Sunday, January 25, 2009

PASIF INCOME AKHIRAT

Hari ni, apa kata, kita bincang sikit pasal pasif income akhirat. Sebab selalu sangat kita cakap pasal duit, pasal saham, pasal ekonomi. Jadi hari nii.. kita tukar angin sikit lah.. borak-borak, macam mana nak tukar harta kepada pahala..

Kita nii adalah khalifah Allah. Sebagai khalifah, kita ada tanggungjawab. Sebab setiap kesenangan dan kemewahan yang Allah bagi.. ada gak hak orang lain, yang perlu kita tunaikan

Sebagai hamba.. kita mesti sentiasa bersyukur. Kalau kita bersyukur dengan rezeki Allah, tunaikan semua kewajipan, insyallah kita akan jadi hamba yang untung, baik di dunia dan di akhirat. Sebaliknya kalau kita kudukut, tangkai jering, tamak, dengki.. kita sendiri yang akan rugi

Sebab tu.. bagus kita tanam dalam diri kita.. harta yang kita ada, bukan hak mutlak kita selama-lamanya. Sampai masa, kita akan mati. Untuk pastikan, kita mendapat manfaat dari setiap harta kita, baik jugak kalau kita buat pelaburan akhirat. Misalnya bersedekah, bayar zakat, wakaf, syer ilmu dan lain-lain

Bagi kes kita.. kita banyak terlibat dalam inbesment hartanah. Jadi bagus duit sewa rumah, dividen asb yang kita dapat, duit refinance, untung jual rumah, sebahagian nya kita sedekahkan untuk tujuan agama. Yang paling penting, niatkan semua usaha kita, hanya kerana Allah. Mudah-mudahan kita mendapat berkat

Kita jugak perlu yakin, keluarkan zakat tak akan kurangkan harta. Sebaliknya akan menambahkan lagi harta. Selain tuu, kita akan rasa mewah, kaya, bahagia, tenteram

Jadi.. jom kita sematkan dalam diri, untuk merebut gelaran jutawan akhirat. Gunakan kemewahan, kesenangan yang kita ada, sebagai bekalan di akhirat kelak

Ish.. ish.. ish.. macam ustaz lah pulak juruukur nii.. hah haha haha

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012 3193576

12 comments:

Anonymous said...

salam hafizal. zakat membersihkan harta kita dunia dan akhirat. walau asb kite ada rm200k tapi x pernah dizakatkan memang x 'bersih' lg tu. anyway kalo tuan ustaz hafizal blh bagi calculation utk zakat income lg baguih kan. tq

Anonymous said...

abuya.. bab zakat nii.. kita boleh semak kat lembaga zakat selangor

Anonymous said...

saling ingat mengingati...

Anonymous said...

kita sebagai muslim..memang menjadi tanggungjawab untuk mengeluarkan zakat,sedekah dll..
Yakin dengan berzakat dan bersedekah tidak mengurangkan harta malahan akan menambahkan harta..

Bukan islam pun yakin dengan membuat 'charity' akan memberikan mereka lebih kekayaan pada masa depan..seperti dalam game CF101...membuat charity juga diterapkan sebagai salah satu rutin dalam rate race dan aku perasan biasanya org yg menggunakan charity akan keluar cepat dari rate race..

Insya Allah...yakinlah segala perbuatan baik pastinya mendapat ganjaran daripadaNYA..

Terima kasih kerana saling mengingatkan...

Anonymous said...

setuju kayzen.. kita kena saling ingat mengingati

jeguk.. ya.. muslim kena percaya rezeki tuu datang dari Allah.. lagi banyak sedekah.. lagi banyak rezeki allah bagi

sourplum said...

sama2 la kte saling mengingati..
manusia ni mudah lalai
leka dgn hal dunia
sdg kn dunia ni tempat singgah je
seperti tmpt singgah nye (menghilangkan pnt) musafir dalam perjalanan yg jauh..

Anonymous said...

betul-betul.. tempat musafir

Anonymous said...

bagus la topik ni bro..kite kene imbangkan dunia n akhirat,,.. tenkiu bro. saling mengingati
akhir ni kene zakat asb laaa..da cukup haul n nas.. betul ke aku eja tuh..

Anonymous said...

Terima kasih Hafizal.. di atas ingatan ini.. semoga kita jadi orang yang ingat-mengingati.. amin..

Anonymous said...

peruzz.. bagus ko bawak jee slip gaji ko kat pusat zakat tuu.. suruh mereka kira.. samada ko kena bayar zakat kee atau tak

tak pun.. kita boleh wakaf.. wakaf kat pusat zakat gak lah.. duit wakaf tu nanti pusat zakat akan kumpul.. pastu buat pembangunan utk orang Islam

Anonymous said...

wida.. tima kasih..

Anonymous said...

Salam.. Abuya.. utk zakat pendapatan boleh check di http://www.e-zakat.com.my/baru/k-zakat/kalkulator_pendapatan.asp

  © Blogger template 'Fly Away' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP