Thursday, October 30, 2008

FAHAM KONSEP... MACAM MANA NAK KAYA?

Aku teringat lebih kurang 4 tahun lepas.. bila Hj Samuri tanya aku,

Hj Samuri : Zal, ko dah kaya dah??
Juruukur : Lom lagi Hj
Hj Samuri : Apa kaya bagi ko Zal?
Juruukur : Bila saya ada 500K.. saya kayalah..

Lepas tuu.. masa pun berlalu.. Aku selalu lah jumpa budak budak dia jee.. Uruskan hartanah Hj Samuri. Maklomlah orang kaya.. banyak tanah nak kena urus.. Sampai lah tahun lepas, masa tu kat Bangi Kopitiam..Hj Samuri tanya soalan yang sama..

Hj Samuri : Apa kaya bagi ko Zal?
Juruukur : Bila saya ada 1juta saya kaya lah.. Hj " heheh..
Hj samuri : Nanti, bila ko ada 1 juta pun .. ko kata ko pun tak kaya..

Bila dengar Hj cakap macam tuu.. aku pun pening-pening kejap. Dalam maksud kata kata Hj nii.. Malam tuu.. aku masih lagi pikir.. sampai nak tido pun, aku masih lagi teringat ingat kata kata Hj. Lama gak aku carik jawapan.. Aku carik dalam internet, borak ngan kawan kawan.. Semua jawapan macam hampeh jee.. Macam apa yang fikir jee.. Sampai lah aku jumpa buku RICH DAD POOR DAD.. Masa tu aku beli kat MPH, bahasa Melayu lagi.. heheh.. Aku pun baca lah buku tuu..

Dengan tekun aku baca.. Apa yang cantiknya.. semua soalan Hj tadi, ada jawapan dalam buku nii..
Dalam buku nii lah juga baru aku dengar konsep pasif income.. habis jee baca buku nii.. aku pun tipon Hj

Juruukur : Hj, dulu Hj ada tanya sy, Zal, apa kaya bagi ko. Kaya tuu.. bila pasif income saya lebih banyak dari perbelanjaan.. saya kaya lah Hj..betul kee??
Hj samuri : Betul Zal.. tahniah Zal.. ko dah dapat jawapan dia..
Juruukur : Tima kasih Hj.. ingat kan saya

Lepas tuu.. aku pun carik lah info pasal pasif income.. kebetulan masa tuu ada kursus CASHFLOW 101 anjuran Pak Di. Sebab dalam buku RDPD tuu ada bagi tau.. kalu nak paham pasal pasif income kena main game CASHFLOW 101 nii.. Jadi aku pun datang lah.. Kursus tuu buat kat kedai CC Pie2020, kat bandar Baru Bangi..heheh.. masa tuu aku tak kenal Pie lagi.. dia tak glamour macam sekarang nii.. heheh

Masa main game nii..pada sesi pagi aku kalah.. sebab aku betul betul jadi diri aku. Tak pandai uruskan duit.. tak tau teknik dapatkan pasif income. Bila sesi petang lak.. aku masih kalah lagi.. geram betul lah dibuatnya.. hari tuu kebetulan PIPIT jadi fasilitator. Aku bincang ngan PIPIT, apa perlu aku buat untuk aku paham pasal pasif income nii.. konsep and teknik dia. PIPIT syorkan aku baca balik buku RDPD, pas tu paham kan.. pastu datang balik main kali ke dua. Aku ikut lah nasihat PIPIT tuu..

Alhamdulilah.. kali kedua aku main, aku berjaya keluar dari RAT RACE, baik sebelah pagi mau pun petang.. Best lah.. Sambil main tuu.. kita orang pun borakk.. borak.. salah seorang peserta tuu bagi tau.. kalau nak belajar pasal financial.. layari blog pie2020.com.. sebab mamat tu hebat dalam financial planning.. heheh

Aku pun apa lagi.. start lah carik info.. datang lah TT Pie kat RJ. Kenal kenal lah.. Dari situ lah baru aku belajar OD, Auction, Od Rumah, pasif income.. CPO, share. Kalu tak selama nii dunia aku ukur jee.. Ada cara mudah buat duit.. tapi aku tak nampak.. Sebab tuu.. aku panggil Pie tuu sifu..banyak financial vocab aku tau.. heheh

Renungan hari nii : Fikirkan.. Apa usaha yang aku boleh buat sekali, boleh dapat pasif income selamanya..

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR

NASIHAT RAKAN SEPERJUANGAN

Semalam, awal-awal pagi lagi aku gi jogging. Lama gak aku pusing-pusing. Ada 30 minit. Rasa dah lama sangat tak jogging. Takut nanti kalau tak ada excercise nii... mau kolestrol aku naik.. hehehhh

Lepas jogging, aku siap-siap gerak gi Majlis Perbandaran Kajang. Sebab aku nak hantar permohonan pengesahan pelan untuk 2 client aku nii.. saudara Ridwan dan Mr. Puan. Dia orang nii nak mohon tukar syarat tanah dan pecah sempadan dari pertanian kepada bangunan kediaman. Alaaa.. mohon untuk buat lot-lot bungalow tuu.. dari lot besar pecah pecah jadi lot kecik kecik.. supaya boleh dapat geran asing-asing.. dah dapat geran nanti boleh jual.. heheh.. kayo kayo

Siap jee urusan kat MPKj, aku gi pulak Pejabat Tanah Bangi.. Mohonkan geran En Hazir. Kes dia agak komplikated sikit.. dia beli tanah kat Beranang, luas tanah tuu 2 ekar. Beli cash lagi. Bila dah siap pindah milik geran atas nama dia. Dia mintak aku tukarkan syarat tanah tu, dari kategori pertanian kepada bangunan kediaman. Pastu pindah milik pulak kepada nama anak-anak dia. Sekarang nii.. dalam proses mohon geran asing-asing, tujuannya supaya setiap anak dia boleh dapat geran masing-masing..

Pastu aku call Wak Sudir, nak jumpa dia.. nak bincang masalah tanah.. Turut hadir masa mesyuarat tuu En Rosli.. Borak punya borak... En Rosli suruh aku ukur tanah dia..heheh.. rezeki rezekiii.. heheh.. Aku cadang nak gi Shah Alam pas nii.. Tiba-tiba En Ridwan tipon aku.. ajak aku jumpa kat tanah dia. Kat Sepang.. Apa lagi.. bergegas aku kesana.. Dia mintak ukur kan tanah dia.. dapatkan info pasal tanah tuu, sebab tanah dia terlibat dengan pengambilan. Nanti bila urusan tanah dah selesai.. Dia cadang nak buat restoran..

Lama gak aku ngan dia, banyak nasihat aku dapat. Dia bagi tau kat aku.. bagus aku start invest sekarang, invest kat tanah.. sebab harga tanah tak ada limit.. tak ada syiling prize. Kalau rumah low kos harga max pun boleh gii 90K jee.. macam kes dia..20 tahun yang lepas.. dia beli tanah kat Sg Penchala 1 ekar.. harga masa tu 70K jee.. sekarang nii value tanah tuu dah 1.5M.. Dah jual pun.. memang best borak ngan otai otai nii.. Dia ada banyak properties, ada kat Perak, N9, tapi kebanyakkan nya kat Selangor lahhh..

Dia suka gak invest kat kedai.. misalnya dia beli kedai kat Bandar Baru Bangi. Masa tuu beli baru harga 350K jee, sekarang nii tingkat bawah sewa pd 7 Eleven RM5.5K, tingkat atas lak sewa ngan lawyer firm RM1.5. Boleh dapat pasif income 7K sebulan.. Kayoo kayoo.. Macam gaji profesor lah bang.. hehehhe..

Sebelah petang lak.. aku masuk KL, ada meeting ngan En Hanif.. apa lagi kalu tak pasal ukur mengukur.. Ngam ngam lepas meting.. abang Enal tipon.. nak jumpa aku... ajak jumpa kat Bangi Kopitiam.. Ayoo yoo jauhnya..

Best borak ngan abang Enal. Dulu sebelum aku start bisnes... dia banyak bg motivasi.. galakkan aku bisnes.. masa tuu aku bujang lagi.. Lepas 2 tahun operasi, masa tuu bisnes aku hampir nak jatuh.. hampir-hampir nak makan gaji balik.. Dia gak bagi sapport.. suruh aku bertahan.. Alhamdulilah.. sampai lah sekarang.. TQ bang Enal.. banyak bagi sappott..

Bila borak ngan bang Enal, kami banyak menyentuh pasal ketuhanan..Maha Pencipta. Macam mana nak hubungkaitkan agama dengan perniagaan.. aku cukup tersentuh bila abang Enal kata :

1. Zal, kalu ko nak lebih berjaya, bangun lah pukul 430 pagi, buat qimulail.. buat amalan sunat, solat tahajud, solat taubat, solat hajat, solat witir.. pastu ko rancang aktiviti ko.. catatkan dalam diary..
2. Jangan lupa solat dhuha.. solat dhuha nii pembuka pintu rezeki.. Zal..
3. Jaga mak ko kat kampung. Kalu ko mewah, pastikan mak ko lebih mewah dari ko.. Bahgiakan mak koo
4. Doa kan arwah bapak ko.. mintak ampun, mohon roh bapak ko ditempatkan bersama orang beriman

Dalam borak-borak ngan abang Enal tuu.. tiba-tiba En Nasir call.. nak jumpa aku.. pasal ada 4 site nak ukur katanya.. Aku ajak dia datang Bangi.. Tak sampai 15 minit.. dia sampai ngan abang YB Johan.. Aku pun start bg consult, abang Enal pun ada sekali.. heheh.. akhirnya.. closed deal.. alhamdulilah..dapat lagi jobbss

Tak semena mena Zul pulak tipon.. masa tuu dah pukul 1030 mlm dah... Nak jumpa aku pasal projek kat Pahang. Pastu nak bincang pasal tanah Sg Merab.. Dia tahu aku kat Bangi, cepat dia sampai. Zul nii orang kuat kerajaan Pahang.. heheh.. tahniah Zull.. dah jadi tokeh balak ko dah.. hehhe.. sampai lah pukul 1130.. kita orang pun balik..

Renungan hari nii : Biar miskin di dunia, jangan miskin kat akhirat..

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR

Tuesday, October 28, 2008

JOM.. MOHON TANAH KERAJAAN

Mohon tanah kerajaan nii.. tak lah susah sangat. Apa yang penting, korang mesti ada info. Info ni boleh dapat dari pejabat tanah, dari orang kampung, orang politik. Bila dah ada info, korang pergi pejabat tanah daerah tempat yang korang nak mohon tuu.. Bagi kes aku, aku biasa kat pejabat tanah Gombak, Hulu Langat, Sepang.

Sampai pejabat tanah, korang mohon borang Jadual 1 (borang mohon tanah kerajaan). Korang isilah borang tuu. Senang je isi. Lekat kan sekali dengan pelan tanah korang. Bagus pelan ni disediakan oleh pihak juruukur. Sebab juruukur paham pasal koordinat. Banyak kes, mohon tanah tempat lain, dapat tempat lain.. Punca nya, masalah koordinat

Bila dah hantar borang tuu, korang kejar pejabat tanah, 2 minggu sekali datang, tanya apa status permohonan kita. Nanti korang tau lah, seribu satu alasan pihak pejabat tanah. Tapi korang jangan jemu.. korang kejar jee..

Bagi kes aku, Pie and Keown. Kami mohon tanah kat Pahang. Setakad nii berjalan lancar. Aku harap sangat tanah ni boleh dapat dalam tempoh terdekat nii.. Nanti boleh buat ladang PMC beb.. Ni kira big projek nii.. Walaupun nilai tanah nii antara 7k hingga 10k seekar.. tapi kalau dah ratus ekar.. dah berapa... juta-juta gak.. heheh..

Itu jam, apa kelas nak beli low kos.. banyak sangat sekatan, baik kita tanam kelapa sawit, tanam getah, heheh.. lagi tinggi pasif income boleh dapat. Mana tau pulak area tu ada balak, lagi best. Boleh jadi tokeh balak kita orang ... heheh (angan-angan)

Setakad ni,, sepanjang karier aku jadi juruukur nii.. alhamdulilah.. aku ada lah dapat 1 keping tanah.. Nilai tanah tuu sekarang ni RM250k, boleh lah untuk masa tua.. heheh..

Apa pun.. kalau korang ada info pasal tanah kosong.. Ni aku nak offer nii.. jom kita syer sama-sama.. Korang ada info, aku ada teknikal and pengalaman.. Kita JV.. Untung gila babas beb... heheh

Korang pernah dengar pasal tanah TOL?? Sok aku cerita.. macam mana lak nak mohon tanah TOL nii..

Sebagai renungan hari nii.. "Apa itu kaya? Kaya adalah bila pasif income kita lebih banyak dari perbelanjaan.. Maka kita sudah jadi orang kaya.."

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR

Friday, October 24, 2008

KERAJAAN CEROBOH TANAH KITA

Semalam.. Ir Haslin pagi-pagi lagi dah call aku. Nak jumpa untuk bincang pasal tukar syarat tanah dia. Tanah tu kat Sungai Merab, Bangi. Bukan apa.. dia nak tanya progress.. setakad nii aku dah siapkan kerja sampai mana. Sebenarnya aku dah pun buat submission kat Pejabat Tanah Sepang. Dah siap semua dokumen.. Tinggal tunggu kelulusan jee.. Terkejut beruk Ir Haslin.. Aku kata, dalam 2 bulan lagi lulus lah permohonan tuu.. Aku nampak.. Dia happy sangat.. Terus dia tulis cek, dapat aku payment.. heheh.. Boleh aku bernafas sikit.. Terus dia kata "Bagus bagus aku suka melayu macam nii.. efisyen, laju, pantas," kembang akuuuu.. kena puji

Lepas tu.. aku jumpa Saudara Fauzi, Saudara Adnan.. Schoollmate aku masa zaman muda-muda remaja dulu.. Aku nak market sikit pasal kawan aku nii.. Saudara Adnan.. Dia nii lawyer. Kalau korang tau pasal Wardina saman Maiden, pasal satu company saman Mawi, pasal satu pasangan saman Amy Search.. Dia lah lawyer yang bertanggungjawab. Glamour sahabat aku nii.. Selalu masuk TV. hehhehe.. Aku pulak jumpa dia, nak daptkan nasihat pasal law. hehehe..

Sambil tu kami pun bincang dengan Saudara Fauzi. Pasal masalah tanah dia, dia bagi tau, kerajaan dah buat jalan atas tanah dia. Pastu kalu hujan pulak, air dari jalan melimpah-melimpah masuk tanah dia. Habis lecak. Jadi dia nak saman kerajaan pasal masalah nii. Tugas aku cuba bagi sikit nasihat, dari segi teknikal ukur, macam mana nakk tunjukkan masalah ni pada pihak kerajaan. Aku cadangkan supaya Saudara Fauzi buat ukur butiran ke atas tanah tu. Ambik semua maklumat, jalan, longkang, rumah, tiang elektrik dan lain-lain. Supaya dari pelan yang aku hasilkan nanti.. Nampak lah mana bahagian yang kerajaan dah ceroboh.. Dari maklumat tu gak, boleh kira luas tanah yang rosak, dan cadangan pembangunan masa depan. Bukan senang nak saman kerajaan beb. Yang paling penting, dari segi teknikal mesti betul.. hehehhe.. kerajaan pun bijak gakkkk

Sebelah petang pulak aku gi jumpa En Hanif. Bincang pasal kerja ukur di KL.. Luas gak tanah tu, 20 ekar. Tanah kat KL kalu 20 ekar, berapa harga ekk?? Mau ratus juta. Tapi kerja ukur ni, untuk tujuan agama... Allah hu akhbar... Dalam perbincangan tuu.. kami ada borak pasal permohonan tanah kerajaan & proses permohonan..

Bagi mereka yang pernah terlibat mohon tanah kerajaan nii.. misalnya Keown, Pie, Juruukur.. hehehe.. best betul.. Tapi yang belum pernah tuu.. nanti aku cerita macam mana nak mohon tanah kerajaan.. heheheh.. kayo kayo..

Untuk renungan hari nii..

1. Kalu kita ada masalah.. dapatkan nasihat dari orang yang mahir & profesioanal. Walaupun kena bayar sikit. Tapi berbaloi
2. Dah sampai masa nya orang Melayu bersatu, rebut peluang pelaburan kat luar sana

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR..bye..

Tuesday, October 21, 2008

AUCTION TANAH KUALA PILAH

Hari ni.. seawal subuh lagi aku dah gerak gi Mahkamah Tinggi Seremban. Ni kali pertama aku masuk auction kat mahkamah.. Bukan apa.. aku tak berapa mahir jalan kat area Seremban.. Takut sesat lak.. Tak dapat pulak aku nak masuk auction. heheh.. Mesti Si Keown and Pie nak dengar berita baik dari aku.. Sebab kami cadang nak syer bertiga beli tanah nii.. (Keown, Pie & Juruukur)


Tanah tu area Kuala Pilah.. Luas tanah 6 ekar... atas tanah penuh dengan pokok getah muda.. memang berbaloi kalau dapat.. hujung minggu, boleh lah kami motong.. bolehh dapat pasif income.. heheh.. Harga rezab pulak RM45k. Murahkan.. heheh


Aku dapat info pasal tanah nii kat NST. Apa lagi aku terus call Auctioneer tuu.. Bila aku call, dia kata tanah ni tak baik la.. tanah rezab melayu laa.. harga mahal laa.. mintak POS tak dapat dapat.. macam macam halangan pasal tanah nii pada peringkat awal. Aku tak puas hati.. aku call lawyer, syukur sangat.. lawyer bagi kerjasama yang amat baik.. Semua info dia bagi, termasuk salinan geran.

Bila dah ada salinan geran, jadi ada info no lot, ada info no geran,, jadi mudah untuk aku semak kat JABATAN UKUR. Aku mintak Nur tolong semakan. Nak check area mana, betul tak luas dia 6 ekar, mukim mana, daerah mana, aku semak pakai google earth lagi, nak semak jarak berapa jauh dari pekan kuala pilah dengan tanah nii.. apa ada kat tanah nii.. Bila semua info dah ada,, aku mintak tolong Limtat pulak (juruukur gak) buat site visit, tengok macam mana tanah tu, keadaan tanah tuu & carik batu sempadan. Aku suruh dia guna GPS jee.. hehehehe.. canggih kan ukur nii.

Keesokan nya.. aku lak turun buat site visit.. ajak budak aku sorang. Mudah nak tunjukkan site kat mana. Sambil tuu boleh gak aku test kreta baru.. nak tengok kuat tak kreta tu panjat bukit putus kat Kuala Pilah tuu.. heeheh.. (alamak) sampai jee site, terus aku jatuh hati dengan site tu.. depan tanah tu ada masjid,, ada rumah,, ada projek Jab Pertanian.. Ada library desa lg.. Aku dah start happy dah.. aku gi jumpa orang kampung,, tanya-tanya kalau-kalau ada tanah nak jual area sini,, aku tanya sekali harga tanah seekar kat kampung nii.. mereka kata sekitar 15k-20k.. Kalau banding dgn harga lelong, memang murah sangat lah.. mana tau boleh dapat rezab prize nanti.. berbaloi sangat

Lepas tuu aku gerak gi Pejabat Tanah Kuala Pilah. Aku buat carian resmi. Bukan apa, nak pastikan info-info yang aku terima dari peguam tu,, semuanya betul.. buat carian kat N.9 ni murah.. cuma RM40.00 satu lot jee. Sambil tuu aku sempat gak jumpa pegawai-pegawai kat sana.. boleh gak aku tabur-tabur kad bisnes. harap-harap nanti boleh aku dapat job ukur kat sini.. hehehhe

Bila semua info dah dapat, aku call Si Keown and Pie.. maklumkan pasal tanah nii.. mereka setuju bid.. pie cadangkan maximum harga bid boleh gii 55k jee.. Aku on jee.. Sebab ikut perancangan kami, tanah nii boleh :

1. Beli, ukur, bersihkan, jual balik
2. Beli, ukur, bersihkan, jual 3ekar, simpan 3 ekar
3. Beli, ukur, bersihkan, jual kayu getah, jual tanah kosong
4. Beli, ukur, bersihkan, hujung minggu boleh motong, boleh dapat pasif income.. heheh

Hari Isnin, sebelum buat bank draf, aku call lawyer, confirm balik, mana tau dah call off.. siap jee bank draf.. terus aku sms Keown & Pie,, bagi tau,, semua OK, bank draf dah ready, banyak berdoa,, harap harap boleh lah dapat tanah nii

Beza,, memang berbeza auction kat mahkamah seremban nii.. sebab aku sampai je tempat auction.. aku tengok 98%, semuanya bangsa asing, aii tak kan aku sorang je Melayu.. mana geng-geng PMC yang lain.. aku pun lepak-lepak kat situ dulu.. tepat jam 9 pagi,, pintu bilik lelong tuu bukak, aku pun isi borang, kena lekatkan sekali dengan IC, borang, bank draf. Letak borang tu dalam kotak.. Punya lah huru hara dalam bilik tuu, bising, pegawai marah marah, siap ada pengawal lagi, tak pernah aku tengok keadaan macam tuu sebelum nii.. Lebih teruk dari lelong kat dalam cerita P Ramlee tuu..

Sampai giliran tanah Kuala Pilah, kami si pembida nii, semuanya ada 6 orang kena panggil masuk ke bilik lelong.. kami berbaris lahh.. macam budak sekolah tuu.. sorang sorang nama dia orang panggil, kami pun start lah bid.. rancak sungguh... sempat gak aku angkat tangan.. bayangkan dari harga rezab 45k boleh naik sampai 90.5k.. mahal betull beb

Lepas kalah tuu.. aku pun tipon Keown,, sms pie,, maklumkan yang kita orang nii kalah bid... Pie and Keown kata.. jangan bimbang,, insyallah ada rezeki lain.. cuba lagi.. apa pun kami dah ada pengalaman bid pasal tanah, dah tau carik info, dah tau tengok potensi tanah dan macam macam lagi lah pasal tanah. heheh

Biar pun kalah masa bid hari nii.. tapi aku jumpa ramai kawan baru.. Abg Zamry, Abg wahab, Hj saleh, Hj Ridwan, Alhamdulillah..borak borak dengan dia orang nii.. Hj Ridwan suruh aku ukur pulak tanah dia kat Ampang.. apa orang kata.. tak dapat rotan, akar pun jadilah.. hehehhe. Tak lah rugi sangat.. Ukur jangan tak ukur..

INGAT TANAH.. INGAT JURUUKUR..

Sunday, October 19, 2008

ASUH ANAK KITA MENJADI HARTAWAN BERIMAN

Aku baru jee habis baca buku RICH KID, SMART KID tulisan Robert T.Kiyosaki. Bagus sangat buku ni untuk para ibu bapak. Sebab kita boleh belajar teknik macam mana nak asuh anak supaya boleh berjaya

Apa yang boleh aku katakan, anak-anak kita umpama kain putih, kita sebagai ibu bapak yang akan corakkannya.. heheh.. macam ustaz lak juruukur nii.. heheh.. apa pun teknik kita nasihatkan anak banyak mempengaruhi anak anak kita

Dari kecik lagi, kita digalakkan asuh anak dengan didikan agama, fahamkan mereka dengan rukun iman, rukun islam, rukun sembahyang, puasa, sembahyang jemaah dan lain lain lagi lah.. selain tu kita perlu asuh anak-anak untuk berdoa kepada orang tua. Bukan apa, supaya bila kita dah meninggal nanti, anak-anak tak lupa doakan kita.. Insyalallah.. Besar harapan kita supaya anak-anak kita berjaya di dunia dan jugak di akhirat..

Bapak borek, anak rintek.. anak-anak banyak meniru cara, gaya kita. Kalau kita rajin sedekah, sembahyang berjemaah, jemaah dalam pelaburan, cakap baik-baik, insyallah anak-anak jugak akan ikut..

Kita juga sentiasa digalakkan untuk menilai anak kita dan minat anak kita. Sebab anak-anak boleh belajar dengan dua cara. Dengan cara bermain atau dengan cara duduk kat kelas. Sistem pendidikan kita sekarang nii, cuma beri penekanan kepada cara duduk kat kelas jee, dengar cikgu atau pensyarah mengajar. Lepas tuu kita akan jawab exam. Siapa dapat markah tinggi, mereka tu dianggap cerdik. Tapi macam mana dengan anak-anak yang suka bermain..??

Jadi Robert cadangkan ajar anak anak main Cashflow 101 dan Cashflow 202.. Game yang diasaskan oleh Robert Tiyosaki. Aku sendiri selalu main game nii.. Best betul.. sebab dalam game nii, anak anak akan diajar pasal pasif income.. teknik pelaburan yang betul, pasal akaun dan konsep kemewahan yang sebenar.
Kita juga digalakkan untuk terangkan pada anak-anak istilah istilah pelaburan, misalnya apa itu aset, apa liabilities, apa od, apa kad kredit, apa pasif income, apa tu syer, dan lain lain. Lagi bagus, kita sebagai mak bapak laksanakan apa yang kita ajar kepada anak-anak. Sekarang nii, kita terlibat dalam pelaburan hartanah, mungkin nanti kita main syer sikit, main CPO sikit, ada pasif income dari ASB, yang penting, asalkan anak-anak kita boleh nampak usaha kita, untuk dapat sumber-sumber pasif income. Sebab kemewahan sebenar adalah bila pasif income kita lebih banyak berbanding perbelanjaan, maka kita dah pun mewah


Pekerjaan yang baik untuk anak-anak kita adalah sebagai pelabur atau bisnesman. Sebab profesion sebagai pelabur atau bisnesman nii, mereka cuma bekerja sekali jee, tapi lepas tuu, setiap hari, setiap minggu atau setiap bulan boleh dapat pasif income.. sebagai contoh macam kes aku.. profesion aku adalah juruukur, sebab setiap hari aku kena jumpa klien, kena datang ofis, meeting, bagi consult pd client dan lain-lain. Tapi bisnes aku adalah hasil rumah sewa, untung main syer, sewa tanah, dividen ASB, untung main CPO dan lain-lain..

Jom kita tngkatkan pasif income kita.. lagi cepat, lagi bagus... sebab lagi freedom... Alllah hu Akhbar...

Tuesday, October 14, 2008

TUKAR SYARAT TANAH DARIPADA PERTANIAN KEPADA LOT BUNGALOW

Aku syukur sangat sebab berpeluang untuk berbincang dengan saudara Ir Haslin. Ahli Majlis Perbandaran Sepang. Antara topik yang dibincangkan adalah masalah tanah setinggan, tukar syarat tanah, masalah-masalah tanah dan lain-lain lagi lah..

Bila aku sentuh jee, bab tukar syarat tanah dan lot bungalow, terus je dia mintak aku tolong untuk uruskan tanah dia yang selama nii tergendala. Al kisah ceritanya, dia dengan kawan kawan dah pun beli tanah 3 tahun lepas kat Sungai Merab, Bangi. Masa tu dia orang beli kongsi kongsi. Maksud aku mereka syer-syer duit lah.

Tanah tu kategori pertanian, luas tanah cuma 2.5 ekar je, 10 orang syer beli tanah tuu. Masa beli tu antara mereka dan pun buat perjanjian. Sekarang nii proses pindah milik dah pun selesai, dari nama tuan tanah asal kepada salah seorang pemegang syer. Mereka amanahkan kepada Wak Sudir. Ayoo Wak Sudir.. kayo nya tuan.. Banyak nya tanah. heheheh...

Jadi masalahnya sekarang, aku dimintak untuk tolong mereka supaya setiap seorang dr mereka boleh dapat geran individu. Tujuannya, senang mereka nak buat rumah masing-masing, dah tahu sempadan, pastu nak apply loan pun senang. Sebab tanah tuu boleh dicagar pada bank

Apa lagi, aku pun terangkan lah proses yang terlibat, jabatan-jabatan kerajaan yang terlibat, tempoh kelulusan, bayaran yang dikenakan sampai dapat geran individu. Dari air muka Haslin, aku nampak dia dah start pening dah... heheh.. heheh.. Ok Ir Haslin.. jangan pening pening, aku akan uruskan sampai dapat geran individu, ada masalah jee call aku.. aku sedia membantu..

Dari pengalaman aku, untuk mereka yang first time terlibat dengan pembangunan tanah, biasalah mereka akan pening pening sikit. Sebab banyak istilah-istilah tanah yang mereka kurang paham. Sebenarnya urusan tanah senang jee.. tapi kena lah carik konsultan yang betul-betul mahir. heheh.. hehhe

Untuk sapa sapa ada masalah tanah, boleh call aku.. ingat tanah, ingat juruukur, call jangan tak call 012-3193576..
hafizal@juruukur.. heheh

Monday, October 13, 2008

PANDUAN BELI TANAH

Hari ni aku ada site visit dengan YB Rahmat. Janji pukul 9 pagi jumpa kat Beranang. Best kan kalu ada cash banyak. Boleh beli tanah, beli kedai, beli rumah selamba badak jee.. Tak yah risau pasal loan. Kalu bank tak bagi loan.. Boleh bayar cash jee.. Best kan...kann..

Aku sampai Beranang ngam ngam pukul 9. Aku lepak kat kedai mamak sementara tunggu YB Rahmat sampai. Aku pun order lah teh tarik sambil baca NST. Sebab dalam NST ni banyak info rumah lelong. Tengah tengah khusyuk mentelaah.. tiba tiba YB Rahmat pun sampai. Terus dia tunjukkan geran tanah. Kami pun start lah bincang pasal tanah yang dia nak beli tuu..


Lebih kurang pukul 930 pagi.. kita orang pun gerak buat site visit. Best gak masuk kampung orang nii.. Nyaman jee.. Banyak pokok. Kat Beranang nii, aku tengok banyak sangat orang buat projek tanam serai. Cantik beb... Sapa sapa minat nak tanam serai boleh lah datang sini..

Aku sampai site pukul 945 pagi. Nasib baik ada jalan bertar nak masuk site nii.. Kalau tak, habis kreta aku. Sampai jee site, aku tengok site keadaan topografi tanah agak rata. Keadaan dia agak belukar. Tapi ada banyak pokok pisang and pokok durian. Best nya ada jalan kampung untuk sampai site, ada elektrik, sebelah lot tanah ni pulak ada rumah kampung, ada telefon, maxis ada line, ada sungai, ada pagar.

Masalah nya sekarang nii. YB Rahmat tak pasti samada tanah yang kita orang buat site visit nii betul kee tak. Sebab agent yang tunjukkan kat dia. Mana tau nanti agent tunjuk tempat cantik jee. Bila kita dah beli kesannya tempat lain.. Teruk dibuatnya.

Jadi dia mintak tolong aku tentukan semula sempadan lot tanah yang dia nak beli ni. Pastu tolong buat carian resmi untuk tanah nii. Dan semak zooning tanah kat Jabatan Perancang. Yang paling penting semak lot tanah nii kat Jabatan Ukur. Bukan apa, ada banyak kes luas tanah kat dalam geran sementara tak sama dengan maklumat kat Jabatan Ukur. Bukan tuu je, dia mintak aku semak ketegori tanah, tempoh pegangan, semak pegangan samada tanah rezab melayu, dan semak ada kaveat atau tak. Ayoo banyak mau semak..

Apa boleh buat. Memang ni lah kerja aku. Bagi consult kat klien pasal tanah. Kalu korang ada masalah tanah, jangan malu, jangan segan, calling calling aku. Insyallah aku sedia membantu..

Ok YB Rahmat, bagi aku sikit masa untuk selesaikan kerja ukur nii.. pastu kita jumpa ekk.. Kita bincang pasal info-info yang YB nak tau tuu..

Friday, October 10, 2008

ENCIK RAFI SUKA BELI TANAH

Sekarang nii aku semakin minat membaca. Lebih lebih buku yang melibatkan pasif income dan motivasi. Sebab aku nak tau teknik nak jadi kaya. Pengalaman usahawan usahawan lain yang berjaya. Jadi hari ni aku beli lagi buku tulisan ROBERT KIYOSAKI. Dia seorang usahawan dan menulis untuk menceritakan pengalaman jatuh bangun dia sebagai seorang usahawan..

Ok lah.. awal awal pagi lagi, En Rafi dah call aku.. Dia nak jumpa pukul 12 tgh hari kat ofis dia. Nak bincang pasal tanah yang baru dia beli. Katanya 4 ekar di Hulu Langat dan 3 ekar di Kajang. Sebenarnya hari ni aku agak banyak meeting. Tapi bila En Rafi ajak jumpa.. Aku sanggup cancel meeting yang lain.. sebab bila jumpa En Rafi.. pasti aku boleh belajar idea baru..

Aku nak syer sikit dengan korang pasal En Rafi.. En Rafi nii dia seorang kontraktor. Jadi banyak lah projek-projek gomen dia dapat. Projek buat longkang, turap jalan, supply barang, maintannce dan lain lain lah.. Apa yang dia buat, sebahagian payment yang dia terima, dia akan labur dengan beli asset, dia beli kedai, beli tanah tanam dengan kelapa sawit.. Target dia, supaya pasif income hasil asset asset yang dia ada, mesti lebih tinggi dari perbelanjaan office. Jadi dia tak perlu bimbang dengan tekanan ekonomi pada masa akan datang.. Hebatkan..

Kalau dia ada cash lebih pulak.. Dia akan cashkan kedai-kedai yang dia ada. Sebabnya kebanyakkan nilai kedai dia dah pun naik antara 150% dan lebih berbanding nilai semasa dia beli dulu. Lepas tu dia mohon OD ke atas kedai tu. Maksudnya dia ada pasif income hasil sewa kedai, pada waktu yang sama dia ada OD untuk invest benda lain pulak..

Tima kasih En Rafi.. sebab sedia kongsikan sedikit idea investment dengan saya.. TQ, TQ

Tugas aku ialah untuk ukur sempadan dan topografi semua tanah yang baru dia beli tadi. Pastu simpan rekod tanah baik baik. Bila dah siap ukur, aku akan adakan site visit pulak, untuk tunjukkan sempadan yang dah aku tanam pd En Rafi. Jadi mudah lah nanti Indon dia nak buat pagar.. Hehe..

Apa yang menarik, dia langsung tak kisah samada tanah yang dia baru beli tu, ada jalan atau pun tak. Sebabnya dia beli tanah untuk tujuan pertanian. Pastu tanam kelapa sawit. Untuk dapatkan pasif income. Asalkan Indon dia boleh sampai tanah tu, dan hasil pertanian boleh dibawa keluar. Bagi dia dah cukup memadai. Mudahkan... heheh

Oklah En Rafi.. nanti bila dah siap kerja ukur,, kita akan buat site visit.. bye bye..

Thursday, October 9, 2008

MACAM MANA NAK UKUR KEJAYAAN PENDIDIKAN ANAK KITA

Semalam, sepanjang malam dan seawal pagi.. aku khusyuk baca buku RICH KID SMART KID je.. Bukan apa.. semua tu info yang baik. Sampaikan wife aku, tengok aku semacam jee.. hehehe..
Aku nak imbas sikit pengalaman aku masa sekolah.. Dulu aku sekolah kat Kajang. Sekolah asrama. Rata rata semua kawan kawan aku anak anak orang kaya. Ada anak pengarah, ada anak reaktor UIA, ada anak pensyarah, ada anak ahli politik.. dan macam macam lagi lah.. kalau dibandingkan dengan diri aku.. aku rasa kecik sangat. Maklumlah budak kampung. Sebab lepas bapak aku meninggal, abang and mak aku yang besarkan aku..

Masa belajar pulak.. kawan kawan aku semua bijak bijak.. Dapat result baik. Semua masuk U yang bagus bagus. Pergi oversea, ambik jurusan yang boom bom.. Sekarang ni ramai dah jadi engineer, pensyarah, buat bisnes sendiri. Aku jee tersesat.. ambik jurusan ukur tanah kat UTM.. jurusan tak glamour, kerja masuk hutan, dok tepi jalan, comot comot, ukur sana, ukur sini.. heheh..

Macam mana pun aku syukur sangat.. sekarang ni aku and partner dah pun setup firm sendiri. Alhamduliilah projek pulak, tak henti henti. Macam macam klien aku jumpa.. dari orang kampung sampailah ke pak menteri.. heheh.. Aku dapat banyak pengalaman dari klien klien aku.. terutama Wak Sudir, Hj Samuri, Hj Ali, Saudara Saiful, En Rafi, .. Mereka ni ada step step, ada langkah, ada teknik untuk berjaya. Terlibat aktif dalam pelaburan hartanah. Dan pasif Income mereka lebih tinggi dari pendapatan. Hebat bukannn..

Yang aneh nya,, mereka ni tak ada degree pun.. tak belajar tinggi pun.. tapi mereka belajar carik duit.. teknik carik duit. Sebab tu bagi aku, sekalipun orang tu kureng zaman belajar dulu.. tak dapat result baik.. tapi kalau mereka belajar pasal financial.. pasal pasif income, mereka boleh berjaya.

Bagi aku, keputusan peperiksaan masa sekolah dulu, masa kat u dulu.. semua tu tak menjamin kita untuk jadi mewah.. sebab kita diasuh untuk menjawab soalan semata mata. Sapa dapat markah tinggi.. mereka tu lah bijak.. cikgu selalu puji.. kalu dapat markah rendah pulak.. mereka dikatakan gagall.. tak ada masa depan.. cikgu selalu marahh..

Jadi dah sampai masanya.. kita perlu berubah.. untuk asuh anak anak kita faham pasal financial, pasif income, investment, ajar mereka main monopoly, main cashflow101..

Wednesday, October 8, 2008

BUKU "RICH KID SMART KID"

Tadi aku ada meeting kat KL. Janji dengan klien pukul 3.00ptg. Tiba tiba klien mintak tangguh pukul 4ptg. Aku tak tau nak gi mana. dari poyo poyo tak tau nak buat apa.. Jadi aku gi lah lepak kat 1 Utama. Sambil tu masuk MPH kedai buku. Mana lah tau ada buku buku yang menarik yang boleh aku beli. Carik punya carik.. Aku jumpa buku rich kid smart kid tulisan robert kiyosaki. Apa lagi aku pun beli lah.. mahal gak buku nii ekk..

Lepas tu aku lepak kat Mc Donald sambil baca buku. Ehh menarik lah buku nii.. Banyak info yang boleh aku dapat. Aku cadangkan sapa sapa nak ajar anak jadi kaya.. minda kaya.. kreatif... bagus baca buku nii.. heheh.. bagus sangat

Jom aku kongsi sikit apa yang aku dah baca.. kalau dulu mak bapak asyik suruh anak anak belajar bagus bagus.. pandai.. masuk u, dapat result bagus, pastu kerja, jadi profesional, jadi juruukur, lawyer, jadi doktor, kerja gomen, sebab ada pencen, stabil, selamat.. nasihat macam ni hanya sesuai pada zaman 90an jee. Sebab sekarang nii zaman informasi, ramai yang kaya dari golongan usahawan IT (Bill Gate), artis (penyanyi rap, musician, pembuat lagu, model), atlit (Tiger Wood, Micheal Jordan).. dan lain lain lagi lahhh. Golongan ni lebih kaya dari profesioanal.. jangan lah kita pergi jauh. Dalam negara kita cukup. Cuba tegok Siti Nurhaliza, Rosyam Nur, KRU.. Apa kelulusan mereka, berapa asset mereka, berapa banyak anugerah yang dia dapat.. royalti kaset jee tak habis makan.. heheh

Jadi sekarang nii aku kena tukar sikit, teknik nasihatkan anak aku.. belajar bagus bagus, bijak bijak, dapat result baik, masuk u, belajar carik duit, jadi bisnesman, jadi investor, tingkatkan pasif income, jadi bos yang baik, jadi bos yang bermaruah.. hehe hehe..

Ok la.. aku nak sambung membaca.. bye bye..

Tuesday, October 7, 2008

ABAH, TOLONG AJAR NAUFAL MACAM MANA TEKNIK NAK JADI KAYA BOLEH?

Raya tahun nii, aku rasa seronok sangat. Sebab kami sekeluarga masak sama-sama. Riuh rendah dibuatnya. Raya pertama aku ada kat Beranang. Raya kedua aku and family balik Melaka, jumpa sedara mak mertua aku. Raya ketiga kami sekeluarga balik pulak Alor Star. Walaupun jauh perjalanan, tapi anak-anak happy betul

Masa dalam kereta, dari Melaka ke Alor Star. Kami borak lah macam-macam. Ada yang menyanyi, makan kuih raya, ada yang menangis dan macam macam lagi lah. Apa yang menariknya, anak aku si Naufal tanya kat aku " abah, tolong ajar Naufal macam mana teknik nak jadi kaya boleh? Tak semena-mena aku jadi terkedu. Aku jadi kaku. Aku bagi tau anak aku, bagi aku sikit masa untuk aku carik jawapan.

Kalau korang pernah terbaca ke, terdengar ke, teknik-teknik yang menarik, syer lah dengan aku ekkk...

SELAMAT HARI RAYA

Dah lama aku tak menulis dalam blog nii. Insyallah selepas nii aku berazam sangat, sedaya upaya untuk menulis setiap hari walaupun sebaris ayat. heheheh

Tak lewat rasanya untuk aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk teman sekeluarga. Semoga Allah berkati usaha kita

Amin

  © Blogger template 'Fly Away' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP