Tuesday, March 31, 2009

KELAS FCPO

Suka aku war-warkan.. sifu Putra akan adakan kelas FCPO pada 10hb April 2009.. Jumaat malam.. di Taman Desa.. bayaran penyertaan.. untuk seorang cuma RM350.00 jee.. murah tuu beb.. Jadi sapa-sapa berminat.. nak belajar pasal CPO.. korang boleh rujuk ngan dia.. di talian 012-3314327 PUTRA

Aku dah pun ikuti kelas sifu Putra sebelum nii.. aku seronok sangat cara dia mengajar.. memang sempoi.. senang nak paham.. pastu hand on ..

Apa yang istimewa.. blaja ngan Putra nii.. lepas hadiri kelas.. kita tak dibiarkan terkapai-kapai, sendirian.. kita boleh mintak pertolongan dari dia.. nak tanya apa pun boleh.. asalkan berkaitan pasal CPO lah.. dan setiap hari.. sifu Putra akan bagi tips-tips menarik.. membantu kita untuk trade

Pastu.. aku cadangkan.. sapa-sapa nak bukak akuan.. korang leh bukak kat Apex Kajang.. korang leh rujuk Cik Faizura.. di talian 017-2192619

Bagi aku.. tak rugi untuk kita blaja pasal CPO nii.. sekurang-kurangnya kita akan tahu.. ada teknik lain.. boleh buat extra money

Oklah.. sapa-sapa berminat.. sila hubungi terus ngan Sifu Putra - 012-3314327

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012-3193576

Sunday, March 29, 2009

CINTA KLASIK

Semalam aku bersama family balik Melaka.. sebab dah lama aku tak balik kampung.. Rindu pulak rasa hati.. nak jumpa ngan makcik pakcik kat kampung..

Biasalah.. anak-anak aku yang paling seronok.. bila ramai-ramai kat kampung.. ada yang menyanyi.. bergaduh.. main-main.. ada pulak yang menangis.. macam-macam ada

Kali nii.. kami balik kampung.. ada special sikit.. sebab makcik dan pakcik aku.. mereka nak berkawin semula.. dulu mereka nii suami isteri selama 18 tahun.. pastu bercerai selama 18 tahun.. dan semalam.. cinta klasik tuu bertaut kembali..

Mengaji Quran dengan Chik Wa
Lepas mengaji terus berzanji
Tua bukan sebarang tua
Cinta klasik pengikat janji

Pengarah filem bernama Mamat
Penyanyi pulak bernama Kak Nita
Yang tua dah pun selamat
Yang muda tak dengar berita?

Ok.. korang layan gambar kat bawah niii… ha ha ha





















INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012-3193576

Friday, March 27, 2009

TEKNIK BELAJAR MAIN FCPO

Sejak dua menjak nii.. jadual aku agak padat sikit.. sebab ada banyak kerja ukur, yang nak kena siapkan cepat.. sampai budak-budak aku pun.. muka dah naik masam.. kerja sampai lewat malam.. ha ha ha.. tapi sebagai boss.. kita kena lah bijak sikit.. ambik hati dia orang nii.. bagi motivasi kat mereka

Aku happy sangat... bila kami boleh kerja.. dalam satu team.. susah sama-sama.. senang pun sama-sama.. setakad hari nii.. alhamdullilah sangat.. mereka nii.. bagus sangat..

Berbalik cerita CPO.. dalam sibuk-sibuk urus kerja ukur nii.. sempat gak aku try balik main CPO.. tu pun sebab terbakar ngan ayat-ayat sifu Putra, Sifu Hannan, Nogix dan Faizura.. hangat aku.. bila mereka nii boleh buat untung.. banyak pulak tuu.. ha ha ha

Jadi semalam, aku pun bank in lah RM10K dalam akaun APEX.. pas bank in jee.. aku call APEX bagi tau.. yang aku dah bank in duit.. selang 1 minit.. mereka pun call balik.. confirm bagi tau.. yang mereka dah terima duit tuu.. jadi boleh lah aku trade.. macam mana pun semalam.. aku tewas.. kalah 10 point.. Hari nii aku cuba lagi.. dan alhamdulilah.. untung 18 point..

Malu lah kan.. bila kita cerita.. kita dapat profit 18 point.. 18 x RM25 = RM450 jee.. sedangkan orang lain untung ribu-ribu.. juta-juta.. tul tak? Tapi bagi aku.. sekurang-kurangnya.. aku blaja teknik baru.. cara untuk buat duit

Aku tak berani nak komen panjang lebar pasal CPO nii.. sebab aku baru jee mencuba.. dan sekarang nii dalam proses blajar lagi.. tapi aku nak ucapkan tima kasih banyak-banyak.. terutamanya kat Sifu Putra, Sifu Hannan, Nogix, Faizura dan kawan-kawan sekelas CPO yang lepas.. tima kasih, tima kasih.. koranglah yang perkenalkan aku ngan CPO nii

Pada pandangan aku.. kalo nak senang.. belajar main CPO nii.. kita mesti ada team.. team tuu mesti pandai melabur.. baik.. jujur.. amanah.. tolong menolong.. pastu mesti ada hubungan baik ngan broker.. Insyallah kita boleh berjaya..

Aku akui.. lain orang.. lain cara mereka belajar.. ada yang mulakan ngan paper trade dulu.. tengok graf.. buat analisis.. mungkin ambik masa sebulan dua.. pastu bila mereka ada confident.. baru mereka masuk gelanggang.. untuk trade

Tapi.. aku sebaliknya.. aku masuk gelanggang dulu.. trade dulu.. sampai sifu pun terperanjat beb.. pastu aku rugi.. cara cam nii bahaya.. tapi nii lah cara aku belajar.. sebab bila kita rugi.. baru senang kita paham.. lagi cepat kita belajar.

Korang jangan ikut cara aku.. aku tak tahu.. samada cara nii betul tak.. aku main hantam jee.. ha ha

Note : Wahai kawan-kawan sekelian.. malam nii.. kita ada TT (Teh Tarik) kat Ramal Junction.. dari jam 9 malam sampai subuh.. datang jangan tak datang..

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012-3193576

Monday, March 23, 2009

BERBINCANG DENGAN ORANG KAMPUNG

Pada malam Ahad yang lepas.. aku happy sangat.. sebab dijemput oleh penduduk Kampung Rinching Tengah, Beranang.. kami bermesyuarat bersama, berbincang bersama.. dalam keadaan yang cukup harmoni. Masing-masing mengeluarkan pendapat dan pandangan.. untuk memajukan kampung

Macam-macam mereka rancang.. nak buat gotong royong, nak buat kenduri sekampung, nak buat kursus jenazah dan macam-macam lah.. bila mereka sepakat cam nii.. aku yakin.. kampung aku nii.. pasti boleh berjaya

Selain tuu.. aku dijemput.. untuk terangkan pada mereka.. pasal masalah-masalah tanah yang berbangkit, kat kampung aku.. macam-macam mereka tanya.. bukan tuu jee.. mereka tanya gak, pasal nak pecah geran, nak mohon tanah, masalah tanah sungai dan cam-cam lagi.. berpeluh gak aku menjawabnya.. ha ha ha

Turut hadir dalam mesyuarat malam tuu.. En Din.. aku tak ingat nama penuh dia.. tapi dari Kementerian Kewangan Malaysia.. Dia bagi tau.. yang kampung aku nii.. telah terpilih menjadi kampung contoh untuk projek keusahawanan. Pihak kementerian telah bersetuju.. untuk bagi peruntukan berjumlah RM350,000.. banyaknya.. RM RM.. ha ha ha

Malam tuu jugak.. Encik Din.. mintak kami rancang sebaik mungkin.. pikir baik-baik dan siapkan kertas kerja.. apa projek yang kampung kami nak buat.. dengan gunakan peruntukan RM350K tu.. ayooo ni tugas berat nii..


Tapi projek invest kat umah lelong atau jual beli tanah.. pihak kementerian tak setuju pulak.. Mereka nak kita buat projek.. projek apa yang bagus ekk?

Kalo lah kampung korang dapat peruntukan cam nii.. dan korang dilantik menjadi pengerusi projek nii.. rasa-rasa.. korang rancang nak buat projek apa?

Jom kongsi-kongsi idea..







INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012-3193576



Saturday, March 21, 2009

PECAH GERAN TANAH

Hari nii aku ada 2 site visit.. satu kat Hulu Langat dan satu lagi kat Dengkil Sepang. Kesian aku.. kawan lain.. hujung-hujung minggu nii.. mereka bersama keluarga.. sebaliknya aku.. masih lagi merayau-rayau melayan klien.. ha ha ha

Cam nii lah kalo kita kerja sendiri.. tak de waktu cuti.. setiap hari kerja kerja kerja.. duit duit duit.. tul tak..? apa yang penting.. kita sendiri mesti happy.. dengan apa yang kita buat..

Kesempatan nii gak.. aku nak ucapkan tima kasih banyak-banyak kat Kak Midah.. pembaca blog nii gak.. sebab perkenalkan aku ngan 2 klien ni.. tima kasih kak.. tima kasih..

Ok.. berbalik cerita pasal tanah tadi.. klien aku kat Hulu Langat nii.. sebelum nii beli tanah lebih kurang 8500kp.. tapi tanah pertanian.. dan geran kongsi-kongsi.. ada 8 pemilik tanah bersama semuanya.

Bila geran kongsi-kongsi ni.. biasanya akan timbul masalah sempadan.. kononnya jiran makan tanah kita.. pastu kita pulak makan tanah jiran.. ni kes biasa aku jumpa. Jadi untuk selesaikan masalah pertikaian sempadan ni.. klien mintak aku bantu.. sampai masing-masing boleh dapat geran individu

Jadi kenalah aku bagi nasihat.. ngan panjang lebar.. dari A to Z.. apa pun.. korang jangan bimbang.. Insyaallah.. kami akan bantu korang sampai siap. Sampai korang dapat geran individu

Layan gambar kat bawah nii :





Bagi kes tanah kat Dengkil pulak.. tanah lot bungalow 20,000kp.. tanah nii dimiliki oleh sorang tuan tanah.. tapi atas tanah dah ada 5 bijik buah rumah.. rumah anak-anak katanya.. jadi mereka mintak aku uruskan.. supaya tanah tadi dipecahkan kepada 2 plot.. 10,000kp dan 10,000kp.. dengan harga yang paling murah.. masa yang paling cepat.. dan tak melibatkan banyak jabatan teknikal

Pastu aku pun bagi lah nasihat.. pilihan-pilihan yang kita ada.. untuk memenuhi permintaan tuan tanah.. Hebat lah tuan tanah nii.. banyak benda yang dia tahu.. pasal urusan tanah tanih nii.. ha ha ha

Apa pun.. korang jangan bimbang.. kami janji.. kami akan bagi perkhidmatan yang terbaik.. Insyaallah..

Enjoy gambar–gambar site nii.. ha ha ha





INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012-3193576

Friday, March 20, 2009

MAKLUMAT "AUCTIONEER" DALAM BLOG MINDAHARTAWAN

Wahai kawan-kawan sekelian.. aku nak bagi tahu.. ada sikit penambahan info kat blog MINDAHARTAWAN.. mengenai info hartanah lelong. Sebelum nii tak de.. tapi laa nii dah ada.. ha ha ha

Aku letak maklumat nii.. sebab atas permintaan kawan-kawan blog gak.. cadangkan kat aku.. supaya letakkan info pelelong. Bagi memudahkan mereka carik info hartanah

Selain tuu. untuk memeriahkan industri hartanah nii.. aku sedar bagi umur cam kita nii.. tak ramai lagi yang boleh invest kat tanah.. sebab main tanah pakai modal besar.. sebaliknya ramai dari kita yang boleh invest kat hartanah lelong.. sebab kita boleh loan ngan bank

Tak pee.. kita boleh mulakan ngan beli low cost, pastu apartment, pastu mungkin condo,. Tak kisahlah.. asalkan kita dah ada hartanah

Bila kita ada hartanah.. kita meletakkan diri kita sentiasa perpeluang..sebab sekurang-kurangnya.. kita boleh dapat faedah hasil kenaikan nilai hartanah tadi

Dalam tempoh tuu gak.. rumah-rumah tadi.. mungkin kita boleh sewakan.. mungkin jugak, kita boleh jual balik.. bagi mereka yang ada duit banyak.. mungkin mereka boleh beli cash jee umah lelong nii.. pastu buat OD ke atas umah tadi.. atau refinance umah tuu.. buat cara cam nii.. senang-senang je.. modal kita akan bertambah.

Aku doa sangat.. mudahan-mudahan 5-10 tahun akan datang.. kita semua.. peminat hartanah nii.. akan mampu menginvest kat tanah pulak.. sebab main tanah nii.. untung dia lagi best.. lagi besar

Walaupun.. kita nii.. dah ada sikit pengalaman pasal umah lelong.. tapi setiap hari, ada gak kawan baru.. yang baru nak start main umah lelong.. jadi bila ada info cam nii.. akan membantu mereka.. aku rasa apa salahnya kita bergabung maklumat. Masing-masing syer info hartanah.. tul tak?

Bagi aku pulak.. sebenarnya bila aku letak extra info nii.. aku tak dapat apa-apa untung pun.. sebaliknya aku suka syer pengalaman pasal hartanah.. terutama rumah dan tanah. Sebab benda nii je yang aku pandai.. ha ha ha

Aku harap sangat.. dah sampai masanya.. kita semua.. orang Islam bersatu.. kita bantu membantu.. tolong menolong.. kita rapatkan ukhwah

Dan aku seronok sangat.. bila kawan-kawan blog.. boleh bantu mewar-warkan blog aku nii.. dengan kawan-kawan lain kat luar sana.. biar lebih ramai lagi orang Islam.. boleh melabur kat hartanah lelong.. yang sebelum nii dikuasai oleh bangsa asing.. ayohhh kita bersatu


INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012-3193576

Thursday, March 19, 2009

JOM JAGA KESIHATAN

Pagi tadi.. aku ada appointment kat IJN (INSTITUT JANTUNG NEGARA). Tapi kali ni bukannya ada meeting kerja ukur, cuma aku buat EXECUTIVE SCREENING PROGRAMME (ESP)..

Saja jee aku nak check jantung.. maklumlah kerja cam aku nii.. borak sana, borak sini.. pastu makan macam-macam.. senaman kurang.. umur dah meningkat,.. jadi takut gak.. mana tau kalo ada penyakit

Aku sampai IJN dalam pukul 8 pagi.. pastu aku pun daftarlah nama.. aku dipahamkan untuk hari nii.. Cuma ada 15 peserta jee.. tapi dalam 15 peserta yang datang tuu.. Cuma aku jee yang muda.. yang 14 orang lain tuu.. semua dah berumur.. ada yang aku panggil uncle.. ada yang pak cik.. ha ha ha

Dalam sibuk-sibuk aku ikuti program nii.. sempat gak aku buat marketing.. dan hasil nya.. alhamduliilah.. dapat gak aku 1 job, ukur lot bungalow kat PJ.. RM RM.. ha ha ha

Berbalik cerita pasal program ESP nii.. macam-macam test aku kena buat.. mula-mula mereka ambik darah, pastu ambik air kencing, ada breakfast percuma, pastu x-tray, pastu aku pun tahu.. mereka letak-letak wayar kat badan aku, pastu check peparu, pastu ada stress test.. last sekali jumpa doctor

Best lah buat ESP kat IJN nii.. sebab mereka layan kita memang profesional.. rasa selesa sangat

Kos buat ESP ni cuma RM555.00.. kira murah kalo dibandingkan ngan private hospital yang lain.. dan bagi aku.. berbaloi sangat berbanding apa yang kita dapat

Selesai semua test.. last sekali sesi berjumpa doctor.. dan keputusan yang aku terima.. aku ada high colestrol yang agak tinggi.. dan yang lain-lain semua ok..


Jadi doctor syor kan kat aku.. kena control makan.. tak leh makan berminyak.. kasi diet.. fastfood kasi kurang.. banyakkan senaman.. kalo boleh hari-hari mesti exercise.. lagi cun kalo boleh masuk gim.. jadi pasni.. berketul-ketul lah badan aku.. ha ha ha

Jadi untuk kawan-kawan kat luar sana.. yang dah berumur 30 tahun ke atas tuu.. bagus ikuti test ESP nii.. banyak benda yang boleh kita belajar.. terutama pasal penjagaan kesihatan..

Wehh.. bagi kes kita.. walaupun kita nii peminat hartanah lelong.. bukan setakad umah sewa jee kita kena jaga beb.. kesihatan pun kita kena jaga gak.. ha ha ha..

NOTE :


Suka aku war-warkan.. esok malam.. Jumaat 20/3/09.. dari jam 930 malam sampai subuh.. kita ada sesi TT (pekena Teh Tarik).. kat Ramal Junction.. jadi malam nii lah.. kita boleh borak-borak.. kutuk-kutuk.. bincang-bincang.. kenal-kenal..

Bagi mereka yang minat ngan CPO lak.. esok malam jugak.. korang dijemput datang berTT bersama sifu Putra78 kat mamak Taman Desa..

Jadi korang semua.. dijemput datang.. kita eratkan silaturahim


INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012-3193576

Wednesday, March 18, 2009

AKTIVITI HARIAN & HAPPY BIRTHDAY NAUFAL

Semalam aku ada 3 site visit.. bersama ngan orang Pejabat Tanah Bangi. Site kali nii sekitar Bangi dan Beranang. Tujuan visit nii dibuat.. sebab pihak pejabat tanah nak ambik gambar, pada waktu yang sama.. nak semak.. apa status tanah yang aku nak pecah geran.. samada ada bangunan kee.. ada kilang kee.. mudahkan mereka nak buat laporan. Selalunya dalam tempoh sebulan lagi.. lepas site visit.. permohonan nii boleh lulus

Dan alhamdulilah.. setakad nii, belum ada kes permohonan kami, pejabat tanah tolak

Enjoy gambar kat bawah nii.. ni site Cikgu Muthi, site Kak Faridah, site Makcik Zainap






Sebelah malam pulak.. aku ada makan-makan.. sebab 17/3 adalah besday anak aku.. Si Naufal.. ulang tahun yang ke 4.. kali nii.. Si Naufal nak makan kat De Templer kat Taman Melati .. best gak tempat nii.. macam-macam ada.. yang bestnya boleh makan masakan Cina
Ok.. saksikan gambar kat bawah






INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012-3193576

  © Blogger template 'Fly Away' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP