Semalam, sepanjang malam dan seawal pagi.. aku khusyuk baca buku RICH KID SMART KID je.. Bukan apa.. semua tu info yang baik. Sampaikan wife aku, tengok aku semacam jee.. hehehe..
Aku nak imbas sikit pengalaman aku masa sekolah.. Dulu aku sekolah kat Kajang. Sekolah asrama. Rata rata semua kawan kawan aku anak anak orang kaya. Ada anak pengarah, ada anak reaktor UIA, ada anak pensyarah, ada anak ahli politik.. dan macam macam lagi lah.. kalau dibandingkan dengan diri aku.. aku rasa kecik sangat. Maklumlah budak kampung. Sebab lepas bapak aku meninggal, abang and mak aku yang besarkan aku..
Masa belajar pulak.. kawan kawan aku semua bijak bijak.. Dapat result baik. Semua masuk U yang bagus bagus. Pergi oversea, ambik jurusan yang boom bom.. Sekarang ni ramai dah jadi engineer, pensyarah, buat bisnes sendiri. Aku jee tersesat.. ambik jurusan ukur tanah kat UTM.. jurusan tak glamour, kerja masuk hutan, dok tepi jalan, comot comot, ukur sana, ukur sini.. heheh..
Macam mana pun aku syukur sangat.. sekarang ni aku and partner dah pun setup firm sendiri. Alhamduliilah projek pulak, tak henti henti. Macam macam klien aku jumpa.. dari orang kampung sampailah ke pak menteri.. heheh.. Aku dapat banyak pengalaman dari klien klien aku.. terutama Wak Sudir, Hj Samuri, Hj Ali, Saudara Saiful, En Rafi, .. Mereka ni ada step step, ada langkah, ada teknik untuk berjaya. Terlibat aktif dalam pelaburan hartanah. Dan pasif Income mereka lebih tinggi dari pendapatan. Hebat bukannn..
Yang aneh nya,, mereka ni tak ada degree pun.. tak belajar tinggi pun.. tapi mereka belajar carik duit.. teknik carik duit. Sebab tu bagi aku, sekalipun orang tu kureng zaman belajar dulu.. tak dapat result baik.. tapi kalau mereka belajar pasal financial.. pasal pasif income, mereka boleh berjaya.
Bagi aku, keputusan peperiksaan masa sekolah dulu, masa kat u dulu.. semua tu tak menjamin kita untuk jadi mewah.. sebab kita diasuh untuk menjawab soalan semata mata. Sapa dapat markah tinggi.. mereka tu lah bijak.. cikgu selalu puji.. kalu dapat markah rendah pulak.. mereka dikatakan gagall.. tak ada masa depan.. cikgu selalu marahh..
Jadi dah sampai masanya.. kita perlu berubah.. untuk asuh anak anak kita faham pasal financial, pasif income, investment, ajar mereka main monopoly, main cashflow101..
INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR
Linkbar
Thursday, October 9, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Friend Link
Auctioneers
Shout Box
Top Commenter
Recent Comments
Archives
-
▼
2008
(65)
-
▼
October
(13)
- FAHAM KONSEP... MACAM MANA NAK KAYA?
- NASIHAT RAKAN SEPERJUANGAN
- JOM.. MOHON TANAH KERAJAAN
- KERAJAAN CEROBOH TANAH KITA
- AUCTION TANAH KUALA PILAH
- ASUH ANAK KITA MENJADI HARTAWAN BERIMAN
- TUKAR SYARAT TANAH DARIPADA PERTANIAN KEPADA LOT B...
- PANDUAN BELI TANAH
- ENCIK RAFI SUKA BELI TANAH
- MACAM MANA NAK UKUR KEJAYAAN PENDIDIKAN ANAK KITA
- BUKU "RICH KID SMART KID"
- ABAH, TOLONG AJAR NAUFAL MACAM MANA TEKNIK NAK JAD...
- SELAMAT HARI RAYA
-
▼
October
(13)
Statistic
Blog List
-
-
Fokus menyimpan dulu bro - FOKUS MENABUNG DULU, BUKAN MELABUR Mereka yang sibuk tengok harga emas menaik atau menurun tu, itu dipanggil “pelabur” (gold investor), bukan “penyimpan” (...1 year ago
-
Perak Larang Kempen BMF Di Kawasan Masjid - @ Kerajaan Negeri Perak melarang sebarang penganjuran kempen Beli Barangan Buatan Muslim Dahulu (BMF) di dalam kawasan masjid selepas perkara itu dimukt...5 years ago
-
Belanjawan 2019 – Rumusan - Berikut adalah rumusan Belanjawan 2019, nama baru bagi Bajet 2019. Kan sebelum ini dikenali sebagai bajet, namun kerajaan Pakatan Harapan telah menukar p...6 years ago
-
[Business] Panduan Menyediakan Perancangan Perniagaan - Gagal merancang adalah merancang untuk gagal. Dengan itu, di sini saya sertakan artikel dalam bahasa inggeris berkenaan panduan menyediakan perancangan per...6 years ago
-
Kenapa Ramai Orang Minat Berniaga, Tapi Susah Nak Berjaya? - Ramai orang minat berniaga bila tengok kejayaan peniaga yang hidup mewah dan bergaya. Mereka fikir dengan berniaga, boleh dapat duit banyak. Tak kan nak ...7 years ago
-
Jom! Kenali HUDUD - Ketika faktor-faktor membina keimanan dipinggirkan, hati akan dicengkam unsur materialistik, manakala akal pula akan terbelenggu oleh unsur rasionalisme. ...8 years ago
-
Salam Lebaran 2016 - Assalamu'alaikum buat semua followers kami. Hari ni hari terakhir syawal 2016, harap masih belom terlambat untuk kami mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilf...8 years ago
-
KL Selangor Auction Listing : 30 November 2015 - 3 December 2015 - Kuala Lumpur 30 November 2015 Reserve Price: RM 75k Auction Date: 30 November 2015 A fee of flat rate of 1% will be charge to the client if win (Minimum RM...8 years ago
-
3 Years Plus.. - Long time no update. Dari anak ke dua baru nak dilahirkan, hingga skrg 3 tahun ++, baru nak nampak light at the end of the tunnel. Komen: menyelesaikan ...11 years ago
-
Seven Great Sentences - Shakespeare.... "Never Play With The Feelings Of Others Because You May Win The Game But The Risk Is That You Will Surely Lose The Person For A Life Time". N...12 years ago
-
Laluan MRT - Dah lama aku tak update blog nie. At lot of thing to do. Aku baru shj dalam proses pembelian rumah. dekat dengan kajang Utama. kemudian insyaallah, klu tak...13 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
(Consultant in Land and Housing Development, Estate Management, Planning, Survey Services and GIS)
USAHA GEOMATICS SDN BHD
NO 39A JALAN SS19/6
47500 SUBANG JAYA, SELANGOR
HAFIZAL HP : 012 3193576
TEL : 03 5631 1939 FAX : 03 5631 1930
EMAIL : usaha2u@gmail.com and
usaha_ugsb@yahoo.com
7 comments:
aku baru jumpa blog ni..itupun ikut link faris. bagusla ramai yg dah ada kesedaran financial. teruskan usaha hafizal@juruukur. nanti boleh ukur tanah aku pulak. heheh..tapi belum belilaaa..
tak pee.. nanti bila korang dah start invest kat tanah.. mesti aku boleh tolong ukur.. aku tunggu...
erm.. aku dah jupe blog juruukur ni dalam bln lepas.. topik yg lama2 tuh bgs jgk.ade sesuatu ilmu yg aku dapat,jarang jumpe kt blog2 lain.. bace la molek2....
tp dier stop sampai bln 6 jerk..ingat da tak mo sambung.. skrg da sambung balek.. bagus la tuh.. sesama la kite mendapat ilmu.. tenkiu juruukur sudi kongsi ilmu
salam jurukur. selalu aku tengok nama ko dlm blog pie je. baru sekarang aku jumpa blog ko. itu ler tengah sedap baca blog ko tup-tup takat bulan 6 jer. anyway best baca blog ko nie.
Tima kasih atas sokongan semua.. Insyallah lepas ni aku rajin menulis.. hehehe.. GOOD LUCK Bro
"ambik jurusan ukur tanah kat UTM.. jurusan tak glamour, kerja masuk hutan, dok tepi jalan, comot comot, ukur sana, ukur sini.. heheh.."
skrg utm dh tukar nama ukur tanah ke kejuruteraan geomatik...bila ada nama kejuruteraan mesti glamour...
heheh.. nama geomatik tuu, kalau dengar macam gempak jee.. tapi ukur sana ukur sini
Post a Comment