Saturday, July 11, 2009

AKU BUKAN MALAS.. TAPI AKU TAK TAHU

Hari nii.. aku nak syer ngan korang.. pengalaman aku dihina.. benda nii masih teringat-ingat lagi laa.. sampai hari nii.. hampeh tul laa..

Al kisah ceritanya.. Rabu lepas.. aku ada discussion ngan klien.. discuss kerja ukur laa.. biasanya bincang ukur nii 5 minit jee. Pastu kita orang merapu benda lain.. bincang pasal bisnes laa.. pasal ekonomi laa

Bila sentuh pasal bisnes jee.. hampeh tul.. aku kena kutuk kow-kow laa.. dragon ball tul la puak nii

Keciknya hati aku.. bila orang lain kata.. aku nii orang yang malas.. tak suka ambik risiko,.. tak berani.. tak pandai meniaga.. tak boleh bersatu.. tak pandai belaja.. tak kenal pesaing.. terlalu dimanja oleh kerajaan dan macam-macam lagi laa

Hampeh tul lah.. rasa tercabar gak.. bila mereka kata cam tuu.. tapi aku tak cepat merajuk.. semua tuu cabaran untuk aku. Biarlah mereka kata aku nii bodoh.. aku nii malas.. tapi sesekali.. aku tak mengaku.. aku nii bodoh @ malas

Aku tahu.. mereka ejek aku.. sebab mereka nampak terlalu banyak peluang.. kerajaan bagi kat aku.. tapi kenapa aku tak pandai nak rebut.. kenapa aku dok diam cam tuu jee.. kenapa aku tak pergi usaha

Gang.. aku bukan malas.. tapi maklumat tuu tak sampai.. aku tak tahu.. peluang-peluang yang aku boleh ambik.. khasnya untuk bumiputra.. yang aku tahu cuma ASB jee..

Ooooo.. korang ketawakan aku yeeee.. ketawa yeee.. (entah-entah korang pun sama cam aku gak tak?) ha ha ha

Aku ambik contoh laa.. cuba korang tengok sekarang nii.. bila kita syer info pasal OD ASB.. pasal pelaburan hartanah lelong.. financial IQ.. apa dah berlaku.. TERBUKTI kita jugak bole bersaing ngan puak mereka. TERBUKTI bukan la puak mereka tuu hebat sangat

Kalo tak caya.. cuba tanya sifu Faris.. dah berapa banyak rumah.. dia bidkan untuk kekawan kita.. banyak tuu broo.. asal ada tempat menarik jee, group kita sapu bersih

Jadi aku cadangkan laa.. apa kata kita upgrade sikit.. tak susah pun.. sapa2 ada maklumat pasal peluang pelaburan.. terutama dari kerajaan.. geran kee.. peruntukan kee.. francais kee.. AP kee.. tender kee.. apa jee laa.. benda-benda yang kita sama-sama boleh buat duit.. apa kata kita syer maklumat tuu.. kita war-warkan dalam blog

Percaya lah.. tak rugi kita syer-syer .. kongsi-kongsi nii.. semua tuu untuk kebaikan kita bersama.. percayalah.. kita bukan orang malas.. kita bukan bangsa yang bodoh.. tapi maklumat pelaburan tuu tak sampai kat kita..

Korang rasa kita boleh upgrade tak?

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012 3193576

Thursday, July 9, 2009

LU SAPA? WA SAPA?


Korang nampak tak kedai mereka tuu.. Penuh ngan stall.. pastu lak ramai pengunjung. Ada yang jual satey, ada jual mee, ada jual nasik dan macam-macam lagi laa..

Pendek kata.. apa yang pengunjung nak.. semua ada kat sini.. sebab tuu laa tempat nii famous.. tapi jangan lak korang try makan kat sini ekk.. tak halal beb.. lembu pendek pun ada oooo

Konsep mereka nii simple jee.. apa yang aku tahu.. tuan kedai cuma jual air.. yang stall lain tuu.. mereka sewakan.. sewa lak murah-murah jee.. jadi ramai lah peniaga yang mampu

Istimewanya mereka nii.. setiap stall tak jual benda yang sama. Heran lak aku.. macam mana laa mereka nii boleh sepakat ekk?

Aku rasa laa.. mereka nii kenal siapa pesaing mereka kot.. mereka tak bersaing sesama mereka. Sebaliknya mereka tolong menolong, pastu kerjasama lak. Sebab tuu mereka hebat kan

Korang rasa, orang Melayu boleh sepakat macam mereka tak?

Luu orang pikir laa sendiri.. ha ha ha

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012-3193576

LOT BUNGALOW UNTUK DIJUAL








Kekawan.. ada tanah untuk dijual kat Desa Bukit Sentosa, Teras Jernang, Bangi

Lot bungalow seluas 5522kp. Harga RM150,000 (boleh runding). Dalam sekaki persegi RM27.00

Siap dengan semua kemudahan. Ada api, ada air, line tipon. Pastu lot tuu dikelilingi oleh rumah-rumah jiran.. Memang cun.. memang selesa

Ok.. sapa-sapa berminat.. bole call aku.. untuk site visit

Bye-bye..

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012 -3193576

Wednesday, July 8, 2009

TUKAR HOBI JADI DUIT


Untuk hari nii.. aku nak syer ngan korang.. hasil perbincangan aku ngan Muazam (penghulu juruukur) dan En Amir (sifu ikan hiasan) ha ha ha

Sebenarnya ada banyak benda baru.. aku belajar hari nii.. terutama macam mana nak tukar hobi jadi duit.. memang hebatlah idea korang.. superb.. tima kasih Muazam, tima kasih En Amir.. sanggup syer idea ngan aku

Ok laa.. Aku percaya.. setiap kita nii.. mesti ada hobi.. tak kisah hobi apa pun.. macam Pie & Tuah.. mereka suka rider.. bawak motor besar.. UncleDodi suka fotografi.. sifu gambar..

Keown lak.. suka kereta control.. macam-macam koleksi dia ada.. Tokeh Azman.. suka muzik.. pandai main band.. En Amir pulak.. suka ikan hiasan.. kalo cerita bab ikan jee.. dia laa hero.. ha ha ha

Hobi aku?.. ha ha ha.. malu la nak bagi tau.. ha ha ha.. tapi wife aku bagi tau.. dia nampak sangat.. aku nii suka sangat menulis.. betul kee? Sedangkan aku main belasah jee.. he he he

Korang perasan tak.. hobi nii.. benda yang pelik.. benda yang ajaib.. selalunya kita tak perasan pun.. tapi orang lain yang nampak..

Mana tak nye.. kalo sapa yang minat mancing tuu.. segala mak bapak ikan, segala jenis tali.. batu pancing, mata kail, lubuk, semua benda dia tahu.. Sedangkan masa kat U dulu.. tak pernah pun dia belajar bab ikan, tul tak?

Kata En Amir.. nak tukar hobi jadi bentuk duit.. tak susah pun.. Cuma kena upgrade sikit jee.. kalo dulu kita borak hobi kita.. ngan kekawan jee.. tapi sekarang nii.. luahkan dalam bentuk blog.. ceritakan hobi kita.. dalam blog.. supaya bole syer ngan ramai kekawan

Pastu ajar kekawan.. kasi free consultation.. dan ajak kekawan lain joint kita.. katakan kalo laa ada kekawan yang minat.. jeng jeng jeng,, itu sudah masyukkkk..

Duit yang kita dapat tadi.. kita kasi kumpul-kumpul.. pastu invest dalam property.. jadi dari duit hobi, pusing beli hartanah.. hebat kan

Kalo laa orang lain, boleh turn hobi mereka jadi duit.. rasa-rasa kita boleh buat tak?

Ok.. bye bye

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012-3193576

Tuesday, July 7, 2009

SEMINAR PELABURAN PERTANIAN UNTUK USAHAWAN DAN SYARIKAT SWASTA TAHUN 2009

Suka aku war-warkan kat gang semua.. untuk sesapa yang minat nak buat projek pertanian.. korang dialu-alukan untuk datang seminar nii.. mesti meletup punya.. sebab sifu aku (En Daud Otheman) terlibat secara langsung dalam program nii..

Wowowo.. boss Daud siap bagi talk lagi.. ha ha ha

Program nii khas untuk bumiputra jee.. jadi aku rasa.. bagus kita ambik peluang..

Ok.. program nii akan diadakan pada :

Tarikh : 13 Julai 2009 & 14 Julai 2009 (Isnin & Selasa) (2 hari)

Jam : Dari pukul 8.00 pagi sampai 5.00 petang
Tempat : Dewan Serbaguna, Wisma Tani Lot 4G1

Benda-benda yang akan dbincangkan antaranya :

1. Peluang-Peluang Pelaburan Pertanian- Subsektor Tanaman

2. Prosedur dan kaedah Bagaimana Untuk Mendapatkankan Sumber Modal dan Insentif

3. Pendekatan Moa Inc. Dalam Menjayakan Projek Pertanian dan Prosedur Permohonanan Moa Inc.

4. Insentif Percukaian Di Bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 Bagi pengeluaran Bahan Makanan Yang Diluluskan dan Tatacara Permohonan

5. Kemudahan Dana ‘Venture Capital’ Untuk Mengukuhkan Projek Pertanian

6. Kemudahan Perlindungan Takaful (Insurans) Pertanian dan Industri Asas Tani

7. Kemudahan Modal bagi Projek Pertanian dan Industri Asas Tani

Jadi untuk sesapa yang minat .. sila bagi nama korang.. korang bole berhubung terus ngan En Daud ( HP : 013 -3987248 )

Datang.. jangan tak datang.. jumpa di sana.. di sana.. ha ha ha

Oklah .. bye bye

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012-3193576

Monday, July 6, 2009

APA YANG KORANG NAK DARI KOPERASI?

Alhamadulilah.. akhirnya berjaya jugak.. kita adakan mesyuarat koperasi kali yang pertama.. meriah sungguh.. ramai kekawan yang datang.. semuanya taikon-taikon tuu.. ha ha ha

Istimewanya koperasi ni KOPERASI HARTANAH SELANGOR BERHAD.. kebanyakkan kita.. mula-mula dulu.. kita kenal menerusi internet.. pastu kita ber TT.. dan sekarang nii.. dah ada koperasi lak.. alhamdulilah.. perkembangan yang amat sihat

Pada mereka.. yang telah dilantik menjadi lembaga pengarah.. aku nak ucap tahniah.. pasni korang kena kerja kuat untuk ahli ekk.. korang kena berkorban untuk ahli.. mengahlikan ekonomi koperasi.. Percayalah.. rakan-rakan lain akan menilai korang

Untuk warga koperasi lak.. jom lah kita bekerjasama.. kita rapatkan barisan.. kita rebut peluang hartanah kat luar sana

Yakinlah.. kita juga boleh berjaya macam bangsa lain.. sebab dengan pelaburan hartanah.. semua nii tak mustahil

Untuk melicinkan pentadbiran koperasi.. apa kata.. kalo bole kita listkan.. apa benda yang korang nak dari koperasi.. tujuan dia.. untuk mudahkan lembaga pengarah nak buat kerja

Untuk kekawan blog yang lain.. korang boleh gak bagi pandangan.. jangan memalu.. jangan segan..

Ok lah.. jom kita senaraikan

1. aku nak koperasi bantu memerdekakan ahli.. supaya setiap ahli ada pasif income lebih banyak dari perbelanjaan bulanan mereka


2. aku suka.. kalo bole koperasi dapat salurkan maklumat financial terkini.. loan mana terbaik.. kaedah baru nak buat loan dan lain-lain info.. maklumlaa.. ramai ahli nii buta financial (aku la tuu.. ha ha ha)


3. aku nak invest.. beli kedai sesorang.. aku tak larat.. jadi aku harap.. dengan koperasi nii.. kita dah boleh mula.. invest kat bangunan kedai lak..

4. Aku seronok sangat.. kalo bole.. ngan koperasi nii.. ahli boleh beli tanah pertanian dgn harga murah.. masing-masing ada kebun

5. Aku tak suka.. koperasi berniaga ngan ahli.. koperasi ambik untung dari ahli.. tak seronot lahh.. sebaliknya ahli adalah raja.. kalo koperasi nak untung.. koperasi boleh niaga ngan orang luar

6. Bagi ahli yang belom ada rumah untuk tinggal.. bole daftar nama ngan koperasi.. koperasi bantu mereka untuk dapatkan rumah

7. Aku nak koperasi adakan program.. ajar ahli.. pasal financial.. pengurusan duit

8. korang sambung lakkkk laaaa.. hak hak hak

ok.. bye bye

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012-3193576

Saturday, July 4, 2009

MESYUARAT KOPERASI

Suka aku ingatkan kekawan sekelian.. petang nii 4/7/2009 Sabtu.. kita ada mesyuarat koperasi kali yang pertama

Kepada kekawan yang dah berjaya jadi ahli.. koperasi hartanah yang paling eksklusif nii.. korang semua dijemput datang..

Lokasi : kat balairaya Sungai Ramal Baru

Jam : 3 petang

Jangan lepaskan peluang.. kita borak-borak.. kita kenal-kenal..

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012-3193576

  © Blogger template 'Fly Away' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP