Wednesday, March 3, 2010

LAGI RAMAI ORANG KAYA.. LAGI MAHAL HARGA TANAH

Korang perasan tak.. invest kat tanah nii.. pelaburan yang membosankan.. pastu lak.. nak kena pakai modal yang besar lak tuu..

Korang bayangkan laa.. nak ambik loan pun lambat.. pastu nak proses pindah milik pun lambat.. pastu lak nak upgrade tanah tuu.. nak jadikan lot bungalow kee.. nak buat kilang kee.. lagi laa lambat.. tul tak?

Berbanding ngan investment lain.. main CPO kee.. saham kee.. emas kee.. rumah atau bisnes kee.. semuanya cepat.. nampak laa duit tuu gerak.. untung rugi tuu cepat jee.. tapi kalo invest kat tanah.. ayooo slowww beb

Tapi lambat-lambat pun.. lembap-lembap pun.. aku tetap suka kat tanah.. he he he.. sebab dah kerja aku daa.. hari-hari selesaikan masalah tanah orang.. he he he

Aku perhatikan laa.. sapa-sapa nak mula invest tanah nii.. bagus korang carik tanah yang kat pinggir bandar.. beli laa sekar dua.. cukup laa.. pastu korang simpan jee tanah tuu

Kalo korang perasan.. tanah kat area Sg Penchala misalnya kan.. tanah tuu tanah rezab Melayu.. tapi harga dia mahal gila beb.. sebab ramai orang TTDI, Bandar Utama, Sri Damansara, Kota Damansara yang beli.. sebab tuu harga dia naik gila-gila

Pastu lak kat area Sg Merab contohnya.. harga dia naik sebab ramai orang Putrajaya, BBBangi, Serdang yang iye-iye nak beli.. jadi harga pun mahal

Maksudnya kalo kita bole invest tanah.. yang sekitar tanah tadi.. ramai orang-orang kaya.. jadikan.. potensi tanah kita tuu.. nak naik dari segi nilai dia tuu.. amat laa cerah.. tapi kalo sebaliknya.. kena tunggu laa sampai berjinggut.. he he he

Selain tuu.. tanah nii benda yang kita bole upgrade.. nak kasi cepat nilai dia naik.. kasi upgrade tanah tuu.. upgrade kawasan tuu.. dulu kat Balakong.. kawasan nii kawasan jin bertendang.. tapi bila ada banyak kilang haram.. pastu banyak lak kilang halal.. harga dia mahal sudah

Jadi.. jom laa kita beli-beli tanah.. he he he

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL AHLAN

11 comments:

2bz4money said...

aku x kaya..tapi kepingin bertanah selot dua buat simpanan anak2..kalu harga terlampau mahal..terpaksalah peram dalam bentuk lain i.e Rumah lelong, Emas, ASW etc..

ikhwankia said...

Ramai dah yang kaya raya...tanah dimerata-rata....ilmu dah penuh didada...
Bila lagi nak ikut jejak mereka....heh3

anuri said...

salam,
tuan jurukur, sejak saya mengikuti blog tuan saya sangat berminat dengan tanah tapi takde pengalaman langsung. kalau seorang ada simpanan dalam 100k camne nak mulakan bisnes tanah, boleh tak tuan beri sedikit panduan, ilmu tuan yang banyak tu curahkan kepada kami sebagai sedekah jariah, terima kasih.

KEOWN said...

Kalau kita boleh predict pembangunan dan beli di kawasan tersebut.. akan lebih banyak untung....

mari kita cari apakah tips2 untuk meramal pembangunan dan kawasan sasaran untuk dibeli...

Fauzan said...

salam,
tuan. minta pandangan pasal tanah pertanian. cth dapat pl 100k then beli tanah 5 ekar dgn hasil sawit. beli tanah secara cash 100k kepada tuan tanah. hasil sawit contra kepada installment pinjaman PL. then cagar geran tanah ke bank untuk pinjaman atau OD. hasil pinjaman maybe utk projek pertanian atau ternakan di tanah tersebut. minta pandangan tuan.

juruukur said...

bijak bijak.. ni kita panggil financial IQ..

bole buat cam nii.. tapi kena kira betoi laa..

Anonymous said...

harga tanah kat area bandar je yang melambung2.. harga tanah kat ulu.. masih lagi murah..

jadi tajuk topik nie tak kena sangatlah,

Shaiful said...

x kena kat sorang je, org lain kena.

juruukur said...

yelaa.. kalo kat ulu2 tuu.. walaupun sekitar kawasan tuu.. orang kaya ramai.. tapi harga tanah.. murah gak kan.. tak naik-naik pun.. he he he

tapi sebaliknya berlaku kat kawasan bandar.. lagi ramai orang kaya.. lagi ramai laa berebut rebut nak beli tanah.. harga pun melambung-lambung tinggi

kerapusenangin said...

mencilok sikit... bukannya rumah, tanah, emas, saham yang menjadikan seseorang tu kaya.. tapi ilmu tentang bidang tu yang menjadikan orang tu kaya...

justeru itu... tuntutlah ilmu dalam bidang yang anda minat untuk menjadikan anda kaya...

di samping tu... tuntutlah juga ilmu akhirat selain dari ilmu nak kaya sebab kita akan dimasukkan ke dalam tanah jua akhirnya...

ingat mati, ingat tanah, ingat juruukur :)

juruukur said...

huak huak huak.. ke tanah kita kembali

  © Blogger template 'Fly Away' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP