Monday, October 26, 2009

DUIT DAN HARTA PUSAKA

Sekarang nii.. aku perhatikan.. tahap kesedaran orang-orang kita.. dah banyak berubah.. lebih-lebih lagi pasal menguruskan harta pusaka.. bagus laa.. macam tuu

Kalo dulu.. banyak harta pusaka nii terbiar macam tuu jee.. tapi laa ni, tak lagi.. sekarang nii.. anak-anak berlumba-lumba.. nak uruskan harta pusaka mak bapak.. he he he

Aku percaya.. nak uruskan saham.. nak uruskan duit cash.. barang kemas.. kereta.. ASB.. Tabung Haji.. semua tuu senang jee.. tapi sampai tang bab tanah.. ramai yang pening kepala..

Apa pun.. jangan laa korang susah hati.. pasal tanah nii.. tak susah laa.

Katakan laa.. family korang ada tanah kat kampong.. tapi tanah tuu.. geran kongsi-kongsi.. pastu family korang cadang.. nak bagi tanah tuu kat korang.. apa perlu korang buat.. korang lantik jee mana-mana juruukur berlesen.. kasi pecahkan geran tanah tadi..

Tak mahal laa.. jangan laa risau.. Bila dah ada geran individu.. tanah korang tadi akan bertukar menjadi duit..

Pastu korang ada bebrapa pilihan :

Korang boleh jual tanah tadi.. pastu korang boleh dapat cash.. duit tuu boleh park kat ASB kee.. beli rumah lain kee.. beli tanah lain kee.. invest kat tempat lain.. tapi jangan kaweennn lain.. sudah laa… he he he

Korang boleh berlakon ngan pihak bank.. kononya korang nak beli tanah mak korang.. ngan harga tertentu.. jadi korang buat loan.. tapi sebenarnya duit tadi bukan bagi mak korang.. korang yang ambik.. park dalam ASB.. jadi korang ada cash.. ada tanah.. pastu dividen ASB lak yang bayar hutang bank..

Selain tuu.. korang boleh upgrade tanah tadi.. buat lot bungalow kee.. buat lot industri kee.. bikin rumah kee.. pastu baru korang chargeee tanah tuu kat bank.. selalunya hartanah yang ada bangunan.. pihak bank senang nak bagi loan

Bukan tuu jee.. tanah tadi korang boleh upgrade.. tanam sawit kee.. tanam getah kee.. boleh dapat pasif income

Apa lagii? Lu orang pikir laa sendiri.. he he he

Bye bye..

INGAT TANAH, INGAT JURUUUKUR, HAFIZAL 012-3193576

8 comments:

sourplum said...

aa kn pura2 beli tanah.
nice idea~

Wana said...

salam,

boleh tak idea camni?

katakan makayah ada beberapa bidang tanah di Langkawi... lot A, lot B, lot C... lot A dah duduk rumah sendiri... lot B wat OD againts property... taktau le berapa dapat mof sebab pernah tau ODASB jek... katakanlah lot B nilai dia 50k, wat OD dpt 40k, jadi duit ni wat low cost rumah... jadikan homestay atau sewa je... dpt +ve cash flow masuk le dlm ASB balik... atau gunakan teknik Tuan Pie Teknik Pro AS...

boleh ke camni?

juruukur said...

aku rasa teknik tuan pie... best gak

shariff said...

En Hafizal,

kita penah jumpa dulu di kopitiam bkt puchong, awal thn ni bebincang pasal nak pecah geran utk tanah yg bakal sy beli. sekarang, sy dah sign agreement (laywer yg pembeli lantik) s&p dan dah pun bayar 10% deposit utk tanah tu.

Tanah tu geran dua nama (4 ekar) 50/50 dgn pak sedara pd penjual. geran asal dipegang oleh pak sedaranya yg lain, yg penjual ada cuma salinan geran yg disahkan pej tanah sg besar dan resit bayaran cukai tanah tahunan (dia sorang jer tukang bayar). Bila kami (sy, penjual, peguam) betandang ke pej tanah sg. besar utk urusan tukar nama, pej tanah kata kena ada geran asal juga, salinan disahkan tak diterima (walhal pej tanah tu juga yg sahkan). Penjual dan peguam dua2 menetap di Perak, peguam pulak tak biasa buat urusan tanah kat selangor. dia tak tahu yg kene bawa geran asal tu. kat Perak (dan sebilangan negeri lain), salian geran yg disahkan boleh dipakai utk penukaran hak milik.

so sekarang, berbagai2 usaha penjual dah cuba utk dptkan geran asal tu dr pak sedaranya yg sorang lagi (yg takde share dlm tnah tu pun).. atas alasan itu harta pusaka, tak mau jatuh ke tangan yg takde pertalian sedara (umm, aku ni melayu islam juga.. tujuan beli pun nak becucuk tanam kelapa, berdamai dgn alam bumi bukan nak buat kandang lembu kambing ayam).. Penjual dah offer utk jual pd pak sedaranya yg empunya 50% tu, tp takde respon lama.. mungkin pasal org kampung takde duit selambak camtu..

Penjual dah buat polis report, surat amaran utk saman through lawyer pun dah hantar.. langsung takde kesan. dah minta tolong pej tanah sg. besar, pej tanah hantar penguatkuasa pi pujuk dan amik gambar jer, orang tu taknak kasi so derang pun senyap camtu jer, follow up dgn pej tanah pun takde response (yg menunjukan derang buat kerja derang). agak mengecewakan lah.

sekanrang sy nak minta tlg kalau en hafizal ke sapa2 yg membaca komen penah lalui pengalaman camni, minta tlg tunjuk ajar camne nak proceed.. sy personally akan bertahan beli tanah ni, sbg support pd tuan tanah.. apa yg dilakukan dek pak2 sedaranya tu mmg tak betul dr segi undang2 civil atau agama, mengenepikan hak org lain.

minta pandangan tuan2, gimana caranya sy nak proceed utk menukar nama.. ada org cdgkan report geran hilang, minta pj tanah issue geran baru.. boleh ke?

thanks

juruukur said...

shariff.. dulu aku pernah uruskan kes macam nii gak.. nak buat pindah milik.. tapi tak dee geran original

ambik masa lama gak.. tapi last last pejabat tanah kasi lepas..

legacy said...

thanks juruukur, kami dah jumpa ADO, tak jalan juga.. hari tu nak jumpa DO terus (lawyer bawa), tp DO kena pi sidang DUN selangor.

ada dua plan;

1 - report geran asal hilang, pi pesuruhjaya sumpah angkat sumpah.. pastu mohon geran baru. ni idea otai2 kat BJ.

2 - pecah geran sekarang, sign pemilik sorang lg tu boleh dpt. cuma was-was sekarang, takut pejabat tanah tak nak handover 2 geran baru berasingan tu selagi kami tak surrender geran single original tu.

3 - panjat jumpa DO hehehe

agak2 option mana paling bagus?

boleh share tak pejabat tanah mana yg jurukur deal dlm kes dulu?

thanks

legacy said...

err, legacy == shariff

tgh pakai google ID yg lain

juruukur said...

sharif.. bagi kes aku.. kat pejabat tanah hulu langat.. alhamdulilah bole selesai

aku nampak.. kes nii.. ko kena bincang ngan pejabat tanah.. mintak tolong mereka bantu

kalo tak bole gak.. aku cadangkan.. bagus undur diri.. elak dari masuk dalam kumpulan tuu..

  © Blogger template 'Fly Away' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP