Monday, January 12, 2009

INFO TANAH LELONG?

Aku nak syer ngan kawan-kawan semua, sebab hari Khamis lepas, bertempat kat Pejabat Tanah Sepang, aku bersama saudara Jamal Hartawan, buat kali pertamanya, telah berjaya membida 5 bijik lot bungalow sekaligus.

Tanah tuu kat Teras Jernang, berhampiran dengan Bandar Baru Bangi. 2km dari UKM, 500m dari Desa Sentosa, 1km dari kolej MARA, lengkap dengan semua kemudahan. Jamal dapat dengan harga RM11.60 sekaki. Market prize sekarang nii, RM22.00 sekaki. Untuk hari tuu jee.. saudara Jamal untung lebih RM200K.. hebat.. hebat.. tahniah Jamal. Katanya Jamal and the gang, nak bayar cash lagi.. ayooo.. banyak kaya ini orang ooo..

Aku tahu.. sebenarnya ramai dari kawan-kawan kita nii..berminat sangat nak beli tanah lelong. Tak kisah samada tanah pertanian, atau lot bungalow, tapi mungkin korang tak tahu teknik.. macam mana nak daptkan info tanah nii.. terutama lokasi tanah, pelan, info jabatan ukur, satellite imej dan lain-lain

Untuk kes saudara Jamal, aku selaku consultant yang bertanggungjawab, membantu dari peringkat awal, untuk dapatkan semua info tanah berkenaan. tunjukkan site, sama-sama gi auction.. dan sekarang nii, insyaallah dalam proses untuk jalankan kerja ukur dilapangan. Nanti kami akan ukur, tandakan semula sempadan, bagi tanda sempadan yang hilang.. kami ganti dengan paip besi..


Pasni.. Jamal dah boleh bersihkan lot tuu..boleh kasi rata.. buat cun-cun, nak jual pun dah bole.. masyuk masyuk..

Oklah.. untuk sapa-sapa yang berminat, nak beli tanah lelong.. nak dapatkan info pasal tanah tuu.. korang bole hello aku.. charge aku tak mahal pun.. berbaloi ooo.. kalau main tanah nii.. untung kasar beb..

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012 3193576

16 comments:

Anonymous said...

bagus juruukur berkongsi pengalaman lelong tanah ni. kebanyakan kita hanya biasa dgn rumah lelong jer..

Anonymous said...

fizal, ni lelong tanah yg ko bgtau aku aritu ke? alamak lupa la.. nnt TT aku nk dgr cite ko..

MattDemon said...

bro..untung kasar...modal pun sangat kasar oo..hehe...nantila kita sembang..nak belajar ngan bro yg expert ngan tanah.

Anonymous said...

@kayzen... apa la sangat, proses lelong tanah nii.. sama mcm rumah gak.. tapi nak dapat info tanah tuu.. yang leceh sikit.. pastu ada benda-benda teknikal, yang perlu kita ambik kira, sebelum kita masuk lelong tanah nii..

@al-husni.. yap.. tu hari kita borak tuu..

@matt.. pasal modal tuu.. aku setuju sangat lah.. main lelong tanah nii.. kena ada modal besar.. pastu pulak.. tak de pasif income.. tapi.. kalau kita beli cara group.. aku rasa boleh sangat.. kita kumpul duit sama2..

Anonymous said...

peh bayar cash tu...
betul lah juruukur... manyak kaya ooo ini orang... huhu...

Anonymous said...

din.. kaya budi bahasa adalah.. wang ringgit tak dak lagi.. hah haha

Anonymous said...

ala.. cmne aku leh terlupa ni.. bukan rezeki agaknya kan.. modal tgh ada ni bru lps dpt bonus bln 12 aritu.. fizal, nnt klu ada info calling2.. aku nk belajar ilmu jual beli tanah plak.. stakat dgr teori je x best, nk kene ada satu lot tanah utk eksperimen bru boleh pandai.. cam aku belajar ilmu rmh dr pie, skli dh pegang satu mcm ketagih nk beli lagi dan lagi dan lagi...

Anonymous said...

al_husni.. ok.. nanti kita explore sama-sama ekk.. kita guna pakai teori pie..

Anonymous said...

eh aku pun nak join beli tanah lelong gak..

al_husni, mmg btul ape ko cakap.. kene experiment sendiri, baru bleh pandai..

utk first time ni.. untung sket pun takpe, aku x kesah.. yg penting dpt ilmu dulu, tu yg mahal tu..

Anonymous said...

bird.. betul betul.. au setuju sangat.. kita rapatkan jemaah.. hah ahha

Anonymous said...

just nak tau, senang ker nak buat pinjaman utk beli tanah? kalau housing loan tu, semua bank ade offer dgn interest yg berpatutan.. kalau tanah punya loan camner??

Anonymous said...

zam.. pasal loan tanah.. boleh semak ngan bank pertanian @ cimb

cuma interest tuu.. agak mahal sikit

Anonymous said...

Saya ada tanah lot bunglow untuk dijual ...lokasi Sg Merab Bangi, keluasan +-9000 kaki dah ada grant individu...tel; 019 3326615 Harga RM 23 k/p nego.pembelian tunai diutamakan tk.

Anonymous said...

bookmarked!!, I lіke your sitе!

my web рage; iphone repair malaysia

Anonymous said...

What a mаterіal of un-ambiguity and pгeserveneѕѕ of vаluаble exρеrіenсe аbout unpгedіcted emotions.



Αlso visit my website - ipad repair penang

Anonymous said...

of сouгse like your web ѕite howеvеr you need to takе a look аt the spelling on quite a few
of your postѕ. A numbеr of them aгe rife with spelling
issues and I to finԁ it νery bothersome tо tеll thе reality nеvertheless I will defіnіtelу come again agaіn.



Feel frеe to surf tο my blog iphone repair malacca

  © Blogger template 'Fly Away' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP