Monday, November 30, 2009

SITE VISIT TENGOK TANAH

Hari Ahad baru nii.. aku and Uncle Dodi ada site visit.. tengok tanah kat area Sepang.. syok gak area nii.. damai je.. banyak pokok.. ada bunyi unggas.. tanah lak tepi jalan besar.. lengkap ngan semua kemudahan.. lot sebelah.. dah pun ada rumah

Cuma masalah tanah nii.. dia agak curam sikit.. kos nak tambak ngan nak buat retaining wall tuu.. agak mahal oo.. tapi dari segi harga tanah lak.. tak dee mahal sangat.. kira ok laa..

Lepas habis site visit tuu.. kita orang pun gi minum kat area MPI.. sambil minum tuu.. aku terus kira budget... kos-kos yang terlibat.. nak buat projek lot bungalow.. nahhh ambik ko Uncle Dodi.. aku kasi detail.. satu per satu lagi

MODAL
Kos Tanah : RM350,000
Juruukur : RM3,500
Town planner : RM5,000
Premium tambahan : RM15,000
Cukai Parit : RM3,500
Cukai baru : RM350
Proses pindah milik : RM10,500
juruukur : RM1150
LJT : RM6,000
BNS : RM700
AN : RM70
Retaining wall : RM225,000
Timbus tanah : RM100,000
engineer : RM30,000
TOTAL :RM750,770

JUAL
Tanah tuu boleh pecah 7 plot
1 plot bungalow : 5770kp
Sekaki area tuu dalam RM25
Jadi 5770 x 7 x RM25 : RM1,009,750

UNTUNG
Jual - modal
RM1,009,750 - RM750,770 : RM258,980

Margin untung kecik sangat laa.. 2 tahun layan benda nii.. cuma untung RM258,980.. sikit sangat.. kos mahal kat retaining wall ngan tambak tanah

Ok laa.. apa pun.. layan gambar kat bawah nii

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012-3193576









BERCUTI SAMBIL MEMBACA

Untuk cuti raya Aidiladha kali nii.. aku balik Beranang. Kampung mak aku. Best sangat sambutan raya kali nii.. sebab kami penduduk kampung.. pakat ramai-ramai buat ibadah korban.. 3 ekor lembu tumbang.. tapi yang paling syok.. sekampung turun padang

Selain tuu.. aku tengok.. anak-anak aku.. Si Naufal dan Si Aisy.. seronok gila.. tengok lembu kena sembelih.. ye laa budak-budak.. macam-macam dia orang nii nak tahu.. penat gak aku nak menjawab.. he he he

Bila raya.. waktu nii laa aku boleh jumpa kekawan lama.. boleh laa kita orang borak panjang.. bincang pasal projek.. discuss pasal bisnes dan lelain

Bukan tuu jee.. cuti kali nii gak.. aku berjaya habiskan baca.. 4 bijik buku..

1. Buat duit dengan YouTube tulisan Zamri Mohamad
2. Sleep & Get Rich tulisan Pearlin Siow
3. Get Rich Faster tulisan Azizi Ali
4. Rich dad poor dad (versi Melayu) tulisan Robert Kiyosaki

Bestttt… ada banyak benda-benda baru.. aku belajar dari penulis nii.. bak kata Azizi Ali.. sekarang nii semua orang ada masalah.. macam masalah kewangan.. masalah berat badan.. masalah rumah tangga.. masalah bisnes dan lelain.

Dan kumpulan nii.. mereka nak segera selesaikan masalah tadi.. tak dee masa lagi nak try and error. Jadi untuk penuhi impian dia orang nii..

Mengapa tak.. pengalaman yang kita ada.. dalam financial, hartanah lelong, masalah tanah.. kita kumpulkan bebaik.. paketkan dia cantik-cantik.. dalam macam-macam format.. pastu kita jual

Bagi aku laa.. kalo kita bekerjasama.. dibantu dengan network yang kita ada.. aku percaya.. kita boleh buat benda nii.. korang rasa macam mana?

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUIR, HAFIZAL 012-3193576

Saturday, November 28, 2009

SALAM AIDILADHA

Dikesempatan nii.. aku nak ucapkan salam Aidiladha.. kat semua kawan-kawan blog.. tak kira kat mana korang duduk.. samada kat Malaysia atau pun kat obersi

Bagi mereka yang terpaksa pindah sebab banjir.. aku doakan moga-moga banjir kali nii.. cepat-cepat surut.. yelah sebab berlaku dalam waktu aidiladha.. pasni di harapkan supaya korang boleh laa balik ke rumah masing-masing.

Bagi gang-gang yang balik kampong.. bawak kreta bebaik.. ingat orang tersayang.. moga korang selamat balik dan selamat kembali

Bagi kekawam kita yang pergi tunaikan haji kali nii.. atau ada sanak saudara yang gi haji… aku doakan moga kalian dapat haji yang mabrur.. dan selamat pulang ke tanah air

Akhir sekali.. salam aidilahda dari aku sekeluarga

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012-3193576

Tuesday, November 24, 2009

KORANG ADA LAND BANK TAK?

Hari nii.. sebelah pagi aku ada 1 meeting kat KL.. pastu 1 meeting Bangi.. pastu 2 meeting kat Seremban.. pastu 2 meeting kat Sepang.. last sekali 1 meeting kat Nilai.. tapi apa pun.. alhamdulillah sangat… semua meeting aku.. berjalan lancar.. syukur sangat

Ok laa.. apa yang best hari nii.. aku berpeluang borak panjang ngan Mr. Z. Dia nii ada banyak tanah.. kat area Sepang… huyooo kayo kayo laa kekawan kita..

Ada banyak benda baru.. aku blaja ngan Mr Z hari nii.. Salah satu bab.. yang kita orang bincangkan.. pasal land bank..

Kalo mengikut pendapat Mr Z.. land banking nii.. tanah yang kita beli.. tapi bukan untuk kita gunakan.. tapi kita pegang dia.. ngan harapan suatu hari nanti.. nilai tanah tuu akan naik.. pastu kita kasi jual

Bak kata Mr Z tadi “Land is the basic of all wealth” pastu “The best investment on earth, is earth” huyooo bermadah madah lah pulak Mr Z kita.. he he he

Bagi aku laa.. best invest kat tanah nii.. sebab tanah tak dee harga syiling.. nilai dia sentiasa naik.. lagi lama kita pegang.. lagi laa mahal harga dia

Cuma main tanah nii.. modal nak kena banyak sikit.. tak boleh harap loan kat bank jee.. interest mahal bro..

Selain tuu.. tanah nii benda asas.. kita boleh upgradekan dia.. bole jadikan macam-macam.. bergantung pada zooning tanah tuu.. boleh bikin lot rumah.. lot kedai.. lot industri.. buat kebun.. buat resort.. memacam laa.. terpulang laa kat korang

Tapi invest tanah pun ada saat kecewa gak.. bila tanah yang kita ada.. kita kasi jual.. pastu pembeli baru tuu.. upgrade tanah tadi jadi cun gila.. sampai nilai tanah tuu naik gila-gila.. waktu tuu menyesal bro.. menyesal.. he he he..

Pesan aku.. kalo korang ada tanah.. pastu korang rasa nak jual.. bagus korang kasi upgrade tanah tuu dulu.. kasi buat cun-cun.. dapatkan nilai harga yang paling maksima.. pastu baru jual.. kalo tak.. korang menyesal tak sudah.. hu hu hu

Ok laa.. bye bye

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012-3193576

Tuesday, November 3, 2009

KE MANA ARAH KITA SELEPAS NI?

Aku perhatikan sekarang nii.. acara lelong rumah semakin sengit.. kalo ada jee rumah menarik.. berduyun-duyun geng kita masuk.. he he he

Baru korang tau.. betapa hebatnya group kita.. ramai yang kaya-kaya. Kita ada.. doctor.. lecturer.. engineer.. investor.. taukeh minyak.. tuan haji.. dato.. tan sri.. semua ada

Kalo masa awal-awal dulu.. kat dewan lelong tuu.. kita boleh la kira ngan jari.. berapa ramai orang Melayu masuk auction

Kalo dulu.. kita senang-senang jee beli rumah rezab bumiputra.. ngan harga RP. Tapi sekarang nii.. tak lagi.. kadang-kadang tuu.. kita terpaksa bersaing sesame sendiri

Ini tunjukkan.. kumpulan kita dah boleh.. berdiri sama tinggi.. duduk sama rendah.. ngan bangsa lain. Tahniah untuk kita semua.. tahniah.. tahniah

Jadi aku percaya.. selepas nii.. investment kita tak terhad kepada rumah lelong jee.. mungkin ada yang akan upgrade kepada benda-benda baru..

Sekarang nii pun.. ada kekawan kita dah main francais.. mereka bukak Ani Sup Utara.. 1901.. Kumon.. dan lelain

Ada gak yang dah start beli tanah.. nak buat lot-lot bungalow.. sebahagian mereka jual.. sebahagian lagi mereka simpan.. dan nilai pelaburan mereka.. mencecah jutaan ringgit.. wowowowo.. tahniah untuk korang

Tapi apa yang aku lebih bangga.. ramai kekawan kita.. dah pun berhenti kerja.. mereka berusaha untuk majukan bisnes masing-masing.. tahniah kepada Sifu Pie.. Sifu Faris.. Sifu Bri.. Sifu El..

Kalo laa mereka semua tuu… dah ada arah masing-masing.. ke mana arah kita selepas nii ekk?

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012-3193576

Monday, November 2, 2009

RAHSIA “TANAH” ORANG CINA TERBONGKAR

Sejak dua menjak nii.. aku selalu meeting kat Balakong, meeting ngan taukeh kilang. Hebat-hebat mereka ni. Kaya raya.. tanah berpuluh ekar..

Istimewanya kumpulan nii.. mereka langsung tak kisah bab bayaran.. asalkan apa yang mereka rancang.. dia orang boleh dapat.. mereka sanggup bayar

Bukan senang beb.. nak jaga hati mereka. Service aku kena tip top.. mereka call jee untuk meeting.. dalam tempoh 2 jam.. aku mesti sampai..

Bila borak ngan taukeh-taukeh nii.. macam-macam benda baru.. aku boleh belajar. Terutama teknik dia orang buat bisnes, teknik mereka gandakan duit dan teknik beli hati klien

Macam salah sorang klien aku nii.. nama dia Mr L. Dulu dia nii kerja balak kat Pahang. Pastu jadi driver lori balak. Pastu ambik sub tebang balak. Last-last jadi taukeh balak

Untung dari niaga balak tadi.. dia banyak beli tanah.. kat kawasan Balakong. Masa tuu area nii banyak kilang haram. Tapi dia belasah jee beliii. Selamba badak jee

Bila dah beli.. tanah tadi dia ratakan ngan jentolak.. pastu kasi pagar zink dan letak 2-3 bijik kaben buruk. Pastu dia sewakan tanah tuu kat kilang lain.. untuk jadikan stor.. dia buat konsep yang sama gak.. ngan tanah-tanah dia yang lain

Bila dah ada penyewa.. dia kasi upgrade tanah tuu.. dari kategori pertanian kepada industri. Kononya nak elak kena saman.. ngan majlis perbandaran.. pastu kononya nak tolong kerajaan negeri.. sebab mereka bayar premium.. poooodahhh.. he he he

Sebaliknya mereka nak kan nilai tanah tadi naik .. berganda-ganda.. mungkin dari RM350K sekar sebelum nii.. kepada RM1.2 juta sekar selepas ditukar syarat.. banyakkan.. tu baru sekar.. kalo ada 3 ekar.. sudah jadi RM3.6 juta.. wowowow.. hebatkannn..

Bila nilai tanah dah naik.. mereka pun cepat-cepat.. chargeee tanah tadi kat bank.. untuk dapatkan overdraf..

Jadi mereka masih ada lagi tanah.. setiap bulan masih lagi makan sewa.. pastu ada cash lagi.. seronokkannn

Korang tak tercabar kee?

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012-3193576

KURSUS PERTANIAN

Kepada kekawan semua.. korang dijemput datang ke seminar pelaburan pertanian untuk usahawan dan syarikat swasta

Pada 3 & 4 November 2009 dari jam 8 pagi sampai 5 petang
bertempat kat PNB Ilham Resort. Port Dickson. Negeri Sembilan

Anjuran Jabatana Pertanian Putrajaya

Penyertaan adalah adalah percuma

Untuk keteranagn lanjut.. sila berhubung terus dengan En Daud : 013-3987248, Pn Noridah 012-2256595, Pn Salina 012-3710860, En Zul 013-6406992

Bye bye

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012-3193576

  © Blogger template 'Fly Away' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP