Hari nii jom kita bincang pasal aleh tanda sempadan tanah. Sebenarnya ni lah salah satu kerja juruukur. Semak tanda sempadan samada berada betul pada kedudukan sepatutnya atau pun teranjak
Kejadian aleh tanda sempadan nii banyak terjadi pada kawasan kampung. Tapi ada kes gak berlaku kat kawasan lot bungalow. Banyak sebab atau punca boleh berlakunya tanda sempadan teranjak.
Antaranya masa construction buat longkak, buat pagar. Kontraktor selalunya, akan buat binaan ikut betul-betul atas sempadan. Jadi mau tak mau tanda sempadan tadi mesti dialeh sementara oleh kontraktor dan ditandakan semula atas tanah. Sepatutnya perkara macam nii tak boleh berlaku. Kalau korang nak buat pagar.. longkang ke.. buatlah setengah kaki ke dalam kawasan tanah korang
Selain tuu.. orang-orang dulu selalu tanam pokok durian kat bucu-bucu sempadan tanah. Kononnya mudah nak ingat tanda sempadan. Kalau anak cucu tanya.. tanah atok area mana? Boleh lah bagi tau dari pokok nii.. sampai pokok durian sana. Aku setuju cara nii. Tapi kalau boleh, jangan tanam pokok yang besar-besar. Sebab takut nanti ada pergerakan tanah. Jadi tanda sempadan akan teranjak gak
Ada jugak sebab hakisan tanah. Yelah tanda sempadan kita betul-betul kat tepi tebing sungai. Kalau tak jaga betul-betul, mau tebing tu roboh. Tanda sempadan gak turut roboh. Nak jimat.. kita pun ambik tanda sempadan tadi.. pastu main pacak sendiri.
Sekarang nii.. pertanian itu adalah perniagaan. Bila PM suruh jadi usahawan tani.. Sapa yang ada tanah.. cepat-cepat terangkan tanah pakai scorpion (jentolak). Entah macam mana kontraktor tuu sodok. Tanda sempadan tanah kita pun dia orang sodok gak sekali. Bila dah tercabut.. kita pun ambik cangkul.. tanam sendiri... betul tak?
Ada kes.. jiran sebelah aleh tanda sempadan kita. Kononnya biar kawasan tanah dia besar. Jadi boleh lah dia usahakan.Jangan buat macam nii geng. heh hee. Tapi dia orang tu tak tau.. Sebenarnya semua maklumat sempadan tanah kita tuu ada kat Jabatan Ukur.
Macam mana kalau kita hadapi masalah macam nii?
Kalau kita ada bukti yang jiran kita alehkan tanda sempadan. Jadi kita boleh hantar surat pada Pejabat Tanah kat mana tanah kita berada. Maklumkan pada pejabat tanah yang jiran kita alehkan tanda sempadan. Nanti pegawai penempatan akan datang site buat lawatan. Pastu pejabat tanah akan cadangkan supaya lantik juruukur tanah berlesen untuk ukur semula sempadan. Semua kos ukur akan ditanggung oleh jiran tadi
Bagi kes yang lain lain tuu. Korang boleh lantik jurukur jee. Nanti juruukur datang site, tandakan semula sempadan yang hilang. Tak lah mahal mana pun
INGAT TANAH, INGAT JURUKUR
INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR
Linkbar
Tuesday, December 2, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Friend Link
Auctioneers
Shout Box
Top Commenter
Recent Comments
Archives
-
▼
2008
(65)
-
▼
December
(20)
- NASIHAT DAUD
- JOM MAIN GAME CASHFLOW101
- MACAM MANA NAK KEMBANGKAN POTENSI DIRI KITA?
- TT BERSAMA PIE2020.COM
- TIRU MACAM JEPUN..
- NASIHAT ABANG HAMID..
- CERITA DATO RAZALI…
- TANAH PUSAKA OH TANAH PUSAKA
- MACAM MANA NAK MOHON PECAH SEMPADAN TANAH PERTANIAN?
- MACAM MANA NAK BUAT KALAU AKU DAH BELI LOT BUNGALO...
- MACAM MANA NAK SAMBUNG TEMPOH PAJAKAN TANAH?
- MACAM MANA NAK BUAT KALAU GERAN TANAH HILANG?
- SEMUA ORANG BOLEH JADI KAYA KE?
- IDEA GILA JADI KAYA
- ADAKAH KITA KAYA? KALAU ...
- KAT MANA BOLEH BELI GAME CASHFLOW 101?
- SALAM AIDILADHA
- JOM KONGSI-KONGSI BELI TANAH PERTANIAN
- JANGAN BELI LOT BUNGALOW KALAU...
- ALEH TANDA SEMPADAN TANAH
-
▼
December
(20)
Statistic
Blog List
-
-
Fokus menyimpan dulu bro - FOKUS MENABUNG DULU, BUKAN MELABUR Mereka yang sibuk tengok harga emas menaik atau menurun tu, itu dipanggil “pelabur” (gold investor), bukan “penyimpan” (...1 year ago
-
Perak Larang Kempen BMF Di Kawasan Masjid - @ Kerajaan Negeri Perak melarang sebarang penganjuran kempen Beli Barangan Buatan Muslim Dahulu (BMF) di dalam kawasan masjid selepas perkara itu dimukt...5 years ago
-
Belanjawan 2019 – Rumusan - Berikut adalah rumusan Belanjawan 2019, nama baru bagi Bajet 2019. Kan sebelum ini dikenali sebagai bajet, namun kerajaan Pakatan Harapan telah menukar p...6 years ago
-
[Business] Panduan Menyediakan Perancangan Perniagaan - Gagal merancang adalah merancang untuk gagal. Dengan itu, di sini saya sertakan artikel dalam bahasa inggeris berkenaan panduan menyediakan perancangan per...6 years ago
-
Kenapa Ramai Orang Minat Berniaga, Tapi Susah Nak Berjaya? - Ramai orang minat berniaga bila tengok kejayaan peniaga yang hidup mewah dan bergaya. Mereka fikir dengan berniaga, boleh dapat duit banyak. Tak kan nak ...7 years ago
-
Jom! Kenali HUDUD - Ketika faktor-faktor membina keimanan dipinggirkan, hati akan dicengkam unsur materialistik, manakala akal pula akan terbelenggu oleh unsur rasionalisme. ...8 years ago
-
Salam Lebaran 2016 - Assalamu'alaikum buat semua followers kami. Hari ni hari terakhir syawal 2016, harap masih belom terlambat untuk kami mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilf...8 years ago
-
KL Selangor Auction Listing : 30 November 2015 - 3 December 2015 - Kuala Lumpur 30 November 2015 Reserve Price: RM 75k Auction Date: 30 November 2015 A fee of flat rate of 1% will be charge to the client if win (Minimum RM...8 years ago
-
3 Years Plus.. - Long time no update. Dari anak ke dua baru nak dilahirkan, hingga skrg 3 tahun ++, baru nak nampak light at the end of the tunnel. Komen: menyelesaikan ...11 years ago
-
Seven Great Sentences - Shakespeare.... "Never Play With The Feelings Of Others Because You May Win The Game But The Risk Is That You Will Surely Lose The Person For A Life Time". N...12 years ago
-
Laluan MRT - Dah lama aku tak update blog nie. At lot of thing to do. Aku baru shj dalam proses pembelian rumah. dekat dengan kajang Utama. kemudian insyaallah, klu tak...13 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
(Consultant in Land and Housing Development, Estate Management, Planning, Survey Services and GIS)
USAHA GEOMATICS SDN BHD
NO 39A JALAN SS19/6
47500 SUBANG JAYA, SELANGOR
HAFIZAL HP : 012 3193576
TEL : 03 5631 1939 FAX : 03 5631 1930
EMAIL : usaha2u@gmail.com and
usaha_ugsb@yahoo.com
13 comments:
untuk makluman juruukur,pegawai penempatan dah tukar nama jawatan kepada Penolong Pegawai Tanah.
Ok.. tima kasih banyak-banyak. penolong pegawai tanah ekk..
juruukur..berap kos tanda sempadan tu..cam mane nak kira?
Tq
-asrimiat-
bagi kes ko.. macam mana yang kita bincangkan masa TT tu.. bagus ko faxkan salinan geran kat aku.. biar aku semak kat jabatan ukur dulu..
pastu aku bagi quotation kat ko
Ko janganlah bimbang.. tak mahal pun
tapi yang penting ko and family tahu sempadan masing-masing. Bole lah usaha dulu sebelum tukar syarat tanah.
Fizal,...
kalau nak ukur tanah di Utara, boleh?
atau mahal...
atau nko boleh rekomen member nko kat sana..
member kawan yang koja kat pejbat ukur ramai yang dah buat biz sendirik..
Diver.. ukur kat utara tuu. untuk buat apa? nak carik tanda sempadan ke? nak pecah geran? atau nak convert tanah?
Tanak gred A tak yah convert kut..
nak carik tanda sempadan dan nak pecah geran..
kes mcm nie jadi kat aku...masa aku beli satu tanah kat kedah...cari batu sempadan dah tak jumpa...
zerocredit.. kalo tanda sempadan hilang.. kena ukur balik.. pastu tanda semula kat site. Bukan apa.. nanti takut ko usaha masuk tanah orang lain.. tak pun.. orang lain usaha masuk tanah koo..
bro, lei turun perak tak, tanah mak aku kat kg tuh, sempadan dia x jelas la...
Abbas.. aku boleh turun.. no problem..
slm encik. saya nak tahu kalau pihak pemaju salah letak tanda sempadan macamne. terlebih kawasan rumah jiran sbyk 2inci. tp kat situ da ada tembok rumah saya. tp saya nak betulkan balik tanda sempadan tu dan removekan tembok tersebut dari tanah jiran saya.tp jiran saya tak bagi sebab dia nak guna tembok tu.tp xmo buat agreement yg tembok tu kami berdua berkongsi bersama-sama.mohon pendapat encik.
boleh bagi hint range price ker untuk 3 ekar..? sbb kalau kata tak mahal...RM2000 bg sesetengah orang kata mahal...kalau dato, mesti kata murah giler!!!
Post a Comment