Thursday, February 26, 2009

SENTIASA CARIK PELUANG?

Zaman gawat nii.. bagi mereka yang kerja private.. hati-hati ekk.. sekarang nii.. aku dah mula jumpa, ramai kawan-kawan.. terutama yang kerja kilang.. dah start tak de OT.. maksudnya kesan kemerosotan ekonomi dah semakin kita rasa.

Selain tuu, korang boleh tengok sendiri.. rumah lelong dah semakin banyak.. pastu dah start murah-murah… misalnya.. apa dah jadi dengan area Penara.. kenapa boleh RP 40K jee? bukan satu unit.. tapi banyak unit.. cuba korang tengok NST hari nii

Bank pulak.. semakin hari.. semakin susah nak bagi loan.. tapi bagi sapa-sapa yang ada good track record.. MasyaAllah.. layanan best gila.. siap offer macam-macam.. siap bagi cadangan suruh refinance itu inii.. nak apply OD against property.. senang banget.. tapi bagi mereka yang teruk track record.. pihak bank bertindak sebaliknya

Akibat dari kemerosotan nii.. barulah kita tersentakk.. sebab kita akan terfikir.. “apa benda yang boleh aku buat zaman kemelesetan nii.. untuk dapatkan duit lebih..” betul tak?

Atau ada yang terfikir.. “apa peluang yang boleh aku bekerjasama ngan kawan-kawan dalam group Pie2020 nii untuk dapat pasif income?” Ada tak?

Bagi kes sifu Pie2020.. sifu syer info pasal financial ngan kita semua.. dia bagi free jee semua ilmu yang dia tahu.. selain tuu, dia ada ebook, bisnes homestay, percutian murah, kat Tiara Beach Resort dan terkini sewa ps3 lagi.. Tahniah Pie2020.. cargas tuu..

Sifu Faris, Tuan Bri dan Sifu Farah.. mereka tawarkan servis.. untuk sapa-sapa nak beli rumah lelong.. boleh rujuk ngan mereka.. boleh daftar ngan mereka.. consultation adalah percuma.. sebagai balasan.. mereka dapat sikit komisen dari pihak bank.. dan istimewa mereka nii.. komisen yang mereka dapat.. mereka syer balik ngan kita.. hebatkan..

Dah lah kita dapat rumah lelong.. dapat pulak free consultation.. mereka tambah lagi, syer komisen yang mereka dapat.. aku rasa, tak dee kumpulan lain, boleh bagi tahap ultraman cam nii.. Cuma kumpulan kita jee

Sifu Putra, Sifu Hannan.. mereka nii pulak.. dah start bukak kelas.. ilmu hand on.. pasal CPO.. rugi sapa tak datang.. tak pernah aku datang kursus.. pas belajar.. esoknya terus berani nak trade.. mereka ajar.. macam mana nak trade.. bila boleh masukk.. bila boleh keluar.. pastu mereka syer pengalaman pahit manis main CPO.. hebat hebat..

Sifu Azman pulak.. tawarkan perkhidmatan repair-repair rumah.. sapa-sapa beli rumah lelong.. nak repair pintu, tandas, atap dan lain-lain tuu.. boleh refer ngan sifu Azman

Bagi kes aku.. aku nii cuma pandai ukur sana.. ukur sini.. korang nak tanya pasal tanah.. boleh la aku kasi free consultation.. tipon lah.. siang kee.. malam kee.. insyaallah.. aku sedia membantu.. pastu sapa-sapa yang ada tanah, tapi hilang tanda sempadan, nak pecah geran, nak buat lot bungalow, nak tukar syarat, nak mohon tanah kerajaan, nak mohon TOL dan seangkatan dengannya.. insyallah.. aku boleh bantu

Aku yakin.. ada banyak lagi peluang yang boleh kita syer sesame.. perkhidmatan sewa lori, supply barang second hand untuk sapa-sapa nak buat fully furnish, grill, lawyer, jurunilai, kerja kontraktor, tukang paip, tukang cat dan lain-lain lagi. Nii baru bab hartanah.. tapi mungkin ada benda lain, yang boleh kita syer sesame.. jadi bagus lah kalo boleh kita ambik peluang nii

Bagi mereka yang sibuk.. dan masih lagi kerja makan gaji.. mungkin kita boleh carik alternative lain.. kerjasama ngan kawan-kawan kat luar sana.. satu pihak buat marketing.. satu pihak lain sediakan perkhidmatan.. and untung syer syer..

Bukan susah nak start.. Mudah jee sebenarnya.. kita mula ngan buat blog dulu.. pastu war-warkan service kita tu kat kami orang ni.. insyallah kami boleh bantu.. nanti kami link-link kan.. bagi mereka yang tak tahu buat blog.. korang boleh ello saudara Faris.. dia boleh bantu.. dia charge sikit jee.. tak mahal pun.. kalo dibandingkan ngan hasil apa yang kita dapat nanti.


Pastu kalo ada TT.. kita datang.. kita borak-borak.. kita boleh perkenalkan diri.. lagi lah kita rapat

Seterusnya.. kita bantu memperkenalkan perkhidmatan kawan kita kepada kawan-kawan kita yang lain.. atau pada bos kita kee... paling tidak pun.. ajak lah kawan-kawan kita tu untuk explore blog kami nii.. senang jee kan..

Aku rasa dah sampai masanya.. untuk kita, orang Islam ni.. kita rapatkan ukhwah.. dan terus melonjak naik.. kita bela maruah agama.. dengan meningkatkan ekonomi.. ayuhhh kita bergerak seiringan

Ayooo.. ayooo.. apa dah jadi ngan juruukur nii.. ni dah lebih dari Dr Fadhilah Kamsah dah nii.. ha ha ha

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012-3193576

Tuesday, February 24, 2009

MOMENTUM PENTING DALAM BERNIAGA


Hari nii.. aku jumpa Abang Enal.. untuk makluman korang.. dia adalah salah sorang kawan, yang banyak bagi sokongan dan dorongan, terutama pada peringkat awal, bila aku nak bukak bisnes sebelum nii.. dia jugak tahu pasal jatuh bangun aku dalam bisnes.. ha ha ha

Berbalik kepada cerita kita.. pasal momentum.. pada pandangan aku.. momentum nii penting sangat, terutama bagi mereka yang berniaga. Tak kisah lah berniaga apa pun.. jual burger ke, jual ebook ke.. momentum tuu mesti ada.. maksudnya.. setiap hari kita mesti ada anjakan atau pergerakan

Sebagai usahawan.. momentum kita mesti kuat, maksud aku.. kita cuba sedaya upaya, berfikir dan gunakan kelebihan yang kita ada, pada tahap yang optima, untuk capai impian kita, dalam masa sesingkat mungkin

Bukan apa.. korang sendiri boleh tengok.. samada perniagaan tu, ada momentum atau tak, misalnya AIRASIA, McD, KFC, DIGI, MAXIS.. macam mana mereka berniaga, hebat kan.. habis promosi nii.. tukar promosi lain.. habis diskaun tuu.. tukar diskaun nii.. macam-macam kan. Sebab tuu mereka boleh untung tahap gaban.


Kalo versi blog pulak.. cuba korang explore blog Dr Mahathir, IrfanKhairi, AnwarIbrahim. Kita baca blog dia orang jee, secara tak sedar, kita boleh rasa mereka tu ada momentum.. betul tak?

Bagi kes kita.. yang baru berjinak ngan hartanah nii.. kita gak mesti ada momentum. Maksud aku.. kita kena selalu explore pasal rumah, tanah, iklan lelong dan lain-lain, Pastu tu kita war-warkan pada kekawan. Sebab kat luar sana.. ramai lagi tak paham pasal lelong-lelong nii.. ajak mereka invest, charge lah sikit kat kawan tuu.. sebagai balasan.. kita boleh gak dapat sikit komisen.. betul tak?.. sapa nak bagi.. duit tuu beb

Pastu bagi kawan korang yang nak jual hartanah.. tapi tak tahu cara.. korang boleh tolong.. buatlah iklan.. kasi iklan kat mudah.com kee.. kat surat kabar kee.. mana tau.. hartanah tadi boleh jual.. korang boleh dapat komisen

Pastu.. mana tau pulak.. ada kawan korang nak ukur tanah.. let me know.. aku akan bantu mereka dari A to Z.. ha ha ha.. (promosi-promosi)

Kalo kita tengok.. secara keseluruhan.. momentum tu penting sangat, dalam semua perniagaan. Dari kakitangan sampailah kepada bos.. cuba bayangkan, kalo bos kita tak dee momentum.. mesti lesu, lembik, pastu tak bermaya.. kalo macam tu.. macam mana nak untung berniaga.. ye tak?

Pada pandangan aku.. tak dee orang lain, yang boleh dorong kita, untuk tambah momentum.. melainkan diri kita sendiri.. jadi kita kena cepat usaha.
Selain tuu.. kita boleh amalkan baca Bismilah 300X dan Selawat 300X setiap hari.. Insyaallah.. kita boleh nampak hasilnya

Ingat tuu.. orang lain boleh nampak.. samada kita bermomentum atau tak.. jadi kita kena segera bertindak

Ish.. ish.. juruukur macam pakar motivasi lah pulak.. ha ha ha

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012 3193576

Monday, February 23, 2009

JOM MAIN CPO

Jumaat lepas.. aku ada menghadiri perbincangan FCPO anjuran sifu Putra78. Diskusi nii dikepalai oleh sifu Putra78 sendiri dan dibantu oleh Sifu Hannan. Best ooo.. aktiviti kami bermula dari jam 9.00 malam sampai lah lewat pagi. Ramai gak yang datang.. antaranya saudara wakata, nogix, mdfairus dan Faiz

Kami didedahkan pasal FCPO.. kelas cam nii lah aku suka, tak mengantuk.. memang sesuai bagi aku yang malas membaca nii. Cukup hand on.. ilmu tu terus dari sifu kepada anak murid. Bab nii.. aku teringat pulak masa zaman sekolah dulu.. masuk kelas tuition.. ha ha ha.. bezanya kelas dia orang nii.. tak dee exam jee.. tu yang syok tuu

Tima kasih sifu Putra78.. sebab sanggup syer pengalaman pasal CPO ngan kami. Aku syukur sangat.. hasil bantuan ko.. baru lah aku paham pasal CPO.. tahu sikit-sikit baca graf, pastu tahu cam mana nak trade.

Istimewanya belajar ngan Sifu Putra dan Sifu Hannan nii.. sebab mereka tu, dah lama trade. Dah banyak pengalaman. So mereka dah rasa jatuh bangun main CPO nii.. Hasilnya.. mereka dah jumpa teknik investment yang menarik. Dan teknik ni jugak.. mereka syer ngan kami semua

Setakad hari nii.. aku tak boleh komen.. samada bagus atau tak main CPO nii.. sebab aku belum ada pengalaman lagi. Tapi bagi aku.. apa kita nak takut. Walau pun ramai kata.. main saham nii.. risiko besar.. rugi lah.. tapi bagi aku.. kalo kita jumpa sifu yang bagus.. kita boleh berjaya.. betul tak?

Misalnya.. sebelum nii.. ramai jugak bagi tau.. invest kat rumah rugi.. tak untung dan macam-macam lagi.. tapi bila Sifu Pie boleh berjaya.. baru lah kita ikut sama. Sebenarnya semua benda ada risiko.. macam bawak motor.. pandu kereta.. semua tuu risiko gak.. tapi kenapa semua orang masih memandu..? heran kan

Apa pun.. Untuk cuba trade CPO nii.. sebagai langkah awal.. tadi aku dah pun gi daftar untuk bukak akaun, kat JF APEX Kajang. Dan insyallah mungkin Rabu nii.. aku dah boleh start belajar trade kot. Untuk Sifu Hannan n Sifu Putra78.. aku perlukan bantuan korang.. guide aku ekk

Modal awal nak trade nii pulak.. RM7K jee.. bila lepas jee akaun kita tuu didaftarkan.. jadi kita kena masukkan duit RM7K tadi ke dalam no akuan yang APEX tetapkan. Pastu leh trade. Setiap kali jual atau beli.. APEX charge RM30 jee.. kira murah gak nii.. sebab ada yang aku dengar, ada broker charge RM50.00 setiap kali jual-beli..

Pada pandangan aku.. main CPO nii.. sama lah macam jual burger. Sebab modal nak jual burger pun dalam RM7K gak.. beli stall, beli tong gas, beli burger dan lain-lain. Kalo lokasi baik.. mungkin untung banyak.. kalo sebaliknya.. untung ciput.. tapi yang lebih penting.. aku cuba CPO nii.. sebab aku nak belajar.. teknik investment untuk dapatkan pasif income.. tu jee

Walau pun Sifu Putra.. boleh dapat banyak income hasil trade kat CPO nii.. tapi bagi aku.. yang baru je nak kenal CPO.. aku tetapkan matlamat rendah jee.. dapat RM500 sebulan pun dah cukup baik.. korang rasa aku boleh tak? Apa pun.. nanti aku kasi update dalam blog.. untuk perkembangan CPO aku..

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012 3193576

Sunday, February 22, 2009

MINDA KITA ADALAH ENJIN PALING BERKUASA

Aku baru jee lepas main game CASHFLOW101.. bersama aku hari nii saudara Bird.. apa yang istimewanya, main kali nii.. tak sampai pun 40 minit.. kami dah boleh keluar dari ratrace.. main dalam keadaan cukup cepat, efisyen dan menguntungkan. Tima kasih Bird sebab kongsi teknik investment

Aku heran betul lah.. setiap kali main game nii.. macam-macam benda boleh belajar. Sebab lain orang lain teknik.. macam tuu lah ngan Bird nii.. dia gunakan pendekatan OPM.. Other People Money

Berbalik cerita pasal minda nii.. aku nampak sangat sekarang.. untuk jadi orang kaya, kita tak perlu pun tahap pelajaran yang tinggi, Cuma kita kena faham konsep kemewahan yang sebenar. Pastu kita mesti ada kawan-kawan yang baik. Lagi cun kalo ada funder. Mesti tahu apa yang nak kita carik atau invest.. Pastu carik peluang tu setiap hari.

Kalo jumpa peluang menarik.. dapatkan info pasal peluang tadi tuu.. bawak berbincang ngan kawan-kawan.. kalo untung.. kasi invest.. kalo rugi.. kita tinggalkan.. pastu usaha lagi

Pasal modal pulak.. kalo lah tak dee duit.. dah terdesak sangat, pakai lah personal loan.. yang penting.. pastikan kita boleh ambik peluang tersebut. Kalo ada offer bagus.. kasi jual.. Duit untung, boleh simpan dalam ASB.. pastu buat OD.. invest semula. Cam tu lah seterusnya

Oklah.. cargas cargas kan minda anda

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012 3193576

Friday, February 20, 2009

BLOG ATAU WEBSITE YANG KORANG SELALU EXPLORE?

Aku nak mintak tolong kat korang.. kalau boleh.. syer ngan kawan-kawan semua.. apa blog atau website yang selalu korang explore.. tak kisah lah.. samada blog dari Malaysia atau luar negara. Lebih cantik.. korang kenal blogger tu.. dan korang tahu tahap pencapaian perniagaan yang dia orang tengah buat

Sebab semalam.. kawan lama aku.. Abang Lan.. ada sms ajak aku explore blog dia.. pasal dia ada jual jam antic.. bila aku explore lebih lanjut bab jam antic nii.. kesannya kat luar sana.. ramai peminat jam, yang selama nii, kita terlepas pandang

Kata Abang Lan lagi.. sebelum nii… dia jual jam antic kat mudah.com atau kat ebay jee.. dan setakad hari nii.. dia dah jual lebih 250 unit… banyak kan..

Aku rasa, tak yah lah kita kira, berapa yang Abang Lan untung.. hasil jual jam antic nii.. tapi yang mustahak bagi kita.. macam mana dia boleh terpanggil.. tiba-tiba ada idea nak buat benda nii

Kadang-kadang.. kita tak perasan.. ada benda kat sekeliling kita.. yang sebenarnya benda tuu ramai orang suka.. minat nak beli benda tuu.. tapi kita tak ambik peluang, untuk niagakan benda tu kat internet.. jadi rugilah

Bagi kes kita.. walaupun kita nii investor dalam hartanah.. beli rumah lelong, pastu sewa, jual, refinance dan macam-macam lagi.. tapi aku rasa tak salah kalo kita cebur bidang lain… sebab bisnes guna internet nii.. mudah sangat.. pakai blog pun dah cukup.. pastu barang kita tuu.. kita boleh hantar pakai pos atau email jee kat klien.. dan untung memang berbaloi

Jom lah kita kongsikan info, pasal blog atau website yang korang minat.. mana tau.. pasni kita ada idea.. kita kasi upgrade idea tadi.. tiru macam JEPUN.. pastu boleh niaga benda yang sama

Antara blog yang aku selalu explore :




INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012-3193576

Wednesday, February 18, 2009

MACAM MANA PROSIDUR BELI TANAH?

Untuk kawan-kawan kat luar sana.. yang sapa-sapa berminat nak beli tanah.. nii ada sikit tips yang boleh aku syer

Kebelakangan nii.. aku terima banyak email dari kawan-kawan blog.. bertanyakan pasal cara-cara macam mana nak beli tanah.. sebab ada kes, kawan kita kena tipu ngan penjual, ada yang dah bayar semua.. tapi penjual tak nak buat pindah milik.. ada pulak kawan yang beli tanah, tapi luas tak sama ngan dalam geran.. dan macam-macam lagi lah

Aku cadangkan.. sapa-sapa yang nak beli tanah.. korang pastikan, korang mesti dapatkan salinan geran dari penjual. Pastu korang buat carian kat pejabat tanah. Bukan susah pun.. bawak jee salinan geran tanah tuu.. pastu gi pejabat tanah, kat mana tanah korang nak beli tuu berada.. pastu buat carian.. senang jee

Kalo tak sempat pun.. mintak tolong lawyer korang buatkan.. sebab info kat carian tuu penting sangat.. semua cerita pasal tanah yang kita nak beli tuu.. kita boleh semak

Katakan.. bila korang dah semak carian tuu.. korang setuju nak beli.. aku syorkan sangat.. bagus korang lantik lawyer korang sendiri.. untuk bantu urusan jual beli tanah tuu.. tak pee lah kena bayar sikit.. bukan mahal pun.. lawyer pun nak hidup gak kan.. tapi sekurang-kurangnya.. korang selamat dalam urusan ni

Lagi bagus.. kalo lawyer korang tuu.. panel bank tertentu.. macam CIMB bank kee.. AGRO bank kee.. senang korang nak buat loan nanti

Pastu bagus korang lantik juruukur pulak.. suruh juruukur nii.. semak info tanah tadi kat JABATAN UKUR.. sebab banyak kes bagi hakmilik sementara.. luas tanah tak sama ngan dalam geran.. pastu.. suruh juruukur tentukan sempadan tanah dan ukur topografi tanah berkenaan. Bila siap jee kerja ukur.. korang buat site visit.. kasi semak betul-betul sempadan.. pastu semak topografi.. baru kita nampak.. kat mana sungai, kat mana jalan, kawasan bukit dan lain-lain

Bila korang dah puas hati.. baru korang suruh lawyer buat S&P.. kasi sign itu S&P.. tapi pastikan perjanjian tuu baik untuk dua-dua pihak.. janganlah tipu-tipu.. tak baik..

Proses berikutnya.. korang ikut jee nasihat lawyer.. sampai lah urusan pindah milik selesai.. senang jee.. tak susah pun..

So.. kalo korang ada masalah tanah.. jom syer kat sini

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012-3193576

JOM MAIN CASHFLOW101



Untuk makluman.. aku nak ajak korang, main game CASHFLOW101 pada 22hb February 2009 ni.. dari jam 930 pagi sampai tengah hari.. bertempat kat opis aku.. kat Puchong

Turut hadir pada hari Ahad nii.. sahabat lama aku.. saudara Nabhan.. seorang usahawan cendawan Melayu yang berjaya

Masih ada satu kekosongan lagi.. Sapa-sapa yang nak joint.. sila sahkan kehadiran korang.. korang boleh call atau sms aku..

Antara yang datang :

1. nabhan
2. saiful-perancang
3. keown
4. juruukur
5.

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012-3193576

Monday, February 16, 2009

HAPPY BIRTHDAY HAFIZAL

Pada 12hb February 2009 yang lepas, kita orang ada makan-makan kat Bagan Lalang. Jadi semua kakitangan JURUUKUR USAHA dan USAHA GEOMATICS ikut serta..

Aktiviti nii.. sempena menyambut besday aku yang ke-33, dan besday Lim yang ke-40 secara serentak.. Apapun tima kasih banyak-banyak lah kat Pn Nur, orang kuat yang menguruskan aktiviti nii. Buat susah-susah ko jee..

Best gak kan.. bila dah tua-tua nii.. ada gak orang ingat besday kami nii.. ha ha ha

Tapi sampai hari nii.. aku agak terperanjat sikit.. sebab tak pernah-pernah korang sambut besday kami.. tapi tahun nii agak lain macam sikit.. emmmm ni mesti ada makna nii.. ha ha ha (oo korang nak bonus lebih ekk)

Apa pun sambutan nii.. sekurang-kurangnya korang ingatkan kami.. yang kami nii dah meningkat usia.. bila dah tua nii.. kena faham-faham je lah.. kenalah usaha kuat sikit. So kami kena cepat, tingkatkan pasif income kami

Untuk budak-budak ofis.. tima kasih banyak-banyak sebab korang sanggup susah payah ngan kami.. yang paling aku suka.. korang setia, korang komitmen ngan kerja. Syabas.. syabas

Untuk teman-teman yang kat luar sana.. tima kasih tak terhingga, sebab korang rekmen service kami ngan kawan-kawan korang.. TQ TQ

Oklah.. enjoy gambar kat bawah nii..
















INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012 3193576

Friday, February 13, 2009

PECAH GERAN TANAH PERTANIAN KURANG SEKAR

Berita baik untuk kawan semua. Sekarang nii.. tanah pertanian yang kurang 1 ekar pun dah boleh pecah geran, untuk dapatkan geran individu

Aku percaya.. sebelum nii korang mesti pernah dengar, pasal 1 lot tanah pertanian tapi banyak pemilik. Selalunya tanah yang ramai tuan nii, adalah tanah pusaka

Pengalaman aku.. sebut jee tanah pusaka, macam-macam masalah timbul, antaranya :

1. Aku ada tanah pusaka 2 ekar, tapi kami kongsi 5 beradik, bila kongsi-kongsi ni.. masing-masing liat bayar cukai.. setiap tahun aku jee yang kena bayar .. bagi kes macam nii.. boleh tak kalau kami nak pecah geran individu?


2. Dulu aku ada beli tanah ½ ekar, tanah pertanian kat Hulu Langat. Geran kongsi-kongsi.. Boleh tak nak pecah geran?

3. Tanah yang aku duduk sekarang, 1 geran, luas tanah 5 ekar.. tapi ada 10 tuan tanah. Boleh kee pecah geran? Susahlah tak dee geran individu.. asyik gaduh pasal sempadan je

Kat atas tuu.. antara beratus kes yang selalu aku jumpa. Sebelum nii.. tanah pertanian yang kurang 1 ekar, tak boleh pecah geran. Kalo nak pecah gak.. kena tukar syarat tanah dulu.. misalnya dari pertanian kepada bangunan.. pastu baru boleh pecah bahagian untuk dapat geran individu.

Kalo nak buat cara macam nii.. kos mahal banget, banyak nak pakai duit, banyak konsultan terlibat. Mana lah orang kampung mampu. Dah tu pulak.. proses untuk dapat kelulusan permohonan tukar syarat punyalah lama. Akibatnya.. banyak lah tanah orang kampung.. terbiar macam tuu jee. Lebih malang lagi.. kebanyakkan tanah yang terbiar tu, milik orang Melayu

Ngan ada pindaan KANUN TANAH NEGARA sekarang nii.. tanah yang kategori pertanian, walau pun kurang sekar,.. dah boleh buat pecah geran.. hooorayyyyy

Aku setuju sangat ngan pindaan KTN nii.. sebab pindaan nii.. mampu selesaikan masalah tanah orang kampung. Pastu akan rancakkan, urusan jual beli tanah kategori pertanian

Ok lah.. sapa-sapa ada masalah tanah cam nii.. jangan segan, jangan malu.. jom kongsikan masalah korang kat sini.. Bye.. bye

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012 3193576

Thursday, February 12, 2009

UKUR LOT BUNGALOW

Apa kata hari ni, kita bincang-bincang pasal ukur tanah. Sebab rasanya.. dah lama aku tak tulis pasal ukur mengukur ni.. ha ha ha

Ok.. untuk sapa-sapa dah beli lot bungalow.. dan sekarang nii berhajat nak buat bungalow.. pertamanya korang kena lantik arkitek berlesen atau pelukis pelan berdaftar. Aku cadangkan bagus ko lantik mereka nii, sebab mereka nii arif pasal bangunan. Mereka nii tahu macam mana nak design, nak buat submission kat pihak berkuasa, kenal kontraktor yang baik, pastu tahu cara nak dapat kan CF.

Yang paling mustahak.. mereka nii tahu, macam mana nak nasihat kan kita, supaya rumah idaman kita tuu, boleh dibina ngan cantik dan quality

Untuk buat bungalow nii.. sebelum nak design rumah idaman kita tu, pihak arkitek perlukan info dari juruukur.... akitek nak tahu gak, macam mana keadaan topografi tanah lot bungalow kita.. samada berbukit kee.. rata kee.. selain tuu, pihak akitek nak tahu kat mana jalan, longkang, tiang elektrik, lubang najis dan lain-lain.

Selain tuu.. juruukur akan semak sekali tanda sempadan lot bungalow tadi.. kalau ada tanda sempadan yang hilang, juruukur akan tandakan semula sempadan lot kita tuu

Cuba korang layan pelan yang juruukur hasilkan nii..




Bila siap jee.. Pelan macam kat atas tuu.. juruukur akan bagi kat akitek, dalam bentuk hardcopy n softcopy. Info nii mustahak sangat untuk akitek buat design

Selain tuu.. untuk dapatkan kelulusan pelan bangunan dari PBT, pihak PBT nak kan gak pelan ukur dari juruukur

Oklah.. sapa-sapa berhajat nak buat bungalow.. boleh lah kita calling-calling.. jangan malu, jangan segan.. Consultation percuma dari juruukur..

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012-3193576

Tuesday, February 10, 2009

JOM MAIN GAME CASHFLOW101


Aku nak ajak korang main game CF101 nii.. pada 15hb February 2009, hari Ahad. dari 9.30 pagi sampai petang. Lokasi kat ofis aku.. sila rujuk alamat kat bawah blog

Korang semua dijemput datang.. Tak de bayaran.. free of chargeeee. Sambil main, sambil belajar.. jom kita tingkatkan financial kita

Tempat terhad.. untuk 5 orang terawal.. jadi sila sahkan kehadiran korang, korang boleh call atau sms aku



Turut hadir :

1. juruukur
2. saiful_perancang
3.
4.
5.



Datang.. jangan tak datang



INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012 3193576

LAWATAN TAPAK BERSAMA HJ MOKHTAR

Semalam petang, aku ada 2 sesi lawatan tapak bersama klien. 1 site kat Bangi dan 1 lagi kat Beranang

Disebabkan semalam cuti Thaipusam, jadi aku ajaklah family ikut sekali. Bukan apa, aku nak bagi sikit pendedahan untuk anak aku, Si Naufal, sekurang-kurangnya dia boleh kenal pelanggan aku, boleh dengar aku bincang, boleh teman aku gi site, kena gigit nyamuk sikit, kena panjat bukit. Biarkan dia rasa.. sebab semua tu pengalaman yang baik untuk dia gak. Ha ha ha

Aku sampai rumah Hj Mokhtar pukul 5.30 petang. Bestnya.. sebab kami dihidangkan ngan kuih-kuih kampung. Ada ubi getuk, ada agar-agar, ada lepat pisang pastu minum air Nescafe. Bestnya

Lepas minum-minum.. aku, Si Naufal and Hj Mokhtar pun gi site sama-sama untuk ambik gambar. Bini aku.. tak ikut. Dia lepak kat umah jee..

Dalam perjalanan tu, kami bincang pasal tanah.. ukur tanah, pecah geran, wasiat, hibah dan macam-macam lah.

Hj Mokhtar nii.. banyak pengalaman beb.. umur dah 85 tahun.. pernah hidup zaman British, Jepun, Kominis.. dia orang nii lah pejuang kemerdekaan Negara. Aku terbakar beb.. naik semangat, bila dengar dia cerita.

Nasihat dia lagi.. kita orang Melayu, orang Islam, kita kena bersatu, tolong menolong, bantu membantu, sokong menyokong, tingkat ilmu, majukan ekonomi. Jadi bangsa bermaruah. Jangan makan rasuah

Oklah.. enjoy gambar kat bawah nii







INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012 3193576

Friday, February 6, 2009

GONG XI FA CAI

Malam tadi, kami ada makan-makan kat rumah partner aku.. saudara Lim kat Subang Jaya. Sebelum ni tak pernah pun dia buat open house. Setiap kali tahun baru.. kami makan limau kat ofis jee.. ha ha ha

Bezanya tahun nii.. Lim masuk rumah baru. Bila rumah baru, semangat pun baru. ha ha ha. Jemput kawan-kawan datang rumah

Ramai gak yang datang, kami jemput semua warga USAHA GEOMATICS DAN JURUUKUR USAHA. Tak ketinggalan jugak kawan-kawan lama

Macam-macam ada, satey, pizza, KFC dan macam-macam lah. Aku makan sampai tahap gaban. Kenyang gila

Aku tengok, budak-budak lah yang paling seronok.. sebab dapat ang pow, dapat limau

Ok lah.. korang layan gambar kat bawah nii..








INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012 - 3193576

Wednesday, February 4, 2009

BUKU YANG MENGUBAH HIDUP KORANG

Apa kata, hari nii, kita bincang-bincang pasal buku, yang mengubah hidup korang. Yelah sekarang nii, ada banyak buku kat pasaran, macam-macam ada. Buku pasal financial, pasal saham, pasal pertanian dan macam-macam lah

Buku pulak ada macam-macam bahasa, Melayu, Orang putih, Jepun dan seangkatan dengan nya. Bukan apa, bagus kita syer info buku kegemaran korang, ngan kawan-kawan. Mana tahu, kalau kawan lain baca buku tu, mungkin dia boleh berubah. Kalau dulu jahat, boleh tukar jadi baik. Kalau dulu buta financial, mungkinboleh sedar. Kalo dulu tak main CPO, pasni berani invest

Bagi kes aku, aku sedar sangat, pasal financial, bila aku baca buku RICH DAD POOR DAD, tulisan ROBERT KIYOSAKI. Aku suka cara dia kembangkan idea, pasal kemewahan, pasal pasif income.. ayat dia mudah, relax, santai. Pastu start lah aku beli buku dia yang lain.

Setakat baca jee, susah gak aku nak paham. Tak nampak apa yang dia nak sampaikan. Pastu tak leh nak praktik. Sampailah aku beli game CASHFLOW101.. kami selalu main, sekarang ni, alhamdulilah.. baru lah nampak sikit-sikit

Ni bagi kes aku.. korang nye cam mana lak?

Ni antara koleksi buku yang aku suka.







INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012 3193576

Tuesday, February 3, 2009

PECAH SEMPADAN TANAH, LOT PERTANIAN

Hari ni, aku nak syer pasal pecah sempadan tanah. Aku percaya.. mesti korang pernah dengar, pasal pecah-pecah tanah nii. Tapi mungkin ada yang paham.. mungkin ada gak yang bluuurr

Tak kisah lah.. yang paling penting, sekurang-kurangnya, kita tahu konsep, dah cukup memadai. Nanti, kalau kita nak buat pecah sempadan, korang boleh rujuk ngan juruukur. Masa tuu baru kita lebih nampak

Aku nak syer kes klien aku ni, nama dia Pakcik Mail. Tanah dia kat Hulu Langat. Pada asalnya, luas tanah tu 5.08 ekar. Pakcik Mail nak pecah sempadan tanah tu kepada 3 plot. Ada yang 1.93 ekar, ada pulak yang sekar-sekar

Cuba korang tengok plan kat bawah nii..





Dia tak cadang nak tukar syarat tanah ni, dia nak maintain ngan kategori pertanian jee. Bila lulus permohonan tu nanti, semua plot kat atas tu.. masih lagi atas nama dia. Jadi terpulang kat dia, apa dia nak buat

Bagus kita buat pecah sempadan nii, sebab kalo kita nak jual sekar-sekar, senang pembeli nak beli, tambah pulak dah ada geran individu, pembeli boleh buat loan bank.

Kita boleh gak jual tanah, secara peringkat-peringkat. Maksud aku, satu plot, satu plot, pastu tak ganggu plot lain

Kalau kita nak pakai duit, katakan RM50K, mungkin kita boleh cagar 1 plot tanah jee.. tak yah libatkan semua lot

Kalau kita nak upgrade tanah, kita boleh gak upgrade secara berperingkat, tukar syarat tanah dari pertanian kepada lot bungalow. Siap satu plot, habis semua jual, baru buat plot lain.

Selain tu.. kita senang nak bagi kat anak-anak. Masing-masing dah ada geran individu, tak lah gaduh-gaduh pasal sempadan

Ok lah.. tu jee untuk hari nii .. Bye bye

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012 - 3193576

Monday, February 2, 2009

SEMAK BETUL-BETUL SEBELUM BELI TANAH

Hari nii.. aku nak syer sikit, pasal masalah tanah, sahabat kita, Saudara A ni. Walaupun benda ni agak confidential, tapi rasanya, bagus juga kita syer info ni.. supaya kita boleh semak betul-betul, sebelum kita beli tanah

Al kisah ceritanya, saudara A beli tanah kat Sungai Buluh, kat Kg Batu Gajah. Dulu dia beli tanah nii, dengan harga RM200K lebih. Luas tanah cuma 1 ekar je. Mahal gak harga tanah kat area sini ekk. Jadi, sapa-sapa ada tanah area sini.. memang kayo lah korang

Alhamdulilah, Saudara A nii.. buat keputusan bijak. Sebab lantik lawyer untuk uruskan pembelian tanah ni. Pastu lantik juruukur untuk semak betul-betul keluasan tanah tadi

Bukan apa, kalau kita tengok secara kasar, rujuk hakmilik sementara nii.. memang betul lah, luas tanah saudara A, adalah sekar. Kalau kita buat carian kat pejabat tanah sekalipun, pasti kita akan dapat info yang sama. Cuba korang explore geran tanah kat bawah nii :


Ingat tak.. dulu aku pernah bagi tau.. hati-hati dengan hakmilik sementara. Sebab luas dalam hakmilik sementara, adalah luas sementara je. Ukuran halus ke atas tanah tuu.. belum buat lagi, batu sempadan belum tanam, nombor lot tak de, pelan akui belum di sahkan oleh Pengarah Ukur

Untuk membantu saudara A, aku pun buat semakan maklumat kat jabatan ukur. Aku dapati, keliling plot saudara A, PT1970, dah ada lot nombor. Maksudnya, tanah saudara A, dah dihimpit oleh lot jiran. Kesian saudara A. Luas tanah dia dah jadi kecik

Bila aku buat pelan cadangan, ambik kira lebar jalan 20 kaki, kat sebelah selatan dan timur, baki tanah saudara A, dah jadi 0.75 ekar jee, dan bukan 1 ekar macam dalam geran sementara

Jadi bagi kes saudara A, aku cadangkan, supaya saudara A maklumkan benda nii pada penjual. Bincang baik-baik.. Maklumkan gak pada lawyer, mintak lawyer tahan payment pada penjual. Pastu uruskan permohonan hakmilik kekal. Luas dalan hakmilik kekal jee.. yang boleh diguna pakai..

Oklah.. bye-bye

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012-3193576

Sunday, February 1, 2009

BIJAK HADAPI CABARAN DAN TERUS MAJU

Baru-baru ni, blog aku telah dikejutkan, ada pihak meluahkan pendapat pasal pie2020.com. Kononnya, Pie tak kisah pasal halal haram untuk mewah

Pada pandangan aku lah.. kita nii bertuah sangat, sebab Pie sanggup syer sikit ilmu yang dia ada ngan kita. Dia bukan mintak fees pun, semuanya free of chargeeee.. aku nampak sangat, dia ikhlas syer pengalaman yang dia ada. Sepatutnya kita berterima kasih, dan bukan buat sebaliknya

Akibat usaha Pie2020, sekarang ni, ramai kawan-kawan kita, dah pun sedar pasal financial. Apa yang berlaku, cuma Pie gabungkan ASB, OD dan hartanah, untuk dapatkan pasif income. Mungkin ada pihak tak setuju cara ASB, OD.. korang boleh gunakan kaedah lain. Tapi lagi bagus, kalo boleh, korang syer teknik korang tu ngan kami. Jadi kita boleh belajar macam-macam teknik, lagi banyak teknik, lagi bagus. Selain tuu.. kita boleh bertukar-tukar pendapat, pandangan.

Bukan tuu jee.. malah sekarang nii.. kalau korang nak tahu rahsia financial.. Apa tuu kaya? Apa tu mewah? Kami pun boleh syer, sikit pengalaman yang kami ada. Sebab kami dah ada tool. Teknik kami mudah, sambil main, sambil belajar.

Fokus kami jelas, Insyaallah.. dalam tempoh 5-10 tahun akan datang, akan lahir ramai orang kaya muslim menerusi blog kami. Cuma sekarang nii.. kita mesti bersatu, tolong menolong, kerjasama dan sepakat.

Selain tuu.. kita mesti kenal siapa pesaing kita. Bukan muslim seagama ngan kita. Tapi bangsa asing diluar sana. Yang selama nii.. mengaut keuntungan, kekayaan negara

Dalam kita menempoh cabaran. Kita mesti kuat. Sentiasa positif dan terus mekar. tak kisah lah cabaran apa yang datang. Mekar dan terus mekar

Kita mesti faham, tahu apa yang kita carik.. dan sungguh-sungguh usaha

Kita juga mesti sabar, sebab ramai orang kaya, ambik masa belasa tahun untuk mewah, ada sampai puluhan tahun. Mereka maju setapak demi setapak. Mereka rasa jatuh bangun dalam bisnes, dan baru lah mereka berjaya. Jadi.. gandakan usaha kita


INGAT TANAH. INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012-3193576

  © Blogger template 'Fly Away' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP