Monday, November 2, 2009

RAHSIA “TANAH” ORANG CINA TERBONGKAR

Sejak dua menjak nii.. aku selalu meeting kat Balakong, meeting ngan taukeh kilang. Hebat-hebat mereka ni. Kaya raya.. tanah berpuluh ekar..

Istimewanya kumpulan nii.. mereka langsung tak kisah bab bayaran.. asalkan apa yang mereka rancang.. dia orang boleh dapat.. mereka sanggup bayar

Bukan senang beb.. nak jaga hati mereka. Service aku kena tip top.. mereka call jee untuk meeting.. dalam tempoh 2 jam.. aku mesti sampai..

Bila borak ngan taukeh-taukeh nii.. macam-macam benda baru.. aku boleh belajar. Terutama teknik dia orang buat bisnes, teknik mereka gandakan duit dan teknik beli hati klien

Macam salah sorang klien aku nii.. nama dia Mr L. Dulu dia nii kerja balak kat Pahang. Pastu jadi driver lori balak. Pastu ambik sub tebang balak. Last-last jadi taukeh balak

Untung dari niaga balak tadi.. dia banyak beli tanah.. kat kawasan Balakong. Masa tuu area nii banyak kilang haram. Tapi dia belasah jee beliii. Selamba badak jee

Bila dah beli.. tanah tadi dia ratakan ngan jentolak.. pastu kasi pagar zink dan letak 2-3 bijik kaben buruk. Pastu dia sewakan tanah tuu kat kilang lain.. untuk jadikan stor.. dia buat konsep yang sama gak.. ngan tanah-tanah dia yang lain

Bila dah ada penyewa.. dia kasi upgrade tanah tuu.. dari kategori pertanian kepada industri. Kononya nak elak kena saman.. ngan majlis perbandaran.. pastu kononya nak tolong kerajaan negeri.. sebab mereka bayar premium.. poooodahhh.. he he he

Sebaliknya mereka nak kan nilai tanah tadi naik .. berganda-ganda.. mungkin dari RM350K sekar sebelum nii.. kepada RM1.2 juta sekar selepas ditukar syarat.. banyakkan.. tu baru sekar.. kalo ada 3 ekar.. sudah jadi RM3.6 juta.. wowowow.. hebatkannn..

Bila nilai tanah dah naik.. mereka pun cepat-cepat.. chargeee tanah tadi kat bank.. untuk dapatkan overdraf..

Jadi mereka masih ada lagi tanah.. setiap bulan masih lagi makan sewa.. pastu ada cash lagi.. seronokkannn

Korang tak tercabar kee?

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012-3193576

13 comments:

~tuah.rimbun~ said...

terbakar lah pulak bila aku baca entri ko ni bro..
tapi apa2 hal pun capital kene besar..
betul tak? tapi mcm aku ni rasanya hutang dah menimbun, nak cari capital makan masalah pulak..
any ideas bro?

shaiful said...

He.. he.. Jurukur dah masuk area kilang haram Balakong. Risik2 la kot boleh dpt peluang bisnes, mcm2 barang ada kat area tu. Tp aku respect diorg ni asal boleh jd duit jalan je. Lagi satu networking diorg kuat beb.

juruukur said...

tuah rimbun.. tak pee.. semua tuu hutang baik.. tak pee.. tapi apa pun.. kita pelan2 kayuh.. mereka bole.. kita bole gak..

shaiful.. bila nak minum nii?.. jumaat hari tuu.. jem teruk laa pul.. hari nii ok?

kayzen said...

tercabar.. tercabar...

ojah said...

huiii bestnye idea memasing... bab modal nak buat sengsorang tu payah tu.. but baguss untuk membakar semangatttt....

ojah said...

huiii bestnye idea memasing... bab modal nak buat sengsorang tu payah tu.. but baguss untuk membakar semangatttt....

juruukur said...

ojah.. betoi tuu.. kalo sorang2 penat laa sikit.. tapi kalo kongsi2 mungkin bole kot..

yang penting.. sekurang-kurangnya.. kekwan kita tau.. macam mana orang Cina gandakan duit mereka

selain bisnes.. mereka gunakan tool tanah.. untuk duplicate duit

Anonymous said...

la patut kat jenjarom ni aku ada nampak diorang ratakan land pastu zinc kan keliling tempat tu..idea..idea...

-akusaya

MattDemon said...

wow..satu pendedahan yg daring dari sifoo Juruukur...thanks bro...:)

ader peluang/cadangan leh diketengahkan dulu bro..modal leh diusahakan..Insya-Allah..:)

sourplum said...

thanks for sharing all this
sgt2 mghargai la ade org share bnda2 cmnih

Anonymous said...

bro, kena ingat start 2010 pelupusan aset kena CKHT minimum 5% tak kira pegang brapa tahun pun. Dulu betul coz after 5 years tak kena CKHT. (CKHT = Cukai Keuntungan Harta Tanah).
adios

Anonymous said...

Howdy juѕt wanted to gіve уou a quicκ hеаds uρ.
Τhe wοrds in youг contеnt seem tο be гunnіng off thе screen in Firefox.

I'm not sure if this is a formatting issue or something to do with internet browser compatibility but I thought I'd post to let yοu know.

The style аnd desіgn look great though! Hope you get the problеm fiхeԁ
ѕοon. Kudοs

my blοg ρost; Payday Loans Online
Here is my site - Pay Day Loans

Anonymous said...

They give lenders access of interest charged
you so researching the loan and the lender is imperative.
Founder and creator of the most online more than that.

Feel free to surf to my web blog: Online Payday Loan

  © Blogger template 'Fly Away' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP