Wednesday, November 26, 2008

PERADUAN IKLAN RUMAH MENARIK

Hari ni aku happy sangat.. mana tak nya.. pukul 8 lagi.. klien dah call suruh datang ofis dia. Ada 2 site baru suruh aku ukur. Alhamdulilah.. rezeki

Lepas tuu sahabat aku tipon. Saudara Sharizal. Dia nii jurunilai berlesen. Selalu gak aku bekerjasama dengan dia. Terutama bagi klien yang terlibat dengan projek nak buat lot bungalow. Nak tentukan nilai tanah, berapa harga boleh jual sekaki. Selain tu.. bila aku nak gi auction.. aku akan rujuk kat dia gak.. nak tentukan nilai rumah yang aku nak bid. Senang kan kalu ada kawan-kawan yang kita boleh bekerjasama. Semua urusan cepat dan tepat. heh hehe

Berbalik kepada cerita kita.. macam mana nak carik duit poket ni. Jadi malam tadi aku ada explore blog Pie. Surf lah dari awal blog dia. Dari bulan December 07 sampai lah laa nii. Mana tau kalu jumpa benda-benda baru yang boleh buat duit. Jadi sambil baca.. sambil tuu aku angan-angan nak jadi kaya.. heh hehe. nak pakai motor besar... nak pakai kereta besar.. heh ehhe

Korang perasan tak, kalau kita baca iklan rumah kat NST .. kat Star ke. Selalunya mereka akan iklan simpel je " UKAY PERDANA Sri Melor, 4th Floor, 800 sf RM81K, Hafizal 012 3193576"

Kalau iklan tanah lak.. " AMPANG, KG MELAYU TAMBAHAN, Tapak rumah/dusun, elektrik, air, telefon, jalan tar RM165K, Hafizal 012 3193576"

Kalau iklan lelong " Reserve Price : RM87,750.00 Assignor : Leau Koo Sien & Too Set Fong, Property Address : No. 25-16-07, Jalan 2/125,Winner Heights Condominium, Taman Desa Petaling, 57100 Kuala Lumpur, Description : A 3 bedroom apartment Floor Area : 886 sq. ft. Tenure : Leasehold, MV from RM110k up, Rent basic from rm650, Hafizal 012 3193576

Iklan Pie lain macam sikit

harga beli = 65k ..
market price = 80k ..
mark up dari snp = harga beli tulis = rm75k…
loan = 90% dari RM75k = 67.5k ….
dapat cash = RM2.5K
monthly installment = rm370 per month..
ikat 30 thn…. interest BLR -1.7% under CIMB….
sewa = rm500…

maintenance = 50 ..
installment kat bank = 370 ..
positive cash flow = rm80…
ROI = 500%
call : Hafizal 012 3193576

Kalau lah orang kaya baca iklan nii. Korang rasa orang kaya setuju beli hartanah yang mana satu ekk?

Bukan apa.. kita kat dalam blog nii. Kebanyakan dah ada pengalaman pasal auction rumah. Peminat hartanah. Ni kelebihan kita. Sedangkan kat luar sana ramai lagi kawan-kawan kita masih lagi tak terdedah pasal hartanah. Aku percaya kalu kita boleh guna iklan yang menarik.. mungkin kita boleh jadi agent hartanah.. dapat gak komisen. Masuukkk tuu geng.

Katakan sebulan dapat 1 kes. Rasanya senang-senang komisen 1.5K boleh dapat kot.. Banyak tuu. Boleh gak invest kat ASB.. heh hehe

Mesti korang tau iklan-iklan rumah yang best best.. jom lah korang kongsikan kat sini.. syer ngan kawan-kawan semua.. Kita pilih iklan mana yang paling menarik? Pemenang akan dapat RM50.00 dari juruukur

Iklan jangan tak iklan..

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR

Tuesday, November 25, 2008

AYAM BANDAR, AYAM KAMPUNG, AYAM HUTAN, BAPAK AYAM..

Baru aku tau.. dalam dunia nii, sebenarnya ramai orang kaya. Hari ni aku sempatlah menyusur masuk area lot bungalow kat area Bandar Baru Bangi. Pergi meeting kat rumah klien. Mereka nii kaya ya amat sangat. Bukan dia jee kaya. Jiran-jiran pun kaya. Kagum kejap aku dibuatnya. Apa yang mereka buat aa? Niaga ke? Kerja kee?. Dasyat beb. Tapi macam mana pun aku syukur sangat, sebab mereka semua tuu muslim

Lepas berdiskusi dengan klien nii. Alhamdulillah dapat lah aku 2 job ukur baru. Aku pun mintak lah diri.. On the way balik. Dok tengah memandu, teringat aku kata-kata klien tadi.. baru aku perasan, sebenarnya kita nii dikelilingi oleh 2 jenis kumpulan orang.

Kumpulan orang kaya, banyak duit, tapi tak tau duit nak buat apa. Mereka ni dok rumah bungalow, kereta mewah, beriman, pakaian berjenama, pasif income hebat, positif, sentiasa mencari peluang, ingin kan maklumat tepat dan cepat. Dan satu lagi kumpulan orang miskin, tak de duit, duit tak cukup. heh ehhe hehe. Diri aku nii kat kumpulan mana ekk? Yang pasti setakad nii bukan golongan kaya.. tapi mungkin golongan miskin atau pun papa.. hehe heheh

Hari niii.. aku nak luahkan rasa hati nii. Sebab dah tak tahan dah.. dah nak meletup dah

Penat lah kerja. Terkejar-kejar. Semua nak cepat. Semua urgent. Balik lewat malam. Lelah aku dibuatnya. Kencing pun berdiri, nak terkentut pun tak sempat. heheh hehe... Dok geram-geram layan perasaan. Tu lah aku terfikir, macam mana lah aku boleh bekerjasama dengan orang kaya? Maksud aku..yang kaya tambah kaya.. yang aku miskin nii berubah jadi sederhana.. win win lah

Aku cadang nak buat kerja part time.. tapi nak buat apa ekk?? Nak niaga pasar malam.. nak niaga apa lak? Nak buat ebook.. ada orang beli kee? Tapi apa yang aku tau cuma tanah jee. Sikit-sikit pasal rumah lelong. Sikit-sikit pasal financial. Korang rasa kalau lah aku bagi info rumah lelong ke? tanah nak jual ke? kat orang kaya nii, dia orang minat kee?. Bukan apa.. kalau boleh dapat 1-2K extra money sebulan syok gak kan. Boleh gak invest kat ASB. Harapan tuu melampau.. tinggi menggunung. heh hehe. Usaha tak tak dee pun
Tapi aku ada perasan.. baru baru nii.. Pie ada jual rumah kat Teratak Muhibbah & DTR. Orang lain jual rumah berbulan-bulan.. tapi Pie boleh jual tak sampai sehari.. sold out. Apa ilmu ko pakai Pie?.. Ko pakai pelaris apa ekk? Boleh syer ngan aku sikit.. Nak tanya malu.. cuma aku luahkan dalam blog nii jee
Alangkah bagusnya.. kalau lah aku tau rahsia Pie nii.. pasni boleh aku jadi agent hartanah lak.. Masuukkk tu bebb.. Sebijik rumah boleh dapat 1K tak? Boleh kott
Kawan-kawan kat luar sana tengah tunggu rahsia ilmu macam mana nak jadi investor ala ayam kampung nii.. Macam mana lah aku nak jawab. Sebab aku pun investor ala ayam daging.. Nahas.. nahas aku.. Mampus .. hhe hehe hehe
Renungan hari nii.. Kejap lagi aku nak carik info dalam blog pie2020.com, "rahsia pie jual rumah"
Ehh macam best jee tajuk nii. "rahsia pie jual rumah" Boleh buat ebook nii
INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR

Friday, November 21, 2008

MACAM MANA NAK CARIK MODAL?

Ramai dari kita nii... tak sabar nak kumpul modal. Kalu boleh terus je hari ni nak ada 1 juta dalam akaun. Tak leh lah macam tuu. Dalam proses kumpul modal nii.. kita kena sabar. Usaha dari satu peringkat ke satu peringkat. Hari ni lebih baik dari semalam, esok pulak lebih baik dari hari nii. Orang Cina kata man man aaa..

Kumpul modal nii ala macam kita belajar kat U laa. Yang seronoknya belajar nii.. proses belajar tuu.. dari tahun satu ada orentasi, pastu masuk tahun dua, ada awek.. belajar sama-sama, pastu cuti sem, masuk tahun 3 dan seterusnya. Tiru buat assignment, tak tido malam, exam lak bawak toyol. Proses nii lah yang best.
Bila konvo pakai baju konvo, ambik degree, lambung topi, ambik gambar dengan awek, kenalkan ngan mak bapak.. semua tuu cuma best sekejap jee. hehe hehe. Betul ke ni?

Samalah jugak dalam proses kumpul modal. Maksudnya aktiviti yang kita buat. Macam mana kita olah financial kita. Ada yang ada modal terus melabur kat swichcash pastu telingkup, kumpul modal balik konon pertanian adalah perniagaan, tanam lah cili, cili lak daun kerinting. Terlingkup. Orang sibuk buat direct selling, kita pun joint, invest lah sampai puluh ribu.. pastu tertipu.

Gagal pastu gagal lagi. Dari sini baru kita belajar. Kita bina network, kenal ramai kawan, belajar teknik invest, konsep invest, sampai lah kita jumpa 1 teknik yang betul untuk invest. Proses nii yang paling mahal. Proses nii yang menguji sama kita ni investor ala ayam daging atau investor ala ayam kampung

Investor ala ayam daging nii.. lebih kepada investor pakej. Semua orang siapkan. Ala macam ayam daging dok dalam reban tuu.. semua tuan siapkan, tuan bagi makan.. dia makan.. tuan bagi makan ubat. dia makan.. tido ada aircond, berak tuan cuci, sampai masa, kena sembelih. Investor macam nii tak syok lah. Tak mencabar langsung

Investor jenis nii langsung tak kreatif. Apa mereka buat untuk dapat modal. Ikut cara orang lain jee. Nak dapat modal, simpan lah duit gaji ciput-ciput dalam ASB, hujung tahun tunggu dividen, pastu keluarkan duit KWSP baru lah boleh invest, insuran matang jee nak keluarkan.. konon nak invest lah, sapa yang kerja kerajaan lak, sibuk lah nak buat loan kerajaan konon nak invest rumah, yang kerja privet lak, ambik loan majikan. Mak bapak bagi tanah.. dia pun cagarkan kat bank.. dapat duit tuu baru boleh invesst. Lebih teruk lagi.. pinjam duit mak bapak.. konon nak invest. Paling ketawa.. ambik personal loan pulak, baru belajar nak invest

Bukan lah idea tu tak bagus. Bagus juga sebenarnya. Sebab terbukti ramai orang yang dah berjaya jadi pelabur guna cara nii. (ayoo aku kutuk diri aku sendiri lah) heh hehe hehe. Padan muka aku.. heh hehe

Untuk lebih cepat berjaya.. aku nampak kita mesti jadi pelabur ala ayam kampung. Kreatif and smart.

Jadi.. esok kita bincang lak "macam mana investor ala ayam kampung carik modal" heh hehe.
Jumpa lagi

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR

Thursday, November 20, 2008

MACAM MANA NAK KEMBANGKAN MODAL?

Hari nii jadual aku agak padat. Pagi ada site visit tanah En Hamid dan selebihnya meeting dengan klien jee. Selain tuu ada gak 4 jobs kerja ukur baru aku dapat. Alhamdulilah..


Kebanyakkan job ukur nii. Aku dapat hasil rekmen kawan-kawan. Tima kasih geng semua. Korang banyak bantu aku.. TQ TQ


Jom kita berbalik kepada tajuk kita. Macam mana nak carik modal? Sebut jee nak carik modal.. mesti korang fikir pasal duit. RM, dolar, rupiah. Apa orang putih kata "no money no talk.. heeh hehe juruukur speaking London lah


Bagi kes aku.. aku kumpul modal dari kerja ukur yang aku buat. Dapat je payment. Aku simpan ciput ciput. Simpan kat ASB. Sebab kat ASB sambil menyimpan kita melabur gak. Hujung tahun boleh dapat dividen. Proses menyimpan macam nii ambik masa lama. Cara ni tak bijak lahh.

Aku rugi banyak masa. Konsep aku masa tu.. nak mewah mesti banyak simpan cash. Mesti jadi jutawan. Sebenarnya cara nii salah

Aku berterima kasih sangat kat Mr Low, klien aku ni. Sebab dia cadangkan aku jangan buat kerja ukur jee. Kena invest kat tanah. Sebab aku banyak peluang kat tanah. Siap cerita pengalaman dia lagi. Dia mewah bukan sebab bisnes, tapi sebab tanah. Beli tanah, jual tanah. Jadi dari situ lah baru aku start invest tanah

Aku setuju, invest tanah nii kena pakai cash banyak. Lagi banyak cash lagi syok. Untuk langkah selamat, jadi aku ajak kak ipar aku jadi rakan kongsi. Kira back up lah. Sebab masa tu aku tak tau OD, refinance, cagar. Vocab aku pasal financial nii memang zero. Apa yang aku tahu, beli, beli, beli, pastu ukur, pindahmilik, bersihkan, tanam tiang pagar, iklan, jual. Kalau sebut pasal pasif income lagi lah zero.. hee he he . Ni cara aku zaman jahiliah dulu lah.. la nii dah lain dahh.. heheh

Korang yang nak invest property nii, bagus explore pie2020.com. Cara pie carik modal, kembangkan modal tuu, bagus sangat.

Peringatan : Sok malam ada TT ngan pie kat ramal junction, datang jangan tak datang. Pukul 9 malam

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR

Wednesday, November 19, 2008

KENAPA ORANG KAYA SUKA INVEST KAT TANAH & KEDAI

Aku perhatikan.. orang kaya suka sangat invest kat tanah & kedai. Malam tadi misalnya, klien aku call mintak nasihat pasal tanah yang baru dia dapat, 557 ekar kat Gua Musang. Tanah kurnia. Tindakan yang perlu dia buat untuk pastikan tanah tadi boleh dapat geran

Invest kat tanah nii, lebih kepada keuntungan kapital. Jadi kita kena simpan lama. Mungkin antara 2 hingga 10 tahun. Mungkin gak lebih dari tuu. Tapi ianya berbaloi. Bila harga tanah tadi naik, macam mana yang kita harapkan.. kita boleh jual

Dalam tempoh menunggu tuu.. Tanah tadi kita boleh usahakan. Buat projek pertanian ke, bela ikan ke, tanam kelapa sawit, tanam getah. Macam-macam kita boleh buat. Boleh dapat pasif income dari projek pertanian lak. Paling tidak.. kita biarkan jee. Jadi semak pun tak pee. Bukan kena bayar maintanance fees punn.. Tapi ingat.. cukai tanah kena bayar beb.. nanti kerajaan boleh ambik balik. heheh

Strategi aku.. aku suka beli tanah kawasan kampung. Tapi tanah tu mesti ada kemudahan jalan tar, ada elektrik, air and telefon. Sebelum beli aku ukur dulu. Pastu aku kasi clear tanah tuu. Kasi sodok pakai scorpion (jentolak). Suruh Indon tanam tiang pagar. Asal nampak sempadan tanah je. Tak yah buat pagar cantik cantik pun. Pastu kasi iklan kat Harakah. Setakad nii.. alhamdulilah.. semua terjual. Target klien aku adalah kontraktor. Dia orang nak buat store barang

Untung kee? Untung lah sikit.. Simpan tak lama pun. Tak sampai setahun

Tanah kat Bangi 1 ekar
Harga beli : RM35k
Upah ukur, pindahmilik, bersih, tanam tiang pagar, iklan : RM5k
Jual : RM110k
Untung : RM110k - RM40 : RM70k

Tanah kat Beranang 1.2 ekar
Harga beli : RM45k
Upah ukur, pindahmilik, bersih, tanam tiang pagar, iklan : RM5k
Jual : RM125k
Untung : Rm125k - RM50k : RM75k

Ada lagi beberapa kes lain. Tak leh nak cerita semua kat dalam blog. hehehe. Walaupun tak de pasif income kat investment tanah nii. Bila untung, park lah duit tu kat ASB. Pastu buat OD. Macam idea Pie tuu. Jadi pasif income dapat lah sikit hasil dividen ASB. hehhe

Invest kat tanah nii memang untung. Pasti untung. Berbaloi sangat

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR

APA NAK BUAT, KALAU TANAH KORANG DICEROBOH?

Pagi tadi aku ada meeting kat Klang, untuk bincangkan masalah klien aku. En Hamid ni ada tanah 124 ekar kat daerah Hulu Langat. Dulu kawasan nii bekas lombong. Banyak lah kolam-kolam tinggal

Apa yang berlaku sekarang nii.. Ada orang tengah ceroboh tanah En Hamid.. Buat kolam ikan lagi. Jadi meeting tadi, dia mintak aku bantu untuk buat tindakan yang sesuai, supaya orang yang ceroboh tadi boleh keluar dari tanah dia

Baik En Hamid... saya patuh arahan. heheh. Kecik punya hal lahh

Jadi esok aku akan buat site visit dengan pekerja dia. Pastu ambik gambar kawasan yang diceroboh. Nanti aku akan buat surat kepada Pejabat Tanah untuk maklumkan perkara nii

Pastu aku akan buat kerja ukur kat site, ambik semua maklumat, tandakan sempadan balik dan sediakan pelan. Kalu lah betul.. orang tuu ceroboh tanah En Hamid.. aku akan hantar pelan yang aku siapkan tuu pada Pejabat Tanah gak. Nanti pejabat tanah akan panggil orang yang ceroboh tuu untuk berbincang dengan En Hamid.

Best borak ngan orang kaya ni. Banyak nasihat yang dia syer ngan aku. Antaranya ...

1. Zal.. untuk jadi mewah, invest dalam hartanah.. terutama tanah.. sebab tanah tak ada limit harga
2. Banyak bagi sedekah Zal. Ko bagi 1 pasti ko dapat balik 10
3. Kalau ko ada idea menarik, syer dengan orang kaya. Jangan simpan jee
4. Aku buat my first milion bila umur aku 40 tahun. Jadi Zal ko boleh capai pada umur berapa?

Cabaran siut... cabarann.. cabaran..

Aku sahut cabaran.. akan ku buktikan.. sebelum umur aku 35 tahun, aku pastikan pasif income aku mesti lebih tinggi dari perbelanjaan.

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR

Tuesday, November 18, 2008

NASIHAT PERCUMA DARI JURUUKUR

Aku nak syer sikit ngan korang masalah tanah klien aku ni. Moga-moga boleh jadi renungan untuk kita semua.

Nama dia En Rahim. Baru jee beli tanah kat Kajang seluas 1.2 ekar. Harga RM280K. Masalah nya, masa beli tuu.. agent dia tunjukkan lebih kurang je sempadan tanah. Dari apa yang ditunjukkan oleh agent, tempat tu nampak menarik lah. Boleh buat store, topografi tanah agak lapang, rata, sebelah tanah ada hadware, bila semak zoning tanah yang dia beli tuu kat majlis perbandaran Kajang pulak, zooning perniagaan. Maksudnya tanah tuu boleh ditukar syarat dari kategori pertanian kepada bangunan perniagaan.

Masa beli tuu.. En Rahim tak lantik lawyer untuk buat SNP, katanya dia kenal penjual

Tapi disebalik tuu.. bila aku semak tanah En Rahim, lot dia tak dee rezab jalan keluar masuk. Dari kerja ukur yang aku buat kat site pulak, hampir 30% dari keluasan tanah En Rahim masuk dalam sungai, 20% pulak ada jalan bertar. Jadi En Rahim cuma ada 50% jee balance area yang boleh diguna. Rugi.. rugi

Sekarang nak buat macam mana? Payment semua dah bayar pada penjual. SNP pulak tak buat masa beli. Pening gak kan.. Pastu En Rahim asyik cakap.. "Zal.. aku tertipu lah.. Tipah tertipu.. Tipah tertipu"

Jadi.. aku cadangkan.. kalau lah korang nak beli tanah.. nak invest tanah, dapatkan nasihat percuma dari juruukur. Free jee.. Sebab.. jangan kita tertipu dengan game tanah nii.

Monday, November 17, 2008

ELAK BELI TANAH KALAU GERAN KONGSI

Hari Sabtu and Ahad yang lepas nii.. aku ada banyak site visit. Terutama untuk bantu klien yang ada masalah sempadan tanah. Maklumlah klien tengah bercuti.. bersantai.. jadi mudahlah kalau nak bawak aku untuk site visit

Al kisah kali nii.. aku nak syer sikit masalah tanah cikgu As. Dia baru jee beli tanah dengan rumah seluas 1/2 ekar kat Hulu Langat. Harga RM80K. Lokasi memang menarik. Banyak pokok buah-buah. Siap ada kolam ikan lagi. Kalau pencen-pencen duduk sini.. memang panjang umur.. sebab banyak pokok.. bila banyak pokok banyak gak oksigen.. heheh

Tanpa banyak cerita, dia pun bayar cash RM80k tu. Pastu buat pindah milik dari tuan tanah asal kepada nama dia. Sekarang ni nama dia dah tertera dalam geran. Happy sangat dia

Masa site visit hari Sabtu tu, dia tunjukkan lah sempadan tapak rumah yang dia beli tu, kononnya dari pokok bunga sini sampai pokok mangga sana. Dari jalan sini sampai sungai sana. Macam tu lah lebih kurang. Tak de pun sempadan khusus

Jadi dia mintak aku ukurkan sempadan lot dia, pastu buat semakan zoning tanah, tempoh pajakan dan cari nama-nama pemilik lain

Tadi aku dah pun buat carian persendirian kat pejabat tanah. Bila aku semak, memang betullah nama dia dah ada dalam rekod daftar pejabat tanah. Bahagian dia 1/20.

Tanah nii pulak akan tamat tempoh dalam tahun 2062, bila tamat tempoh, pastu cikgu kena mohon lanjut tempoh pajakan. Kategori tanah adalah pertanian. Dan yang paling hebat.. tanah ni cuma seluas 9.8 ekar tapi ada 57 orang pemilik dalam 1 geran. hehehe..

Ayoooo.. ni dah macam setinggan nii. So kalau korang nak beli tanah.. Elakkan dari beli tanah macam nii. Tanah macam nii tak de nilai. Nak cagar susah, nak buat OD tak leh.. sebab tak de geran individu. Pastu tempoh expired dah nak sampai.

Ok cikgu.. esok kita jumpa..

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR

Sunday, November 16, 2008

BIJAK BERTINDAK, SMART BERUSAHA

Kadang-kadang aku cemburu gak.. bila tengok orang lain mudah sangat berjaya, usaha sikit tapi hasil lumayan. Ada pulak yang usaha susah payah, tapi hasil ceput jee. Dan ada orang berjaya sebab tuah. Datang dari family kaya, politik atau kerabat

Ada orang boleh simpan duit 100K dalam masa setahun, ada orang ambik masa 20 tahun untuk simpan 100K. Ada orang borak-borak ngan orang politik.. boleh dapat 100K. heheheh

Bagi aku.. teknik kita berusaha tuu yang amat penting. Kita mesti memudahkan benda yang mudah. Contoh bagi kes aku.. aku buat kerja ukur, kena pergi meeting, ada company, ada staf, kena bayar sewa ofis, kena bayar macam-macam lagi. Katakan lah setahun aku boleh untung RM100k

Pie pulak, beli rumah lelong 5 bijik, pastu suruh Man repair, kasi cat baik-baik, upah lawyer, kasi sewa, tak yah ada company, tak yah ada staf, tak yah bayar bil, tiap-tap bulan ada gaji lagi. Tapi bila Pie jual semua rumah tu, Pie dapat 100K gak setahun.. hebatkan.. smart kan

Jom korang kongsikan, mungkin teknik usaha korang yang mudah, yang korang boleh syer, yang boleh dapat untung lumayann.. Komen... jangan tak komen... heheh

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR

Friday, November 14, 2008

MUSLIM MERDEKA

Sempena hari Jumaat nii. Jom kita borak-borak pasal rohani sikit. Biasalah.. asyik bincang pasal investment jee.. pasal duit tak habis habis. Hari ni tukar sikit la.. Boleh?

Bila sebut jee MUSLIM MERDEKA, Apa yang korang fikirkan? Maksud aku.. MUSLIM MERDEKA dalam Islam. Jom kita teroka sikit.

Selama ni.. kita sebagai muslim asyik dipandang rendah je, tak ada maruah, orang anggap kita selekeh, tak maju, kolot, miskin, lemah, bodoh malah ada yang anggap muslim nii adalah pengganas. Pihak barat pulak lebelkan semua muslim nii sama. Asalkan muslim tu pakai serban, ada janggut sikit.. terus mereka label kita ni sebagai pengganas

Mana dia Robert Kiyosaki versi Islam?, mana dia Donald Trump versi Islam?, mana dia Bill Gates versi Islam?

Jadi dah sampai masa nya untuk kita bersatu. Kita perlu bersatu dalam Islam. Kita perlu tolong menolong dan terus maju. Bagi rakan-rakan yang dah berjaya, kita bertanggungjawab untuk berkongsi teknik kejayaan kita dengan teman muslim yang lain. Alangkah bagusnya kalau semua muslim ni adalah MUSLIM MERDEKA. Yang mana pendapatan pasif income melebihi perbelanjaan. Pada waktu tu, kita tak perlu lagi kerja makan gaji. Kita bebas, kita boleh buat apa yang kita suka.

MUSLIM MERDEKA perlu menjadi pelabur yang beriman, sebagai investor beriman. Muslim yang mewah dengan wang dan banyak bersedekah.

Heii.. teman-teman, jom kita bangkit, kita bergerak bersama untuk kita angkat martabat diri kita untuk menjadi MUSLIM MERDEKA.

Fikir-fikirkan...

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR

Thursday, November 13, 2008

APA CADANGAN KORANG?

Aku terima email dari rakan blog kita nii.

"Salam En Hafizal, saya nak tanya sikit berkenaan tanah nii.. ceritanya saya ada beberapa ekar tanah kat Kelantan, jadi teringin la nak buat duit, dari tanah dok terbiar je. Tanah status pertanian. 1 ekar = RM100k yang biasa orang dok jual. Jadi saya berhajat nak refinance tanah nii n buat OD. Betul kee cara tuu??? saya ni surirumah, jadi boleh kee saya refinance n buat OD tuu??"

Apa cadangan otai-otai sekelian.. mohon bantuan..

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR

Monday, November 10, 2008

HEBATNYA BLOG PIE2020.COM AND THE GANG

Semalam, kita orang ada meeting pasal koperasi yang bakal Pie2020 tubuhkan.. Insyallah.

Dalam borak-borak aku ngan Faris semalam. Kami ada gak sentuh pasal blog Pie2020.com and the gang

Jom kita tengok istimewanya blog nii. Memanglah pada peringkat awal saudara kita Pie, adalah pengasas dan pelopor bagi blog Pie2020.com. Cara dia terangkan pasal invesment property memang teruja. Gaya bahasa memang sempoi, bukan tuu jee.. cerita pasal pengalaman lagi, sanggup kongsi teknik untuk berjaya, pastu siap ada TT lagi. Sapa-sapa ada masalah lak.. boleh call lagi. Tak dee pun consultant feess.. heeh heheh

Dari TT tu baru kita kenal lebih rapat. Masa TT lak memang fokus pasal investment jee. Cakap pasal duit.. Duit.. tak abis abis pasal income. Tak dee pun nak borak lain. heehe heheh

Lain-lain aktiviti lak macam main futsal, main badminton, makan-makan, bukak puasa, sambutan hari raya. Alhamdulilah setakad nii tak dee pun aktiviti berdang dut kee, spa kee, urut kee. Tak dee.. tak dee. Alhamdulilah. Bila asas yang baik, jadi lahirkan kawan-kawan yang baik. Dari situlah wujudnya blog-blog lain, macam azman, farah, Faris and juruukur

Jom kita bongkar, apa hebatnya mereka nii.. Aku perhatikan hebat Blog Pie2020 ni.. kat teknik investment property. Kalau korang nak tau macam mana pie buat duit dengan property.. korang explore blog nii, korang tanya pie.. heehh

Blog Azman lak.. hebat kat macam mana nak uruskan propery lepas auction, pasal repair merepair, cat mengecat, pasal elektrik.. pendek kata kalau korang nak tau pasal cantikkan rumah explore blog nii

Blog Farah lak pasal auction.. kalau korang nak tau pasal teknik and resepi auction, layari blog nii..
Blog Faris lak pasal masalah dalaman hartanah auction, macam macam masalah ada. Korang boleh rujuk kat blog nii

Blog juruukur lak.. banyak sentuh pasal tanah.. kalu korang nak tau pasal tanah, urusan tanah, pentadbiran tanah, proses permohonan, pecah geran dan urusan lain pasal tanah. Boleh rujuk kat blog juruukur.. heheh

Pendek kata, aku nampak, ada satu gabungan maklumat yang baik pasal investment hartanah kat sini. Kalu kita nak dapat semua info macam nii, memang mahal. Tapi gabungan blog kita orang ni, korang boleh dapat info percuma jee.. free jee

Istimewanya lagi blog kita orang nii.. lagi korang baca.. lagi bertambah korang kaya.. heheh. Kami tak untung apa-apa pun.. heheh

Apa perlu kita buat lepas nii?.. kita kena bagi tau semua kawan kawan kita.. korang nak kaya, layari blog pie2020 and the gang.. pasti korang boleh jadi kaya. heheh.. heheh.. (angkuh betul ayat aku nii) heheh heheh

Apa komen korang pasal gabungan blog kita orang nii.. Mintak bagi komen sikit.. apa perlu upgred??

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR

JAWATAN APA PALING BEST?

Bercerita pasal jawatan apa yang best nii.. Aku teringat malam tadi, aku borak-borak ngan En Jais. Aku ingat nak jumpa sekejap jee.. Nak ambik payment. Tapi biasalah... kalu dah borak.. tak pandai nak berhenti. heehhe

Dia bagi tau.. anak dia dah semakin besar. Ada dah masuk U. Cuma budak-budak nii tak tau apa kerja yang paling sesuai untuk mereka. Dia orang tau belajar jee. hehehe

Jom kongsikan.. kalau lah korang ada peluang untuk ubah kerjaya korang.. korang nak pegang jawatan apa ekk?? heheh

Sila.. sila lah... heheh jangan malu malu.. sila sila

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR

Saturday, November 8, 2008

AKTIVITI JURUUKUR

Tengah tu.. Juruukur tengah khusyuk meeting kat Restoran Hj Samuri. Kita orang nak buat reunion sekolah lama



Pastu ada upacara penyampaian hadiah. Juruukur terima hadiah.. heheh.. best gakk..


HEBATNYA REZEKI ALLAH

Semalam aku rasa syukur sangat. Alhamdulilah.. Dapat banyak job. Kerja apa lagi.. kalu tak kerja-kerja ukur. Alhamdulilah.. Hehehe... Macam tu lah rutin hidup aku. Ukur.. ukur.. tanah... tanah.. tak habis-habis

Pagi-pagi lagi, client aku, nama dia En Muhammad dah call, suruh datang meeting hari Isnin pagi. pukul 9 kat Balakong, bincang pasal payment dan skop kerja ukur yang aku tawarkan. Tanah En Muhammad ni terlibat dengan pengambilan sebahagian tanah untuk projek lebuhraya. Jadi dia mintak aku ukurkan baki lot yang tinggal. Emmm mudah jee tuu. heheh.. Syukur sangat

Sampai je ofis, cikgu Asnaniar fax salinan geran.. mintak aku ukurkan tanah dia. Cikgu ni baru jee beli tanah.. jadi dia nak buat pagar. So dia nak aku confirm sempadan tanah dia

Pastu En Suhaimi call lak.. bagi tau projek tukar syarat tanah dari pertanian kepada bangunan kediaman kat Sepang boleh on dah.. syukur nya.. En Suhaimi ada tanah 3 ekar, jadi dia nak upgrade tanah tu jadi lot bungalow. Nanti bila dah dapat geran individu.. dia nak jual

Lepas je solat Jumaat.. Makcik Azizah call.. dia ajak meeting hari Sabtu jam 10 pagi kat Hulu Langat. Kat rumah dia. Sebab dia nak buat pecah bahagian tanah pastu nak buat payment. Ceritanya, Makcik Azizah dan sepupu ada tanah 2 ekar. Tapi dalam 1 geran. Jadi mereka masing-masing dah tua. So dia nak aku uruskan supaya Makcik Azizah dapat 1 geran pastu sepupu dia dapat satu geran gak.. Boleh jee...

Tengah lepak-lepak kat Ampang ngan Ustaz Awis.. Si Micheal call. Ajak buat site visit hari Ahad. Nak ukur tanah kat Jenderam. Katanya client dia nak buat bungalow. Kalu nak buat rumah bungalow ni.. kena buat ukur gak geng. Akitek atau engineer nak kat maklumat topografi lot tuu.. pastu info pasal tiang elektrik, longkang, sempadan tanah dan lain-lain lagi. Baru mudah mereka tu nak design

Aku jumpa Ustaz Awis nii.. nak collect geran jee. Tapi bila borak ngan dia nii.. Aura ustaz ni lain lah.. Aku tak mau berhenti cakap. Banyak sangat idea. heheh.. Ehh Ustaz ni bukan sebarang Ustaz tau.. Hebat IT lahh.. heheh.. promosi ustaz sikit..heheh.. Ustaz.. nanti tanah ustaz yang nak tukar syarat dari perniagaan kepada pertanian balik tuu.. saya boleh tolong.. tak mahal punn.

Sebelah malam lak.. Ir Haslin tipon, mintak aku ukurkan tanah masjid kat Sepang. Kena start ukur hari Selasa. Pastu tentukan arah kiblat sekali. Baik Ir Haslin.. saya menurut perintah dan patuh atas arahan.. ehehh

Renungan hari ni. Hebatkan rezeki Allah.. Kita mampu merancang, tapi Allah yang tentukan

INGAT TANAH.. INGAT JURUUKUR



Thursday, November 6, 2008

JOM BERI KOMEN..

Aku nak mintak tolong dari korang ni boleh??

1. Tolong bagi komen pasal blog aku nii. Apa yang patut aku tokok tambah?

2. Sebenarnya skop ukur nii agak besar. Terlalu banyak info pasal tanah yang boleh aku syer ngan korang. Bukan setakad ukur sempadan jee. Ada banyak lagi. Jadi sekarang nii.. info tanah macam mana yang korang nak dari aku?

Sila lah.. sila.. sila.. heheh

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR

TOLONG BAYAR CUKAI TANAH

Hari ni aku, Saudara Kahar call aku. Katanya dia dapat nombor aku dari orang pejabat tanah Sepang. Aku nak ucapkan tima kasih lah banyak-banyak kat geng-geng pejabat tanah nii. Korang banyak sokong aku selama ni.. TQ, TQ

Masalah Si Kahar nii, dulu arwah atok dia ada tanah kat pinggiran Putrajaya. Tanah tu 10 ekar. Lepas atok dia meninggal. Tak de sapa yang nak uruskan tanah tu. Tak de sapa yang peduli. Cukai tanah pun tak bayar. Lebih dari 15 tahun.

Sekarang nii.. Bila Si Kahar nak usahakan tanah tuu. Nak buat projek pertanian. Dia mintak aku ukurkan sempadan tanah atok dia. Takut usaha nanti masuk tanah orang lain.

Sebelum aku buat kerja ukur kat site. Aku pun buat semakan pelan kat Jabatan Ukur. Alangkah terperanjatnya aku.. lot tanah tuu dah tak dee. Dah jadi lot kecik-kecik. Dah jadi sekar sekar.

Maksudnya tanah tuu dah pun diberimilik kepada orang lain. Geran baru pun dah siap dah.. Sebab apa semua ni boleh terjadi?.. sebab Si Kahar tak bayar cukai tanah. Pastu tanah tuu tak usaha. Jadi hutan belantara jee. Jadi kerajaan negeri ada kuasa untuk berimilik kepada orang lain.

So, jangan main main pasal cukai tanah nii. Kalau lah Kahar uruskan tanah tuu.. sekarang ni nilai tanah kat sana RM300k/ekar. Kalu 10 ekar, sudah jadi RM3 juta beb.. rugi.. rugi..

Bukan dia jee rugi.. aku pun rugi gak.. tak dapat kerja ukur.. heheh.. kalau tak masuuuklah sikit.. hehhe

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR

Wednesday, November 5, 2008

KENAPA RASA DIRI TAK MAJU

Sejak seminggu nii. Aku rasa diri aku nii tak maju lah. Dok kat takad situ jee... Gerammm betul lah.. Walau pun projek ukur ada, alhmadulilah semakin bertambah. Tapi aku rasa tak maju-maju gak. heheh.. Bahaya nii. Virus bahaya dah tiba

Aku tahu sebab apa.. sebab aku tak ada buku menarik pasal investment yang boleh aku baca. Tu yang rasa gersang semacam jee nii. Siap wife aku sound lagi.. hehehhe.... "Abang tak beli buku baru kee??" Ayooo..

Hari Sabtu and Ahad minggu lepas, aku dah pergi MPH Alamanda, Popular IOI, MPH MidValley. Carik buku pasal investment yang best.. Tapi tak jumpa yang ngam. Tu yang geram tuu.. Eeeeee geram nya.Untuk pengetahuan korang, aku ni peminat buku tulisan Robert Kiyosaki.. ..

Kawan kita dah maju dah.. siap main Forex lagi, ada yang main CPO, dah dapat riban-riban. Aku kat ukur jee lagi nii.. asyik tanah.. tanah jee...tak abis abis dengan tanah.. hehhe..

Korang cadangkan kat aku.. apa buku menarik yang mesti aku baca.. gersang betul otak aku sekarang niii.. heheh... kalau dibiarkan boleh kaput otak aku.. hehehe

URUSKAN TANAH FAMILY KITA

Aku nak syer sikit ngan korang pasal masalah tanah. Al kisah ceritanya klien aku nii, Saudara Zafran ada sebidang tanah kat Hulu Langat, luasnya 4 ekar. Jadi dia cadang nak sewakan tanah tu untuk buat projek pertanian.

Masalahnya, selama nii family dia bagi tau.. tanah tu atas nama ayah dia jee, maksudnya pemilik tunggallah.. dan bila bincang pasal sempadan tanah, orang dulu mereka main dari pokok ni sampai pokok sana jee.. tak de pun tanda sempadan yang sah. Tak de pun batu sempadan

Jadi dia mintak aku tolong semakan tanah dia.. dari A to Z.. hehehe.. Untuk selesaikan tanah dia nii.. Mula-mula aku pun buat carian kat Pejabat Tanah Hulu Langat. Beli carian persendirian jee. Cuma nak tengok sapa nama pemilik tanah yang terkini. Dapat jee carian, aku pun call dia, bagi tau info terkini. Alangkah terperanjat nya dia.. tanah tuu dah ada 6 nama sekarang nii.. heheheh.. Pening lalat dia

Sekarang ni kerja ukur kat site tengah buat, kalau lah ada rumah, bengkel haram atas tanah dia. Mesti tambah lah hura hara nanti.

Jadi aku cadangkan kat korang.. kalu korang ada tanah, bagus dalam 3 tahun sekali buatlah carian. Bukan apa, untuk semak jee. Untuk pastikan nama kita betul ada dalam geran tuu. Tak de nama orang lain. Pastu pastikan tanda tanda sempadan tanah kita dalam keadaan baik. Lagi bagus buat pagar. Jangan bagi orang masuk ceroboh

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR

Tuesday, November 4, 2008

JOM...MOHON TANAH TOL

Tanah TOL nii, atau dalam bahasa melayu nya.. LESEN MENDUDUKI SEMENTARA.. kita semua boleh mohon... warganegara Malaysia, umur 18 tahun keatas. Macam Azman, Faris, Pie and kawan kawan lain nak mohon pun boleh gak.. Tanah tanah yang boleh kita mohon, misalnya rezab parit, rezab jalan, rezab hutan, rezab lombong, rezab TNB dan lain-lain rezab lah.. Yang paling mudah rezab TNB lah.. Korang nampak jee transmission line.. bawah laluan transmission tuu semua boleh mohon TOL

Terpulang lah korang nak buat apa.. Boleh tanam pokok, boleh bela ayam, Asalkan korang tanam pokok kontan jee. Nak buat nursery pun leh gak.. Jangan lak tanam pokok durian sudahlah.. mau black out lak satu Malaya nanti.. heheh

Tanah TOL ni,, tak de geran.. cuma kita dapat lesen jee.. maksudnya tanah nii tak leh lah nak cagar kat bank.. Kadar bayaran lak RM100 seekar untuk setahun.. Murah kan..

Apa lagi geng.. mohon lah.. pasni kita semua boleh berkebun.. ehhehe....

  © Blogger template 'Fly Away' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP