Monday, December 15, 2008

MACAM MANA NAK BUAT KALAU GERAN TANAH HILANG?

Jom kita bincang-bincang pasal geran tanah hilang. Sebenarnya ada banyak sebab kenapa geran tanah hilang. Yang biasanya tersalah letak lah.

Ni antara kes-kes yang pernah aku jumpa

1. Selalunya letak kat dalam fail nii, tapi bila aku carik, tak jumpa..
2. Pastu ada kes, dulu geran tanah nii ayah aku simpan. Tapi lepas ayah meninggal. Bila kami carik tak jumpa
3. Kami beli tanah nii kongsi-kongsi. Ketua kami yang simpan. Tapi bila aku nak pakai geran tuu.. Dia kata geran tuu hilang dalam simpanan lah
4. Aku bagi geran tuu kat Ah Long.. nak pinjam duit.. sekarang nii boleh tak aku dapat geran baru kat pejabat tanah. Bagi tau lah, aku hilang dalam simpanan
5. Geran tanah nii lawyer pegang.. tapi dia hilang kan pulak..

Bagi sapa-sapa yang hilang geran tanah. Apa yang perlu kita buat?

Dapatkan balik resit cukai tanah. Sebab dalam resit tu ada maklumat no lot, nombor geran, mukim, daerah, nama pemilik, alamat terkini. Selain tuu, kalau ada resit cukai tanah nii.. mudahkan proses nak buat carian resmi nanti. Kalau tak dee gak.. Korang boleh pergi pejabat tanah kat mana tanah tuu berada. Kita boleh dapatkan kat sana. Resit cukai tanah. Sambil tuu.. korang boleh tanya.. ngan pegawai pejabat tanah pasal macam mana proses nak buat geran baru

Pastu.. kita buat carian resmi.. carian resmi nii menerangkan perihal tanah tuu lebih lengkap. Kalau kat Selangor cuma kena bayar RM50.00 je.. tak mahal pun. Bila semua tuu dah ada

Buat pulak laporan polis.. bagi tau lah macam mana kehilangan tuu boleh berlaku.. masukkan jugak maklumat tanah kita, no lot, no geran, mukim, daerah. Tak salah aku kena bayar RM2.00

Pastu datang balik pejabat tanah kat bahagian pendaftaran hakmilik. Mintak lah kat dia orang borang geran hilang. Isi baik-baik. Sertakan semua dokumen yang mereka perlukan.. antaranya salinan laporan polis, salinan cukai tanah terkini, salinan geran (jika ada), carian resmi, surat mati (jika perlu) dan lain-lain lagi lah.. Bergantung apa lagi yang dia orang nak. Jangan lupa.. kena bayar gak sikit kat pejabat tanah.. tak salah aku RM100. Pastu nanti pejabat tanah bagi nombor fail rujukan..

Bagus setiap 2 minggu korang follow up ngan pejabat tanah. Bukan apa.. tanya status permohonna korang jee. Mana lah tau mereka tak proses permohonan tuu. Korang boleh call jee pejabat tanah. Tapi lagi bagus korang datang sendiri

Insyallah.. dalam tempoh 3 bulan, korang boleh dapat geran baru.. senang je kan.. tak lah pening sangat.. aku cerita nii bagi kes yang geran korang hilang dalam simpanan

Bagi kes geran arwah ayah hilang, geran hilang dalam simpanan ketua, geran bagi ah long… geran hilang dalam simpanan lawyer.. kita kena buat proses yang sama gak.. cuma nanti ada maklumat tambahan yang kena kita sertakan pada pejabat tanah

Apa-apa pun.. nak lebih senang.. sebelum korang bertindak.. bagus korang rujuk dulu kat pejabat tanah kat mana tanah korang tuu berada..

Jangan malu.. jangan segan.. jom lah kongsikan masalah tanah korang kat sini…

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR

36 comments:

Anonymous said...

Info yang baik untuk semua ..
Tahniah Fizal..

Anonymous said...

Tima kasih tuan.. hh eheh..

Anonymous said...

Salam juruukur,

Dah dekat setahun blog nih tak bereply .... meh saye kasik soalan cepumas skit.

Macam nih, keluarga saya ade due bidang tanah bersebelahan. Dari zaman akhir 18an lagi satu dari tanah nih dibina masjid ... dan lagi satu buat rumah.

Pendekkan cerite ... dlm akhir 19an .. waris tuan punye tanah check name tanah ... tup tup ... tetibe tanah yang ade rumah tuh telah ditukar pade name majlis agama islam ... tapi tanah yang ade masjid masih name tuan punye tanah. entah macam mane bley jadik ... sape pun tak tau

Nak rumitkan keadaan, geran tanah dah lame hilang, tapi cukai tanah mmg dok bayar tiap2 tahun.
Rumitkan keadaan lagi ... surat mati tuan tanah pun hilang ... or mungkin tak penah ade pun.

Bolehtak bagi cadangan ... macam mane kite nak akhirnya tanah yang dah ditukar name kepada majlis agama tuh .. tuko kembali pade name tuan tanah atau warisnye

juruukur said...

saudara.. aku rasa.. bagus ko bawak salinan resit cukai tanah tu.. dapatkan no fail pej tanah.. pastu buat semakan.. status yang terbaru

Anonymous said...

salam juruukur,

timaseh sebab reply. sebenornye mmg dah buat pun semakan rasmi kat pejabat tanah. tuh yang tahu name tanah tuh dah bertuko ke name majlis agama islam.

kalau ikut pengalaman juruukur, rasenye pejabat tanah patut tak ade rekod bile tanah bertuko name ... dan kenape bertuko name. boleh tak kite query pejabat tanah pasai tuko name nih?

Anonymous said...

salam sejahtera,

Macam mana kalo geran tu dimilik oleh sepuluh orang termasuk saya, saya mahu jualkannya tapi geran tu disimpan oleh salah seorang daripadanya dan dia cakap dah hilang dah. Kalo saya pergi pejabat tanah dan cakap geran tu hilang, mahu buat satu baru, adakah mesti mendapat persetujuan sembilan orang tu?

Nee

Vianney said...

Salam sejahtera...
Adakah proses melaporkan kehilangan tanah ini sama pada setiap negeri di Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak?
Terima kasih.

Anonymous said...

Assalam,

Aku heran kenapa kena ada prosedur sedemikian rupa sedangkan pejabat tanah jugalah yang mengeluarkan geran atas nama pemilik geran tersebut?

Bukankah sekarang sistem komputer yg canggih dengan mudahnya depa semak sapa pemilik tanah/rumah berkenaan.

Jika yang hilang sekalipun, kenapa susah sangat nak buat balik sedangkan dalam sistem (rekod) dan ada ..dah mudah..kenapa kes ni macam kes zaman antik lagi yang serba-serbi pakai tulis tangan atau filing pakai hard copy????

Tak paham....

John De Souza said...

kalau lawyer x ndak bg balik camna?kalau buyer baru ndak juga geran tanah ori camna?

fadz cipex said...

Assalamualaikum,
mcne erk nk selesaikan masalah gran tnah yg hlang..Tnah ni tnah trun temurun nenek sy,jdi zaman dlu nenek xde duit so dia jual kt spupu lpas mak sy besar dia tbus balik tanah tu tp sblum mak meningal dia x sempat tukarkn nama tanah tu dekat kami adik beradik, bila kami tya dkat spupu mak mne grannya,dia ckap gran tu dh lma so xtau dh hilang..tanah tu tanah sawah so ayah tambak tanah dan dirikan rmah,surat untuk cukai tanah xde pon..sekarang nie kt org xtau nk buat mcne sb tnah tu kt org xtau atas nama sape..boleh x klu sy bawak salah sorg adik beradik mak sy ke pejabat tanah untuk jelaskan perkarani..
Sy buntu xtau na buat mcne,rmah dh usang xde sape berani dduk,jdi klu ada gran kami nk dirikan rmah baru untk berkumpul adik beradik bila raya...

mysas said...

assalamualaikum..
mcam mana cara nk selesaikan masalah saya ni... saya ada tanah tapi tanah tu dulu arwah mak suami saya da bagi tumpang kat kakak dia untuk dia buat rumah kat tanah tu.. masa tu kakak dia susah takde tempat tinggal..bila da bertahun2 lamanya sehingga ke anak cucu dia sudah besar dan kaya.. mereka tetap tak mau pindah dari tanah kami..
malah mereka buat kami musuh.. apa patut saya buat supaya dapat mengusir meraka dari tanah kami..

langit7 said...

mysas...masalah awak insyaallah boleh dibantu..sblom tu tanah arwah dimana?? cara utk selesaikan masalah tanah pn mysas ialah dapatkan borang A ( borang pesaka kecil ) bole didapati di JABATAN KETUA PENGARAH TANAH & GALIAN ( PERSEKUTUAN ).. di borang itu ada checklist yg perlu ada semasa itu memasukkan permohanan..

Anonymous said...

Dear Juruukur,
salam sejahtera. ingin saya tanya berkaitan dengan geran rumah yang dimiliki oleh arwah nenek, namum pindahan nama belum lagi dibuat, apa yang boleh atau perlu saya lakukan untuk mendapat geren tanah saya.
* sijil mat arwah nenek dah tak de dah.

terima kasih.

Unknown said...

boleh tanya bagaimana,,selamat pagi semua,,,,bagaimana kes geran tanah pusaka kami hilang..sebelum ini kakak sulung pegang dan dia meninggal dan bapa meninggal dan suami kakak menuntut geran tersebut,,,dan dia kata kan geran tersebut dah hilang sebenar nya dia pegang,,,dah buat laporang polis dan ke mahkhamah,,,tp kini dia buat unsur ugutan.. boleh tolong nasihat,,,sbb hak milik tanah masih aruwah nama bapa kami,,,kami sebagai anak masih ada hak utk tuntut...betuk,,

Unknown said...

Klau geran dah hilang atau org rampas, org simpan, org gadai ..waima apa pun... tindakannya adalah seperti diatas... anda akan dpt geran baru walaupun sebenarnya geran asal ada bawah bantal kita.... kalau x faham2 juga..pi balai polis buat report kata geran hilang..bila dah dpt salinan report polis ..terus bawa balik dan rebus sehari semalam..pastu minum setiap hari bila dahaga....

Unknown said...

Klau geran dah hilang atau org rampas, org simpan, org gadai ..waima apa pun... tindakannya adalah seperti diatas... anda akan dpt geran baru walaupun sebenarnya geran asal ada bawah bantal kita.... kalau x faham2 juga..pi balai polis buat report kata geran hilang..bila dah dpt salinan report polis ..terus bawa balik dan rebus sehari semalam..pastu minum setiap hari bila dahaga....

Unknown said...

Klau geran dah hilang atau org rampas, org simpan, org gadai ..waima apa pun... tindakannya adalah seperti diatas... anda akan dpt geran baru walaupun sebenarnya geran asal ada bawah bantal kita.... kalau x faham2 juga..pi balai polis buat report kata geran hilang..bila dah dpt salinan report polis ..terus bawa balik dan rebus sehari semalam..pastu minum setiap hari bila dahaga....

Anonymous said...

Salam... Rumah saya duduk sekarang rumah mak saya. Dan saya sudah pergi dapatkan salinan geran yang baru. Masalah saya sekarang,geran tersebut geran untuk satu kampung dan ada 6 penama hak milik. Saya nak minta bantuan rumah untuk mak saya... Bagaimana cara untuk saya nak dapatkan geran untuk tanah yang mak saya duduki sekarang?

Unknown said...

salam..ape prosedur utk geran tanah(kongsi geram) hilang dr simapanan. semua penama kene buat report polis ke? and kos denda bgmn?

Unknown said...

terima kasih...info ini membantu

Unknown said...

terima kasih...info ini membantu

Unknown said...

Salam . Saya ada pertanyaan dan Sesiapa di sini d alu alukan untuk menjawab soalan sy . Begini , arwah bapa sy ada perjanjian bertulis bilamana apabila geran tanah di keluar kan , nama bapa sy akan di masuk kan ke dalam geran tersebut melalui perjanjian yg telah di buat oleh pemilik tanah . Tetapi masalah nya pemilik dan arwah bapa sy suda meninggal . Apa bila sy ke pejabat jabatan ukur dan tanah untuk bertnyakan status geran tersebut mereka mendapati geran tanah telah hilang . Bagaimana sy boleh menuntut hak arwah bapa sy ke atas geran tersebut sedangkan nama bapa sy belum di masukkan ke dalam geran . Bolehkah Jika sy membuat prosedur di atas untuk mendapatkan geran yang baru ? Sedangkan sy hanya mempunyai perjanjian bertulis shja dan bukan nya pemilik atau waris ke atas geran tersebut ?

Liyana said...

isu tanah ni tak boleh buat main kan...silap2 adik beradik boleh bergaduh, hmmm

Unknown said...

Masalah saya gran dah puluh tahun tak ade berita dr simpanan lawyer bila ayah say nak jual rumah kepada saya kata dia gran kat lawyer bila pg jumpa lawyer gran dah hilang dia kata akan tangung sekarang ni proses ganti dr dia dah masuk 7 8 bulan masih menunggu lg memang lama ke , bila call dia kata title belum keluar lg ape perlu saya lakukan

Unknown said...

Masalah saya gran dah puluh tahun tak ade berita dr simpanan lawyer bila ayah say nak jual rumah kepada saya kata dia gran kat lawyer bila pg jumpa lawyer gran dah hilang dia kata akan tangung sekarang ni proses ganti dr dia dah masuk 7 8 bulan masih menunggu lg memang lama ke , bila call dia kata title belum keluar lg ape perlu saya lakukan

nizam said...

Salam Nenek sy nak bagi tanah pada sy tetapi geran tanah Ada pada makcik sy..Skrng n Nenek sy tak nak bagi tahu pada makcik sebab Nenek ckp makcik sy tak tunai janji semasa pegang German tanah soalan sy bagaimana Cara nak dpt Geran tanah Dr pejabat tanah APA yg perlu sy buat

Unknown said...

Buat carian persendirian do pjt tanah

Anonymous said...

Salam.saya cuma ada satu soalan...kenapa nama pemilik dlm geran tanah tiada alamat dan no.kp.?hasil carian persendirian pon tak boleh dpt butiran si pemilik..pejabat tanah tak tahu.pejabat tanah tk boleh selesaikn masalah tanah..ada sesiapa yg arif boleh bantu saya..

Anonymous said...

Benda yg sama dlm fikiran sy.4 bln sangkut di JUPEM dgn alasan peta ada d Kulim Kedah.Kena tunggu tak tau berapa lama baru nak hantar ke Alor Setar..sekarang dh nk masuk 11bln geran rumah yg baru masih tak dapat.Rumah taman ja bukan kampung.Tak ada masalah waris meninggal.Waris masih hidup.Folow up tiap2 2 minggu,tu pun tak selesai gak.Org no 1 dlm jabatan ni tak rasa bersalah ka?..tak mau buat perubahan lg ka?..nak pakai SOP zaman tv hitam putih lg ka?...mcm ni lah,kalau tuan2 pengarah tak tau mcm mana nk ubah bagi sistem cepat & cekap cer cerita pasal SOP kt kami.Nanti kami pakat ramai2 bg buah fikiran tolong check,trace & improve bhgn mana yg buang masa.Free of charge..kami tolong tuan2 pengarah.

Unknown said...

Betul tu buat la perubahan.
Prosedure yg ada skrg agk menyusahkn

Unknown said...

Kalo ada sistem carian online lg Mudah rasanya.

Unknown said...

cer gtaw..mcm mne nk mmprcptkn prosedur.

Unknown said...

pemilik dekat dlm geran siapa..

Unknown said...

Jgn harap org lain..buat je sendiri. Kena berdikari dari mengharapkan mereka. Mereka tipu kita tak tahu.

Unknown said...

Pejabat tanah ni pakai sistem kuno. Orang skrg semua dah pakai teknologi canggih dia masih semua kena tulis borang.

Property Malaysia said...

terima kasih atas artikel di sini yang sangat bermanfaat kepada pembaca

  © Blogger template 'Fly Away' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP