Monday, January 19, 2009

APA YANG KORANG BELAJAR DARI MAIN GAME CASHFLOW101?

Pertamanya aku nak ucapkan tahniah kepada semua kawan-kawan. Yang datang memeriahkan PMC gathering kat Melaka. Aku mintak maaf banyak-banyak.. sebab tak dapat join korang.. aku demam lah.. sorry ekk.. apa yang berlaku kat aku sekarang nii.. sekejap baik.. sekejap demam.. tak tau lah kenapa.. tapi mungkin cuaca sekarang nii kot… panas banget..

Berbalik kepada cerita kita.. apa yang korang belajar dari main game nii?

Bagi kes aku.. mungkin aku lebih selesa belajar dengan cara bermain kot. Kalau sebelum nii.. bila Pie2020 terangkan pasal ASB, OD ASB, pasif income, refinance, OPM, aku susah sangat nak paham.. tak tahu nak link macam mana.. jangan lah cakap pasal akaun.. lagi lah aku buta.. tapi bila main game nii.. alhamdulilah.. aku dah mula nampak jalan.. aku pun dah start susun semua properties yang aku ada.. ikut macam dalam form game nii.. biar senang sikit.. nak semak pasif income

Aku dah mula nampak peluang.. dah mula tahu teknik macam mana nak create peluang.. misalnya dalam saham, rumah sewa, tanah, emas, part time business, kedai dan lain-lain.. selain tuu.. aku dah tahu.. apa dia bisnes untuk orang kaya

Aku rasa.. game nii gak sesuai untuk main ngan family.. terutama anak-anak.. sambil main.. sambil belajar.. mungkin medium terbaik untuk anak-anak paham pasal financial kot

Kat sekolah.. aku tak belajar pun pasal wang.. tapi dengan main game nii.. senang sangat nak paham pasal kemewahan.. kekayaan..

Kalau nak kenal kawan-kawan kita.. ajak mereka nii main game cashflow.. kat sini kita boleh nampak sikap sahabat-sahabat kita.. jujur kee.. tamak kee.. tolong menolong kee.. semua boleh nampak lah

Yang paling jelas.. kalau kita nak cepat keluar dari rat race.. kita perlu kerjasama.. bantu membantu antara ahli kumpulan.. pasti.. tak sampai 1 jam.. mesti ada kawan kita yang keluar dari rat race

Lagi bagus.. lepas main game nii.. kita bentuk group kecil.. 1 kumpulan terdiri dari 5 ahli.. matlamat kumpulan nii supaya.. setiap ahli punyai pasif income lebih tinggi daripada perbelanjaan.. best kan

Apa kata kita syahadahkan game nii.. masukkan unsur-unsur Islam dan bumiputra.. supaya ianya sesuai dengan suasana negara kita

Oklah.. untuk sapa-sapa nak dapatkan game nii.. bole hello aku.. Hafizal 012 3193576.. harga seunit RM350.00.. Maybank 1625-2606-1909 .. aku sedia membantu.. pas bank in.. sila call aku..

Dah ramai yang order.. Sifu Pie2020, Sifu Faris, Sifu Matt, Treec001, Wakata..

Korang bila lagi..?

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012 3193576

25 comments:

treec00l said...

tq bro hafizal sebab membantu :)

aku siap let go PS2 utk beli boardgame ni. huhuhuhu.

yg lain2 tunggu ape lg. beli jgn xbeli. huhuhuhu.

KEOWN said...

heheheheh..
memang berantu main games nie. dan jika siapa yang pandai implemant pada dunia sebenar lagie bagus.

meambantu dalam kehidupan seharian..

MET said...

adui..penat aku taip panjang2 10 baris..hu.skali..ish2..

em.ape yg dapat dipelajari masa main ni ye..jom brainstom.

betul la keown kate.sepatutnya la main ni disamping seronok2 kne juga relatekan dengan real life.muhasabah diri.kekadg dalam tu ye2 je kate tak nak beli doodad.rugi.tp dalam real life kita buat perangai lame.hee.cume bentuk barang tu lain la..

masa nak wat list.tulis tu.belek2 expenses tu.betul tak kita buat benda yg sama..hee.insaf2.so cmne dan ape yg nak dibuat..

MET said...

den mula dulu..

yang dapat dipelajari mengikut pemahaman dan tindak balas diri dan rakan2..

1. so far masa main aku tak penah pun beli saham.mungkin takde yg best kot.he.dan tak semua pelaburan aku rembat.main yg benar2 paham dan bukan hoping juge..semestinya target cashflow..
2. investment tu penting.(dalam ni mesti sume tak sabar2 nak invest kuar dari rat race).untuk itu saving juga penting.dan lagi standby juga cash/backup emergency fund juga penting.baru go for invest.atleast (dalam game)ade cash=total expenses.ade geng hampir bankrup kne downsizg..investment pun tak dapat seperti yg diharapkan.takla pening kepala sgt kang.huu

Grizzly snowy panda bear said...

aku tertarik dgn ..kalu boleh jadikan financial kita ni to islamic and bumiputra..bila la nak tercapai yee..maybe kita kena buat target individual + group target, baru leh gerak and share info..

MET said...

oh arini sgt lapang. kawan sambung lagi.(mengikut pemahaman)..

3. bagus juga ye active income besar2 ni.walaupun expenses besar.kalau well manage lagi cepat kuar rat race.ade advantage.kira batu loncatan la.yg kecik2 macam kawan ni kne banyak bersabar kumpul modal..
4. em.main ni pun ade ikut nasib gak.kui2.ade geng yg flow dia senang je.dapat good deal dan tak kne doodad.terus keluar..ade yg kne down sizing je.hu.begitu juga realiti hidup.ade yg bernasib baik juga.yg penting sebagai muslim islam kne la menjalankan segala kewajipan bersabar dan banyak berdoa moga2 dimudahkan segala urusan..insyaallah at the end bahagia jua..
5. property and bisness is good investment..
6. tak semua rumah bagus dari segi ROI dan permintaan pasaran.tp still perlu juga pelbagai untuk minimumkan risk..
7. perlu jual beli/refinance untuk dapatkan cash banyak dan invest lagi.kne sabar untuk jual pada market yg best.tak perlu asal ade market je nak jual walaupun margin untung tak besar dan tak perlu juga jual semua.ROI kecik letgo je..tak ada sentimantel value..semestinya cashflow yg utama.
8. tgok juga pada bad dept/expanses.kekdg dok sibuk invest semua nak tapi ROI dia tak tggi pun. better settlekan hutang yg ade.kurg expenses bermakna juga cashflow bertambah..
9. invest dan invest lagi.jgn pegang cash money banyak sgt.tukar kepada asset.tambah cash flow.kalau dalam fast track game tu masak.huu.dan terkeluar daripada rat race..
10. lagi..dll.hee.

kne main banyak kali then dapat situasi yg berbeza.dapat belajar benda baru.tgok juga member2 punya plan dan flow..lepas main buat brainstormg supaya tak abis kat situ je sambil bertukar2 fikiran..apply dalam kehidupan sedikit sebanyak.check expanses then pikir cmne nak cover or kurangkan..

sharing is caring..

Anonymous said...

@treec001.. tak de hal lah.. malam nii aku hantar cf101 kat umah

@keown.. betul tuu.. kena apply dalam kehidupan.. baru boleh jadi muslim merdeka

@met.. bagus-bagus..ni tahap sifu nii.. hah haha

@wakata.. syok kan main game nii.. pasni.. akan lahir lebih ramai lagi orang kaya islam.. tahniah..

Anonymous said...

Hafizal..
kama kemounan nak beli...tak cukup pitis..
baru dapat gaji 2 hari lepas..
malam ni, kawan bank in noo...

Anonymous said...

kama kemounan = lama kempunan

MET said...

ish tuan tanah ni.sapo la den ni.wat malu je kat yang lain.hu..

just pandangan pihak sebelah je.yg lain pun ade pandangan masing2..yg lagi bagus..

Anonymous said...

diver.. dah bank in.. sms aku ekk

met.. heh hehe.. panjang lebar tuu

seri said...

Assalamualaikum... saya dah lama baca blog ni tapi tak pernah join this blog. Tapi hari ni my bro ajak i main Cashflow 101 so i cari info bout this game.. Tq for info..

seri said...

apa yang menarik perhatian i n buatkan i lagi nak join blog ni coz i nak tanya juruukur pasal pertukaran nama tanah dari orang cina ke nama org melayu akan memakan masa...ermm betul ke?

seri said...

sorry la kalu i tiba2 menerjah dengan pertanyaan i ni... I d beritahu oleh lawyer cina i dr company yg bernama L.. O.. n K...... bahawa pertukaran nama cina kpd org melayu akan ambil masa oleh pejabat tanah. I rasa x puas hati bila dia bg reason mcm tu untuk cover ketidakcekapan dia buat keje. APa pendapat juruukur?

Anonymous said...

cik siti.. kita boleh buat pindah milik tanah dari nama kita kepada nama pembeli (cina). Dengan syarat tanah tuu mesti freehold.

Sebaliknya tanah rezab melayu langsung tak boleh buat pindah milik kepada cina.

saya rasa.. tanah cik siti nii.. mesti freehold tapi ada sekatan kepentingan. Cuba rujuk geran.

kat geran tuu ada bagi tau.. "tanah ini tidak boleh dijual, dipajak, digadai tanpa kebenaran pihak kuasa negeri.."

bagi kes macam nii.. kalau nak buat pindah milik kena dapat kebenaran dari pejabat tanah. proses nii selalu lewat dan ambik masa. pengalaman saya.. pejabat tanah selalunya akan tolak permohonan kita. Tak benarkan proses pindah milik tu dibuat

tapi apa yang boleh kita buat.. dapatkan surat pengesahan penghantaran semua dokumen yang berkaitan dari lawyer cik siti.. pastu cik siti sendiri follow up ngan pejabat tanah. cik siti sendiri buat rayuan mulut dengan pegawai terbabit

bagusnya follow up 2 minggu sekali.. merayu sampai lulus.

dah dapat kelulusan nii.. baru boleh buat pindah milik

kalau betullah kes cik ct macam nii.. kes macam nii selalu saya jumpa.. bukan salah lawyer.. tapi kelewatan kat pejabat tanah. rajin-rajin follow up pejabat tanah

treec00l said...

tq byk2 bro hafizal sebab susah2 dtg bdr country homes, Rawang dari Puchong utk hantar boardgame tu :)

nnt den promote sket kat blog den :)

Anonymous said...

Fahim.. bila nak main CF101 ni.. hehehe

Anonymous said...

@treec001.. apa lah sangat.. bukan jauh pun.. sambil hantar cf101 tu.. sambil tuu bawak anak-anak jalan. Boleh gak dia kenal uncle fahim.. hah haha

syok kan main game tuu.. banyak benda boleh belajar.. lagi banyak kali main.. lagi panas kepala.. hah haha

@wida.. kasi ambik 1 lah cf101.. boleh ko main ngan family.. tak mahal pun.. sambil main.. sambil belajar.. boleh faham pasal pasif income.. cuma RM350 jee.. apa lah sangat jumlah tuu.. berbanding ilmu yang kita dapat..

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR

Anonymous said...

Wida,
boleh gak bile2 ade mase yg sesuai :) sebab lagi ramai lagi menghampiri real life (limited opportunity). ko mlm ni g TT kat RJ ke?

Bro Hafizal dan otai2,

ada soalan sikit tentang gameplay boardgame ni :

a. rumah/condo boleh dipajak ke bank ke? Kalo boleh, berapa yang kita dapat? macamana bayaran bulanan (expenses) pulak?

b. untuk kad opportunity yang boleh dijual kepada orang lain, mcmane cara nak jual die? highest bidder win atau cara lain?

Anonymous said...

typing error

Wida,
boleh gak bile2 ade mase yg sesuai :) sebab lagi ramai pemain lagi menghampiri real life (limited opportunity). ko mlm ni g TT kat RJ ke?

Anonymous said...

@treec001.. waa.. ni dah start kreatif financial nii.. hahaha.

aku setuju ngan ko.. dalam game tuu, tak de bagi tau.. rumah/kondo boleh refinance, OD atau morgage kan.. cuma boleh jual jee.. tapi situasi kat malaysia lain kan..

kita syahadahkan game nii.. masukkan elemen malaysia

macam mana nak buat?

1. semua pemain setuju boleh refinance,od, cagar hartanah
2. dapatkan info interest rate dari bank.. macam cimb, mbb
3. gunakan interest rate tuu.. sebagai panduan kiraan bayaran bulanan
4. masa dapat card, big deal, small deal, rekod sekali info nilai hartanah tu. nilai terendah-paling tinggi
5. berpandukan nilaian nii.. pihak bank boleh buat keputusan,
6. kalau nak refinance.. berapa bank boleh bagi
7. nak dapat full info pasal od, refinance, cagar nii.. boleh rujuk kat bank @ sahabat kita yang kerja bank..
8. lepas refinance, cagar, berapa instalment bank.. antara korang yang buat keputusan
9.kalau OD pulak.. berapa interest.. korang buat keputusan

10. masukkan sekali od asb.. lagi best.. lagi cepat nak dapat pasif income

Anonymous said...

tak paham.. tak paham

Anonymous said...

aku pun tak paham gak.. hah hahah ha

Anonymous said...

dlm kad opportunity, ada tertulis nilai mortgage utk real estate property. tu yg saya tanye tu :)

sebab kalo main monopoli, leh gadai mane2 geran utk dapat duit, tp xleh kutip sewe (same mcm konsep OD kan? - except psl kutip sewe). bile dah ade duit, boleh redeem geran tu(pon same mcm OD), kan?

so, mungkin boleh ejas utk terapkan konsep. ape2 pon, kene pahamkan yg basic dulu :D

lg satu, walaupun dlm expenses kite tu ade serve monthly loan payment, tp loan principal xberganjak. mcm xreal dan xbest sebab duit tetap kene tolak. huhuhu.


next, dlm buku manual ade tulis, kad opportunity boleh dijual kepada pemain lain. tp saya pon xbrape faham cara nak jual die; highest bidder win atau cara lain. sape tau? tq in advance :D

Unknown said...

saya nak jual tanah pertanian (padi) di Kangar... atas geran tue ada nama orang lain jugak... boleh jual kan? tapi bagaimana caranya ya? apa langkah2/prosedur yang perlu saya lakukan untuk jual tanah nie???? terima kasih...

  © Blogger template 'Fly Away' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP