangi

Lama betoi… aku tak jumpa saudara KN nii.. istimewanya saudara KN nii.. kalo bab gossip hartanah nii.. banyak info yang dia tahu.. pakar maklumat laa katakan..

Ehh.. korang ingat.. artis jee ada gossip.. ahli politik jee ada gossip.. hartanah pun ada gossip gak… he he he..

Benda gossip nii.. korang jangan caya sangat.. yelah.. kadang-kadang tuu.. benda tuu betul.. kadang-kadang tuu salah.. jadi info gossip-gossip nii.. kalo korang nak caya.. caya 50% jee..

Saudara KN bagi tau.. sekarang nii.. ada pihak tertentu bercadang nak buat lebuhraya baru.. dari tol UIA sana sampai laa kat Sungai Long.. ni kira bypass laa.. kira jalan alternative laa.. jadi bagi sapa-sapa yang nak elak jem kat MRR2 tuu.. bole laa ikut jalan nii..

Dan setakad hari nii.. kononya pihak yang terlibat.. tengah bawak kertas cadangan nii.. kepada pak menteri.. kalo pak menteri kata on.. maka insyallah.. projek nii akan on laa.. sejauh mana kejayaan pihak yang terlibat.. aku pun tak tahu.. kita tengok nanti

Kalo laa projek nii on.. lebuhraya nii.. akan ada bebrapa interchange.. antaranya kat UIA, pastu kat Ukay Height.. pastu kat Ampang.. kat Hulu Langat.. kat Mahkota Cheras.. last sekali kat Sg Long

Wowowo.. nampaknya ada banyak peluang.. yang boleh buat duit nii.. pengalaman aku laa.. bila ada hiway.. pastu ada interchange lak.. selalunya nilai hartanah kat area tuu.. akan naik..

Ingat nii cuma gossip jee tau.. korang jangan caya sangat ekk.. he he he

Note : saudara KN.. jom kita cari tanah area nii.. he he he.. kalo betoi gayanya…. Bole kayooo kitooo.. he he he

Oklaa.. bye bye…

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012-3193576

Thursday, October 22, 2009

PROFESION JURUUKUR SAMA MACAM TUKANG EMAS

Assalammualikum.. kini juruukur.. sudah kembali ke udara.. he he he.. apa pun.. aku nak ucapkan terima kasih banyak-banyak.. kat korang semua.. yang sentiasa bagi sokongan.. dorongan.. sebab tanpa korang.. siapa laa aku…hu hu hu

Untuk hari nii.. aku ada banyak meeting.. kat Banting.. Sepang.. Bangi.. Putrajaya dan Shah Alam.. Bestnya.. jumpa client baru.. seronok laa borak ngan mereka nii.. sebab dia orang nii.. pelabur bijak.. smart investor..

Ok laa.. Berbalik kepada cerita kita.. bila aku meeting ngan mereka nii.. baru aku perasan satu benda.. yang profesion juruukur nii… sama macam tukang emas laa.. kita orang nii… mengkayakan orang yang nak kaya

Maksud aku.. katakan laa.. korang beli 2 ekar tanah dan 2 kilo emas.. pastu korang berjumpa ngan juruukur & tukang emas.. mintak tolong mereka nii.. upgrade tanah korang.. jadikan lot bungalow kee.. industri kee.. emas tadi pulak.. korang kasi buat cincin.. gelang.. rantai dan macam-macam.. apa akan jadi ngan nilai investment korang.. dah tentu melambung tinggi punya.. sapa yang kaya?.. korang gak yang kaya.. he he he. Betul tak?

Jadi peranan si juruukur & si tukang emas nii.. menambah kekayaan korang.. nasib si juruukur & si tukang emas.. tak banyak berubah.. si juruukur dengan teropong dia.. dan si tukang emas dengan tukul dia.. he he he

Mereka nii.. dapat laa sikit upah.. yang tak seberapa.. hasil kemahiran yang mereka ada.. tapi masih lagi.. kais pagi makan pagi.. kais petang makan petang.. kesian kesian.. he he he

Manakala si pelabur pulak.. untung juta-juta.. boleh beli bungalow besar.. kereta besar.. hu hu hu

Nasihat aku.. kalo nak kaya.. jadi laa investor bijak.. gunakan peluang yang ada.. kekawan yang ada.. untuk tambah kekayaan kita..

Ok laa.. bye bye

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012-3193576

Wednesday, September 30, 2009

PETUA BAYAR HUTANG RUMAH

Hari ni.. aku ada banyak meeting.. kejap kat KL, Shah Alam, Bangi, Balakong, Sg Long, Kajang, Puchong.. dan sebelah malam lak kat Subang Jaya.. wowowowo.. ni kira pusing dunia nii.. kalah drebar teksi.. hu hu hu..

Apa pun.. aku seronok sangat.. sebab boleh jumpa ngan semua klien-klien baru nii.. dan Insyaallah.. aku akan cuba buat yang terbaik untuk korang semua.. Insyallah

Ok laa.. berbalik cerita hari nii.. tengah aku seronok meeting kat Shah Alam tadi.. ngan Datin N.. tiba-tiba pihak CIMB Bank call aku..

Mereka bagi tau.. bulan lepas aku sudah terlupa bayar ansuran rumah.. dan mereka mintak.. aku buat bayaran tuu ngan kadar segera.. ayooo maaaluuunyaaa.. pas meeting tuu.. cepat-cepat aku gii bayar..

Bukan tuu jee.. geram punya pasal.. aku kasi bayar advance lagi.. advance bayar untuk 2 bulan yang ke depan.. nii kira formula 2+1 laa.. deposit 2 bulan dan bayar ansuran kat bank setiap bulan..

Ni semua.. raya punya pasal laa.. sibuk beli baju anak.. beli kuih raya.. beli tuu.. beli nii.. last-last terlupa bayar ansuran rumah

Pandai jee aku carik alasan.. he he he.. bukan salah raya laa.. tapi sebenarnya salah aku sendiri.. aku tak uruskan hutang bebaik.. tak bijak uruskan masa.. pastu tak guna petua orang kekaya

Apa pun.. Jangan sesekali.. kita pandang ringan bab bayar hutang nii.. dan jangan sampai lak.. bank senarai hitamkan nama kita.. kalo laa kena cam nii.. susah beb.. susah nak buat loan.. he he he

Setakad hari nii.. Aku pakai petua 2 + 1.. korang pakai petua apa lak ekkk? Jom kongsikan

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012-3193576

Sunday, September 27, 2009

OPIS AKU DAH PINDAH

Suka aku bagi tahu kat kekawan semua.. mulai Isnin nii.. semua aktiviti perniagaan kami.. akan mula beroperasi kat SS19 Subang Jaya.. nii alamat baru kami :

JURUUKUR USAHA
NO 39A JALAN SS19/6
47500 SUBANG JAYA
SELANGOR
Hp : 012 3193576
Tel : 03 5631 1939
Fax : 03 5631 1930
Email :
usaha2u@gmail.com
: usaha_ugsb@yahoo.com

Jadi untuk kekawan.. yang tinggal area sini.. bole laa call aku.. bole kita dok lepak-lepak.. he he he

Ok laa.. bye bye

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012-3193576

Tuesday, September 15, 2009

KEJAYAAN Mr AG

Dalam minggu lepas.. terlalu banyak benda baru.. yang aku belajar.. aku belajar macam mana nak kembangkan bisnes ala orang Cina.. hu hu hu

Wowowowo.. tima kasih banyak-banyak Mr AG.. sebab sanggup syer ilmu ngan aku.. apa yang dia bagi tau.. benda yang sangat simple.. tapi cukup-cukup praktikal..

Pesan Mr AG kat aku.. “lu mau kaya.. lu mesti selalu main monopoli”

Untuk makluman korang.. Mr AG nii.. dia niaga hardware.. dah hampir 25 tahun… jual simen, jual pasir, besi dan barang-barang pembinaan..

Apa yang dia buat.. hasil untung niaga hardware.. dia turn beli tanah.. pastu kasi bikin rumah kedai.. pastu kasi sewa ngan Maybank, Hong Leong Bank, 7- Eleven, restoran, klinik.. semuanya sewa ngan dia.. hoyooo masuuukkkk beb..

Selain ada rumah kedai berpuluh bijik.. Mr AG nii ada ladang kelapa sawit.. 356 ekar kat Pahang dan 255 ekar kat N. Sembilan.. wooooo… kayaaa nya

Aku heran laa ngan mereka nii.. bukan ada belajar tinggi pun.. bukan buat bisnes yang canggih-canggih pun.. cakap orang putih pun tak reti.. tapi bab carik duit.. memang tip top laa.. hebat laa

Apa pun.. tahniah Mr AG.. teruskan usaha lu orang

Ok laa.. bye bye

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012-3193576

Sunday, September 6, 2009

LAGI-LAGI PASAL BUKU

Alhamdulilah.. dalam bebrapa minggu nii.. aku dah habis baca beberapa bijik buku.. Antaranya :

1. How To Become A Millionaire tulisan Tony Wong
2. Anda Kreatif Bebaskan Kreativiti Anda tulisan Yew Kam Keong
3. Nota Jutawan Nota Motivasi tulisan Irfan Khairi
4. 21 Success Secrets Of Self Made Millionaire tulisan Brian Tracy
5. How To Succeed In Home Based Business Earn 1,000 000 A Year tulisan Pete Billac
6. The Real Book Of Real Estate tulisan Robert Kiyosaki

Banyak benda baru.. aku belajar dari mereka nii.. antaranya kalo nak kreatif.. mesti berkawan ngan budak-budak.. sebab budak nii.. mereka tak tau takut.. pastu mereka suka explore..

Selain tuu pasal pelaburan hartanah.. banyak idea-idea baru.. yang Robert syer dalam buku dia.. bestttttt

Ok laa.. jom kita membaca

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012-3193576

MUDAHKAN URUSAN RUMAH SEWA KORANG

Semalam seharian aku gi pusing-pusing area Shah Alam, Subang Jaya & USJ

Bukan apa.. sebab tak lama lagi.. opis aku akan pindah.. dari Puchong ke Subang Jaya.. Jadi aku kena laa mahir selok belok kawasan nii.. Selain tuu.. aku ada laa.. tengok beberapa bijik rumah lelong area nii.. apa orang kata.. sambil menyelam minum air.. hu hu hu hu

Ok laa.. apa yang aku perhatikan sekarang nii.. ramai kekawan kita.. dah ada banyak koleksi rumah.. ada yang 3 bijik, ada yang 7 bijik.. ada lak yang berbijik bijik.. he he he

Percayalah.. lagi banyak rumah sewa kita ada.. lagi macam-macam karenah penyewa.. yang kita jumpa.. antaranya :

Kadang-kadang tuu.. ada penyewa yang saje jee.. lambat-lambatkan bayar sewa.. kita suruh bayar sebelum 7hb.. tapi dia bayar 10hb laa.. 15hb laa.. untuk atasi masalah nii.. apa kata sesekali kita sms dia.. suruh laa dia bayar cepat.. atau pun.. sesekali kita potong air.. cuba tengok.. penyewa call kita tak? aku percaya.. pastu mesti dia berubah punya

Ada pulak.. penyewa lari malam.. dah laa tak bayar sewa.. pastu cabut cam tuu jee.. bagi kes cam nii.. kita ngaapppp jee duit deposit mereka tuu.. pastu kasi repair rumah mana perlu.. pastu kasi sewa ngan orang lain lak

Rumah macam tokang pecah.. conteng sini sana.. tombol tercabut.. paip bocor dan macam-macam lagi.. bagi kes macam nii.. panggil jee Sifu Faris.. mintak tolong dia repair.. Insyallah beres laa

Susah sangat dapat penyewa.. bagi kes cam nii.. kita mudahkan ngan banyakkan iklan.. letak kat depan rumah.. kat 7 elevan. Iklan kat mudah.my, buat iklan mulut ke mulut, iklan kat surau/masjid.. pastu ramai laa yang call korang

Nii antara kes yang pernah aku hadapi.. kes korang cam mana pulak? Jom kongsikan

Ok.. bye bye

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012-3193576

Thursday, September 3, 2009

MINTAK MAAF ENCIK MUSA

Dikesempatan nii.. saya nak mintak maaf banyak-banyak kat En Musa.. sebab tempoh hari.. saya ada syer cerita pasal En Musa dan isteri dalam blog nii.. untuk tuu.. saya dah pun delete post berkaitan En Musa

Sekali lagi.. saya nak mintak maaf banyak-banyak.. saya janji.. saya tak ulang perkara yang sama.. Selamat Menyambut Ramadhan.. Selamat Berpuasa

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012-3193576

Tuesday, September 1, 2009

PETUA BELI RUMAH UNTUK TINGGAL

Semalam aku ke Hulu Langat.. meeting ngan pak Syed.. dia nii adalah abang kepada salah sorang pak menteri kita ..

Ceritanya.. pak Syed nii.. dia beli tanah geran kongsi.. jadi dia cadang nak pecah geran tu.. supaya masing-masing boleh dapat geran individu.. bila dah ada geran sendiri.. mudah nak jual.. nak pajak kee.. nak gadai.. nak pindahmilik, dan tak gaduh pasal sempadan lagi..

Kita orang borak pasal tanah nii.. kejap jee.. pastu kita orang bincang pasal politik dan jugak petua beli rumah

Banyak benda baru.. aku belajar dari pak Syed.. dan aku rasa.. bagus aku syer ngan korang.. yelaaa untuk tatapan bersama.. he he he

Nasihat pak syed.. kalo kita beli rumah.. benda yang paling penting.. pilih LOKASI yang cun.. mesti dekat ngan kemudahan, bersih dan lelain lagi.. sama macam nasihat Azizi Ali, Sifu Pie2020, Sifu Faridz.. sama jee

Selain benda tuu.. pak Syed cadangkan.. supaya kita semak jemaah kawasan tuu dulu.. Caranya kita solat jemaah kat surau atau masjid area tuu.. banyak kali.. pastu joint aktiviti mereka.. dan kita buat penilaian

Kalo kita rasa sesuai.. baru kita beli rumah area tuu.. kalo sebaliknya lebih baik jangan. Sebab jiran, kekawan dan jemaah yang baik sekeliling kita, menjamin kebahagian hidup

Bagi aku laa.. aku setuju sangat nasihat pak Syed tuu.. kita bukan carik wang semata-mata.. tapi lebih dari tuu

Kalo laa.. pak Syed sedia syer petua dia.. rasa-rasanya petua korang, cam mana pulak ekk? Oklaa.. fikir-fikirkan

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012-3193576

Monday, August 31, 2009

CEROBOH SEMPADAN TANAH

Semalam aku ada meeting ngan Abang R, kat Hotel Equatorial Bangi

Al-kisah ceritanya.. Abang R baru jee beli tanah kat Jeli Kelantan, luas gak tanah dia.. dalam 557 ekar. Dan sekarang nii, dia dalam proses nak clearkan kawasan tuu.. pastu nak tanam ngan kelapa sawit

Tapi dia dapati, jiran sebelah sudah ceroboh tanah dia, lebih kurang 50 ekar.. jiran sebelah dah buat jalan dan dah siap tanam ngan pokok getah lagi

Benda nii semua boleh berlaku, mungkin masa jiran sebelah nak buat projek.. mereka tak lantik juruukur, untuk check sempadan dia betoi-betoi..

Jadi untuk atasi masalah Abang R nii.. aku cadangkan pada dia, kita kena semak balik sempadan tanah abang R, pastu ambik limit kawasan yang jiran sebelah ceroboh.. present kat dalam plan.. pastu tentukan luas sebenar kawasan yang diceroboh

Kalo laa.. confirm jiran sebelah ceroboh kawasan kita.. kita jangan panik.. jangan gaduh-gaduh.. sebaliknya kita bawak berbincang..

Antara pilihan yang ada :

1. Mintak tolong jiran sebelah, alihkan pagar, alihkan sempadan usaha mereka, ikut bebetul sempadan tanah seperti dalam geran

2. Mintak jiran sebelah bayar sewa ngan kita, sewa tuu biar laa berpatutan.. tak bebankan dua-dua pihak..

3. Suruh jiran sebelah pajak tanah kita.. pajak dalam tempoh tertentu.. ngan kadar pajak yang sesuai

4. Suruh jiran sebelah beli sebahagian tanah kita, ngan harga yang berpatutan, pastu buat pindah milik, pastu buat pecah geran

5. Mintak jiran sebelah beli semua tanah kita

6. Atau kita beli semua tanah jiran

Jadi.. kalo laa tanah korang kena ceroboh.. kat atas tuu.. antara pilihan yang ada.. untuk bantu selesaikan tanah korang

Oklah.. tuu jee untuk hari nii.. bye bye

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012-3193576

Saturday, August 29, 2009

BINA RUMAH KEDAI SEBELAH SEKOLAH CINA

Hari nii aku ada banyak meeting kat area Shah Alam.. kejap kat TTDI Jaya, kejap kat Seksyen 7, pastu kat Seksyen 9 dan last sekali kat SS19 Subang Jaya..

Menariknya meeting kat SS19 nii.. kebetulan ofis klien aku nii dekat ngan sekolah Cina.. aku perhatikan kawasan nii padat betul laa.. pastu lak susah banget nak dapat parking beb..

Korang perasan tak.. trend sekarang nii.. ramai mak bapak.. hantar anak mereka ke sekolah Cina.. kononya biar anak mereka boleh berbahasa Cina.. pastu boleh berniaga ngan orang China

Akibatnya sekarang nii.. bilangan student kat sekolah Cina bertambah ngan mendadak.. kat SS19 nii jee.. student dia lebih 3500 orang.. ramai ooo

Benda yang sama gak berlaku kat pekan-pekan lain.. macam kat Puchong.. kat Kajang dan sekitar KL

Akibatnya kawasan sekolah sudah jadi kawasan tumpuan.. sebab ramai student dan ramai mak bapak

Bila dah jadi kawasan tumpuan.. macam-macam bisnes boleh buat.. boleh jual buah, jual surat khabar, jual roti, jual sayur organic, bukak pejabat POS, bukak bank , tuisyen center dan lelain..

Jadi sambil tunggu anak, mak bapak boleh laa beli barang keperluan

Bila tengok potensi nii.. sekarang nii, ramai developer, tengah carik tanah-tanah yang bersebelahan sekolah Cina.. sebab mereka nak buat rumah kedai..

So sapa-sapa ada tanah sebelah sekolah Cina.. percayalah korang adalah bakal jutawan... sebab tanah korang amat bernilai

Kalo laa.. tanah sebelah sekolah Cina bernilai sekarang nii.. rasa-rasanya kawasan masjid kita.. bernilai jugak kee?

Cuba korang renung-renungkan.. bye bye

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012-3193576

Friday, August 28, 2009

EMAS MAGNET DUIT

Semalam aku ada meeting ngan Mr David kat The Mall KL. David nii asalnya, dia kontraktor dan jugak housing developer. Dan dia banyak buat projek kat area Pahang

Sekarang nii.. bisnes dia sudah berkembang.. dah ada bisnes interior design, bisnes pasir dan macam-macam lagi… wowowowo sudah maju sudah.. kaya sudahhh

Jadi semalam.. aku berkesempatan laa.. borak panjang ngan dia.. bincang macam-macam.. dan aku tanya laa.. apa rahsia kejayaan dia.. sampaikan dia boleh berkembang tahap cam nii

Dia bagi tau.. dia rasa agak selesa.. projek dia semakin bertambah.. dia perasan sangat. bila dia letakkan emas kat dalam dompet duit dia..

Kononya dia percaya.. emas adalah magnet duit.. semua benda yang dia buat.. mudah turn jadi wang.. hebat laa

Bukan tuu jee.. dan sekarang nii.. habis satu badan, dia pakai emas.. ngan rantai, gelang, cincin.. semua nya emas..

Kadang-kadang tuu.. aku pelik laa mereka nii.. macam-macam petua ada.. ada yang letak katak dalam rumah, ada yang bela ikan, ada lak yang tanam pokok, letak frame gambar dalam opis, .. semata-mata nak dapat tuah jadi kaya

Kalo laa mereka tuu ada petua masing-masing.. untuk jadi kaya.. jadi petua korang apa lak?

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012-3193576

Thursday, August 27, 2009

PECAH BAHAGIAN TANAH

Suka aku war-warkan kat kekawan semua.. sekarang nii tanah yang kurang sekar dah boleh pecah geran

Sebab semalam aku dah semak kat pejabat tanah Gombak, Hulu Langat, Sepang, Kuala Langat dan lelain.. mereka dah benarkan permohonan cam nii dibuat

Jadi sapa-sapa yang ada masalah tanah pusaka.. satu geran tapi banyak pemilik.. korang dah boleh pecahkan geran korang tuu.. supaya masing-masing boleh dapat geran individu

So bagi mereka yang ada masalah tanah cam nii.. bole laa hello aku.. Insyaallah aku sedia membantu

Oklaaa.. bye bye

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012-3193576

Wednesday, August 26, 2009

LEMBU, TANAH, WANG DAN BISNES


Malam tadi aku ada meeting ngan Mr M kat Bangi.

Dia ni tokeh lembu. Mereka import lembu dari Thailand pastu kasi jual kat KL.. Ayoo ini orang banyak kaya ooo.. korang bayangkan laa.. seminggu jee, dia mampu jual 30 ekor lembu.. dan setiap sekor boleh untung RM500.

Jom kita kira sikit
Seminggu 30 ekor x RM500 : RM15K
Sebulan RM15K x 4 minggu : RM60K

Wowowow banyak untung oooo.. pandai betul laa dia carik market.. kat mana laa dia tolak lembu-lembu tuu eekkk... hebat laa mamat nii..

Al kisah ceritanya.. Mr M bukan bisnes lembu jee.. tapi hasil untung lembu tadi.. dia invest kat tanah.. banyak gak tanah dia ada.. dan semuanya dia beli cash tau

Tanah kat Bangi seluas 5 ekar bernilai : RM500K
Tanah kat Beranang seluas 3 ekar bernilai : RM300K
Tanah kat Beranang seluas 2.5 ekar bernilai : RM250K
Tanah kat Beranang seluas 1.5 ekar bernilai : RM150K
Tanah kat Bahau seluas 10 ekar bernilai : RM200K
TOTAL : RM1.4 Juta

Jadi untuk kembangkan modal bisnes dia.. Mr M cadang nak kasi upgrade.. tanah-tanah yang dia ada.. kononya dia nak tukarkan syarat tanah tadi kepada syarat baru.. supaya nilai tanah dia boleh naik. Pastu dia rancang nak chargeeee tanah-tanah tuu kat bank..

Bila aku bagi tau.. bab urusan tanah nii.... dari A to Z.. Insyaallah aku boleh bantu.. aku tengok Mr M happy sangat laa.. senyum jeee.. aku percaya.. mesti dia dah nampak RM RM tuu.. best nyaaaa.. tul tak?

Pasal masalah tanah tanih nii.. bole laa sikit-sikit aku bagi advice.. tapi bab berurusan ngan pihak bank nii.. aku tak berapa paham laa..

Jadi aku nak mintak bantuan korang nii.. ada tak sapa-sapa kekawan kita.. atau kekawan korang kat luar sana.. yang kerja bank

Mana tau bole syer pengalaman.. strategi atau teknik yang selalu peniaga-peniaga Cina pakai.. mereka gunakan tanah sebagai koliteral.. pastu buat loan kat bank..

Ada sapa-sapa bole bantu?

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012-3193576

Tuesday, August 25, 2009

HARTANAH DAN SOLAT DHUHA

Alhamdulilah.. aku baru jee habis baca buku MAGNET REZEKI DENGAN SOLAT DHUHA

Buku nii keluaran PTS Millennia dan ditulis oleh Muhammad Mokhtar. Tak mahal pun.. cuma RM10.90 jee.. boleh beli kat MPH

Istimewanya buku nii.. sebab banyak rahsia solat dhuha cuba dibongkar oleh penulis..

Menurut penulis.. solat dhuha adalah pintu dan kunci pintu rezeki. Selain tuu solat dhuha boleh hindarkan kita dari miskin, dan mudahkan usaha kita untuk dapatkan rezeki

Pastu Allah janji sapa solat dhuha, Allah janjikan syurga, hapuskan segala dosa dan cukupkan segala keperluan.. Hebatkan solat dhuha nii..

Aku rasa.. bagi kita yang terlibat ngan investment hartanah nii.. bagus kita amalkan solat dhuha.. yee laaa harap-harap semua urusan hartanah kita berjalan lancar.. Allah mudahkan urusan ngan bank, pastu dapat lawyer yang efisyen, dapat penyewa yang bagus-bagus.. dapat pembeli yang bebaik.. tul tak?

Wowowow.. best tuuu.. kayo kayo

Ok laa.. bye bye

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012-3193576

Sunday, August 23, 2009

HATI-HATI BELI RUMAH BARU

Hari nii aku nak syer ngan korang pasal beli rumah.. sebab aku tengok sekarang nii.. ramai kekawan kita tengah upgrade.. dari dok rumah kecik beli rumah besor.. wowowow harga bole tahan gak.. lebih RM500K.. kayo laa kekawan kita nii.. hu hu hu

Aku setuju tuu.. kita kena upgrade.. kita mesti upgrade.. tapi korang kena hati-hati ekkk… jangan sampai tertipu ngan pemaju

Selalunya bila kita beli rumah besor nii.. ada yang beli untuk tinggal sendiri, ada gak beli untuk investment, pastu kita harapkan nilai hartanah tadi bole naik, untuk cover interest bank..

Bukan tuu jee.. bila nilai rumah tadi naik.. kita harap boleh jual balik ngan harga yang lebih mahal.. kalo tak boleh jual pun.. kita boleh refinance, atau kita boleh buat home extra, untungggg tuuuu

Best jee bunyinya kan.. semuanya untunggg ribu riban..

Tapi ada gak kekawan kita, yang rugi invest dalam hartanah, sebab tertipu ngan muslihat pemaju

Pemaju nii bijak bro.. kebanyakkan pemaju ada consultant mereka sendiri.. kumpulan nii laa akan buat kajian pasaran.. pastu nasihatkan pemaju ngan teknik yang bukan-bukan

Hati-hati ngan pemaju yang bagi macam-macam.. bayar deposit ngan RM1 jee… siap ngan kichen cabinet, fully furnished lagi.. pastu jual rumah lak ngan harga yang mahal.. sedangkan semua tuu muslihat jee

Ramai kekawan aku dah terkena.. bila check ngan valuer.. nilai hartanah tadi murah jee sebenarnya, dari harga yang mereka beli sebelum nii.. nak refinance tak leh.. nak jual lak rugi katak.. sapa kena kes macam nii.. memang rugi besar bebbb

So hati-hati beli rumah baru ekkk..

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012-3193576

Friday, August 14, 2009

TAHNIAH DATIN LATIPAH

Untuk hari nii.. aku nak syer ngan korang.. pasal kejayaan klien aku sorang nii.. nama dia Datin Latipah

Dulu dia ada beli tanah kat area Sungai Tangkas, Bangi.. tak luas pun.. Cuma sekar jee.. tuu pun dia beli pada tahun 1997.. waktu tuu tak dee lagi GMI, tak dee pembangunan pun area tuu.. gersang jee..

Tapi laa nii.. jangan main-main area tuu.. banyak projek perumahan nak on.. ada GMI, ada MFI, Taman U.. nak buat apartment.. nak buat gated community.. banyak lagi laaa

Istimewa tanah datin nii.. dia beli tanah freehold.. pegangan selama-lamanya pulak tuu.. maksudnya tanah nii sapa-sapa pun boleh beli..

Jadi atas pembangunan kawasan sekeliling.. datin pun ambik langkah bijak.. mengupgrade tanah dia.. untuk jadikan lot bungalow

Dan alhamdulilah.. 2 minggu lepas.. permohonan datin dah pun diluluskan oleh pihak pejabat tanah Bangi.. Tahniah datin

Jom kita kira.. berapa untung datin

MODAL
Beli tanah : RM100K
Bayaran ukur : RM2.5K
Bayaran kepada perancang Bandar : RM18K
Bayaran premium tambahan : RM79K
Bayaran hakmilik : RM600
Bayaran kepada Akauntan Negara : RM60
Bayaran caruman Infra : RM35K
Bayaran ukur kpd LJT : RM8.5K
JUMLAH : RM243,660

NILAI TANAH
Luas 1 lot 5000kp @ RM18kp : RM90K
Kalo 6 lot : RM540K

UNTUNG
Nilai tanah – modal
RM540,000 – RM243,660 : RM296,340

Wowowow.. banyaknya datin untung.. RM296K tuu bro..

Bukan tuu jee.. salah satu lot tuu nanti.. datin cadang nak wakaf untuk buat surau

Ayoo.. syoknya jadi orang kaya ekk.. duit dapat.. pahala pun mereka dapat..

Oklaa.. bye bye

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012-3193576

Thursday, August 13, 2009

TUKAR GUNA BANGUNAN


Semalam aku ngan Sifu Shaiful ada meeting kat Port Dickson…

Dalam perjalanan ke PD tuu.. banyak laa benda yang kita orang borakkan.. salah satu benda.. yang aku rasa.. bagus aku syer ngan korang.. adalah pasal tukar guna bangunan

Korang perasan tak.. sekarang nii ada banyak rumah.. yang mengadap jalan besar.. selalunya rumah cam nii susah nak jual.. sebab bising ngan bunyi kenderaan.. pastu lak banyak habok.. tak baik untung tinggal.. market value lak tak naik-naik.. kalo nak jual pun, harga dia memang murah banget..

Tuu dulu.. tapi sekarang nii.. hartanah cam nii sudah berharga beb.. sebab kita boleh mohon.. untuk tukar guna bangunan nii.. dari bangunan kediaman ke show room.. buat tempat use car.. jadikan opis kee.. tadika.. kedai jahit dan lain-lain laa

Bila kita urgrade hartanah tadi.. kita boleh sewa mahal.. trend macam nii.. banyak kat area Bangsar, kat Damansara dan PJ..

Dulu rumah bangalow tapi sekarang nii dah jadi showroom kreta.. kayo laa sapa-sapa ada tanah kat Bangsar

Nak mohon lak.. tak dee susah sangat.. kita boleh rujuk ngan pihak PBT.. macam DBKL kee.. Majlis Perbandaran kee.. nanti mereka akan bantu.. Insyallah

Jadi apa tunggu lagi.. korang kasi invest laaa.. hu hu hu

Oklaa.. bye bye

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012-3193576

Tuesday, August 11, 2009

RAHSIA HARTAWAN TERBONGKAR

Hari nii aku nak syer ngan korang.. pasal kejayaan klien aku sorang nii.. Abang L dan kekawan dia.. invest kat tanah

Bagi aku laa.. teknik mereka nii invest.. ngan cara syer-syer.. terbukti berjaya laa

Al kisah ceritanya.. Dulu abang L ngan kekawan dia.. beli tanah kat Sungai Merab, Bangi..

Mereka beli cash tanah tuu.. yelaaa bukan besar pun.. cuma sekar jee.. pastu kongsi berenam lak tuu

Disebabkan tanah tuu cuma sekar.. jadi mereka lantik abang L sebagai pentadbir.. untuk uruskan tanah tuu.. matlamat mereka.. supaya tanah tadi dipecahkan kepada 6 lot bungalow

Dan alhamdulilah.. 2 minggu lepas.. permohonan mereka.. dah pun diluluskan oleh Pejabat Tanah Sepang.. happy laa abang L.. kayo kayo

Jom kita kira untung abang L

MODAL
Beli tanah : 250K
Bayaran lawyer : 2K
Bayaran ukur : 2.5K
Bayaran kepada jururancang Bandar : 18K
Bayaran premium tambahan : 7K
Bayaran caruman parit : 3.5K
Cukai baru : 350.00
Bayaran daftar geran : 600.00
Bayaran kepada akauntan negara : 60.00
Upah ukur : 8K
JUMLAH : RM292,010

NILAI TANAH
1 lot 5100kp @ RM17/kp : RM86700
Kalo 6 lot x RM86700
JUMLAH : RM520,200

UNTUNG
RM520,200 – RM292 010 : RM228,190

Wowowowo.. banyak tuu.. tahniah bang L.. tahniah..

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012-3193576

Thursday, August 6, 2009

RANCANG JANGAN TAK RANCANG


Semalam aku ada meeting ngan Abang Enal.. bincang pasal projek tanah dia di Nilai.. Abang Enal cadang nak buat lot bungalow.. pastu nak bagi kepada setiap adik beradik dia.. bagus kan family dia orang nii.. muafakat betul..

Dalam bincang-bincang ngan abang Enal nii.. ada benda baru yang aku belajar dari dia.. pasal bab mengurus masa

Korang perasan tak.. kadang-kadang tuu kita rasa.. jadual kita macam padat sangat.. sibuk sangat ngan kerja.. semua benda kita nak siapkan cepat.. semuanya urgent

Dan kekadang tuu.. macam free semacam jee

Kata abang Enal.. semua nii berpunca.. sebab kita gagal merancang masa

Jadi abang Enal cadangkan.. gunakan waktu solat sebagai benchmark.. untuk rancang masa kerja kita, waktu bisnes kita, waktu jumpa klien kita

Maksud abang Enal.. rancang bebaik antara waktu Subuh sampai Zuhur kita nak buat apa.. pastu antara waktu Zuhur sampai Asar kita kena buat apa.. dan seterusnya laa..

Dan masa sembahyang pulak.. kita gunakan untuk menilai prestasi kerja kita.. samada baik kee.. memuaskan kee atau sebaliknya

Istimewanya cara cam nii… kita optimumkan kelebihan waktu solat.. untuk melonjakkan diri kita.. untuk lebih berjaya

Jadi pas nii.. jom kita rancang masa kita.. rancang jangan tak rancang.. hu hu hu

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012 - 3193576

Wednesday, August 5, 2009

GADUH SEMPADAN TANAH

Semalam aku meeting ngan sorang klien nii.. sebab dia ada masalah sempadan tanah..

Dia dakwa.. kononya jiran sebelah.. sudah ceroboh masuk tanah dia.. bukan tuu jee.. jiran tuu sudah kasi tebang pokok-pokok buah dia.. dan semalam.. dia punya hati sudah panas daa

Bagi kekawan blog yang ada masalah tanah macam nii.. atau nak elak dari berlakunya kejadian macam nii..

Aku cadangkan laa.. korang ukur betoi-betoi sempadan tanah korang tuu.. pastu kasi buat pagar.. tanda sempadan yang juruukur dah tanam kat atas tanah tuu.. korang kasi jaga bebaik. Insyaallah bole elak kejadian ceroboh menceroboh nii

Bagi kes klien aku nii.. untuk selesaikan masalah dia.. aku kena datang ukur kat site balik.. kasi semak sempadan tanah dia semula..

Kalo laa ada berlakunya pencerobohan sempadan.. jadi aku cadangkan. Bagus dua pihak nii bawak berbincang.. bayar laa ganti rugi apa yang patut.. buat apa nak gaduh-gaduh ngan jiran.. tul tak?

Selain tuu.. klien aku ni gak.. boleh buat laporan kat pejabat tanah.. mohon jasa baik pejabat tanah untuk panggil dua pihak nii.. untuk bawa berbincang.. selesaikan laa ngan cara baik

Mereka yang gaduh pasal sempadan tanah nii.. tak ubah macam Israel ngan Palestin.. hu hu hu

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012-3193576

Tuesday, August 4, 2009

WAK MELAN – SI TUKANG URUT

Tadi aku pergi rumah Wak Melan.. kat Kg Batu 5 Bangi. Dekat-dekat ngan Bandar Seri Putra

Biasalah.. kalo jumpa Wak Melan nii.. mesti ada problem punya.. ayoo.. aku silap bantal laa.. kepala tak boleh nak pusing belah kanan.. pastu badan rasa sengal semacam jee.. dah 2 minggu aku kena.. kalo tak urut gak.. mau aku jadi RobotCop.. keras semacam jee beb..

Lepas Wak Melan urut tengkuk aku.. Alhamdulilah sangat.... terus rasa lega.. sekarang dah rasa selesa balik dah

Istimewa Wak Melan nii.. kalo urut ngan dia.. dia tak kenakan sebarang bayaran.. kalo kita nak bagi duit sekalipun.. dia tak kan ambik punya..

Tapi untuk balas budi baik orang tua nii.. aku perhatikan.. sapa-sapa yang datang urut ngan dia.. mereka akan bawak buah tangan.. macam bawak biskut.. roti laa.. kerepek laa sebagai hadiah

Jadi aku syorkan laa.. sapa-sapa yang ada masalah.. kaki bengkak kee.. tangan terseliuh kee.. selalu sakit kepala.. salah bantal.. terkehel dan seangkatan denganya.. apa kata korang jumpa ngan Wak Melan.. Insyallah dia boleh bantu

Kalo korang nak datang.. datang laa waktu malam.. tak de ramai orang.. tapi sebelum datang tuu.. bagus tipon dia dulu.. kasi buat appointment..

Sebenarnya.. ada banyak benda baru yang aku belajar dari kes Wak Melan nii .. antaranya :

1. Bila dia mengurut bukan sebab duit.. tapi sebaliknya dia memang suka tolong orang.. ikhlas nak tolong orang.. aku perhatikan.. sebenarnya lagi banyak rezeki lain.. yang Allah bagi kat dia

2. Walaupun Wak Melan cuma pandai mengurut.. sebab ke ikhlas dia tuu.. dia berjaya Branding nama dia.. sebut jee nama Wak Melan.. boleh kata.. kat Bangi nii.. ramai laa orang kenal..

3. Kata Wak Melan.. mengurut nii sama macam berniaga.. kita kena "serasi".. kena benar-benar ikhlas.. baru boleh berjaya.. laa nii.. baru aku paham.. yang dimaksudkan ngan "serasi" tuu..

Kalo laa.. Wak Melan - Si Tukang Urut.. boleh berjaya branding nama dia.. rasa-rasanya diri kita nii.. nak brand sebagai apa ekk?

Renung-renungkan..

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012-3193576

Monday, August 3, 2009

UPGRADE NETWORKING

Semalam aku ada site visit ngan Limtat. Dalam perjalanan nak gi site tuu.. ada banyak benda yang kita orang borak

Antara topik.. yang aku rasa.. bagus aku syer ngan korang adalah pasal networking

Kata Limtat.. konsep networking orang Cina berbeza ngan orang Melayu.. lebih-lebih lagi dalam soal berniaga

Prinsip mereka berniaga senang jee.. kalo nak kaya.. tolong orang lain sampai berjaya.. pastu nanti mesti ramai tolong kita untuk berjaya lak

Misalnya.. kalo laa antara mereka bertukar kad bisnes.. masing-masing akan terangkan skop kerja masing-masing.. pastu mereka mesti akan tanya

Macam mana aku boleh bantu ko, untuk dapatkan pelanggan?

Pastu masing-masing akan cuba fikir.. senarai kenalan yang mereka ada.. yang sesuai ngan prospek kawan mereka tadi.. pastu mereka sedaya upaya.. bantu untuk perkenalkan ngan prospek tuu

Matlamat mereka jelas.. supaya kekawan mereka.. ada bisnes yang bagus-bagus..

Kalo la orang lain bole nampak kekurangan kita.. rasa-rasanya macam mana kita nak perbaiki network kita ekk?

Fikir-fikirkan

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012-3193576

Friday, July 31, 2009

DEMAM PETROL STATION

Sejak dua menjak nii.. aku ada banyak kes.. kekawan yang nak bukak petrol station

Dan petang semalam gak.. aku ada meeting kat Cyberjaya.. bersama aku semalam anak Dato Z dan anak Dato S

Focus perbincangan kita orang.. pasal cara-cara nak buat petrol station.. Sebab mereka nii ada tanah kat kawasan Dengkil. Mereka cadang nak buat KEBENARAN MERANCANG.. bila lulus KM tuu nanti.. pastu mereka nak jual tanah berkenaan kat syarikat minyak

Kononnya mereka ada orang dalam.. mereka dah pun berbincang.. katanya orang dalam tuu dah pun setuju untuk beli tanah berkenaan.. ngan harga yang agak mahal lak tuu..

Bab macam mana mereka deal ngan syarikat minyak tuu.. aku tak berapa paham laa.. tapi katanya kalo projek nii on.. bole untung juta-juta.. wowowow..

Bestnya.. mereka cuma beli tanah jee.. pastu mereka upgrade status tanah tuu jadikan petrol station.. pastu jual kat syarikat minyak.. untung lak boleh juta-juta

Pada pendapat aku laa.. kita kena hati-hati ngan bisnes cam nii.. jangan ikut perasaan.. sebab ada gak kes klien aku sebelum nii.. KM tanah mereka dah pun lulus.. tukar syarat tanah dah lulus gak.. tapi syarikat minyak tak jadi beli tanah mereka.. rugi beb

Alasan mereka.. kenderaan yang lalu kat jalan tuu.. tak cukup banyak.. jadi mereka cancel beli tanah berkenaan..

Bagi kes cam nii.. bukan untung juta-juta lagi.. tapi dah rugi juta-juta.. hu hu hu.. ok laa.. bye bye


INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012-3193576

Thursday, July 30, 2009

BENDA APA AKU NAK JUAL NI?

Untuk hari nii.. aku nak syer ngan korang pasal memilih produk, benda apa yang paling sesuai ngan kita

Bagi aku laa.. nak pilih produk atau perkhidmatan untuk dijual nii.. tak ubah macam nak carik bini.. hu hu hu. Produk atau perkhidmatan tuu mesti ngam ngan kita. Pendek kata.. kita makan ke, tido ke, buat apa benda pun.. asyik teringat benda tuu jee..

Aku percaya.. setiap orang mesti ada minat masing-masing.. macam

Sifu Pokli minat ngan emas
Sifu Faris lebih kat uruskan rumah lelong
Sifu Pie lebih kat pelaburan hartanah

Mereka nii.. bukan sekadar minat jee.. tapi mereka happy, pastu mereka seronot syer pengalaman mereka, dan paling best, dia orang nii mampu turn minat tadi jadi duit.. hebatkan

Tercabar beb.. bila dengar cerita sifu-sifu kita.. mereka boleh untung puluh ribu ringgit setahun.. hanya buat benda yang mereka suka

Rasa-rasanya lepas nii.. kita nak jual benda apa lak ekk?

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012-3193576

Tuesday, July 28, 2009

PECAH GERAN - TANAH PERTANIAN KURANG SEKAR

Suka aku war-warkan kat korang semua.. kalo laa korang ada masalah tanah pusaka, yang satu geran banyak nama.. ada nama atok, angah, makcik tu, makcik nii.. sekarang nii korang dah bole mohon untuk pecah geran

Aku ada beberapa projek tengah on.. Ni kira pilot projek laa nii.. kalo laa projek nii boleh berjaya.. Insyaallah.. pasni boleh laa aku tolong orang lain lak.. terutama uruskan tanah-tanah pusaka.. kebanyakkannya melibatkan tanah orang Melayu.. kat kampung-kampung

Kesian kumpulan nii.. mereka ni ada tanah.. tapi tanah mereka tuu.. 1 geran banyak pemilik.. kalo laa tak diuruskan bebaik.. rugi laa

Tanah yang banyak nama.. tak boleh nak cagar kat bank.. nak buat loan kerajaan pun tak leh..

Pastu bila 1 geran banyak nama nii.. selalunya.. tuan-tuan tanah mesti gaduh pasal sempadan

Kalo nak jual tanah lak.. tak ramai yang minat nak beli.. sebab pihak bank tak nak bagi loan.. kesian kan

Kalo laa projek nii berjaya.. sebenarnya ada banyak peluang investment tanah.. yang boleh aku syer ngan korang nanti.. korang boleh buat duit oooo.. mesti masssuukkkkk punya

Oklaaa.. doakan aku ekkk

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012-3193576

AKU SUKA DIRI AKU SENDIRI

Aku baru jee habis baca 1 lagi buku.. tajuk buku nii “ THE PSYCHOLOGY OF SELLING” tulisan BRIAN TRACY gak

Korang perasan tak.. selalunya kita nii.. nak jadi macam orang lain. Nak tiru macam orang lain.. kejap nak jadi petani laa.. nak bukak kedai makan laa.. nak jadi penulis laa.. last-last kita tak focus

Lebih teruk lagi.. kita asyik puji orang lain jee.. misalnya
“mamat tuu hebat laa.. kambing dia ada 1000 ekor”..
“mamat tuu kaya laa.. ada 10kg emas”
“mamat tuu mewah laa.. rumah sewa ada 15 bijik”

Kalo laa.. kita selalu sangat puji orang lain.. sapa lak nak puji diri kita sendiri.. tul tak? Akhirnya emosi kita terganggu. Pastu mungkin kita rasa rendah diri.. tak yakin diri

Untuk atasi cabaran tuu.. penulis buku nii cadangkan supaya, kita puji diri kita sendiri.. katakan banyak kali.. kalo boleh lebih 30x sehari

“aku sayang diri aku sendiri”
“aku suka diri aku sendiri”
“aku suka profesion aku”
“aku jugak genius”

Bila kita sebut ayat-ayat macam nii.. sebenarnya semangat diri kita akan naik.. pastu bila kita ulang-ulang banyak kali lagi.. secara tak langsung.. keyakinan kita akan bertambah.. prestasi kerja pun akan meningkat

So apa kata.. jom kita puji diri kita sendiri.. hu hu hu

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012-3193576

Monday, July 27, 2009

ORANG KAYA SELALUNYA BANYAK MEMBACA

Hari nii aku nak syer ngan korang.. pasal buku yang baru jee habis aku baca.. tajuk buku nii THE ART OF CLOSING THE SALE.. yang ditulis oleh BRIAN TRACY

Bagus gak buku nii.. sebab ada banyak benda baru.. yang boleh aku belajar.. terutama yang melibatkan amalan membaca

Kata penulis buku nii.. amalan membaca nii.. akan suburkan minda kita. Caranya sekurang-kurangnya kita peruntukan masa selama 30 – 60 minit setiap hari.. kita mesti membaca buku.. terutama yang berkaitan ngan bidang kita

Sapa-sapa minat hartanah.. baca laa buku hartanah.. sapa minat pelaburan.. bole baca buku pelaburan..

Sebab kata penulis lagi.. apa yang kita masukkan ke dalam minda, dalam masa satu jam pertama setiap hari, menentukan keadaan minda kita sepanjang hari.. wowowowowo.. hu hu hu

Katakan kita membaca 30 minit sehari.. seminggu kita boleh habiskan satu buku.. kalo setahun 50 buah buku.. kalo sepuluh tahun sudah 500 buku.. kalo dah baca 500 buah buku tuu.. tuu dah tahap gaban tuu. hu hu hu

Oklaa.. rasa-rasa pasni korang nak baca buku apa ekkk?? Renung-renungkan

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012-3193576

Monday, July 20, 2009

UPGRADE DOA KORANG

Hari nii aku nak sambung lagi.. hasil perbincangan aku dengan Saiful. Satu benda yang aku rasa.. bagus aku syer ngan kekawan semua

Selain cerita pasal matlamat.. Saiful ada sentuh pasal doa.. korang perasan tak.. macam mana kita berdoa?

Bagi kes aku.. aku berdoa main hafal jee. Yelaahh dulu masa zaman sekolah.. Ustaz paksa kita orang.. hafal doa lepas sembahyang.. sapa tak hafal.. kena rotan.. hu hu hu… jadi semua budak-budak takut laa

Akibatnya sampai sekarang nii.. aku berdoa.. “doa hafal” sebenarnya.. Jadi dulu.. kini.. selamanya.. tuu laa doa aku.. he he he.. tak dee improvement..

Aku bagi contoh laa.. salah satu doa untuk bukak rezeki cam nii..

Yaallah.. sekiranya rezeki kami masih dilangit maka Kau turunkan
Sekiranya rezeki kami masih di dalam bumi maka kau keluarkan
Sekiranya rezeki kami masih jauh maka Kau dekatkan Ya Allah
Sekiranya rezeki kami haram maka Kau sucikan
Sekiranya rezeki kami susah maka kau mudahkan Ya Allah

Kata Saiful.. doa macam nii bagus sangat.. tapi lagi bagus.. kita tambah lagi.. yang lebih spesifik.. misalnya

“Ya Allah, kami mohon kepada Mu.. Supaya Kau segerakan.. tingkatkan pasif income kami.. dari RM6K kepada RM10K… menerusi hartanah.. Agar kami menjadi hamba yang merdeka”

Korang rasa.. kalo kita tambah macam nii.. salah tak???



INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012 3193576

Saturday, July 18, 2009

VISUALKAN MATLAMAT KORANG

Semalam aku solat Jumaat kat Bangi.. lepas sembahyang Jumaat tuu.. aku ajak Saiful Planner gi lunch... sebab lama betul aku tak jumpa dia..

Korang nak tahu.. Saiful nii adalah consultant.. dalam perancang Bandar... anak muda yang berbakat besar.. pakar dalam town planning.. hu hu hu.. Kalo klien aku nak tukar syarat kee, nak upgrade tanah kee.. Saiful nii laa tempat rujuk aku..

Biasalah.. kami selalu bincang pasal projek tanah nii.. 5 minit jee.. selebihnya kami borak pasal benda lain.. pasal inbestment.. pasal duit.. macam-macam lagi laa

Dalam borak2 tuu.. Saiful ada sentuh pasal matlamat.. yelah bagi saiful.. semua orang mesti ada matlamat.. ada matlamat jangka pendek.. ada yang matlamat jangka panjang.. konon kita nak kaya laa.. nak pandu kereta besar laa.. nak ada duit banyak laa.. nak ada ladang ribu ekar la.. banyak lagi laa.. tul tak?

Korang perasan tak.. selalunya matlamat kita tuu tak spesifik.. tak jelas.. susah nak digambarkan oleh minda.. dan kotak fikiran kita sentiasa bertukar-tukar

Jadi Saiful cadangkan.. kenapa tak kita gambarkan matlamat tadi.. kita visualkan matlamat tadi supaya lebih jelas.. Untuk mudahkan minda dan tindakan kita.. capai matlamat yang kita inginkan..

Pastu setiap hari.. kita mesti tengok.. kita mesti tatap matlamat tadi.. sebelum kita pergi kerja, kita tengok sekali.. pastu sebelum tidur pulak, kita tengok sekali lagi

Aku bagi contoh macam nii laa : 10 tahun lagi aku mesti ada..






Korang rasa-rasa laa.. teknik macam nii berkesan tak?

Jom bincang-bincangkan..

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012-3193576

Wednesday, July 15, 2009

JANGAN SUSAHKAN TUAN TANAH YANG LAIN

Hari nii aku ada meeting kat Pejabat Tanah Bangi.. biasalah.. apa lagi.. kalo tak bincang, masalah tanah yang tak habis-habis

Al kisah ceritanya.. klien aku nii.. Si Kak N.. dulu dia beli tanah.. 2 ekar kat Hulu Langat.. tapi geran dia kongsi-kongsi.. dia kongsi ngan Abang R sekar dan Datin H sekar

Sekarang nii.. mereka semua dah tua-tua.. jadi masing-masing nak dapatkan geran individu.. kononya mudah nak bagi kat anak-anak

Aku setuju usaha kak N nii.. yelah kalo geran kongsi-kongsi nii.. nak gadai kee.. nak jual kee.. susah beb.. sebab nak kena dapatkan persetujuan semua tuan tanah

Malangnya usaha kak N terbantut sikit.. sebab Abang R dan Datin H.. tak nak bagi kerjasama. Mereka macam tak peduli jee.. kesian kak N

Tapi syukur laa kak N tak cepat putus asa.. dia mengadu masalah nii kat pejabat tanah.. dan tadi alhamdulilah.. nampaknya mesyuarat berjalan lancar.. tak dee pun bantahan dari Abang R dan Datin H..

Insyaallah dalam sebulan lagi.. permohonan kak N akan lulus.. dan bole laa kak N dapat geran individu.. tahniah kak N

NILAI TANAH
Nilai tanah untuk area nii dalam RM120K sekar
Kak N ada 2 ekar : 240K
Abang R sekar : 120K
Datin H sekar : 120K
TOTAL : RM480K

UPAH UKUR
Upah pecah geran tanah dalam : 6.5K

HASIL
Kak N dapat geran individu.. atas nama kak N sendiri.. nilai tanah dia RM240K.. nak jual kee.. nak gadai kee dah senang dah..
Abang R dan Datin H.. masih lagi geran kongsi-kongsi

Aku heran laa.. kenapa laa mereka nii.. tak nak uruskan tanah mereka ekkk.. rugi laa.. bukan dia jee rugi.. kita pun rugi gak… sebab tanah tuu tanah rezab Melayu.. last last Melayu gak yang rugi.. hampeh betul laa

Kalo laa.. Abang R ngan Datin H nak bagi tanah free.. korang rasa korang nak tak?


INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012-3193576

Tuesday, July 14, 2009

HULU LANGAT - TANAH UNTUK DIJUAL

Suka aku bagi tau kat kekawan sekelian.. ada tanah untuk dijual kat Hulu Langat. Kat Lembah Azwen, Lot 2058 GM811

Tanah nii berkategori perniagaan.. tuan tanah dah pun convert dari kategori pertanian kepada perniagaan. Luas tanah nii 4e 2r 10p @ 1.8464 hektar. Berkedudukan kat lapis yang kedua dari jalan besar

Tuan tanah nak jual ngan harga RM150K se ekar.. murah banget nii (harga boleh runding lagi)

Untuk sapa-sapa yang berminat.. nak buat site visit.. bole call aku.. jangan malu.. jangan segan..

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012-3193576

BUKAK BOOTH KAT WISMA TANI PUTRAJAYA







Semalam kami bukak booth kat Wisma Tani.. kat Putrajaya.. Antara gang-gang kita yang datang.. Pie, Bling2, El, Nogix, Faris, Muazam dan aku sendiri..

Kita orang telah dijemput oleh pihak Kementerian Pertanian (En Daud) untuk bukak booth nii.. Bersempena majlis “ Seminar Pelaburan Pertanian Untuk Usahawan Dan Syarikat Swasta Tahun 2009 ” yang diresmikan oleh Dato Noh Omar

Ni kira pengalaman pertama aku bukak booth nii.. sebelum nii tak pernah aku buat benda cam nii.. ayooo malunya nak cakap ngan orang ramai..

Cam mana pun.. secara keseluruhan program nii.. memang best.. banyak benda baru aku belajar

Hasil dari seminar nii.. baru aku tahu.. sebenarnya kalo kita serius invest dalam sektor pertanian.. banyak subsidi dari kerajaan.. yang boleh kita dapat beb..

Selain tuu.. aku belajar macam mana nak urus booth.. bukan senang beb.. cabaran paling besar.. adalah perasaan malu

Untuk atasi cabaran malu nii.. aku pun cuba laa beranikan diri.. bagi brochure kat tetamu yang datang.. aku try explain laa aktiviti kita.. ada yang dengar.. dan ramai gak yang lari.. ha ha ha.. syok syok..

Tapi bila dah 3-4 kali berjaya explain kat tetamu.. baru laa.. confident sikit.. baru laa tak malu lagi.. ha ha ha

Baru aku tahu.. macam mana perasaan budak-budak kerja sale.. yang bukak booth kat pasaraya tuu.. kadang-kadang mereka promote kredit kad la.. jual hartanah laa.. nampak jee senang kan.. tapi bukan sesenang yang disangka

Oklaa.. bye bye

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012-3193576

Saturday, July 11, 2009

AKU BUKAN MALAS.. TAPI AKU TAK TAHU

Hari nii.. aku nak syer ngan korang.. pengalaman aku dihina.. benda nii masih teringat-ingat lagi laa.. sampai hari nii.. hampeh tul laa..

Al kisah ceritanya.. Rabu lepas.. aku ada discussion ngan klien.. discuss kerja ukur laa.. biasanya bincang ukur nii 5 minit jee. Pastu kita orang merapu benda lain.. bincang pasal bisnes laa.. pasal ekonomi laa

Bila sentuh pasal bisnes jee.. hampeh tul.. aku kena kutuk kow-kow laa.. dragon ball tul la puak nii

Keciknya hati aku.. bila orang lain kata.. aku nii orang yang malas.. tak suka ambik risiko,.. tak berani.. tak pandai meniaga.. tak boleh bersatu.. tak pandai belaja.. tak kenal pesaing.. terlalu dimanja oleh kerajaan dan macam-macam lagi laa

Hampeh tul lah.. rasa tercabar gak.. bila mereka kata cam tuu.. tapi aku tak cepat merajuk.. semua tuu cabaran untuk aku. Biarlah mereka kata aku nii bodoh.. aku nii malas.. tapi sesekali.. aku tak mengaku.. aku nii bodoh @ malas

Aku tahu.. mereka ejek aku.. sebab mereka nampak terlalu banyak peluang.. kerajaan bagi kat aku.. tapi kenapa aku tak pandai nak rebut.. kenapa aku dok diam cam tuu jee.. kenapa aku tak pergi usaha

Gang.. aku bukan malas.. tapi maklumat tuu tak sampai.. aku tak tahu.. peluang-peluang yang aku boleh ambik.. khasnya untuk bumiputra.. yang aku tahu cuma ASB jee..

Ooooo.. korang ketawakan aku yeeee.. ketawa yeee.. (entah-entah korang pun sama cam aku gak tak?) ha ha ha

Aku ambik contoh laa.. cuba korang tengok sekarang nii.. bila kita syer info pasal OD ASB.. pasal pelaburan hartanah lelong.. financial IQ.. apa dah berlaku.. TERBUKTI kita jugak bole bersaing ngan puak mereka. TERBUKTI bukan la puak mereka tuu hebat sangat

Kalo tak caya.. cuba tanya sifu Faris.. dah berapa banyak rumah.. dia bidkan untuk kekawan kita.. banyak tuu broo.. asal ada tempat menarik jee, group kita sapu bersih

Jadi aku cadangkan laa.. apa kata kita upgrade sikit.. tak susah pun.. sapa2 ada maklumat pasal peluang pelaburan.. terutama dari kerajaan.. geran kee.. peruntukan kee.. francais kee.. AP kee.. tender kee.. apa jee laa.. benda-benda yang kita sama-sama boleh buat duit.. apa kata kita syer maklumat tuu.. kita war-warkan dalam blog

Percaya lah.. tak rugi kita syer-syer .. kongsi-kongsi nii.. semua tuu untuk kebaikan kita bersama.. percayalah.. kita bukan orang malas.. kita bukan bangsa yang bodoh.. tapi maklumat pelaburan tuu tak sampai kat kita..

Korang rasa kita boleh upgrade tak?

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012 3193576

  © Blogger template 'Fly Away' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP