Monday, November 30, 2009

BERCUTI SAMBIL MEMBACA

Untuk cuti raya Aidiladha kali nii.. aku balik Beranang. Kampung mak aku. Best sangat sambutan raya kali nii.. sebab kami penduduk kampung.. pakat ramai-ramai buat ibadah korban.. 3 ekor lembu tumbang.. tapi yang paling syok.. sekampung turun padang

Selain tuu.. aku tengok.. anak-anak aku.. Si Naufal dan Si Aisy.. seronok gila.. tengok lembu kena sembelih.. ye laa budak-budak.. macam-macam dia orang nii nak tahu.. penat gak aku nak menjawab.. he he he

Bila raya.. waktu nii laa aku boleh jumpa kekawan lama.. boleh laa kita orang borak panjang.. bincang pasal projek.. discuss pasal bisnes dan lelain

Bukan tuu jee.. cuti kali nii gak.. aku berjaya habiskan baca.. 4 bijik buku..

1. Buat duit dengan YouTube tulisan Zamri Mohamad
2. Sleep & Get Rich tulisan Pearlin Siow
3. Get Rich Faster tulisan Azizi Ali
4. Rich dad poor dad (versi Melayu) tulisan Robert Kiyosaki

Bestttt… ada banyak benda-benda baru.. aku belajar dari penulis nii.. bak kata Azizi Ali.. sekarang nii semua orang ada masalah.. macam masalah kewangan.. masalah berat badan.. masalah rumah tangga.. masalah bisnes dan lelain.

Dan kumpulan nii.. mereka nak segera selesaikan masalah tadi.. tak dee masa lagi nak try and error. Jadi untuk penuhi impian dia orang nii..

Mengapa tak.. pengalaman yang kita ada.. dalam financial, hartanah lelong, masalah tanah.. kita kumpulkan bebaik.. paketkan dia cantik-cantik.. dalam macam-macam format.. pastu kita jual

Bagi aku laa.. kalo kita bekerjasama.. dibantu dengan network yang kita ada.. aku percaya.. kita boleh buat benda nii.. korang rasa macam mana?

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUIR, HAFIZAL 012-3193576

9 comments:

mdizone said...

aku tunggu ko la buat buku pasal tanah. Bila nak publish ni? hehe

Shaiful said...

Besar cita2 Jurukur ni. Yg aku nampak kau dah buat & dah ramai yg dpt belajar dari blog ni, ada juga yg dpt settlekan masalah tanah & hartanah diorg.

Off topik skit, kat paper harini Tan Chong Motor lantik ex-MD Sunrise Bhd sbg Property Development Advisor....

Lagi 10 tahun, aku ingat Jurukur boleh jadi Property Development Advisor.

juruukur said...

mdizone.. aku suka menulis.. tapi bab nak buat buku.. tu yang aku maleh tuu.. yelaa sapa laa ku nii.. he he he.. juruukur cabuk.. he he he

shaiful.. tak pee pul.. 5 tahun lagi.. kita bina group.. kasi pulun semua keja kat area Sepang.. he he he.. boleh gitu?

Shaiful said...

Lagi 5 tahun ka ? sempat habis la tanah2 kat sepang. He.. he.. he..

juruukur said...

kalo habis tanah kat Sepang.. kita masuk laa.. area kuala langat & nilai.. kat sana ok lagi.. he he he

peruzz said...

tuan fizal..
kt mana nk dapat buku rich dad poor dad in malay tuh.. slalo aku carik kt mph mane2.. mesti takder stok punye....nk order..die cakap..lum tentu bile dapat..

jurukur said...

peruzz.. aku beli kat mph

Zamri Mohamad said...

Kepada rakan pembaca yang dimuliakan.
Terima kasih kerana sudi membaca buku Buat Duit dengan YouTube. Sokongan dan kepercayaan yang diberi memperkukuhkan usaha untuk menulis buku yang bertujuan membuka jalan peluang rezeki yang halal untuk diri dan keluarga melalui bisnes. Mudah-mudahan buku itu bermanfaat.

Sebarang kritikan, cadangan dan komen atau maklumbalas selepas membaca buku BUat Duit dengan YouTube terbitan PTS Professional amat dialu-alukan.

Salam hormat daripada penulis.

ZAMRI MOHAMAD

juruukur said...

sesama zamri.. penulisan yang baik..

  © Blogger template 'Fly Away' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP