Friday, July 31, 2009

DEMAM PETROL STATION

Sejak dua menjak nii.. aku ada banyak kes.. kekawan yang nak bukak petrol station

Dan petang semalam gak.. aku ada meeting kat Cyberjaya.. bersama aku semalam anak Dato Z dan anak Dato S

Focus perbincangan kita orang.. pasal cara-cara nak buat petrol station.. Sebab mereka nii ada tanah kat kawasan Dengkil. Mereka cadang nak buat KEBENARAN MERANCANG.. bila lulus KM tuu nanti.. pastu mereka nak jual tanah berkenaan kat syarikat minyak

Kononnya mereka ada orang dalam.. mereka dah pun berbincang.. katanya orang dalam tuu dah pun setuju untuk beli tanah berkenaan.. ngan harga yang agak mahal lak tuu..

Bab macam mana mereka deal ngan syarikat minyak tuu.. aku tak berapa paham laa.. tapi katanya kalo projek nii on.. bole untung juta-juta.. wowowow..

Bestnya.. mereka cuma beli tanah jee.. pastu mereka upgrade status tanah tuu jadikan petrol station.. pastu jual kat syarikat minyak.. untung lak boleh juta-juta

Pada pendapat aku laa.. kita kena hati-hati ngan bisnes cam nii.. jangan ikut perasaan.. sebab ada gak kes klien aku sebelum nii.. KM tanah mereka dah pun lulus.. tukar syarat tanah dah lulus gak.. tapi syarikat minyak tak jadi beli tanah mereka.. rugi beb

Alasan mereka.. kenderaan yang lalu kat jalan tuu.. tak cukup banyak.. jadi mereka cancel beli tanah berkenaan..

Bagi kes cam nii.. bukan untung juta-juta lagi.. tapi dah rugi juta-juta.. hu hu hu.. ok laa.. bye bye


INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012-3193576

Thursday, July 30, 2009

BENDA APA AKU NAK JUAL NI?

Untuk hari nii.. aku nak syer ngan korang pasal memilih produk, benda apa yang paling sesuai ngan kita

Bagi aku laa.. nak pilih produk atau perkhidmatan untuk dijual nii.. tak ubah macam nak carik bini.. hu hu hu. Produk atau perkhidmatan tuu mesti ngam ngan kita. Pendek kata.. kita makan ke, tido ke, buat apa benda pun.. asyik teringat benda tuu jee..

Aku percaya.. setiap orang mesti ada minat masing-masing.. macam

Sifu Pokli minat ngan emas
Sifu Faris lebih kat uruskan rumah lelong
Sifu Pie lebih kat pelaburan hartanah

Mereka nii.. bukan sekadar minat jee.. tapi mereka happy, pastu mereka seronot syer pengalaman mereka, dan paling best, dia orang nii mampu turn minat tadi jadi duit.. hebatkan

Tercabar beb.. bila dengar cerita sifu-sifu kita.. mereka boleh untung puluh ribu ringgit setahun.. hanya buat benda yang mereka suka

Rasa-rasanya lepas nii.. kita nak jual benda apa lak ekk?

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012-3193576

Tuesday, July 28, 2009

PECAH GERAN - TANAH PERTANIAN KURANG SEKAR

Suka aku war-warkan kat korang semua.. kalo laa korang ada masalah tanah pusaka, yang satu geran banyak nama.. ada nama atok, angah, makcik tu, makcik nii.. sekarang nii korang dah bole mohon untuk pecah geran

Aku ada beberapa projek tengah on.. Ni kira pilot projek laa nii.. kalo laa projek nii boleh berjaya.. Insyaallah.. pasni boleh laa aku tolong orang lain lak.. terutama uruskan tanah-tanah pusaka.. kebanyakkannya melibatkan tanah orang Melayu.. kat kampung-kampung

Kesian kumpulan nii.. mereka ni ada tanah.. tapi tanah mereka tuu.. 1 geran banyak pemilik.. kalo laa tak diuruskan bebaik.. rugi laa

Tanah yang banyak nama.. tak boleh nak cagar kat bank.. nak buat loan kerajaan pun tak leh..

Pastu bila 1 geran banyak nama nii.. selalunya.. tuan-tuan tanah mesti gaduh pasal sempadan

Kalo nak jual tanah lak.. tak ramai yang minat nak beli.. sebab pihak bank tak nak bagi loan.. kesian kan

Kalo laa projek nii berjaya.. sebenarnya ada banyak peluang investment tanah.. yang boleh aku syer ngan korang nanti.. korang boleh buat duit oooo.. mesti masssuukkkkk punya

Oklaaa.. doakan aku ekkk

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012-3193576

AKU SUKA DIRI AKU SENDIRI

Aku baru jee habis baca 1 lagi buku.. tajuk buku nii “ THE PSYCHOLOGY OF SELLING” tulisan BRIAN TRACY gak

Korang perasan tak.. selalunya kita nii.. nak jadi macam orang lain. Nak tiru macam orang lain.. kejap nak jadi petani laa.. nak bukak kedai makan laa.. nak jadi penulis laa.. last-last kita tak focus

Lebih teruk lagi.. kita asyik puji orang lain jee.. misalnya
“mamat tuu hebat laa.. kambing dia ada 1000 ekor”..
“mamat tuu kaya laa.. ada 10kg emas”
“mamat tuu mewah laa.. rumah sewa ada 15 bijik”

Kalo laa.. kita selalu sangat puji orang lain.. sapa lak nak puji diri kita sendiri.. tul tak? Akhirnya emosi kita terganggu. Pastu mungkin kita rasa rendah diri.. tak yakin diri

Untuk atasi cabaran tuu.. penulis buku nii cadangkan supaya, kita puji diri kita sendiri.. katakan banyak kali.. kalo boleh lebih 30x sehari

“aku sayang diri aku sendiri”
“aku suka diri aku sendiri”
“aku suka profesion aku”
“aku jugak genius”

Bila kita sebut ayat-ayat macam nii.. sebenarnya semangat diri kita akan naik.. pastu bila kita ulang-ulang banyak kali lagi.. secara tak langsung.. keyakinan kita akan bertambah.. prestasi kerja pun akan meningkat

So apa kata.. jom kita puji diri kita sendiri.. hu hu hu

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012-3193576

Monday, July 27, 2009

ORANG KAYA SELALUNYA BANYAK MEMBACA

Hari nii aku nak syer ngan korang.. pasal buku yang baru jee habis aku baca.. tajuk buku nii THE ART OF CLOSING THE SALE.. yang ditulis oleh BRIAN TRACY

Bagus gak buku nii.. sebab ada banyak benda baru.. yang boleh aku belajar.. terutama yang melibatkan amalan membaca

Kata penulis buku nii.. amalan membaca nii.. akan suburkan minda kita. Caranya sekurang-kurangnya kita peruntukan masa selama 30 – 60 minit setiap hari.. kita mesti membaca buku.. terutama yang berkaitan ngan bidang kita

Sapa-sapa minat hartanah.. baca laa buku hartanah.. sapa minat pelaburan.. bole baca buku pelaburan..

Sebab kata penulis lagi.. apa yang kita masukkan ke dalam minda, dalam masa satu jam pertama setiap hari, menentukan keadaan minda kita sepanjang hari.. wowowowowo.. hu hu hu

Katakan kita membaca 30 minit sehari.. seminggu kita boleh habiskan satu buku.. kalo setahun 50 buah buku.. kalo sepuluh tahun sudah 500 buku.. kalo dah baca 500 buah buku tuu.. tuu dah tahap gaban tuu. hu hu hu

Oklaa.. rasa-rasa pasni korang nak baca buku apa ekkk?? Renung-renungkan

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012-3193576

Monday, July 20, 2009

UPGRADE DOA KORANG

Hari nii aku nak sambung lagi.. hasil perbincangan aku dengan Saiful. Satu benda yang aku rasa.. bagus aku syer ngan kekawan semua

Selain cerita pasal matlamat.. Saiful ada sentuh pasal doa.. korang perasan tak.. macam mana kita berdoa?

Bagi kes aku.. aku berdoa main hafal jee. Yelaahh dulu masa zaman sekolah.. Ustaz paksa kita orang.. hafal doa lepas sembahyang.. sapa tak hafal.. kena rotan.. hu hu hu… jadi semua budak-budak takut laa

Akibatnya sampai sekarang nii.. aku berdoa.. “doa hafal” sebenarnya.. Jadi dulu.. kini.. selamanya.. tuu laa doa aku.. he he he.. tak dee improvement..

Aku bagi contoh laa.. salah satu doa untuk bukak rezeki cam nii..

Yaallah.. sekiranya rezeki kami masih dilangit maka Kau turunkan
Sekiranya rezeki kami masih di dalam bumi maka kau keluarkan
Sekiranya rezeki kami masih jauh maka Kau dekatkan Ya Allah
Sekiranya rezeki kami haram maka Kau sucikan
Sekiranya rezeki kami susah maka kau mudahkan Ya Allah

Kata Saiful.. doa macam nii bagus sangat.. tapi lagi bagus.. kita tambah lagi.. yang lebih spesifik.. misalnya

“Ya Allah, kami mohon kepada Mu.. Supaya Kau segerakan.. tingkatkan pasif income kami.. dari RM6K kepada RM10K… menerusi hartanah.. Agar kami menjadi hamba yang merdeka”

Korang rasa.. kalo kita tambah macam nii.. salah tak???



INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012 3193576

Saturday, July 18, 2009

VISUALKAN MATLAMAT KORANG

Semalam aku solat Jumaat kat Bangi.. lepas sembahyang Jumaat tuu.. aku ajak Saiful Planner gi lunch... sebab lama betul aku tak jumpa dia..

Korang nak tahu.. Saiful nii adalah consultant.. dalam perancang Bandar... anak muda yang berbakat besar.. pakar dalam town planning.. hu hu hu.. Kalo klien aku nak tukar syarat kee, nak upgrade tanah kee.. Saiful nii laa tempat rujuk aku..

Biasalah.. kami selalu bincang pasal projek tanah nii.. 5 minit jee.. selebihnya kami borak pasal benda lain.. pasal inbestment.. pasal duit.. macam-macam lagi laa

Dalam borak2 tuu.. Saiful ada sentuh pasal matlamat.. yelah bagi saiful.. semua orang mesti ada matlamat.. ada matlamat jangka pendek.. ada yang matlamat jangka panjang.. konon kita nak kaya laa.. nak pandu kereta besar laa.. nak ada duit banyak laa.. nak ada ladang ribu ekar la.. banyak lagi laa.. tul tak?

Korang perasan tak.. selalunya matlamat kita tuu tak spesifik.. tak jelas.. susah nak digambarkan oleh minda.. dan kotak fikiran kita sentiasa bertukar-tukar

Jadi Saiful cadangkan.. kenapa tak kita gambarkan matlamat tadi.. kita visualkan matlamat tadi supaya lebih jelas.. Untuk mudahkan minda dan tindakan kita.. capai matlamat yang kita inginkan..

Pastu setiap hari.. kita mesti tengok.. kita mesti tatap matlamat tadi.. sebelum kita pergi kerja, kita tengok sekali.. pastu sebelum tidur pulak, kita tengok sekali lagi

Aku bagi contoh macam nii laa : 10 tahun lagi aku mesti ada..






Korang rasa-rasa laa.. teknik macam nii berkesan tak?

Jom bincang-bincangkan..

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012-3193576

Wednesday, July 15, 2009

JANGAN SUSAHKAN TUAN TANAH YANG LAIN

Hari nii aku ada meeting kat Pejabat Tanah Bangi.. biasalah.. apa lagi.. kalo tak bincang, masalah tanah yang tak habis-habis

Al kisah ceritanya.. klien aku nii.. Si Kak N.. dulu dia beli tanah.. 2 ekar kat Hulu Langat.. tapi geran dia kongsi-kongsi.. dia kongsi ngan Abang R sekar dan Datin H sekar

Sekarang nii.. mereka semua dah tua-tua.. jadi masing-masing nak dapatkan geran individu.. kononya mudah nak bagi kat anak-anak

Aku setuju usaha kak N nii.. yelah kalo geran kongsi-kongsi nii.. nak gadai kee.. nak jual kee.. susah beb.. sebab nak kena dapatkan persetujuan semua tuan tanah

Malangnya usaha kak N terbantut sikit.. sebab Abang R dan Datin H.. tak nak bagi kerjasama. Mereka macam tak peduli jee.. kesian kak N

Tapi syukur laa kak N tak cepat putus asa.. dia mengadu masalah nii kat pejabat tanah.. dan tadi alhamdulilah.. nampaknya mesyuarat berjalan lancar.. tak dee pun bantahan dari Abang R dan Datin H..

Insyaallah dalam sebulan lagi.. permohonan kak N akan lulus.. dan bole laa kak N dapat geran individu.. tahniah kak N

NILAI TANAH
Nilai tanah untuk area nii dalam RM120K sekar
Kak N ada 2 ekar : 240K
Abang R sekar : 120K
Datin H sekar : 120K
TOTAL : RM480K

UPAH UKUR
Upah pecah geran tanah dalam : 6.5K

HASIL
Kak N dapat geran individu.. atas nama kak N sendiri.. nilai tanah dia RM240K.. nak jual kee.. nak gadai kee dah senang dah..
Abang R dan Datin H.. masih lagi geran kongsi-kongsi

Aku heran laa.. kenapa laa mereka nii.. tak nak uruskan tanah mereka ekkk.. rugi laa.. bukan dia jee rugi.. kita pun rugi gak… sebab tanah tuu tanah rezab Melayu.. last last Melayu gak yang rugi.. hampeh betul laa

Kalo laa.. Abang R ngan Datin H nak bagi tanah free.. korang rasa korang nak tak?


INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012-3193576

Tuesday, July 14, 2009

HULU LANGAT - TANAH UNTUK DIJUAL

Suka aku bagi tau kat kekawan sekelian.. ada tanah untuk dijual kat Hulu Langat. Kat Lembah Azwen, Lot 2058 GM811

Tanah nii berkategori perniagaan.. tuan tanah dah pun convert dari kategori pertanian kepada perniagaan. Luas tanah nii 4e 2r 10p @ 1.8464 hektar. Berkedudukan kat lapis yang kedua dari jalan besar

Tuan tanah nak jual ngan harga RM150K se ekar.. murah banget nii (harga boleh runding lagi)

Untuk sapa-sapa yang berminat.. nak buat site visit.. bole call aku.. jangan malu.. jangan segan..

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012-3193576

BUKAK BOOTH KAT WISMA TANI PUTRAJAYA







Semalam kami bukak booth kat Wisma Tani.. kat Putrajaya.. Antara gang-gang kita yang datang.. Pie, Bling2, El, Nogix, Faris, Muazam dan aku sendiri..

Kita orang telah dijemput oleh pihak Kementerian Pertanian (En Daud) untuk bukak booth nii.. Bersempena majlis “ Seminar Pelaburan Pertanian Untuk Usahawan Dan Syarikat Swasta Tahun 2009 ” yang diresmikan oleh Dato Noh Omar

Ni kira pengalaman pertama aku bukak booth nii.. sebelum nii tak pernah aku buat benda cam nii.. ayooo malunya nak cakap ngan orang ramai..

Cam mana pun.. secara keseluruhan program nii.. memang best.. banyak benda baru aku belajar

Hasil dari seminar nii.. baru aku tahu.. sebenarnya kalo kita serius invest dalam sektor pertanian.. banyak subsidi dari kerajaan.. yang boleh kita dapat beb..

Selain tuu.. aku belajar macam mana nak urus booth.. bukan senang beb.. cabaran paling besar.. adalah perasaan malu

Untuk atasi cabaran malu nii.. aku pun cuba laa beranikan diri.. bagi brochure kat tetamu yang datang.. aku try explain laa aktiviti kita.. ada yang dengar.. dan ramai gak yang lari.. ha ha ha.. syok syok..

Tapi bila dah 3-4 kali berjaya explain kat tetamu.. baru laa.. confident sikit.. baru laa tak malu lagi.. ha ha ha

Baru aku tahu.. macam mana perasaan budak-budak kerja sale.. yang bukak booth kat pasaraya tuu.. kadang-kadang mereka promote kredit kad la.. jual hartanah laa.. nampak jee senang kan.. tapi bukan sesenang yang disangka

Oklaa.. bye bye

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012-3193576

Saturday, July 11, 2009

AKU BUKAN MALAS.. TAPI AKU TAK TAHU

Hari nii.. aku nak syer ngan korang.. pengalaman aku dihina.. benda nii masih teringat-ingat lagi laa.. sampai hari nii.. hampeh tul laa..

Al kisah ceritanya.. Rabu lepas.. aku ada discussion ngan klien.. discuss kerja ukur laa.. biasanya bincang ukur nii 5 minit jee. Pastu kita orang merapu benda lain.. bincang pasal bisnes laa.. pasal ekonomi laa

Bila sentuh pasal bisnes jee.. hampeh tul.. aku kena kutuk kow-kow laa.. dragon ball tul la puak nii

Keciknya hati aku.. bila orang lain kata.. aku nii orang yang malas.. tak suka ambik risiko,.. tak berani.. tak pandai meniaga.. tak boleh bersatu.. tak pandai belaja.. tak kenal pesaing.. terlalu dimanja oleh kerajaan dan macam-macam lagi laa

Hampeh tul lah.. rasa tercabar gak.. bila mereka kata cam tuu.. tapi aku tak cepat merajuk.. semua tuu cabaran untuk aku. Biarlah mereka kata aku nii bodoh.. aku nii malas.. tapi sesekali.. aku tak mengaku.. aku nii bodoh @ malas

Aku tahu.. mereka ejek aku.. sebab mereka nampak terlalu banyak peluang.. kerajaan bagi kat aku.. tapi kenapa aku tak pandai nak rebut.. kenapa aku dok diam cam tuu jee.. kenapa aku tak pergi usaha

Gang.. aku bukan malas.. tapi maklumat tuu tak sampai.. aku tak tahu.. peluang-peluang yang aku boleh ambik.. khasnya untuk bumiputra.. yang aku tahu cuma ASB jee..

Ooooo.. korang ketawakan aku yeeee.. ketawa yeee.. (entah-entah korang pun sama cam aku gak tak?) ha ha ha

Aku ambik contoh laa.. cuba korang tengok sekarang nii.. bila kita syer info pasal OD ASB.. pasal pelaburan hartanah lelong.. financial IQ.. apa dah berlaku.. TERBUKTI kita jugak bole bersaing ngan puak mereka. TERBUKTI bukan la puak mereka tuu hebat sangat

Kalo tak caya.. cuba tanya sifu Faris.. dah berapa banyak rumah.. dia bidkan untuk kekawan kita.. banyak tuu broo.. asal ada tempat menarik jee, group kita sapu bersih

Jadi aku cadangkan laa.. apa kata kita upgrade sikit.. tak susah pun.. sapa2 ada maklumat pasal peluang pelaburan.. terutama dari kerajaan.. geran kee.. peruntukan kee.. francais kee.. AP kee.. tender kee.. apa jee laa.. benda-benda yang kita sama-sama boleh buat duit.. apa kata kita syer maklumat tuu.. kita war-warkan dalam blog

Percaya lah.. tak rugi kita syer-syer .. kongsi-kongsi nii.. semua tuu untuk kebaikan kita bersama.. percayalah.. kita bukan orang malas.. kita bukan bangsa yang bodoh.. tapi maklumat pelaburan tuu tak sampai kat kita..

Korang rasa kita boleh upgrade tak?

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012 3193576

Thursday, July 9, 2009

LU SAPA? WA SAPA?


Korang nampak tak kedai mereka tuu.. Penuh ngan stall.. pastu lak ramai pengunjung. Ada yang jual satey, ada jual mee, ada jual nasik dan macam-macam lagi laa..

Pendek kata.. apa yang pengunjung nak.. semua ada kat sini.. sebab tuu laa tempat nii famous.. tapi jangan lak korang try makan kat sini ekk.. tak halal beb.. lembu pendek pun ada oooo

Konsep mereka nii simple jee.. apa yang aku tahu.. tuan kedai cuma jual air.. yang stall lain tuu.. mereka sewakan.. sewa lak murah-murah jee.. jadi ramai lah peniaga yang mampu

Istimewanya mereka nii.. setiap stall tak jual benda yang sama. Heran lak aku.. macam mana laa mereka nii boleh sepakat ekk?

Aku rasa laa.. mereka nii kenal siapa pesaing mereka kot.. mereka tak bersaing sesama mereka. Sebaliknya mereka tolong menolong, pastu kerjasama lak. Sebab tuu mereka hebat kan

Korang rasa, orang Melayu boleh sepakat macam mereka tak?

Luu orang pikir laa sendiri.. ha ha ha

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012-3193576

LOT BUNGALOW UNTUK DIJUAL








Kekawan.. ada tanah untuk dijual kat Desa Bukit Sentosa, Teras Jernang, Bangi

Lot bungalow seluas 5522kp. Harga RM150,000 (boleh runding). Dalam sekaki persegi RM27.00

Siap dengan semua kemudahan. Ada api, ada air, line tipon. Pastu lot tuu dikelilingi oleh rumah-rumah jiran.. Memang cun.. memang selesa

Ok.. sapa-sapa berminat.. bole call aku.. untuk site visit

Bye-bye..

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012 -3193576

Wednesday, July 8, 2009

TUKAR HOBI JADI DUIT


Untuk hari nii.. aku nak syer ngan korang.. hasil perbincangan aku ngan Muazam (penghulu juruukur) dan En Amir (sifu ikan hiasan) ha ha ha

Sebenarnya ada banyak benda baru.. aku belajar hari nii.. terutama macam mana nak tukar hobi jadi duit.. memang hebatlah idea korang.. superb.. tima kasih Muazam, tima kasih En Amir.. sanggup syer idea ngan aku

Ok laa.. Aku percaya.. setiap kita nii.. mesti ada hobi.. tak kisah hobi apa pun.. macam Pie & Tuah.. mereka suka rider.. bawak motor besar.. UncleDodi suka fotografi.. sifu gambar..

Keown lak.. suka kereta control.. macam-macam koleksi dia ada.. Tokeh Azman.. suka muzik.. pandai main band.. En Amir pulak.. suka ikan hiasan.. kalo cerita bab ikan jee.. dia laa hero.. ha ha ha

Hobi aku?.. ha ha ha.. malu la nak bagi tau.. ha ha ha.. tapi wife aku bagi tau.. dia nampak sangat.. aku nii suka sangat menulis.. betul kee? Sedangkan aku main belasah jee.. he he he

Korang perasan tak.. hobi nii.. benda yang pelik.. benda yang ajaib.. selalunya kita tak perasan pun.. tapi orang lain yang nampak..

Mana tak nye.. kalo sapa yang minat mancing tuu.. segala mak bapak ikan, segala jenis tali.. batu pancing, mata kail, lubuk, semua benda dia tahu.. Sedangkan masa kat U dulu.. tak pernah pun dia belajar bab ikan, tul tak?

Kata En Amir.. nak tukar hobi jadi bentuk duit.. tak susah pun.. Cuma kena upgrade sikit jee.. kalo dulu kita borak hobi kita.. ngan kekawan jee.. tapi sekarang nii.. luahkan dalam bentuk blog.. ceritakan hobi kita.. dalam blog.. supaya bole syer ngan ramai kekawan

Pastu ajar kekawan.. kasi free consultation.. dan ajak kekawan lain joint kita.. katakan kalo laa ada kekawan yang minat.. jeng jeng jeng,, itu sudah masyukkkk..

Duit yang kita dapat tadi.. kita kasi kumpul-kumpul.. pastu invest dalam property.. jadi dari duit hobi, pusing beli hartanah.. hebat kan

Kalo laa orang lain, boleh turn hobi mereka jadi duit.. rasa-rasa kita boleh buat tak?

Ok.. bye bye

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012-3193576

Tuesday, July 7, 2009

SEMINAR PELABURAN PERTANIAN UNTUK USAHAWAN DAN SYARIKAT SWASTA TAHUN 2009

Suka aku war-warkan kat gang semua.. untuk sesapa yang minat nak buat projek pertanian.. korang dialu-alukan untuk datang seminar nii.. mesti meletup punya.. sebab sifu aku (En Daud Otheman) terlibat secara langsung dalam program nii..

Wowowo.. boss Daud siap bagi talk lagi.. ha ha ha

Program nii khas untuk bumiputra jee.. jadi aku rasa.. bagus kita ambik peluang..

Ok.. program nii akan diadakan pada :

Tarikh : 13 Julai 2009 & 14 Julai 2009 (Isnin & Selasa) (2 hari)

Jam : Dari pukul 8.00 pagi sampai 5.00 petang
Tempat : Dewan Serbaguna, Wisma Tani Lot 4G1

Benda-benda yang akan dbincangkan antaranya :

1. Peluang-Peluang Pelaburan Pertanian- Subsektor Tanaman

2. Prosedur dan kaedah Bagaimana Untuk Mendapatkankan Sumber Modal dan Insentif

3. Pendekatan Moa Inc. Dalam Menjayakan Projek Pertanian dan Prosedur Permohonanan Moa Inc.

4. Insentif Percukaian Di Bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 Bagi pengeluaran Bahan Makanan Yang Diluluskan dan Tatacara Permohonan

5. Kemudahan Dana ‘Venture Capital’ Untuk Mengukuhkan Projek Pertanian

6. Kemudahan Perlindungan Takaful (Insurans) Pertanian dan Industri Asas Tani

7. Kemudahan Modal bagi Projek Pertanian dan Industri Asas Tani

Jadi untuk sesapa yang minat .. sila bagi nama korang.. korang bole berhubung terus ngan En Daud ( HP : 013 -3987248 )

Datang.. jangan tak datang.. jumpa di sana.. di sana.. ha ha ha

Oklah .. bye bye

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012-3193576

Monday, July 6, 2009

APA YANG KORANG NAK DARI KOPERASI?

Alhamadulilah.. akhirnya berjaya jugak.. kita adakan mesyuarat koperasi kali yang pertama.. meriah sungguh.. ramai kekawan yang datang.. semuanya taikon-taikon tuu.. ha ha ha

Istimewanya koperasi ni KOPERASI HARTANAH SELANGOR BERHAD.. kebanyakkan kita.. mula-mula dulu.. kita kenal menerusi internet.. pastu kita ber TT.. dan sekarang nii.. dah ada koperasi lak.. alhamdulilah.. perkembangan yang amat sihat

Pada mereka.. yang telah dilantik menjadi lembaga pengarah.. aku nak ucap tahniah.. pasni korang kena kerja kuat untuk ahli ekk.. korang kena berkorban untuk ahli.. mengahlikan ekonomi koperasi.. Percayalah.. rakan-rakan lain akan menilai korang

Untuk warga koperasi lak.. jom lah kita bekerjasama.. kita rapatkan barisan.. kita rebut peluang hartanah kat luar sana

Yakinlah.. kita juga boleh berjaya macam bangsa lain.. sebab dengan pelaburan hartanah.. semua nii tak mustahil

Untuk melicinkan pentadbiran koperasi.. apa kata.. kalo bole kita listkan.. apa benda yang korang nak dari koperasi.. tujuan dia.. untuk mudahkan lembaga pengarah nak buat kerja

Untuk kekawan blog yang lain.. korang boleh gak bagi pandangan.. jangan memalu.. jangan segan..

Ok lah.. jom kita senaraikan

1. aku nak koperasi bantu memerdekakan ahli.. supaya setiap ahli ada pasif income lebih banyak dari perbelanjaan bulanan mereka


2. aku suka.. kalo bole koperasi dapat salurkan maklumat financial terkini.. loan mana terbaik.. kaedah baru nak buat loan dan lain-lain info.. maklumlaa.. ramai ahli nii buta financial (aku la tuu.. ha ha ha)


3. aku nak invest.. beli kedai sesorang.. aku tak larat.. jadi aku harap.. dengan koperasi nii.. kita dah boleh mula.. invest kat bangunan kedai lak..

4. Aku seronok sangat.. kalo bole.. ngan koperasi nii.. ahli boleh beli tanah pertanian dgn harga murah.. masing-masing ada kebun

5. Aku tak suka.. koperasi berniaga ngan ahli.. koperasi ambik untung dari ahli.. tak seronot lahh.. sebaliknya ahli adalah raja.. kalo koperasi nak untung.. koperasi boleh niaga ngan orang luar

6. Bagi ahli yang belom ada rumah untuk tinggal.. bole daftar nama ngan koperasi.. koperasi bantu mereka untuk dapatkan rumah

7. Aku nak koperasi adakan program.. ajar ahli.. pasal financial.. pengurusan duit

8. korang sambung lakkkk laaaa.. hak hak hak

ok.. bye bye

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012-3193576

Saturday, July 4, 2009

MESYUARAT KOPERASI

Suka aku ingatkan kekawan sekelian.. petang nii 4/7/2009 Sabtu.. kita ada mesyuarat koperasi kali yang pertama

Kepada kekawan yang dah berjaya jadi ahli.. koperasi hartanah yang paling eksklusif nii.. korang semua dijemput datang..

Lokasi : kat balairaya Sungai Ramal Baru

Jam : 3 petang

Jangan lepaskan peluang.. kita borak-borak.. kita kenal-kenal..

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012-3193576

Thursday, July 2, 2009

TT.. JOM LEPAK-LEPAK

Wahai kekawan sekelian.. malam esok 3/7/2009 (Jumaat) kita ada TT. Kat Ramal Junction. Dari pukul 9.30 malam sampai Subuh.. ha ha ha..

Seperti biasa, kita borak-borak, kutuk-kutuk, kenal-kenal. Sapa-sapa ada masalah tanah.. bole lah kita bincang-bincang

Jangan malu, jangan segan.. datang jangan tak datang

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012-3193576

CASHFLOW101 & BUKU UNTUK DISEWA


Suka aku war-warkan kat kekawan semua.. sapa-sapa nak try main CASHFLOW101.. Korang berpeluang untuk sewa dari aku.. bukan tuu jee.. aku tambah lagi ngan 10 bijik buku.. koleksi buku Robert T.Kiyosaki.. sebagai bonus..

Semua nii.. utk kebaikan korang gak.. korang tak perlu nak keluar duit bebanyak.. untuk dapat ilmu.. sambil main sambil membaca.. tul tak?

Kenapa korang perlu sewa :

1. Tak perlu keluar modal banyak.. nak beli 1 set game pun dah RM750.00.. tu belum masuk buku.. 1 buku pun dah RM69.90 x 10 buku : RM699.00.. mahal tuu.. jadi bagus korang sewa jee

2. Main sekali sekala.. sibuk sangat ngan kerja.. kekadang tuu kita tak free nak main.. so kenapa nak membazir beli barang yg sekali sekala kita guna.. sedangkan kita boleh sewa pada harga yg murah

3. Reward anak or family korang.. contohnya... katalah cutii sekolah... atau anak korang baru lepas exam.. score lak tu.. sewa laa CASHFLOW101 ni.. reward dia orang tu.. mereka mesti enjoy.. aku boleh jamin.. mereka tuu mesti puas hati dgn games yang ada nii

4. Lebih masa kat rumah.. tak yah keluar.. nak tgk wayang kee.. nak gi keluar jalan-jalan ke… duk kat rumah pun ada hiburan..

5. Tak perlu rugi ruang rumah.. kalau beli game ngan buku.. nanti mesti problem.. nak letak mana laa benda-benda nii.. jadi nak jimat ruang rumah korang.. korang bole sewa jee.. ha ha ha

6. Test game nii.. sebelum nii korang pun tahu.. aku selalu promo game nii.. kononya game nii bagus laa.. bole belajar banyak benda laa.. tapi korang curiga keberkesanannya.. so kenapa tak try ngan sewa dulu.. kalo korang puas hati.. baru laa korang beli

Jom crita bab harga lakk.. utk harga promosi.. aku akan sewakan pada kadar RM70 selama seminggu.. iaitu 168 jam lee.. kalau korang bahagikan… dpt le RM0.42 per hour…. Murah banget.. apa laa sangat 0.42 sen sejam tuu.. berbanding ilmu yang korang dapat

Senang aku summarykan cam kat bawah nii
Rental seminggu = RM70
Deposit = RM70
10 buah buku = RM freeeeee


Satu jee aku minta … jaga lah bebetul game nii.. pasal aku open sewa utk bebudak blog jee.. bukan org luar.. aku dah kasii sewa murahh.. tolong la jaga cam korang nye harta gak … kalau dah rosakk … sorang pun tak leh nak sewa lagi..

Ok.. bye bye

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012-3193576

Wednesday, July 1, 2009

PASTIKAN KALO BELI TANAH MESTI ADA REZAB JALAN

Hari nii aku nak syer.. masalah rezab jalan.. untuk makluman korang.. katakan akan datang.. korang nak invest kat tanah.. salah satu syarat dia.. korang mesti pastikan.. tanah yang korang nak beli tuu.. mesti ada rezab jalan..

Sebab semalam.. aku ada meeting ngan tuan-tuan tanah.. mintak aku bantu.. selesaikan masalah rezab jalan.. sebelum nii mereka beli tanah.. tapi tanah mereka tuu tak dee rezab jalan..

Jadi nak sampai tanah mereka tuu.. kena lalu tanah orang lain.. kalo tumpang lalu sehari dua.. mungkin laa jiran bagi.. tapi kalo dah bertahun tahun.. sapa boleh tahan.. tul tak?

Benda nii berlaku.. masa zaman British dulu laa.. kerajaan British bagi tanah main sedap jee.. ikut usaha tuan tanah.. tanpa ambik kira rezab jalan.. yang penting.. asalkan orang kampong dapat geran.. kononnya jalan keluar masuk.. boleh main hamtam jee

Dulu bole laa.. masa tuu tak banyak pembangunan.. KLCC, KLIA, PUTRAJAYA tak dee lagi.. dulu beli tanah main ekar-ekar.. tapi sekarang nii.. tak lagi.. kita beli tanah main kaki persegi.. sekaki pun kita kira

Untuk selesai masalah tanah cam nii.. tuan tanah ada pilihan.. samada nak mohon haklaluan persendirian atau haklaluan pentadbir tanah.. selain tuu tuan tanah boleh runding ngan jiran.. beli sebahagian tanah jiran.. untuk tujuan jalan..

Ayooo pening kan.. tak pee.. tak pee.. kalo korang ada masalah tanah cam nii.. rujuk ngan juruukur.. semua urusan nii.. juruukur yang buat.. juruukur akan bantu.. Insyallah

Ok.. bye bye

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012 3193576

  © Blogger template 'Fly Away' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP