Friday, May 29, 2009

APA YANG BOLEH AKU USAHAKAN ATAS TANAH NI?

Aku percaya.. korang semua nii mesti ada tanah… kalo tak dee pun.. mesti tengah usaha.. nak beli tanah.. tul tak? he he he..

Aku dengar cerita.. ada geng kita dah start beli tanah dah.. bagus-bagus.. ada yang nak beli ladang sawit.. nak beli kebun getah.. ni kira perkembangan yang sihat nii.. good investment..

Kalo kita invest kat rumah lelong.. perkara yang paling mustahak.. yang mesti kita ambik kira.. adalah lokasi, lokasi lokasi. Kalo salah pilih lokasi.... akibatnya rumah kita tak leh di sewa.. jadi untuk bayar ansuran bank.. terpaksa lah pakai duit gaji.. kalo tak.. nama kita kena black list

Tapi lain ngan tanah.. invest tanah nii.. tak kisah.. kat mana pun bole.. kita boleh beli.. yang paling mustahak.. projek yang kita nak usahakan atas tanah tadi..

Kalo korang suka bela ikan mungkin korang bagus invest kat tanah berpaya atau lombong.. nanti boleh buat kolam ikan.. kalo nak buat projek balak pulak.. mungkin kena carik tanah berbukit, kalo nak buat projek perumahan.. kena lah carik tanah tepi jalan. So RAHSIA untuk invest tanah ni.. mesti berdasarkan projek yang kita nak buat

Bagi korang yang ada tanah pusaka kat kampung, yang tak usahakan lagi.. apa kata kalo kita start sekarang.. kita mulakan ngan projek yang mudah-mudah jee.. pilih projek yang pakai modal tak besar.. cam bela ayam kampung kee.. tanam limau kasturi kee, tanam nenas, tanam pisang.. bab sapa nak jaga kebun kita tuu.. kita boleh mintak tolong family uruskan. Suruhlah adik kat kampung tolong jagakan. Pastu bagi mereka upah. Mesti mereka suka punya..

Katakan hasil projek tuu.. kita boleh dapat extra income RM700 sebulan. Sikit jee kan.. tak banyakkan.. tapi walaupun sikit.. tu dah kira pasif income tuu.. tak yah buat kerja tapi dapat RM700.. kira oklah tuu

Selain tuu.. kita ada pilihan.. samada nak terus collect RM700 tuu.. atau kita boleh gandakan duit tadi supaya jadi RM100K. Adakah korang nak tahu.. rahsia dia macam mana?

Senang jee.. kasi refinance rumah-rumah sewa yang kita ada. Duit refinance 100K yang kita terima tuu.. letak dalam ASB.. pastu duit 700 tuu bayar installment bank

Kalo nak lebih lagi.. tiru cam klien aku buat.. beli tanah pastu upgrade buat kilang.. he he he

Apa pun.. korang layan gambar kat bawah nii





INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012-3193576

MASALAH TANAH PUSAKA

Hari nii aku nak syer masalah tanah pusaka.. terutama yang melibatkan orang Melayu.. korang perasan tak.. kat luar sana.. banyak kes.. harta peninggalan atok-atok kita.. tak diuruskan ngan baik.. akibatnya harta tadi tak boleh diurus niaga.. lama kelamaan.. tanah tadi jadi hutan rimba

Aku tak tau.. kenapa pewaris mereka tak nak uruskan harta tuu.. mungkin mereka tak peduli kot.. atau mereka tak tau cara nak urus.. atau harta tuu sikit.. atau harta tu banyak sangat.. atau kos nak menguruskan tuu mahal kot dan banyak sebab-sebab lain laa

Selain tuu.. banyak gak kes aku jumpa.. pewaris tak tahu si mati ada tanah.. sebab si arwah terlalu berahsia.. tak pernah bagi tau anak-anak.. pastu pewaris tak tau geran tanah tuu simpan kat mana

Masalah pewaris lak.. mereka tak bersatu nak uruskan tanah pusaka tuu.. bergaduh-gaduh.. tak kerjasama.. masing-masing nak lebih.. akhirnya semua pihak merajuk..

Bagi sapa yang ada masalah tanah cam ni.. Bagus uruskan harta pusaka nii.. ia sebagai menghargai jasa.. susah payah tok moyang kita.. kalo kita tak nak sekalipun harta peninggalan si arwah nii.. kita boleh sedekahkan.. bagi kat Masjid kee.. kat anak yatim kee.. dapat gak si mati pahala.. kan bagus

Bukan susah pun nak uruskan.. kalo harta tuu kurang 600K.. korang boleh gi pejabat tanah.. gi kat bahagian pusaka kecil.. ambik borang pusaka tuu.. pastu isi.. dalam tempoh 3 bulan.. nanti orang pejabat tanah panggil pewaris.. korang datang ramai-ramai kat pejabat tanah.. selesaikan dengan muafakat.. pewaris jangan gaduh-gaduh.. selesaikan baik-baik

Yang harta lebih 600K tuu..korang boleh lantik lawyer.. nanti lawyer uruskan dari A-Z.. kes cam nii kena bawak ke mahkamah.. dalam tempoh 6 – 12 bulan.. insyaalah boleh selesai.

Selain tuu.. kita boleh rujuk gak kes pusaka nii.. kat Amanah Raya.. pihak nii boleh bantu..

Kalo yang ada buat wasiat tuu.. korang boleh mintak pihak yang berkenaan.. untuk uruskan pusaka tadi..

Mudah jee kan.. bila dah selesai.. setiap pewaris dah dapat tanah masing-masing.. so korang dah boleh upgrade tanah tadi.. tak kisahlah nak buat apa pun.. nak bela ayam kee.. nak tanam limau kee.. (opp ni projek aku.. he he he) nak buat kedai kee.. terpulang lah..

Oklah.. bye bye.. korang layan laa gambar kebun aku..






INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012-3193576

Tuesday, May 19, 2009

CASHFLOW 101 - RICH DAD


Alhamdulilah.. aku baru jee dapat stok.. 3 unit game CASHFLOW101

Jadi sapa-sapa kawan blog.. yang berminat.. nak dapatkan game CF101 nii.. boleh la berhubung terus ngan aku.. 1 unit cuma RM350.00 jee..

Aku rasa.. semua orang dah tahu.. faedah main game nii.. sebelum nii dah banyak kali aku war-warkan..

Selain kita faham apa tuu pasif income.. kita jugak belajar pasal MONEY, BISNES, AKAUN.. bukan tuu jee.. game nii mampu asuh minda kita.. untuk jadi minda hartawan.. ha ha ha..

Aku syorkan la.. sapa-sapa dah ada family tuu.. bagus ada game nii.. korang boleh main ngan family.. asuh family kita ngan ilmu kewangan dan pelaburan… apa lah sangat RM350 tuu.. berbanding ilmu yang kita dapat

Aku jamin.. korang tak kan rugi ada game nii..

“Minda anak-anak yang selalu main Cashflow101.. 10 langkah ke depan berbanding anak-anak lain”

So apa tunggu lagi..

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012 3193576

Sunday, May 17, 2009

CUBA TANAM LIMAU KASTURI LAK

Selain bela ayam kampung.. aku ada gak tanam limau kasturi.. ni kira pilot project aku laa nii.. baru nak cuba-cuba.. apa pun sebenarnya.. aku dah usahakan tanam limau kasturi nii.. hampir setahun setengah dah.. dan alhamdulilah.. sekarang nii.. limau-limau aku dah pun keluarkan hasil


Aku suka limau kasturi nii.. sebab permintaan dia tinggi.. harga boleh tahan.. berbuah sepanjang tahun.. tak dee musim.. senang nak urus.. tak banyak karenah.. cepat besar.. pastu lak.. taik ayam aku.. boleh letak kat pokok limau.. boleh jadi baja... ha ha ha


Dulu aku beli benih.. sebatang RM3.00.. kira mahal gak la.. tapi masa beli tuu.. dah siap ada buah dah..


Untuk project pilot nii.. aku dah tanam lebih 300 pokok.. pastu lak sekarang nii.. selang sehari kami dah boleh petik buah.. kira ok gak. sebab sekali petik tuu.. boleh dapat sekitar 25-30 kg.. lebih kurang 10 pokok.. sekilo laa


Nak petik limau nii.. agak renyah sikit.. sebijik sebijik kena potong.. berpinau gak bijik mata.. tapi untuk selesaikan masalah nii.. aku upah jee budak-budak sekolah tolong petikkan.. bukan mahal pun.. bagi seringgit dua cukup laa... berebut laa mereka datang.. he he he


Limau nii nak kena selalu racun.. macam-macam racun ada.. aku pun tak berapa paham sangat.. racun buah... racun daun.. banyak lagi laa.. selain tuu baja banyak gak nak kena pakai.. baja buah.. baja daun.. tapi nak bagi pokok limau aku tahan lama.. aku letak baja kepala ikan bilis jee.. subur gila pokok limau aku..


Untuk tempoh sekarang nii.. limau-limau aku.. aku jual kat kedai tomyam jee.. mereka ambik sekilo RM5.00.. ok gak laa.. 25kg x RM5.00 = RM125.. pastu RM125 x 15 hari (sebulan) = RM1875.. tolak baja, tolak racun.. tolak upah.. tolak harga turun naik.. untuk 2 bulan nii.. boleh dapat sekitar RM500.. boleh laa

Untuk akan datang.. aku nak tambah pokok limau lagi.. sebab ada baki tanah yang lom usaha.. sekitar 1.6 ekar lagi.. aku rasa 400-450 pokok boleh tanam lagi kot.. Tadi budak Indon aku dah start gali lubang dah.. Insyaallah sehari dua lagi bole siap.. Pastu dah boleh tanam dah..

Ok.. bye bye.. (gambar limau.. nanti aku upload)

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012-3193576

REBAN AYAM AKU ROBOH

Tadi aku gi kenduri umah sifu kita.. Sifu Pie2020.. sempena majlis akikah anak dia.. ramai gak kawan-kawan blog datang.. meriah sungguh.. ha ha ha.. Sorry la.. kejap jee dapat borak ngan korang..

Sebab tadi aku ada meeting ngan orang kampung.. nak bantu orang kampung.. selesaikan masalah tanah mereka.. yang dah hampir 20 tahun tertangguh..

Lepas meeting jee.. aku pun cergas balik kampung.. nak tengok perkembangan ayam-ayam aku..

Sampai jee kampung.. abang aku bagi tau.. ada berita kurang best.. sebab reban ayam aku... kena hempap ngan pokok durian.. teruk gak.. 2 batang tiang pagar patah ..

Sebab dua hari lepas.. ada angin pusing kat kampung aku.. jadi banyak lah pokok-pokok tumbang.. ada gak dahan-dahan yang sekah.. tu yang hempap reban ayam aku tu... tapi alhamdulilah laa.. semua ayam-ayam aku selamat.. reban jee rosak sikit

Pastu.. abang aku kenalah repair reban tuu.. dan laa nii.. dah cantik kembali

Sekarang nii.. bukan ayam jee yang aku bela.. itik pun aku belasah gak.. ha ha

Ok.. bye bye.. (lambat tul nak upload)

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012-3193576

Friday, May 15, 2009

TRY TERNAK AYAM KAMPUNG LAK..

Sekarang nii.. untuk makluman kawan-kawan.. aku tengah mengusahakan ternakan ayam kampung.. tapi untuk permulaan nii.. aku start ngan skala kecik dulu.. adalah dalam 100 ekor.. bapak ngan induk ayam.. saje jee untuk suka-suka.

Sekurang-kurangnya kalo aku balik kampung tu.. anak-anak aku tak laa boring.. ada benda la Si Naufal ngan Si Aisy tuu nak buat.. he he he

Projek ayam nii.. abang aku yang tolong jagakan.. dia lah yang tolong bagi makan.. dia lah yang uruskan semua.. aku cuma beli anak ayam ngan beli dedak jee.. he he he

Aku buat ternakan nii.. kat Kg Rinching Tengah, Beranang. Kat kampung halaman aku laa

Konsep ternakan kami mudah jee.. untung main CPO.. convert buat projek ayam.. pastu setiap minggu kami mesti beli anak ayam.. untuk tambah koleksi ayam-ayam kami..

Caranya.. kami ronda satu kampung.. pastu tanya dari rumah ke rumah.. sapa-sapa nak jual anak ayam.. kesannya berebut orang kampung nak jual.. pastu kami beli la.. sekor anak ayam.. harga dia sekitar RM2.00 - RM2.50.. kadang-kadang tuu RM1.50 pun jalan.. murah jee kan.. he he he

Dah beli tuu.. anak-anak ayam tadi kami bawak balik umah.. kami letak dalam kotak. Kotak nii khas untuk anak-anak ayam yang lom tumbuh bulu (ehh cam seksi jee ayat aku nii) he he he.. setiap malam lak.. kami pasangkan lampu.. biar ayam kami tak sejuk..

Bila anak-anak ayam nii dah besar.. sekitar 2 penumbuk.. baru la kami lepaskan dalam reban.. biarkan dia berlari-lari kegirangan

Bab makanan ayam lak.. semua benda kami bagi.. nasi la.. gandum.. jagung .. pisang.. betik.. nangka.. pendek kata.. apa jee benda yang ada kat kampung nii.. semua kami bagi.. asalkan benda tuu free.. belasah jee

Sebab projek kami nii baru start.. kami tak jual ayam. Tapi kami jual telor jee dulu.. sebijik RM0.50.. setakad hari nii.. jualan amat memberangsangkan.. tak yah marketing pun.. mamat indon datang beli.. kononnya telor ayam kampung nii.. bagus makan ngan jamu..

Jadi duit tu la.. kami buat modal pusingan.. untuk beli makanan dan ubat ayam.


Nak suruh ayam nii banyak telor lak.. kami campur belacan dalam makanan ayam.
Mula-mula tuu aku pun tak percaya formula nii.. sebab takut mati lak ayam-ayam aku kang.. tapi bila dah try dalam 2 bulan nii.. terbukti berkesan gak cara nii

Dulu sehari boleh dapat 15-25 bijik telor.. tapi sekarang nii leh dapat 40-50 bijik.. kira ok lah tuu..

Sapa-sapa ada petua pasal ayam tuu.. leh laa syer ngan aku.. ha ha ha.. sebab aku nii baru nak mencuba..

Pasni aku cadang nak tetaskan telor-telor ayam lak.. nak kasi banyakkan anak.. so nanti.. kami kena beli penetas ayam..

Ternak ayam camnii.. nak kena skala besar sikit.. sekurang-kurangnya dalam 1000-2000 ekor tuu.. agak best lah.. ngan jumlah tuu.. baru la nampak duit sikit.. kalo sehari katakan kita boleh dapat 700 bijik telor.. 700 x RM0.50 = RM350.00.. tolak makanan RM150.00 sehari.. bole laa dapat RM250.00..

Sebulan lak.. RM250.00 x 25hari = RM6250.00.. banyak gak kan.. on paper nampak banyak kan.. tapi kalo kita buat betoi-betoi.. barulah kita nampak hasil dia.

Kalo cam projek aku sekarang nii.. masih stok geli-geli lagi.. ha ha ha.. untung ciput je

Insyallah.. kalo kami nak upgrade.. dah tak susah dah.. nak kena pakai modal sikit jee lagi.. sebab reban sedia ada sekarang nii.. kami dah buat besar

Peringkat sekarang nii.. kami tengah ambik pengalaman.. belajar sifat-sifat ayam.. mungkin 3 bulan lagi.. boleh upgrade sudah.. harap-haraplah.. ternakan ayam nii sesuai ngan kami. Insyallah.. korang doakan kami ekk

Ok lah.. layan gambar-gambir ayam aku.. ha ha ha








INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012-3193576

Thursday, May 14, 2009

JOM UBAH AKTIVITI

Aku respectlah.. bila aku tengok. ramai klien-klien aku.. kaya-kaya beb.. tanah luas terbentang.. nilai asset juta-juta

Jadi dok sembang-sembang ngan kumpulan nii. aku pun tanyalah.. apa rahsia kejayaan mereka

Kebanyakan mereka bagi tau.. "mereka membina kemewahan secara beransur-ansur.. dan berperingkat-peringkat"

Selain tuu.. "jangan buat aktiviti yang sama setiap hari, tapi harapkan hasil yang luar biasa"

Bagi aku.. ada gak logik nasihat mereka nii.. sebab kalo cam kes aku.. 1 hari.. aku boleh jumpa 5-8 klien jee.. consult klien pasal ukur tanah.. tapi aku harapkan. nak untung 100K sehari.. semua tu tak kan mungkin bole berlaku.. Akibatnya aku dok.. kat takuk yang sama jee la.. So pasni.. aku kena ubah sikit aktiviti harian aku..

Nak nilai pencapaian kita.. senang jee.. kita tengok income yang kita dapat setiap bulan.. kalo bertambah.. tu kira kita berjaya lah tuu.. kalo sebaliknya.. paham-paham lah sendiri.. he he he

oklah.. bye

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012-3193576

Tuesday, May 12, 2009

MAIN AUCTION TANAH LAH PULAK..

Tadi aku gi bid.. auction tanah kat Puchong.. tanah tuu kat Kg Sri Aman Tengah.. hampir ngan USJ dan PUTRA HEIGHT.. luas gak tanah nii.. 32000kp.. lot bungalow lagi..

Al-kisah ceritanya.. 2 minggu lepas.. aku dah tengok tanah nii.. cun gak.. keliling tanah dah ada rumah, jiran-jiran pun ok.. ada elektrik, air, tipon, jalan tar. Kiranya.. memenuhi semua ciri ciri tanah yang aku nak laa

Aku minat tanah nii.. sebab RP dia agak murah.. harga rezab RM105K jee.. jatuh RM3.28 sekaki.. pastu bila aku semak ngan kawan aku. ngan jurunilai.. dia bagi tau.. nilai tanah bungalow kat sana.. RM15 sekaki atau RM480K.. kiranya kalo bole dapat RP.. memang berbaloi sangat lah.. kayoo pakcik

Jadi semalam aku pun buatlah bank draf.. RM10,500.. pastu aku gi Pejabat Tanah Petaling.. buat carian tanah.. tapi bila aku semak.. tanah tuu bukan rezab Melayu la pulak.. maksudnya bangsa asing pun bole beli.. bole masuk bid gak.. tapi aku relax jee.. bid tetap bid.. lawan tetap lawan..

So tadi.. bertempat kat Pejabat Tanah Petaling.. jam 11am.. auction pun start.. ramai gak yang datang.. bagus pejabat tanah nii organizee.. tersusun laa.. ada standard gak laa..

Untuk tanah nii.. ada 8 pembida.. setiap kenaikan RM10k.. mak aii.. punya lah banyak.. lawan punya lawan.. tanah tuu terjual ngan harga RM255K. Tinggi tuu.. dari RM105k boleh pergi sampai RM255K

Aku nyer budget baru RM150K jee.. so aku kalah la.. he he he .. kayo-kayo la orang Melisia nii ekk..

Ok bye bye

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012-3193576

Monday, May 11, 2009

NAK KENA TUKAR AYAT KE?

Korang setuju tak.. kata-kata yang lahir dari mulut kita.. adalah cermin.. yang terbaik.. untuk orang lain menilai.. siapa diri kita yang sebenar. Dan begituah sebaliknya

Kalo orang yang pentingkan keuntungan modal.. ayat dia cam nii.. he he he

1. Tadi aku beli CPO kat 2711.. pastu aku jual kat 2731.. alhamdulilah... dapat untung 20 tick

2. Dulu aku beli tanah nii.. cuma 40K jee. tapi sekarang nii.. boleh jual RM250K

3. Rumah Penara nii.. aku beli lelong RM50K.. tapi penyewa tu offer nak beli RM70K.. kalo aku jual.. senang jee.. boleh untung RM20K

4. Lembu nii aku beli.. sekor RM1K.. nanti Raya Haji aku bole jual.. sekor RM2.5K.. tolak itu ini.. sekor boleh untung RM1K.. banyak tuu

5. Emas nii aku beli RM20K.. masa tuu harga rendah.. tapi sekarang nii.. kalo aku jual.. boleh untung RM4K

6. Aku buat kerja ukur tuu.. dapatlah untung.. RM3K untuk satu site


Tapi bagi mereka yang pentingkan pasif income.. yang betoi betoi nak kaya.. ayat dia kena cam nii.. he he he

1. Saham ioi nii.. dulu aku beli 1 lot RM1800.. masa tuu harga sawit murah.. bagus lah saham nii.. sebab dia bagi dividen 9% setahun.. agak tinggi tu

2. Aku simpan kat ASB nii.. bukan apa.. sebab dia bagi dividen 10% setahun.. bila aku kira-kira.. aku boleh dapat RM1600 sebulan.. banyak gak

3. Rumah-rumah sewa aku nii. alhamdulilah la.. semuanya positif cashflow.. bole la.. aku dapat sekitar RM400 sebulan

4. Dulu kebun nii hutan jee.. belukar teruk.. aku beli RM10K sekar, pastu aku tanam ngan kelapa sawit.. dan sekarang nii.. alhamdulilah hasil kelapa sawit nii.. aku boleh dapat RM3500 sebulan

5. Bagus gak main emas nii.. setiap tahun pasti naik..antara 25% ke 30%.. banyak tuu.. lebih baik dari ASB

Jadi kita nilai-nilai lah.. kita nii orang yang kategori mana.. he he he..

Kalo aku.. cam banyak yang first tu jee.. patutlah pasif income aku.. tak bertambah-tambah.. so pasni.. nak kena tukar la nii.. he he he

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012-3193576

Sunday, May 10, 2009

KONSEP BISNES DAH BERUBAH BEB

Semenjak main CF101 hari Jumaat lepas.. kat umah Azmi.. sampai lah sekarang nii. aku asyik fikir pasal pasif income jee.. duit duit duit.. he he he.. "macam mana nak tambah pasif income lagi ni?" he he he

Mana tak nyee.. cemburu lak aku tengok.. bila ramai kawan-kawan blog.. yang masih muda belia.. bujang trang tang-tang.. tapi dah pun ada kesedaran pasal financial.. bukan tuu jee.. rumah dah ada banyak.. tanah dah ada ber ekar-ekar.. emas dah berpeti-peti.. pasif income dah pun lebat.. he he he..

Tapi.. apa pun usaha kita.. niat kita kena betull.. kita usaha kerana agama.. kerana Allah.. tul tak?

Korang perasan tak.. sekarang nii.. konsep bisnes dah bertukar.. maksud aku dah berubah.. tak macam dulu-dulu lagi

Kalo dulu.. ramai orang berniaga.. mesti nak jual barang.. atau nak jual service.. contohnya macam niaga kedai runcit.. jual kain.. service ukur tanah.. service ambik gambar dan lain-lain lah..

Maleh aku nak cerita panjang bab nii.. sebab konsep bisnes aku nii.. tergolong dalam bisnes yang dah out-dated nii.. patutlah susah nak kaya.. he he he

Pastu konsep bisnes tu bertukar kepada konsep direct selling lak.. cam AMWAY, AVON, MAA dan seangkatan dengannya.. mereka pakai konsep agen.. nak jadi agen.. kena bayar RM100. pastu kita dapat pamplet.. dapat cam-cam katelog.. dan si agen nii pulak.. di kasta-kastakan oleh syarikat tadi.. ada yang agen biasa.. ada agen gold.. ada lak agen platinum.. tahap kasta tuu.. ditentukan oleh berapa banyak sale agen tadi..

Tapi sekarang nii lak.. konsep dah bertukar.. mereka tak lantik agen-agen lagi.. tapi mereka mencari pelabur.. untuk bersama-sama kembangkan bisnes mereka.. cam HAI-O MARKETING, PUBLIC GOLD dan lain-lain.. pelabur nii kena bayar jumlah tertentu.. ada sampai RM15K, RM30K.. untuk layakkan pelabur untuk jual produk mereka..

Bukan tuu jee.. kalo kita tak dee duit.. tapi berminat nak join benda nii.. ada bank yang sanggup bagi loan lagi.. kononnya benda ni cam konsep francise lah pulak.. aku tak nafikan.. ada pelabur yang berjaya.. tapi ramai gak yang terlingkup.. kesian beb

Bagi aku laa.. kalo group kita.. mampu pikir.. konsep bisnes cam nii.. pasti kumpulan kita boleh mewah beb

Syarat dia.. projek yang kita nak buat tuu.. mesti menguntungkan pelabur.. kalo pelabur tak boleh jual sekalipun.. nilai benda tu tetap akan naik.. selain tuu.. pelabur boleh dapat pasif income tambahan

Disebabkan aku nii juruukur.. aku cuma nampak kat sektor hartanah lah.. kita boleh mulakan ngan beli tanah 3-4 ekar.. tanah pertanian.. kita carik kawasan yang cun.. pastu kita buat proposal baik-baik.. pastu lak.. kita carik pelabur berminat.. untuk beli tanah tuu.. pastu kita tukarkan syarat tanah tadi.. pecah-pecah lot.. untuk buat lot bungalow.. akhirnya.. sampai lah setiap pelabur tadi.. boleh dapat geran masing-masing

Pelabur tak perlu risau.. sebab bila dapat jee geran individu.. pelabur dah selamat.. nilai tanah tadi otomatik.. akan naik.. terpulang pada pelabur.. samada nak jual balik kee.. atau sebaliknya.. kalo simpan sekalipun.. benda nii tak busuk.. setiap tahun.. nilai tanah tuu pasti akan naik.. kalo terdesak nak pakai duit.. pelabur boleh refinance.. tul tak?

Korang cam ner lak? Jom curahkan idea korang kat sini.. ha ha ha

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012-3193576

Wednesday, May 6, 2009

NAK NIAGA APA LAGI NII?

Sejak dua menjak nii… aku agak sibuk sikit.. terutama nak menguruskan kerja-kerja ukur.. yang tengah berjalan nii.. semua klien nak cepat.. yang kesiannya juruukur aku lah.. kerja sampai lewat petang.. budak-budak opis lak.. balik sampai lewat malam..

Tapi tak pee.. mereka tuu semua.. bole claim obertime.. Itulah dia rezeki kan.. kadang-kadang tuu.. kita terpaksa berkorban.. tul tak? Yang penting.. klien puas hati ngan servis kita.. Insyaallah.. barulah mereka rokmen kita ngan job lain..

Saat-saat cam ni lah.. baru aku paham.. barulah aku dapat bezakan.. antara profesion ngan perniagaan..

Betapa indahnya dunia nii.. kalo lah aku ada perniagaan.. tanpa kehadiran aku.. semua budak-budak aku yang uruskan.. semua masalah mereka boleh selesaikan.. pastu setiap bulan aku dapat pasif income.. syoknya

Cuba tengok bos McDonald, bos KFC, satey Hj Samuri.. setiap hari mereka tunggu duit masuk jee.. tul tak? semua benda.. pekerja mereka yang uruskan.. ni lah baru betul-betul bisnes..

Usahawan cam nii .. Cuma susah pada peringkat awal.. masa nak set-up bisnes jee.. pastu mereka lepak.. bagi aku lah.. mereka nii mampu buat semua nii sebab apa ekk?

Emm.. mungkin sebab mereka ada misi yang jelas kot.. pastu ada team yang baik.. pastu lak ada pemimpin yang bermomentum.. (dahsyat ayat juruukur ni.. he he he) selain tuu.. mungkin gak mereka nii ada cash yang banyak, pastu marketing power, tambah lak ngan system yang bagus, ada ramai penasihat, emm.. last sekali produk / service yang cemerlang

Baru aku sedar.. bagi kes aku.. aku bukan buat bisnis sebenarnya.. Cuma aku nii.. kerja sendiri jee.. aku lah bos.. aku lah kuli.. kalo nak cuti.. boleh cuti.. tak de sapa nak larang.. tapi masih banyak benda.. aku yang kena uruskan sendiri..

Lain pulak ceritanya.. ngan rumah-rumah sewa aku.. ni baru dikira bisnes.. sebab tanpa kehadiran aku.. setiap hujung bulan jee.. duit masuk.. penyewa bank in duit.. pastu sms..

Jadi.. sapa-sapa yang ada banyak rumah sewa tuu… sebenarnya korang adalah bisnesman yang hebat.. TAHNIAH

Selain rumah sewa.. apa benda lain yang boleh kita buat ekkk? Jom kongsikan kat sini.. kasi aku idea sikit.. he he he


INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012-3193576

Tuesday, May 5, 2009

JOM MAIN CASHFLOW101


Untuk makluman.. aku nak ajak korang, main game CASHFLOW101 pada 8hb Mei 2009 ni.. dari jam 330 petang sampai malam.. bertempat kat Bangi.. kat rumah Azmi (012 – 2260673) Korang semua dijemput datang.. sila-sila..

Kalo tak cukup board.. kita pinjam board kawan-kawan.. he he he

Antara yang datang :

1. pokli
2. azmi
3. keown
4. juruukur
5.
6.
7.
8.


INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012-3193576

JOM KUMPUL INFO - TANAH UNTUK DILELONG

Aku nak ajak semua kawan-kawan blog.. jom kita kumpul info.. tanah untuk dilelong, bole? Kalo kita kerjasama.. Insyaallah.. benda nii jadi mudah.. pastu pulak.. faedah dia.. pulang kat kita balik

Tak rugi kita syer.. sebab “Allah tak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu.. melainkan kaum itu sendiri mengubah nasib mereka” he he he.. cam ustaz lah pulak juruukur nii.. he he he

Aku akui.. kat dalam internet.. ada info nii.. tapi banyak yang mereka terlepas pandang.. banyak tempat yang menarik-menarik.. mereka tak iklan.. aku tak tahu lah kenapa..

Bagi aku lah.. info cam nii.. penting untuk kita.. kalo kita nak melangkah setapak ke depan.. sebab kita dah tau main rumah lelong.. kita dah expert dah.. jadi pasni.. kita kena main tanah lah pulak.. he he he.. ada berani?

Yelah.. main tanah nii modal agak mahal sikit.. kalo nak buat loan pun.. kalo tanah pertanian.. bank boleh bagi dalam 60-70% jee.. selebih tuu.. kita kena pakai duit sendiri. Kalo lot bungalow lak.. boleh loan 80% jee..

Mungkin hari nii.. kita BELUM mampu lagi.. sebab rumah-rumah kita tuu.. kita belum jual lagi.. masih hutang lagi.. tapi mungkin lepas 5-10 tahun akan datang.. bila kita jual rumah kita.. atau refinance.. masa tuu kita dah ada modal.. kita dah boleh start dah main tanah.. tul tak?

Apa perlu kita buat.. antara kita nii.. ada yang baca surat kabar.. samada METRO, BERITA HARIAN, NST dan macam-macam lagi, sambil korang baca surat kabar tuu.. carik sekali info tanah untuk dilelong.. pastu korang war-warkan dalam blog nii..

Ok.. ni contoh info yang aku jumpa..




INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012-3193576

Monday, May 4, 2009

TANAH UNTUK DILELONG

1. Property Type Bungalow Land
2. Address Lot PT 25175 Lorong DB 14, Kampung Sungai Merab Luar, 43650 Bandar baru Bangi
3. District Bangi
4. State Selangor
5. Property Area 5262.00 sf
6. Bumiputra Unknown
7. Reserve Price RM 99,000.00
8. Auction Date 07-05-2009
9. Assignee Bank Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad
10. Auctioneer Dynamic Auctioneer
11. Auctioneer Contact 088-216624

1. Property Type Land (Contact Auctioneer for Details)
2. Address Lot 14934 & Lot 14935 GM 3664 & GM 3665, Mukim Dengkil, Daerah Sepang
3. District Sepang
4. State Selangor
5. Property Area 12959.00 sf
6. Bumiputra Bumi
7. Reserve Price RM 186,300.00
8. Auction Date 07-05-2009
9. Assignee Bank Bank Kerjasama Rakyat Malaysia
10. Auctioneer Hariri Auctioneers 03-41083644
11. Auctioneer Contact

1. Property Type Bungalow Land
2. Address No. 31518 Mukim Dengkil
3. District Sepang
4. State Selangor
5. Property Area 557.00 sm
6. Bumiputra Unknown
7. Reserve Price RM 108,000.00
8. Auction Date 07-05-2009
9. Assignee Bank Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad
10. Auctioneer Ilias Management Services Auctioneer 03-61853133
11. Auctioneer Contact

1. Property Type Agricultural Land
2. Address HSM 12292 Lot PT 15152 Kampung Telok Gong
3. District Klang
4. State Selangor
5. Property Area 2.40 acres
6. Bumiputra Unknown
7. Reserve Price RM 400,000.00
8. Auction Date 19-05-2009
9. Assignee Bank CIMB Bank Berhad
10. Auctioneer AG Auctioneer 012-3051668
11. Auctioneer Contact

1. Property Type Agricultural Land
2. Address P.T.No. 11665 Dengkil
3. District Sepang
4. State Selangor
5. Property Area 0.61 hectares
6. Bumiputra Unknown
7. Reserve Price RM 88,600.00
8. Auction Date 14-05-2009
9. Assignee Bank Malayan Banking Berhad
10. Auctioneer Damai Auctioneers
11. Auctioneer Contact 03-87397167

1. Property Type Agricultural Land
2. Address GM 830 Lot 1584 Gebeng, Mukim Sungai Karang, Daerah Kuantan
3. District Kuantan
4. State Pahang
5. Property Area 2350.00 acres
6. Bumiputra Unknown
7. Reserve Price RM 420,000.00
8. Auction Date 11-05-2009
9. Assignee Bank Malayan Banking Berhad
10. Auctioneer Sri & Co
11. Auctioneer Contact 03-40427528

INGAT TANAH, INGAT JURUKUR, HAFIZAL 012-3193576

AKTIVITI JURUUKUR SEMPENA HARI BURUH

He he he.. best nya korang.. cuti-cuti leh bawak family.. bole pegi jalan-jalan.. aku lak asyik buat site visit jee.. he he..

Apa pun.. aku enjoy sebenarnya.. bole jumpa orang-orang kampung.. selesaikan masalah dia orang.. selain tuu.. macam-macam benda.. boleh kita belajar dari mereka ni

Aku tak tahu.. mungkin kebetulan kot.. cuti kali nii.. aku jumpa ramai orang kampung yang kaya-kaya.. baru aku sedar beb.. sebenarnya ramai orang kampung yang banyak tanah.. tanah berekar-ekar.. uyooo kayo tahap gaban beb..

Cuma kebanyakan mereka nii.. mereka beli tanah 20 tahun dulu.. masa tuu harga tanah murah lagi.. sekitar RM500, 5 ekar.. ada yang RM300, 4 ekar.. murahkan masa tuu.. tapi sekarang nii tak dapat lagi dah.. paling murah pun.. area Bangi nii dalam RM180K sekar.. korang kira lah kalo 5 ekar.. dekat-dekat sejuta beb

Cuti baru nii gak.. aku ada gi VISTA MELINIUM.. saja jee tengok kawasan tuu.. cantik gak.. kebersihan memang superb.. landskap pun lawa gak.. siap ada kolam ikan lagi.. pastu security agak ketat

Al kisah ceritanya.. minggu lepas.. aku ada masuk auction.. beli umah area sini.. dapat rege rezab.. RM80K.. sedangkan market value RM160K.. mahal gak kan.. pastu area nii boleh sewa dalam RM700 – 800 sebulan..

Alangkah bagusnya kalo la aku ada cash.. aku cashkan jee umah nii.. pastu aku OD kan balik umah nii.. senang-senang jee aku boleh dapat duit extra RM60K.. he he he kayo kayo.. sapa nak bagi kan.. he he he (angan-angan)

Oklah.. korang layan laa.. gambar-gambar kat bawah nii…





















INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012-3193576

CONTOH SURAT KURANGKAN INTEREST OD

Ni contoh surat.. untuk kurangkan interest OD.. jadi bagus korang mohon.. he he he

HAFIZAL BIN AHLAN
NO 29 JALAN JELOK RIA 1
TAMAN JELOK RIA
43000 KAJANG, SELANGOR
TEL : 03 - 8062 3851 FAX : 03 – 8068 5395
HP : 012 319 3576

Date : 25th February 2009

MANAGER
RHB BANK KAJANG
FAX : 03 - 8733 8570

Dear Sir,

REDUCE OF INTEREST FOR OD / ASB FACILITY A/C NO : 1111 - 2222 – 3333 - 44
TOTAL AMOUNT : RM15,000.00

We refer to the above matter, I would like to apply to reduce the interest rate for our overdraft against ASB to BLR – 1.0%

Kindly contact the undersigned if you need further clarification

Thank you

Yours faithfully



HAFIZAL AHLAN


INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012-3193576

JOM KONGSIKAN APA MASALAH KORANG?

Hari nii.. aku nak syer sikit.. pasal masalah-masalah yang selalu aku dengar.. terutama dari klien-klien aku..

Pengalaman aku lah.. selalunya aku jumpa klien dalam 15 minit jee.. borak-borak bincang-bincang pasal kerja ukur..

Selain masalah tanah yang dia orang tanya.. ada macam-macam benda lain yang turut bermain dalam fikiran mereka nii..

Antara nya :

1. Macam mana saya nak melabur Zal.. sedangkan aku tak dee modal nii?
2. Aku cuma ada RM10K jee.. apa yang ko cadangkan kat aku.. pelaburan yang terbaik?
3. Mana yang terbaik.. nak melabur kat haratanah kee.. kat mutual fund kee.. kat CPO kee.. atau kat BSKL?
4. Boleh kee aku melabur kat hartanah.. atau kat saham kee.. tanpa modal Zal?
5. Bukan kee.. duit buat duit Zal?
6. Melabur tuuu bukan risiko kee Zal… ko tak takut kee?
7. Cam mana nak dapat return besar Zal..? tapi risiko rendah jee
8. Boleh tak aku melabur ngan ko Zal?

He he he.. cam macam.. apa lak masalah korang.. jom kongsikan kat sini.. biar boleh kita luahkan.. he he he

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012-3193576

  © Blogger template 'Fly Away' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP