Thursday, December 31, 2009

PENIPU TAK KE MANA

Hari ni.. aku nak syer ngan korang.. cerita pasal orang menipu nii.. benda nii berlaku semalam.. partner aku kena tipu..

Sekarang nii.. macam-macam cara.. dia orang nii menipu. Langsung tak ingat dosa pahala.. mereka belasah jee.. yang penting duit.. duit.. duit..

Al kisah ceritanya cam nii.. semalam aku terima panggilan dari sorang pompuan Cina.. kononya dia dari Singapore.. Pastu dia bagi tau.. dia nak ukur tanah kat Johor.. ada yang 300 ekar, 1800 ekar dan macam-macam lagi laa

Jadi disebabkan dia nii orang Cina.. aku mintak partner aku kasi urus.. So mereka nii pun.. berjumpa laa kat IOI Mall Puchong jam 5 petang

Bila jumpa tuu.. Si Minah Singapore nii.. tak nak bincang kat kedai.. kat Mc D pun tak nak.. kononya bising.. tak selesa.. dia nak bincang kat dalam kereta..

Partner aku pun.. bawak laa dia masuk dalam kereta.. mula-mula tuu borak pasal projek.. last-last mintak duit RM200. Hampeh betoi.. mau tak mau.. kena laa bagi.. kalo tak bagi nanti.. takut minah nii menjerit.. kata dia kena rogol kee.. kena samun kee.. lagi laa susah

Lepas bagi RM200 tuu.. terus dia blahhhh.. buat muka tak bersalah jee.. hampehhh betoi

Bagi korang yang terima panggilan cam nii.. hati-hati yeekk.. jangan jadi mangsa minah nii..

Ok laa.. hati hati yeekk

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL AHLAN

JOM MAIN FACEBOOK

Hari nii.. baru aku perasan.. yang sebenarnya.. aku nii dah ketinggalan.. maksud aku tertinggal IT..

Yelaa semua orang dah ada facebook.. kawan lak dah ramai.. ada tuu yang dah beribu-ribu.. tapi aku.. ayooo tak canggih langsung.. he he he

Seronok gak.. bila aku explore facebook nii.. nak pakai senang, mudah, simple…

Pastu lak.. kat facebook nii, senang sikit aku nak kenal korang.. aku klik–klik sikit.. dah nampak gambar korang.. hu hu hu.. baru syokk.. bole aku tengok gambar tokeh tanah.. he he he

Bagi korang yang lom ada akaun facebook.. bagus korang cepat daftar..

Pastu jangan lupa add aku jadi friend korang ekk.. HAFIZAL AHLAN.. huak huak huak

Jadi.. jom kita mengFACEBOOK .. bye bye

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL AHLAN

Wednesday, December 30, 2009

TAK JUMPA ILMU CAM NII KAT UNIVERSITI

Hari nii.. aku ada meeting ngan Hj Sulaiman kat Cheras.. bersama ngan kita orang tadi Dato’ M. Jadi focus perbincangan kami.. lebih banyak berkisar pasal tanah

Seronok laa boleh borak ngan Dato’ M nii.. sebab dia nii dah umur 80 tahun.. jadi banyak laa pengalaman bisnes.. yang boleh dia kongsikan ngan aku.. best best

Apa pun.. satu benda baru.. yang aku belajar dari Dato’ M tadi.. mengenai kejayaan mak bapak.. menurut Dato M.. mak bapak boleh didik anak-anak mereka.. untuk jadi lawyer, doctor, engineer..

Tapi nak didik anak.. supaya anak-anak sentiasa ingat kita.. boleh doakan kita.. bila kita dah tak dee nanti.. satu benda yang tak pasti.. jadi sebagai mak bapak.. ambik benda nii sebagai cabaran.. Tima kasih Dato M.. atas nasihat yang Dato bagi..

Selain tuu.. aku cukup-cukup teruja laa.. sebab pembantu peribadi Dato M adalah sorang imam & al-hafiz.. dan seumur hidup aku.. ni laa kes pertama aku jumpa.. al-hafiz jadi PA.. wowowo.. satu ilmu baru untuk aku

Bestkan jadi orang kaya cam nii.. dah laa kaya.. pastu lak.. PA orang yang bebaik.. seronokkan

Lepas tuu.. aku ngan Izwan ada meeting kat Putrajaya.. kita orang jumpa Dato S.. kami borak-borak dan kenal-kenal jee.. he he he.. Adat orang niaga.. cam tuu laa.. mula-mula kenal-kenal.. pastu projek-projek.. he he he

Belah malam lak.. aku lepak kat Bangsar ngan Hj T.. bincang pasal tanah.. discuss pasal bisnes..

Aku syukur sangat.. Alhamdulilah sangat.. sebab terlalu banyak benda baru.. aku belajar hari nii.. Ilmu cenggini tak jumpa kat Universiti

Ok laa semua.. bye bye

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL AHLAN

Monday, December 28, 2009

BANYAKNYA PELUANG BISNES

Hari ni aku agak lapang.. sebelah pagi cuma ada 3 meeting jee.. pastu belah petang.. aku lepak kat opis.. siapkan kerja-kerja yang tertunggak

Seronok aku hari nii.. boleh jumpa Shaiful dan Izwan.. sebab mereka nii ziarah opis aku.. wowowo hebat-hebat laa dia orang nii.. masing-masing dah ada bisnes.. tahniah untuk korang

Untuk makluman kekawan semua.. sekarang nii saudara Shaiful ada anjurkan kursus pra-perkahwinan.. setiap hari Sabtu dan Ahad.. Lokasi kursus lak kat Masjid Negara Kuala Lumpur.. pastu sijil kursus dikeluarkan oleh pihak JAWI..

Yang istimewanya sijil nii.. sah seumur hidup.. Jadi untuk korang yang nak kawin.. yang nak kan keterangan lanjut. Korang boleh hubungi saudara Shaiful ditalian HP : 013-3866086

Pastu.. aku ngan Shaiful tengok presentation Saudara Izwan lak.. ini mamat banyak bagus IT laa.. wowowow.. kali pertama kita orang tengok.. dia punya grafik.. terus teruja.. he he he

Yelaa.. kami nii orang tanah.. bab tanah tanih nii.. kita orang expert laa.. tapi bab-bab grafik nii.. kami buta.. pada aku laa.. ko punya bisnes.. memang best.. memang mantop Wan.. So esok.. jangan lupa.. kita ada lunch kat Putrajaya.. jumpa pegawai kat sana.. jumpa disana.. disana

Selain kita orang bincang pasal bisnes.. apa yang paling aku seronok.. kami boleh solat Magrib jemaah sesame.. pastu kita orang doa sesame.. rasa hebat sangat.. tuu yang paling syokk tuu

Apa laa aku merapu nii.. Jadi.. bagi mereka yang ada bisnes.. yang nak syer cerita bisnes masing-masing kat sini.. jom kita cerita-cerita.. jangan malu jangan segan.. jom jom.. sila sila..

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL AHLAN

Sunday, December 27, 2009

BERAPA NILAI DIRI KORANG?

Hari nii aku kat Melaka.. pusing-pusing Melaka.. pastu kita orang balik kampung.. kat Alor Gajah

Bestnya balik Melaka nii.. banyak tempat boleh ronda.. negerinya bersih.. ramai pelancong… tempat makan banyak.. memang syookkkk laa

Apa laa aku meraban nii.. Berbalik kepada cerita kita hari nii.. pasal nilai diri.. rasa-rasanya berapa laa nilai diri kita ni yekk?

Jom kita main-main.. seronot-seronot sikit.. kira nilai diri.. jom jom

Katakan laa pendapatan kita RM2,000.00 sebulan
Sebenarnya kalo kita bahagi 30 hari, pendapatan kita RM66.67 sehari
Kalo lak dibahagikan 24 jam : RM2.78 sejam

Katakan lak pendapatan kita RM5,000 sebulan
Kita bahagi ngan 30 hari.. income kita sehari RM166.67
Sejam lak RM6.94

Korang rasa.. jumlah tuu macam mana? Sikit ke banyak? Layak tak ngan tahap pendidikan kita? Berapa yang sepatutnya pendapatan kita sebulan? Jadi apa usaha yang boleh kita buat.. untuk tingkatkan pendapatan kita?

Jom kita kira-kira sikit.. bincang-bincang… he he he

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL AHLAN

Saturday, December 26, 2009

TANAH PEMAJU ATAU TANAH KERAJAAN

Hari nii.. aku rasa… bagus aku syer ngan korang pasal tanah.. kes nii berlaku kat kampong aku sendiri

Baru-baru nii.. pihak pemaju NM kat kampong aku.. ada tulis surat kat pihak sekolah... mintak pihak sekolah keluar dari tapak sekolah tuu… Kononya tanah tuu milik mereka. Ni kira kes sekolah setinggan la

Bila dapat surat cam ni.. pihak sekolah pun panic gak. Kecoh gak masa tuu

Jadi untuk meredakan keadaan.. kami adakan mesyuarat antara pihak pemaju, sekolah agama dan penduduk kampong. Jadi perbincangan tuu lebih menjurus.. mencarik jalan penyelesaian

Semakan yang aku buat kat pejabat tanah.. aku dapati.. tanah tuu dah pun terlibat ngan pengambilan.. bayaran pampasan dah pun, kerajaan bayar pada pihak pemaju sebelum nii
Semua rekod tuu ada

Tapi bila aku buat carian.. rekod pengambilan tuu.. tak didaftarkan oleh pejabat tanah.. seolah-olah macam tanah tuu tak dee pengambilan

Sebab tuu jadi isu.. satu pihak dakwa tanah tuu tanah kerajaan.. satu pihak lagi kata tanah tuu milik mereka.. pihak pemaju asal NM lak.. dah jual tanah tuu kepada pemaju lain.. kepada syarikat ABC lak

Peningkan.. pusing-pusing

Sebab tuu.. aku syorkan laa.. kaloo tanah korang terlibat ngan pengambilan oleh kerajaan.. pastikan korang simpan semua rekod tuu baik-baik.. pastu semak carian tanah korang.. rekod pengambilan mesti didaftarkan.. jangan jadi macam kes kat atas tuu.. susah generasi akan datang

Tuu jee untuk hari nii.. bye bye

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL AHLAN

Friday, December 25, 2009

PENCEN MUDA, PENCEN KAYA

Aku nak syer gembira ngan kekawan semua.. hari nii.. 24hb December 2009.. hari paling bersejarah dalam hidup aku.. sebab hari nii.. aku dah boleh pencen.. aku dah keluar dari RAT RACE hidup sebenar

Syukur sangat ngan rezeki yang Allah bagi.. aku tak sangka.. 2010 menjelang tiba.. menjelang umur 34 tahun.. aku dah boleh pencen..

Alhamdulilah sangat.. sebab pasif income aku sudah ok.. lebih banyak dari perbelanjaan aku setiap bulan

Apa pun.. aku nak ucapkan terima kasih kat kekawan semua.. yang selama nii banyak menyokong kerjaya aku

Aku nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kat Saudara Keown, Lim, Abang Enal, wife aku (ira), mak, abah, mak loha, along, kak long, staff aku dan semua sekali.. dan tak lupa juga kat kekawan blog..

Selain tuu.. aku nak ucapkan tima kasih kat saudara Pie.. sebab tunjuk ajar OD ASB.. tima kasih Pie

Lepas nii.. aku akan lebih focus kepada kerja aku.. sebagai juruukur, investor dan consultant. Insyaallah

Tugas berat menanti aku lepas nii.. aku nak dapatkan pasif income lebih RM50K setiap bulan.. pastu nak dapatkan pasif income untuk opis aku lak.. terima kasih semua

Assalamualaikum

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL AHLAN

Thursday, December 24, 2009

JANGAN IKUT ORANG

Dunia dah berubah sekarang, kalo dulu.. sapa-sapa yang ada tanah besar, luas, merekalah orang kaya. Sebab ramai orang kampung boleh bekerja ngan mereka

Pastu dunia berubah kepada zaman industri.. sapa-sapa ada kilang.. ada banyak kilang.. mereka lak orang kaya.. sebab mereka boleh keluarkan produk.. boleh eksport.. boleh jual satu dunia

Sekarang nii.. zaman IT.. mereka yang bijak IT.. boleh kuasai IT.. boleh gabungkan IT ngan bsnes mereka.. mereka laa orang kaya baru. Selain tuu kita kena glamour.. lagi kita glamour.. lagi laa cepat buat duit

Mana satu pilihan korang?

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL AHLAN

Wednesday, December 23, 2009

JALAN-JALAN CARIK PELUANG

Hari ni aku ada meeting kat Kajang.. pastu gerak ke Seremban (Jab Ukur).. pastu gi Port Dickson meeting ngan klien.. waaaa sekarang nii.. hari-hari kena gi Port Dickson la

Best gak lepak kat PD nii.. dok tepi pantai.. pantai agak bersih.. pastu berangin jee.. sambil lepak.. sambil baca buku.. syokkkkk

Habis meeting kat PD.. aku gerak balik ke Seremban.. sebab ada meeting ngan lawyer lak. Hebat laa lawyer nii.. Dah 40 tahun lebih buat bisnes.. semua pekerja dah tua-tua. Ada sorang pekerja tuu.. ikut lawyer nii lebih 35 tahun.. hebatkan

Pengalaman aku laa.. bagi kita yang buat bisnes.. kalo kita ada pekerja.. yang boleh ikut kita, lama-lama cam nii.. tu maksudnya.. kita bos yang bagus.. sebab staffff kita yakin ngan bisnes kita

Kalo banding ngan aku.. alahai macam langit ngan bumi.. bisnes aku, baru nak masuk tahun ke 7.. tapi alhamdulilah sangat.. setakad hari nii.. dah ada 2 staff.. ikut kami.. lebih 5 tahun.. bagus-bagus..

Lepas meeting ngan Mr. SCC nii.. aku gerak lak gi site visit kat Beranang. Gi tengok tanah. Pada peringkat awal.. klien aku nii.. suruh aku ukur tanah dia jee.. sebab katanya dia nak buat pagar.. tapi last-last.. suruh aku beli lak tanah dia. Sebab dia terdesak nak pakai duit

Best gak tanah dia nii.. pokok buah memang banyak.. dusun laa katakan.. macam-macam pokok ada.. pokok durian, ciku, langsat, mangga, dukung, cempedak dan lelain.. pokok-pokok nii semuanya dah keluarkan hasil

Dalam tanah lak.. ada parit kecik.. sebelah-sebelah lot ada rumah.. lengkap ngan semua kemudaan.. ada letrik, air, jalan tar.. kalo buat dusun memang cun.. harga lak memang murah banget.. ayooo mau angkat ke tak? Mau ke? Tak mau? Susah nak dapat peluang cam nii. Konfius konfius aku.. he he he..

Pastu lak.. aku gerak ke Cyberjaya.. jumpa Hj N.. dia suruh develop tanah dia.. kat Kg Meranti.. tanah 1.5 ekar.. dia suruh tukar syarat tanah.. dari pertanian kepada lot bungalow.. pastu buat pindah milik kepada 8 nama.. 6 untuk family dia.. 2 untuk aku..

Tapi semua kos.. aku kena tanggung.. semua urusan aku kena buat.. dia tahu.. dapat 6 geran jee.. ni peluang baik nii.. tapi untung kee? Tak untung?.. ayoo konfius konfius lagi. He he he

Sebelah malam lak.. aku lepak ngan Hj S.. kat Bangi Kopitiam.. bincang nak uruskan tanah dia kat Bangi.. pastu discuss projek dia kat Kedah.. Wowowo.. ni Hj S banyak kaya laa.. tanah banyak.. kedai banyak.. kat merata tempat

Tuu laa aktiviti aku untuk hari nii.. bye bye

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL AHLAN

Tuesday, December 22, 2009

KEMBALI KEPADA AL QURAN

Semalam aku main area Seremban. Ada meeting kat Seremban2, pastu meeting kat opis lawyer area Mantin.. pastu jumpa klien kat PD.. wowowow.. ni kira masuk jajahan Pokli nii.. (tokeh emas kita) he.. he.. he..

Apa pun.. aku syukur sangat ngan job ukur sekarang nii.. alhamdulilah sangat.. aku percaya semua tuu rezeki.. berkat doa kekawan..

Yelaa.. ada job yang kecik.. ada yang besar.. tapi kecik-kecik pun.. kalo dikumpul-kumpul.. bole tahan gak kan.. sebab istimewanya kita nii.. kita tau macam mana nak laverage.. maksud aku.. dari modal kecik.. supaya boleh untung besar.. yelaaa… sebab kita ada financial IQ.. hu hu hu..(angkat bakul)

Untuk hari nii.. aku nak kongsikan ngan korang.. pasal tekanan kerja.. tak kisah laa.. samada kita niaga kee.. makan gaji kee.. tekanan kerja tuu.. mesti ada..

Soalnya sekarang nii.. cam mana nak atasi cabaran nii.. ? buat apa kita hidup nak tertekan.. Kalo boleh.. biarlah kita hidup happy.. tenteram.. beriman.. baru best
Tekanan kerja nii.. boleh berlaku dalam banyak keadaan.. kadang-kadang tuu.. bos tak suka kita.. kita hangin.. kita muram jee.. pastu kadang-kadang tuu beban kerja banyak sangat.. semua nak cepat.. kita tension.. pastu klien nak cepat .. kita pun hangin.. gaji naik sikit laa.. tak dee bonus laa.. banyak laa sebab musabab lain.. yang kita boleh tertekan nii

Bila kita tertekan.. selalunya jantung kita berdegup kencang.. pastu kita nak kencing-kencing.. bila kita sembahyang pun, kita masih ingat kerja.. fikiran kita celaru.. kalo boleh nak semua orang kerja 24 jam.. kita selalu marah-marah.. muka kita masam dan lelain laa..

Jadi.. sapa-sapa yang ada siptom-siptom cenggini.. bagus kita kembali kepada Al-Quran. Bagus kita ambik ikhtibar hidup Rasullulah..

Sebab sesibuk mana kita.. sibuk lagi Rasullullah.. sesusah mana kita niaga.. susah lagi Rasulullah sebarkan Islam.. kalo nak niaga, tak yah berperang.. tapi nak sebar agama.. kena berperang beb.. bunuh-bunuh lak tuu.. pastu baginda kena baling batu.. nak kena bunuh.. macam-macam cabaran yang Rasullulah terima

Tapi baginda relax jee.. siap sebelah malam.. qiamulail lagi.. hebatkan..

Jadi aku cadangkan laa.. sapa-sapa nak buang perasaan tertekan korang.. bagus kita mulakan ngan buat senaman sikit, jogging kee, main bola kee, buat laa aktiviti berpeluh.. pastu balik kampong.. jumpa atok.. jumpa nenek.. pergi laa bercuti… gi jalan-jalan

Bukan tuu jee.. bagus kita solat jemaah, bangun malam, solat hajat, solat taubat, solat tahajut, puasa Isnin Khamis, malam Jumaat lak.. kita jemaah baca Yasin kat masjid..

Selain tuu.. cuba kita sistemkan kerja kita balik.. kalo bole automationkan kerja kita.. atau kita carik pembantu.. Insyallah.. pasni korang dah tak tertekan lagi dah

Ehhh.. macam pakar motivasi lak juruukur nii.. he he he

Apa pun..

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL AHLAN

Sunday, December 20, 2009

JOM NIAGA

Best nya cuti kali nii.. sebab aku boleh lepak ngan famili kat rumah.. sebelah pagi aku gi jogging.. pastu lepak-lepak sambil membaca.. boleh gak aku segarkan minda sikit.. pastu surfing internet.. he he he.. sebelah malam lak.. aku bawak anak-anak gi pusing-pusing kat KL

Syok gak tengok KL malam-malam minggu nii.. banyak lampu.. banyak jambu.. he he he..

Ok laa.. berbalik cerita kita untuk hari nii.. pasal potensi diri. Korang yakin laa.. korang percayalah.. setiap kita nii.. hamba yang dijadikan oleh Allah.. kita ada potensi diri yang hebat. Pastu kita gak ada bakat yang istimewa

Potensi dan bakat tadi hanya ada dalam diri kita jee.. tak dee pada orang lain.. dan ada pada orang lain.. tak dee pada kita.. semua tuu kira kelebihan masing-masing laa

Cuma aku perhatikan.. masalah yang jadi batu penghalang.. untuk kita berjaya bukan kita kurang maklumat teknikal.. tapi sebabkan “perasaan takut”. Takut nii macam-macam. Takut rugi, takut jatuh, takut mencuba, takut nak niaga.. dan lelain

Aku ingat lagi.. masa aku mula-mula niaga dulu.. takut beb… takut tak dee job laa.. takut nak jumpa orang.. takut tak mampu bayar sub-con, takut tak boleh bayar kereta, takut tak leh bayar sewa opis, takut tak leh bayar pekerja.. macam-macam

Tapi aku gagahkan jugak.. aku mesti try.. aku mesti cuba.. orang kuat yang sokong aku masa tuu.. saudara Keown, abang Enal ngan famili aku. Mereka nii laa tempat aku luahkan perasaan.. he he he.. dan Alhamdulilah.. sekarang nii.. dah nak masuk tahun ke-7 dah.. aku niaga sendiri

Macam-macam pengalaman aku lalui.. ada yang manis.. ada yang pahittttt.. tapi kan.. apa yang aku nampak.. kalo kita setakad bijak financial, pandai teknikal.. tapi kalo kita terlalu takut.. tak leh jalan beb. Lambat laun pandai kita tuu akan tenggelam

Jadi aku cadangkan.. sapa-sapa yang nak niaga.. minat nak niaga.. tapi korang masih lagi makan gaji.. korang mulakan ngan main game CASHFLOW101 dulu..main game nii banyak kali.. pastu baca banyak-banyak buku bisnes

Pastu lak.. korang start carik pasif income.. buat internet bisnes kee.. buat direct selling kee.. rumah sewa.. homestay.. apa-apa jee la yang leh dapat pasif income

Bila pasif income korang dah stabil.. lebih banyak dari perbelanjaan korang.. baru korang letak surat resign.. berhenti kerja..

Masa tuu.. baru korang bisnes ngan tenang.. tak dee takut-takut lagi.. korang boleh focus 100% pada bisnes korang. Best buat bisnes nii.. kita laa bos.. kita la kuli.. maksud aku.. kita free nak buat apa jee..

Sapa lagi.. nak angkat martabat agama kita.. kalo tak diri kita sendiri.. sebab tuu.. aku cadangkan.. kita mesti bersatu.. kita kongsi maklumat.. kita sokong menyokong.. Insyallah baru kita boleh jadi bangsa yang berjaya. Amin

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL AHLAN

Saturday, December 19, 2009

PERMOHONAN PECAH BAHAGIAN KURANG SEKAR DAH KENA TANGGUH

Aku nak update kat kekawan semua.. sekarang nii.. semua permohonan aku untuk pecah bahagian tanah yang kurang sekar.. kena ditangguhkan oleh pihak pejabat tanah laa

Jadi aku mintak maaf banyak-banyak kat kekawan semua.. korang yang nak pecah geran.. tapi permohonan korang dah ditangguhkan

Sebelum nii.. aku dah pun semak ngan banyak pejabat tanah kat Selangor.. sampaikan kat PTG Selangor.. mereka benarkan permohonan tuu dibuat.. tapi last-last kena tangguhkan lak

Tapi aku dah forward masalah nii.. kat PTG SELANGOR.. harap-harap mereka boleh ambik tindakan segera

Nanti kalo ada perkembangan terkini.. aku akan update balik

Untuk Pak Syed, Wak Man, Dato R, Tan Sri M, Hj M dan lelain.. saya janji.. saya akan uruskan tanah kalian sampai selesai

Oklaa. Bye bye

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL AHLAN

Tuesday, December 8, 2009

DUIT HANTARAN.. OH DUIT HANTARAN

Sekarang nii banyak betoi jemputan kawin.. hari Sabtu ngan Ahad.. aku asyik layan gi kenduri jee.. apa orang kata.. makan free.. he he he

Yelaa.. sekarang tengah cuti sekolah.. jadi ramai laa kekawan kita kawin.. bagi yang pakcik makcik.. ni laa masanya nak terima menantu.. abis bila lagi ye tak? tapi bukan menantu hantu ekk.. he he he

Yang paling best. bila gi kenduri kawin nii.. aku boleh jumpa ngan ramai kekawan lama, kira boleh eratkan ikatan silaturahim laa.. macam-macam cerita keluar.. kira banyak gossip laa.. hu hu hu

Bila jumpa-jumpa cam nii.. Baru aku tau.. kesanya ramai lagi.. kekawan aku masih single mingle. Solo lagi.. bujang trang tang tang.. tapi bujang kaya beb.. duit berkepok kapok lu orang..

Tak pee laa.. kawin nii bukan benda yang boleh dipaksa-paksa.. tul tak.. kalo dah sampai jodoh korang.. insyaallah.. kawin jugak nanti.. yang mustahak.. duit untuk kawin tuu.. korang dah ready.. bila jumpa je pasangan yang sesuai.. korang boleh terus on.. no hal bab duit

Ehh.. sekarang nii.. nak kawin mahal ooo.. hantaran je mau-mau 10K.. ada yang sampai 15K.. tu lom masuk kenduri kendara lagi.. barang hantaran lagi.. honeymoon.. mau mau.. 30K ranap.. banyakkan..

Nak dapat 30K tuu.. bukan senang.. macam-macam benda yang ter paksa kita buat.. ada yang simpan RM500 sebulan.. ada yang buat parttime.. ada yang kerja siang malam.. demi orang tersayang.. he he he.. tapi bab nak ngabiskan.. sekejap jee.. tul tak?

Jadi untuk hari nii.. apa kata.... korang kongsikan.. pengalaman korang carik duit hantaran dulu-dulu tuu… usaha korang.. benda-benda yang korang buat.. jom kongsikan.. he he he

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012 3193576

Thursday, December 3, 2009

LU MAU DUIT? LU MAU BERCUTI?




Semalam aku ada meeting Melaka.. Sebabkan sekarang nii cuti sekolah.. jadi aku pun bawak laa family sekali

Kononya.. lepas meeting tuu.. bole laa aku lepak bermalam kat Melaka.. pastu boleh pergi ronda-ronda.. gi makan-makan.. dan aku plan esok nak balik KL

Tapi apa yang berlaku.. tiba-tiba Hj S call aku. Bagi tau malam tadi ada meeting segera kat Bangi.. aku nak kena ada.. nak bincang isu tanah bersama ngan lawyer dia... sebab nak atur strategi urusan jual beli tanah

Ni laa dinamakan rezeki.. tengah nak bercuti pun.. orang bagi kita duit.. alhamdulilah.. best.. best... klien diutamakan..

Layan gambar kat atas tuu.. wajah juruukur yang terpaksa balik KL.. he he he.. bye bye

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012-3193576

Tuesday, December 1, 2009

KREATIF MOHON TANAH

Untuk pagi nii.. aku ada meeting kat Bangi.. ngan abang B

Kita orang bincang pasal kerja ukur.. dia suruh ukur.. dalam laut (hidrografi).. projek tuu kat Penang.. wowowo syok syokkkkk.. massukkkk

Biasalahh.. kalo bincang bab projek nii.. biasanya 10 minit jee.. selebih tuu merapu benda lain.. borak pasal bisnes, ibadah, projek pertanian, mohon tanah dan lelain

Al kisah ceritanya.. selain abang B jadi kontraktor.. dia jugak terlibat ngan projek pertanian.. dia tanam cili, tanam tembikai, supply anak benih.. Dan alhamdulilah.. sekarang nii.. projek dia.. dah semakin berkembang

Pada waktu yang sama.. dia cuba mohon tanah kerajaan.. kononya nak besarkan projek.. jadi dia pergi laa jumpa ngan orang politik.. jumpa ngan orang pejabat tanah.. tapi semuanya hampa

Istimewanya abang B nii.. dia tak cepat mengalah.. sebaliknya dia pegi buat research.. kaji jabatan dan agensi kerajaan.. yang terlibat ngan kerja social.. yang agensi tuu.. ada tanah

Bila dia dah kenal pasti.. dia pun buat proposal.. dia cuma hantar 2 keping A4 ngan bukti gambar projek sebelum nii. Dan alhamdulilah.. kali nii permohonan dia berjaya… wowowo.. dia berjaya sewa tanah 8 ekar.. kat Dengkil.. ngan kadar sewa RM1600 setahun broo.. murah gila kan..

Bukan tuu jee.. agensi tuu siap kasi pekerja lagi.. gaji budak-budak tuu.. cuma RM10.00 jee sehari.. syokk kan..

Abang B latih budak-budak agensi nii.. kasi mereka pendedahan.. ajar mereka niaga.. sebagai balasan pihak agensi kasi sewa tanah.. jadi win win la.. abang B untung.. agensi pun untung

Aku syorkan laa.. sapa-sapa nak sewa tanah.. korang bole tiru cara abang B nii.. sewa tanah ngan agensi kerajaan.. amacam ok tak?

Bye bye..

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012-3193576

  © Blogger template 'Fly Away' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP