Thursday, January 22, 2009

KITA BERJAYA SEBAB SOKONGAN KAWAN

Semalam aku ada meeting kat Semenyih. Sebab klien aku nii (Hj Mokhtar) dia nak buat pecah bahagian tanah. Asalnya, dia beli tanah kongsi ngan kawan. Tapi bila masing-masing dah tua. Mereka nak dapatkan geran individu. Sebab senang katanya, nak pindah milik dari nama dia kepada nama anak-anak. Pastu nanti.. kalau dia mati.. semua urusan tanah, yang dia ada, dah pun selesai. Tak menyusahkan anak-anak

Apa yang bestnya.. dia dapat info pasal service ukur aku nii, dari internet. Cucu dia yang bagi tahu. Aku bertuah sangat.. sebab baru aku tahu, yang cucu dia jugak, kenalkan aku ngan klien lain. Tima kasih banyak-banyak Shahidi. Sebab ko rekman aku ngan projek polis, projek air, koperasi hartanah.. Tima kasih banyak-banyak. Jasa mu sentiasa ku kenang.

Aku janji.. aku akan usaha yang terbaik. Untuk pastikan semua projek tuu berjaya. Alhamdulilah.. setakad nii.. projek tuu sedang berjalan. Nanti.. bila semua dah siap. Aku akan carik ko. Sebab konsep aku bisnes. Aku bukan nak kaya.. nak mewah-mewah. Sebaliknya aku lebih suka syer ngan kawan-kawan

Bila berlaku kejadian macam nii kat aku.. baru aku nampak.. betapa besarnya pengaruh blog dalam bisnes. Kita syer info.. pada waktu yang sama.. kawan-kawan sokong kita. Kenalkan kita dengan rakan-rakan lain. Jadi secara beransur-ansur bisnes kita berkembang. Mungkin kita tak nampak kesannya sekarang.. tapi mungkin ambik masa sikit.. 6 bulan hingga 5 tahun akan datang, baru nampak hasil

Bagi aku, tak ada alasan, orang muslim mesti lemah, tak berjaya, mundur. Sebab kalau kita bekerjasama, sokong menyokong, jangan kan ekonomi jee kita boleh kuasai. Malah lebih dari tuu

Tima semua.. sebab sokong aku.. sampai menyampai pada kawan-kawan lain, service ukur tanah yang aku buat nii

Apa pun.. kalau korang ada masalah tanah..jom kita syer.. insyallah.. aku sedia membantu

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012 3193576

13 comments:

Anonymous said...

Salam Fizal

Terpanggil ngan ur recent topic... terkilan n terharu ngan nasib anak bangsa..."bumi dipijak, dh milik org"...dh pn jd reality...makin jauh di rantau makin dekat kenal reality
Syabas n hope terus2 berbakti....

KEOWN said...

semoga terus cemerlang dan terus fokus di dalam kerja anda.

semoga tahun 2009 akan leh boom dari 2008

Anonymous said...

org taipei.. betul tuu.. kita kena usaha kuat.. untuk mantapkan ekonomi kita. mau tak mau.. kena berjemaah.. bantu membantu..

keown.. tima kasih.. sebab kenalkan aku ngan pihak universiti.. untuk makluman ko.. surat tawaran kerja yang ko rekman.. aku dah terima.. sekarang dalam proses siapkan dokumen.. jomlah kita cepat-cepat siapkan kerja.

Pastu boleh hantar invoice. mungkin ambik masa 2 bulan gak kot, untuk dapat payment.

Tpa pun tima kasih sebab terus bagi sokongan. tima kasih keown

KEOWN said...

baik. bos....
hamba tengah banyak gilos keje,.. rasanya kalau sehari 30 jam pun tak siap2... akan ku siapkan secepat mungkin. ko prepare aje apa yang patut.

Anonymous said...

keown.. cantik.. nak naikkan pasif income ni.. hah haha

Grizzly snowy panda bear said...

btol la..ko punya blog ni sure byk membantu ko dan kitaornag skali..baru baca blog ko dah teringin nak ambil servis ko, tapi aku takdek tanah, mcm mana tu?heheh

Anonymous said...

@wakata.. sekarang nii kita main lelong rumah dulu.. tapi bila masing-masing dah ada pasif income

kita main tanah lak.. beli tanah kasi buat lot bungalow.. untung gila tuu beb

masa tuu.. boleh aku tolong.. dari a-z

Anonymous said...

salam bro...
blo/web adalah medium yg membantu biz fikikal...

org akan lbh yakin.. tu yg penting... hehe

bro, sila luangkan masa anda hari selasa CNY ni (pagi). kt ade diskusi koop.. maklumat lanjut bakal menyusul.TQ

KEOWN said...

Bila nak main tanah nie.. dah mengeletar nie..

tak sabar... kalau area kajang/bangi pembeli banyak

Anonymous said...

bling2.. ok.. sebab pagi tuu.. cadangnya aku nak main cashflow

tak pee.. kalau ada meeting koop.. main cf boleh tunda

Anonymous said...

keown.. pasni lah.. kita buat projek lot bungalow..

sekarang nii.. kita main rumah lelong dulu.. bila dah stabil.. baru kita invest tanah

Anonymous said...

saudara juruukur...

izinkan hamba memberi sedikit pandangan

apa kata saudara serta kan sekali gambar-gambir semasa saudara membuat kerja-kerja ukur di tapak?
ataupon gambar hartanah...

ataupon alatan mengukur yg saudara gunakan untuk membuat kerja2 ukur...

rasanya blog saudara ini akan kelihatan lebih menarek dan tertarek...

sekadar pandangan yg tdk seberapa...

wakaka... poyo x?

* bukannya apa aku ada terbaca ada org bising nape fee surveyor mhl.. psl dia x tahu camna rupa or x prnh tgk org buat kerja2 ukur kot... haha

Anonymous said...

bling2.. idea yang menarikk.. akan juruukur usahakan.. letak gambar gambir.. untuk memeriahkan suasana

bab feees ni.. harga kami tak lah mahal sangat.. berbanding service yang kami tawarkan

sebab kami terikat ngan jadual harga lembaga juruukur tanah...

  © Blogger template 'Fly Away' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP